:: nuzul quran ::
17 ramadhan telah mengunkap mengenai sejarah al quran diturunkan....
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
Berlakunya Nuzul Quran
“Gua Hira’ – di sini turunnya wahyu yang pertama, rahmat ke atas kita semua”
kisah berlakunya nuzul quran nie, aku ambil jew dari satu blogger , untuk perkongsian kiter bersama.... memangkan hari nie merupakan hari 17 ramadhan... yang mana pada hari ini surau-surau dan masjid akan mengadakan majlis dimana kita menghargai malam ini yang mana malam yang telah memberikan kita panduan hidup sepanjang menjadi pelakon dipentas duniawi ini...kita hayati bersama...
___________________________________________________________________________
Tarikh peristiwa nuzul itu ada perselisihan pendapat di kalangan ulama. Sumber hadis tidak sahih, ada yang mengatakan 7hb, 14 hb, 21hb tapi sebahagian besarnya berpendapat ia berlaku pada 17 Ramadhan. Lalu peristiwa nuzul Quran pd 17 Ramadhan itu juga dengan sendirinya adalah peristiwa perlantikan Nabi SAW sebagai Rasul yang terakhir.
Penurunan Quran sebagai wahyu kepada Nabi SAW juga berlaku dengan istimewa. Dari Loh Mahfuz (langit ketujuh) Allah SWT menurunkannya sekaligus (30 juzu’) ke langit dunia. Dan dari langit dunia Jibrail a.s menurunkannya (menyampaikan) sedikit demi sedikit kepada Nabi SAW selama 23 tahun.
Berkaitan dengan itu juga, wahyu pertama yang disampaikan oleh Jibrail a.s kepada Nabi SAW itu adalah pada malam Lailatul-Qadar iaitu berdasarkan surah Al-Qadr.
Namun pengkisahan perisitwa di atas hanyalah sebagai pengenalan kepada kita dalam mengenali Nuzul Quran. Lebih dari itu, yang lebih penting adalah perlunya umat Islam menghayati pengajaran dalam peristiwa Nuzul Quran itu. Jika dilihat, ayat pertama (wahyu) yang diturunkan iaitu “Bacalah” adalah asas kepada perlunya kita kembali kepada membaca dan memahami Quran. banyak kelebihan akan kita perolehi daripadanya untuk dijadikan panduan pada masa mendatang.....
Comments
Post a Comment