Surat Pelantikan Felo kolej

 Assalamualikum..

Hari ni aku dapat surat pelantikan felo kolej. Selepas timbang tara dengan sumber kewangan aku yang berbaki hanya setahun, sewa rumah yang 1/5 dari elaun yang aku dapat. Dengan aku guna kereta disini jadi aku sangat-sangat perlu berjimat dan solusinya aku pilih tinggal di kolej. Natijahnya, aku mungkin akan sibuk dengan aktiviti-aktiviti pelajar dan kolej dan sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada kajian dan pembelajaran yang mana aku masih baru dalam bidang kajian sendiri. Itu antara  kesimpulan yang dapat aku buat. Kalau tengok balik syarat bergraduasi sini, satu syarat pun aku belum lepas, kertas penerbitan, conference, thesis, viva. Benda ni mungkin kena diperhalusi memandangkan aku bakal menjejak ke tahun ketiga pengajian aku.

Ya. Memang matlamat nak habis pengajian phd ni awal. Selesaikan dengan sempurna dan siapkan dalam masa tiga tahun pengajian. Memandangkan umur pun dah meningkat. Tapi apa pengalaman aku dapat? Hanya ilmu di tapak kajian  dan juga kajian aku. Apa kemahiran insaniah baru yang aku dapat? Apa hebatnya aku berbanding orang lain? Apa perbezaan ilmu yang aku dapat berbanding dengan apa yang aku belajar dulu? Bila aku fikir balik persoalan-persoalan ni. Aku rasa aku tak ubah dengan apa yang aku ada pada aku di zaman master dulu. Fokus pada kajian aku, bersama kawan-kawan yang last sekali masing-masing dengan haluan masing-masng. Apa kemahiran baru aku? Apa pengalaman baru aku? Tak ada. Hanya belajar dalam bidang kajian aku dan uruskan kewangan elaun yang aku dapat bulan-bulan dan akhirnya habis macam tu saja. Nauzubillah.  Sedangkan ijazah dulu ada juga pengalaman dan kemahiran baru yang aku dapat dan aku boleh banggakan sekarang iaitu aku sebahagian daripada palapes. Yang mana dulu aku masuk sebab duit dan nak belajar berenang. Tapi sekarang kalau jumpa rata-rata orang, majoriti respek aku sebab tak semua mampu untuk jadi sebahagian dari badan beruniform tu. Lagi best bila jumpa alumni-alumni palapes yang lagi senior dari kita  dan berkongsi cerita.  Nampak kat  situ nilai yang kita dapat dari pengalaman lepas walaupun aku sekarang bukan lagi part of rotu. 

Kalau boleh bagi aku Phd ni, mungkin peringkat terakhir pengajian aku. Pembelajaran tu tak pernah tamat. Tapi bagi aku, cukup dulu buat masa sekarang. Aku rasa sampai masanya untuk aku bina kerja selepas tamat pengajian phd ni.  Pada masa yang sama, aku rasa inilah masa dan peluang untuk aku cari dan terokai networking untuk built kerjaya tu.  Terutamanya dalam universiti. Aku rasa kalau aku tak  terokai, tak cari maksudnya aku masih dalam tahap yang sama macam aku waktu habis master dulu. Aku takkan dapat keluar dari kepompong aku kalau aku tak berusaha mencari kalau  aku hanya fokus pada satu benda je yang aku buat sekarang.  Jadi kalau boleh, kali ni aku nak network tu. Kenal lebih ramai orang dan cuba untuk mencelah masuk dalam kerjaya ni.  Mana la nak tau mungkin kat sini rezeki aku. InsyaAllah. Kita tak tau mana tuhan nak letak rezeki kita tu kan. Cuba tu penting. Aku nak sangat aku ada kerja lepas aku habis phd ni. 

Last aim aku lepas aku dapat felo kolej (sekarang dah dapat), ialah cari peluang untuk jadi pensyarah pula. Untuk mengajar dalam bidang kajian aku. Aku harap aku ada kekosongan tu dan aku dapat peluang tu. InsyaAllah Aamiiin...



Blok I, aNGKASA aPartmenT.
24092020 




Comments

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..