Saturday, September 19, 2009

::selamat hari raya::



assalamuaikum kawan-kawan....
selamat hari raya aidilfitri dan mohon maaf daku pinta pada kalian...
sepanjang persahabatan ini, aku sedar bahawa banyak kesalah dan kesilapan daku lakukan pada kalian.... mohon maaf daku pinta...

buat kengkawan dph'05...
nie dah tahun terakhir kita beraya bersama...
harap dapat beri kenangan yang terbaik untuk kenangan kita semua...

yang x balik beraya jangan bersedih yerk... kita sesama x balik...
berayalah di kampus hijau tercinta nie bersama yerkkk... jangan tinggal ktorg macam sem lepas...
n jangan lupa ibu bapa kat kampung... wish la selamat ari raya...

buat yang balik raya lak....
jangan lupa ktorg kat sini...
bawa la balik kuih muih dari kampung.... uhukkk...

p/s :kat sini x de ketupat lemang untuk santapan... >>>> namun kenangan bersama ada daku santapkan...

::SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN::



Wednesday, September 16, 2009

-c0retaN buAt sahAbat-

sahabat...
andai selama persahabat kita disini
telah menguris hatimu
dalam setiap langkah yang aku ambil
maafku pohonkan disini.....

hatiku setiasa meratapi setiap tindakkanku terhadapmu
menyesal, sedih, geram, marah segalanya sudah sebati
apabila daku bersama kalian...
namun kekesalan akhirnya menguasai diri....

bukan maksudku untuk melukakan
atau menguris perasaan
namun aku hanya berharap
kalian mampu memahami keadaanku...

sesungguhnya aku sentiasa berfikir...
mampukah aku menjadi rakan yang baik untuk kalian
sedangkan kekadang diriku sendiri tidak mampu menahan keluhan hati
keluhan sikapku sendiri...
dan sikap kalian sendiri terhadap diriku...

bohong kalau aku katakan...
bahawa selama persahabat kita disini
tidak menimbul kedukaan dihatiku
namun ku pendamkan semua itu
untuk menjaga nilai persahabatan kita....

aku tahu... semua sudah melakukan yang terbaik dlam persahabatan ini
namun tidak juga mampu memenuhi kehendak masing-masing...
sebabnya manusia ada hati dan perasaan sendiri...
tapi bagiku cukup la sekadar cuba memahami
ia sudah mampu merawat kedukaan dihati..

sesungguhnya cuba kita fahami....
sekiranya sikap dan tindakkan yang kita lakukan itu...
menyentuh perasaan orang lain
bagaimana pula kalau keadaan tersebut terjadi pada kita...
dengan kata2 yg sama dan tindakkan yang sama kita lontarkan ...
mampu melukai hati kitakan?? begitu juga orang lain...
jadi lihatlah diri kita sebaiknya dahulu....

bukan maksudku untuk melontarkannya...
tapi untuk kesedaran kita bersama...
sesungguhnya aku sedar
aku bukanlah insan yang sempurna..walaupun sering mencari kesempurnaan dalam hidupku...
tetapi ini hanyalah untuk kita nilaikan bersama...
maaf skiranya setiap kataku menguris lagi perasaan hati kalian...
maaf ku pohon sekali lagi....

Tuesday, September 15, 2009

Alhamdulillah...

hurmmm... akhir berlalu la sudah minggu penyeksaan bagiku... iaitu minggu nie... lepas nie kelas lagi 2 ari relax la sikit....
hurmmm.. penat tau minggu nie... dengan kelas, exam, report, asgmnt dan sebagainya menyebabkan sepanjang minggu nie aku jadi nokturnal.... kalah beruang sampaikan kekadang aku x tidur langsung untuk buat benda-benda nie semua.... tapi pasnie relax la sikit aku...

tadi beru jew lepas abis second test untuk impak persekitaran.... soalan boleh la tahan... tapi nota dia aku x tahan cz tebal sangat dan menyebabkan semalam aku x tidur cz nak habiskan pembacaan semua topik yang masuk... huuhhu... tapi alhamdulillah, hari nie semua dah selesai.... tinggal la lagi kerja-kerja yang bakal membuatkan aku semakin buzy selepas raya nie...

raya mungkin lagi 4 ari... namun bagi aku memang x raya kot... tugas memang dah tersusun rapi... terutama dua minggu selepas raya... dengan pembentangan projek kumpulan, trip amali lagi, and tadi aku baru jew dapat tugas baru.... tetiba jew aku kena manage program untuk majlisari raya jabatan.... waduh..waduh.. tambah agi beban aku di sini... tapi x pe aku akan cuba buat yang terbaik... walaupun agak buzy kalau nak diikutkan... tapi ingat nie tahun akhir bagi aku dan after nie dah cuba nasib kat lain lak... better i'm try la....




Monday, September 7, 2009

pengorbanan atau apa sebenarnya???

aku seorang perantau.. yang pergi jauh untuk mencari ilmu... menjejak kejayaan...

aku juga anak org biasa-biasa, bukan orang berada... namun mempunyai prinsip hidup tersendiri...

hidup aku.. cara aku... sentiasa mempelajari dari kehidupan... mempelajari sikap dan hidup manusia... memahami keadaan dan perasaan manusia... walaupun kekadang aku mengabaikannya sedangkan aku memahaminya... malas dengan sikap manusia yang terlalu banyak kerenah dan ragamnya....

tapi untuk keluargaku ... aku confius....
begitu juga dengan diriku sendiri.....

sebagai seorang anak perantau.. memang mendalam tersematnya didalam hati... untuk bersama keluarga di hari yang mulia...menyambut bersama, merasainya bersama.... dan aku faham dan sedar keluarga aku juga begitu... merasainya... menganggapnya sebagai satu kehilangan di hari mulia... tatkala semua berhimpun ... aku sahaja berada di kejauhan...

namun apakah daya hati... cuti memang ada... masa mungkin mampu ku luangkan... tapi wang ringgit tidak mampu aku korbankan... sebabnya... aku faham bagaimana situasi keluargaku... bersusah payah untuk mencari wang ringgit mengasuh dan mendidik aku... sehingga aku berada disini hari ini....

dan disebabkan itu juga ... aku rasa aku x sanggup nak menyusahkan lagi keluargaku... untuk membiayai kepulanganku yang hanya seketika... mengorbankan titik peluh mereka selama ini... untuk seketika sahaja.. sedangkan pergorbanan yang dilakukan berhari-hari.. hanya untuk aku pulang beraya bersama keluarga tercinta...

memang pilu hati ini ... tak dapat pulang beraya bersama.... bukan maksudku untuk kulukai... dan bukan juga bermaksud untuk aku bersuka ria bersama teman2ku disini... memang pilu hati ini... x pernah langsung aku gembira... walaupun senyuman ku lemparkan di aidilfitri.... itu semua hanya semata-mata untuk menghilangkan keresahan di hati... dan mungkin aku tak pernah menitiskan air mata untuk semua ini... walaupun di cerung telefon aku mendengar tangisan itu dari keluargaku... namun aku keraskan hati mengabaikan semua itu... walaupun tangisan datang dari ibuku...

tahun ini kehilang lagi dirasai... kerana semuanya tidak pulang beraya bersama2... masing2 sibuk dengan kerja sendiri... aku pula tetap disini... menganggap satu pengorbanan yang perlu aku lalui... MAAF ANDAI INI MELUKAI HATIMU....

wajarkah pegorbanan aku ini... tidak pulang ..semata2 menganggap satu pengorbanan... sedangkan sebelum nie... mampu pula aku meghabiskan wang kedua ibubapaku... namun untuk tujuan ini aku tidak mampu... kerana kuantitinya amat besar bagiku... tidak sanggup lagi aku menyusahkan mereka.. walaupun hatiku sering menderita disini...


Sunday, September 6, 2009

:: nuzul quran ::


17 ramadhan telah mengunkap mengenai sejarah al quran diturunkan....
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)


*************************


Berlakunya Nuzul Quran


“Gua Hira’ – di sini turunnya wahyu yang pertama, rahmat ke atas kita semua”
kisah berlakunya nuzul quran nie, aku ambil jew dari satu blogger , untuk perkongsian kiter bersama.... memangkan hari nie merupakan hari 17 ramadhan... yang mana pada hari ini surau-surau dan masjid akan mengadakan majlis dimana kita menghargai malam ini yang mana malam yang telah memberikan kita panduan hidup sepanjang menjadi pelakon dipentas duniawi ini...
kita hayati bersama...

___________________________________________________________________________

Tarikh peristiwa nuzul itu ada perselisihan pendapat di kalangan ulama. Sumber hadis tidak sahih, ada yang mengatakan 7hb, 14 hb, 21hb tapi sebahagian besarnya berpendapat ia berlaku pada 17 Ramadhan. Lalu peristiwa nuzul Quran pd 17 Ramadhan itu juga dengan sendirinya adalah peristiwa perlantikan Nabi SAW sebagai Rasul yang terakhir.

Penurunan Quran sebagai wahyu kepada Nabi SAW juga berlaku dengan istimewa. Dari Loh Mahfuz (langit ketujuh) Allah SWT menurunkannya sekaligus (30 juzu’) ke langit dunia. Dan dari langit dunia Jibrail a.s menurunkannya (menyampaikan) sedikit demi sedikit kepada Nabi SAW selama 23 tahun.

Berkaitan dengan itu juga, wahyu pertama yang disampaikan oleh Jibrail a.s kepada Nabi SAW itu adalah pada malam Lailatul-Qadar iaitu berdasarkan surah Al-Qadr.

Namun pengkisahan perisitwa di atas hanyalah sebagai pengenalan kepada kita dalam mengenali Nuzul Quran. Lebih dari itu, yang lebih penting adalah perlunya umat Islam menghayati pengajaran dalam peristiwa Nuzul Quran itu. Jika dilihat, ayat pertama (wahyu) yang diturunkan iaitu “Bacalah” adalah asas kepada perlunya kita kembali kepada membaca dan memahami Quran. banyak kelebihan akan kita perolehi daripadanya untuk dijadikan panduan pada masa mendatang.....

Saturday, September 5, 2009

:: hayati ramadhan::


hari nie dah hari kelima belas ramadhan, namunaku nak kupaskan gak fadilat ramadhan bersama.......

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

menanti sinar hati

hati x pernah menipu...kalau sayang, akan terdetik kata sayang....kalau rindu, terdetik kata rindu... tapi selalunya lidah yang menjadi kelu... tidak mahu menuturkannya... takut biler meratapinya...

andai kata hati ini diluahkan... apa akan terjadi pada dunia???
hurmmm.....

sayangnya diri sentiasa menyepi... menunggu dan menanti... membiarkan kata hati berlalu sepi... bersama hari - hari yang saling silih berganti... apa yang aku harapkan.. biarlah hari berlalu dengan indah... tanpa gundah gulana... walaupun ia tidak wujud seperti yang diharapkan.. namun penantian akan ketemu jua... bersama sinar yang ku nanti
-sam sunshine06-

sayu nyer hati...

hari nie dah masuk 15 ramadhan.... kalau dicerung-cerung radio, dah mula berkumandang lagu-lagu raya... dan setakat pukul 4pagi nie , dah tiga lagu raya aku dengar berkumandang antaranya lagu dendang perantau dan seloka aidilfitri... sayu nyer aku dengar... (mana tak sayu.... aku nie anak perantau... dah tiga tahun x balik raya....huhuhuu) sedih aku dengar... sedih sebab puasa dah nak habis... lagi sedih sebab semester nie aku akan raya sorg kat kampus hijau nie... cz kekawan aku hampir semua nak balik... aku cam biasa la malas nak balik... tambahan pula raya nie kakak pun x boleh cuti time raya... lagi bertambah2 aku malas nak balik dengan tambang flight pun melambung tinggi.. sampai hampir RM800 untuk aku pergi balik... hohoho... baik aku makan jew duit 2 mau untuk satu sem gak la...hihiihhi...

tapi memang sedih sangat...memang rasa nak balik... cz sebelum nie pun kalau aku x balik raya aku akan melepak kat rumah family angkat... tapi raya sem nie malas nak pergi rumah diorg cz aku sorg jew... malas la....

x pe la nie raya kali terakhir di perantauan ... nanti aku dah balik... n tahun depan aku dah boleh beraya kat rumah... x pela sekali sekala beraya di kampus dan merasai perayaan sebagai seorg student oversea... huhuuh(nak pujuk hati yang lara... nak balik raya...)



p/s : nie gambar kampus hijau aku yang permai... tenangkan ... 2 yang aku sayang sangat kat kampus aku nie... hurmmm... yang seorng 2 kawan aku... tengah bergayut (syyyh.. dia x perasan aku ambil gambar dia tgh bergayut ... hihhih) cakap dengan sapa yerk???? dengan mama dier kot.... iiayer kew???? huhuhu

Thursday, September 3, 2009

bILerMANUSIAdahJADInoctunal...

0h Tidakkk!!!!.... ini satu perkara yang perit selalu aku lalui.... mana x nyer biler, seharian dah berpenat dengan kuliah dan amali.... conform2 la balik kelas jew terus tidur... cz badan rasa penat sangat... mata lak dah ngantuk sangat bak kata pepatah kitorg katil dan bantal sentiasa memanggil.. huh.. memang x tahan mata menahannya...penat... pastu apa agi... malam nyer akan mengalami masalah ler... tak boleh nak tidur sampai kew pagi...

huh... satu masalah serius yang tak dapat nak di bendung.... kalau time ada asgmnt dan dekat dgn exam, masalah nie memang aku x kisah.. best agi ada la.. senang nak buat kerja n study... tapi kalau tiba jew time ada function, mati gak aku ... puas akuberguling kesana kemari... susah sangat nak lelapkan mata... x cukup dgn 2 pusingan jam, sudut 360 darjah semua aku dah buat x blh nak tidur gak... klu nak study jangan mimpi la... mata dah penat, badan dah letih.. tapi mata x nak lelap... susah gak 2 masalah serius... dah akhir sekali terpaksalah membuat keputusan supaya jgn tidur agi... buat ler apa2 kerja yang patut sementara menanti mata mengantuk...

impak dari masalah nie... hampir keseluruhan kuliah dan amali... aku kelewatan .... Aaaaa... tidakkk.... sebabnya x sedar jam berbunyi... malu nyer aku... dah dua kali masuk kelas lewat... huhuu... dan bebudak kelas aku pun sering tnya pesal aku asyik g lewat jew ke kelas wlupun baru 2 kali aku kelewatan ke kelas( sebabnya teramat lewat.. huhuhu)




p/s : maaf yerk kekawan.. cz aku lewat ke kelas... sori sesangat..(tp aku x berani nak janji utk x bangun lewat cz, benda 2 jadi time aku x sedar...) tapi aku akan cuba untuk tidur awal supaya aku dapat bangun awal....ok... ( jatuh metality aku sebagai student cemerlang.... hhuhuhu sbb kes nie jew..huhuhuhu)

Wednesday, September 2, 2009

studY.. eXAM... n... maK


huhuhu... sok ada exam survey... cam biasa la aku... lewat2 malam baru nak study .. awal2 jgn harap nak buka buku... ada jew kerja nak buat...tidur la, chat la baca akhbar ler.. surf internet lew bagai la... lewat2 baru nak muncul feel nak baca buku ( konon nak cari time yg blh nak absorb semua yg aku baca)... pastu sok comform2 pergi exam dgn mata yang macam panda cz x cukup tidur malam....huhuh...

bukan aku nak berbangga atau apa... tapi nie memang dah menjadi tabiat aku( memang x bagus pun untuk kesihatan).. aku akan tidur dulu lepas maghrib... pastu dalam kul 10 or 11 aku bangun la.. pas mandi aku akan start study, sampai la takat mana mata mampu bertahan... selalunya sampai 5.30pagi la standard.. cz sempat nak solat subuh sekali... conform2 kalau dalam kul 4.00 aku tidur akan hanyut nyer n hilanglah subuh aku..

sekarang nie aku tengah mengumpulkan semangat nak study.. cz dah banyak sgt aku dah mengarut tadi... jadi bersemangat balik la nak study... tapi cam biasa la.. sebelum exam aku akan call mak aku dulu...huuuhhuhu...( minta restu) minta tolong juga dia usahakan disamping aku berusaha ( doakan untuk diri sendiri dan study) ... restu ibubapa tu penting, apa tah agi biler kita mesih dibawah jagaan mereka... dan sememangnya la aku x kan miss nyer, kalau exam jew aku mesti akan call mak aku bagi tau kata exam... supaya tenang sikit kita nak jawab soalan esok... (bagi aku mak aku lah sumber ketenangan jiwa aku.... baik suka duka, sedih gembira , pahit manis semua aku akan gtau dier... klu mak nasihat 2 rasa tenang sikit hati... terutama biler di kejauhan nie...)

hurm... ok la cukup setakat nie jew dulu untuk ari nie... cz nanti x sempat lak aku nak study abis semua subjek aku sok... ok .... doakan aku berjaya yerk esok... dan aku berharap sangat aku dapat jawab yang terbaik esok...INSYA-ALLAH...
ASSALAMUALIKUM.....

Tuesday, September 1, 2009

::ceritaTENTANGhidup::

hidup nie pelikkan...
perkara yang pelik lebih menjadi tarikkan dari benda yang normal...
susah untuk aku fahami hidup nie...

aku sering terfikir...
adakah manusia lebih suka benda yang pelik...
ataupun hanya sekadar suka diperhatikan...
namun hakikatnya kata hati sering memilih yang normal...
lagi peliknya, yang pelik juga jadi pilihan ...
hurmmm... memang pelik..

serabut memikirkan hidup ini....
sebabnya yang pelik-pelik sering terjadi...
tetpi aku sebagai manusia yang normal sentiasa menyukai semulajadi...
walaupun sering dikelilingi keadaan yang pelik...