Monday, January 4, 2016

kata orang : Cakap Pandang atas..



Hari nie aku nak ambil port tentang pendapat orang kat aku...
Ada beberapa orang.. sangat marah bila dia cakap dengan aku.. aku pandang atas.. tak pandang muka dia.. katanya.. aku cuba sembunyikan cerita yang sebenar.. tipu dia dan tak ceritakan kenyataan yang sebenar ataupun cuba ubah sikit jalan cerita agar tak sakitkan hati dia..

Hakikatnya itu tak benar..
Mungkin.. (ini untuk kemungkinan jew.. sebab aku sendiri tak pasti apa pandangan orang terhadap aku.. tapi aku rasa mungkin begitu..) diorang anggap aku nie jenis kawan yang taknak sakitkan hati kawan.. ataupun.. CUBA BERCAKAP BAIK DIHADAPAN tapi dibelakang tak pasti macam mana.. ataupun aku jenis manusia yang suka tunjuk baik.. control dan sebagainya..

Hakikatnya.. aku nie sebenarnya.. 
manusia yang hanya cuba berikan hakikat yang sebenar.. yang ingin seseorang tue tahu.. apa yang dia nak tahu..  tak ada tujuan aku pun nak tunjuk baik.. dan sebagainya.. sebab aku sendiri tak suka orang yang hipokrit.. depan nak tunjuk baik belakang macam lain.. kalau boleh.. aku nak apa yang aku sampaikan pada kawan-kawan aku tue.. semua yang aku cakap.. diorang ambil pengajaran.. kalau aku cakap benda yang tak baik,.. diorang cuba ubah diri kepada yang lebih baik.. maksudnya ada imput la setiap apa yang aku ceritakan.. tue maksud aku cakap sebenarnya.. tapi kawan-kawan tak paham diorang tetap cakap aku nak tunjuk baik.. lagi satu hal.. bila cerita aku selalu pandang atas.. bukan maksud aku bela hantu raya kew yang aku tak pandang muka orang waktu cakap.. atau aku takut pandang muka dia kew apa.. ataupun.. aku tak suka tengok muka dia kew.. bukan maksud aku.. aku tak pandang muka orang sebab aku.. selalu terlupa apa yang orang cakap.. dan aku tak suka untuk sampaikan cerita yang lari dari maksud sebenar.. sebab aku sendiri rasa sangat marah kalau sesorang salah tafsir maksud cerita aku dan sampaikan dekat orang lain... tue sebablah.. bila aku nak cerita kat orang.. aku cuba ingat betul2.. supaya apa yang aku cerita.. betul dengan keadaan sebenar ataupun sama dengan cerita orang sebelumnya.. itu maksud sebenar bila aku cerita tak pandang muka orang.. sebab aku nak ingat kembali.. tapi orang selalu salah anggapkan..