Tuesday, November 26, 2013

Smelly No More...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Mata sebenarnya sangat mengantuk.. tapi disebabkan baru lepas mandi dan banyak lagi baju berlonggok di atas katil.. so bertahan jap.. lipat baju.. bagi rambut kering.. baru debukkk.. tidur... tidur dalam keadaan rambut tak kering menyebabkan rambut bertambah lengkui-lengkui.. heehhee.. faham ke.. sebenarnya kusut la..

Actually aku nak bercerita mengenai suatu produk deodorent dari Total Image.. iaitu SMELLY NO MORE.. bila dah nama produk pun tak dah tak ada bau... produknya  of course la tak ada akan ada bau kan.. sebabnya deodorent nie pelik sikit daripada yang lain.. sebab dia sepenuhnya mengilangkan bau peluh korang bila korang calitkan dia di ruang peluh korang tue...rupa pun pelik..
Hah.. macam mana pendapat korang.. ok tak payah nak buat pelik sangat.. sebab aku dah guna pun.. kenapa kematu macam tue.. hahah~~ pasti pelik kan..  aku tak tau apa pendapat korang bila tengok gambar tue.. mesti korang ingat macam jelly kew apa aku tak pasti sebab gambar tak jelas kan.. tapi apa yang aku pasti.. deodorent nie dari pada batu garam macam tue la.. masin tak masin tue aku tak pasti sebab tak pernah pula aku rasa.. benda-benda nak letak kat ketiak nie kan.. ieekkk~~

Tapi sebelum nie pernah gak aku buat eksperimen dengan benda alah nie.. nak conform.. betul kew garam atasu batu yang disuruh-suruh calitkan di ketiak nie.. nanti luka ketiak aku.. disebabkan suatu hari tue aku malas sangat nak ambil air.. dan badan aku pun dah kering.. aku just tuang jew air di atas meja study aku.. and aku cicah-cicah benda alah aku nie meja sebelum pakai.. dan lipa nak lap balik meja yang basah tue.. oppss.. lupa lak nak bagitau benda alah nie sebelum pakau kena letakkan dia pada air supaya garam-garam dia nanti mampu lekat di badan kita.. tue yang membantu mengurangkan bau badan sebab menghalang bakteria yang menyebabkan peluh berbau.. ok sambung balik cerita... petang tue lepas balik kelas.. tyme aku study-study di meja.. aku rasa pelik.. asal la meja nie ada berketul-ketul macam lilin.. sejak bila aku main lilin penuh meja nie.. then baru teringat tentang benda alah nie n pagi tadi.. so aku faham la sekarang...

situasi kedua pula jadi.. tyme aku masuk hutan.. aku bawa benda nie.. sebab aku nie jenis ketiak yang kuat berpeluh kalau buat aktiviti outdoor.. so kena la prepare benda hilang bau nie.. walaupun duduk di hutan.. so tyme aku mandi sungai.. aku bawa la sekali dalam case mandian aku tue.. senang nak pakai disungai.. celup dalam sungai jew.. tapi akibat mandi malam.. aku tak perasan yang si benda alah nie jatuh dalam sungai.. keesokkannya aku pergi mandi.. baru la aku tercari-cari mana la menghilangnya si smelly no more nie... cari punya cari akhirnya jumpa dia tersepit celah batu.. nasib baik jodoh dia dengan aku kuat.. so jumpa balik.. tapi badan dia dah tinggal separuh dan berlekuk-lekuk sebab dan terlarut sikit dengan air sungai.. 

Sebab kalau betul-betul yang aku baca di blog.. 4-5 bulan guna pun belum tentu berubah rupa bentuk.. so berbaloi la beli dengan harga RM15 dengan batu setinggi jari kelingking.. mampu menghilangkan bau badan dan menghilangkan kesan hitam di ketiak  dan tiada gatal-gatal.. dan jenis kulit yang sensitif pun sesuai menggunakannya.. boleh dapatkan di watson...  kawan aku yang suggest aku deodorent nie.. dan kekadang terfikir gak.. busuk sangat kew aku nie...???

Monday, November 25, 2013

Cerita Kucing Gemuk..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Tadi petang.. awan kelihatan mendung.. guruh dah bunyi berdentum-dentum di langit.. mula-mulanya rasa macam malas nak balik bilik.. sebabnya.. dah parking motor masuk garaj.. tapi bila memikirkan baju yang mungkin kena tempias hujan.. akan memudarkan bau downy yang aku rendam pada baju.. terpaksa juga la bergegas balik.. untuk angkat baju dia ampaian...

Dalam perjalanan balik ke fakulti semula.. macam biasa la nak cepat.. sebelum hujan mencurah-curah ke bumi.. dengan kawalan gear motor yang baik aku melalui library.. untuk ke fakulti aku.. dan tidak semena-mena.. terpandang sesuatu.. KUCING GEMUK~~!!!!.. dah lama mencari kucing gemuk.. ingatkan dah tak de... akhirnya jumpa juga dengan kucing gemuk.. kat situ... rindu sangat dengan kucing gemuk... semakin bertambah-tambah gemuk dia sekarang...

muka serius jew kucing gemuk nie.. entah apa dia buat pun tak tau.. bincang la tue makan apa malam nie.. mula-mula rasa macam nak berundur gak motor.. tengok kucing gemuk.. teruja.. jumpa balik si gemuk tue.. tapi.. bila fikir-fikir balik.. nanti orang ingat aku buang tabiat ke apa kat situ.. so jalan la terus.. meninggalkan kucing gemuk disitu.. harap-harap dapat jumpa kucing gemuk tue lagi... teringin nak jaga kucinh gemuk tue.. agak-agak mau tak kucing gemuk tue duduk  dengan aku..

asal termenung si gemuk... si gemuk yang comel tue tak de la sebesar nie.. dan dia comel...

Sunday, November 24, 2013

Misi mencari ulat bulu..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Hai kawan-kawan...
Jom kita kembali ke dunia tadika... belajar kembali tentang alam sekitar.. dan peringkat kehidupan serangga.. jom mengeledah semula buka-buka tadika dan sekolah rendah.. belajar tentang serangga..

buku tadika yang jadi sumber rujukan... hasil rembat dari library..
pinjam la bukan curi..

Mesti korang rasa macam aku buang tabiat kew apa kan.. oh semestinya tidak.. untuk pengetahuan kawan-kawan.. sekarang nie aku dalam peringkat belajar.. belajar untuk mengenali  serangga dengan lebih mendalam.. ok.. memang aku berada dalam course perhutanan.. tapi aku punya bidang adalah lebih kepada ecology conservation atau perlindungan hutan.. and my specialized is about butterfly.. before this memang my supervisor suruh aku fokus on family lepidoptera.. tapi disebabkan oleh aku rasa wah.. lagi banyak keja.. nak berjaga siang malam so aku buat keputusan untuk focus on butterfly only.. tue pun rasa banyak dah aku kena mencari dan hafal nama.. insyallah lepas aku dah biasa with butterfly i think maybe i try to find out moth species pula kot.. tak best la kalau belajar sikit-sikit kan... kata nak jadi pakar...

Misi mencari ulat bulu... nie disebabkan oleh kata-kata seorang student phd daripada fakulti pertanian.. dia punya specialized it's about bad worm.. it think.. kebetulan satu hari tue aku tolong temankan akak phd buat pilot study.. then this brother pun tengah collect data about dia punya phd la.. tyme rehat-rehat tue di rumah tumpangan, dia cerita la  berkaitan sebuah seminar under dia punya fakulti dengan penduduk kampung.. so dia join la seminar tue.. dalam tengah bersembang-sembang nie.. ada sorang pakcik tanya dia.. belajar mana?? ambil course apa?? dan sebagainya.. then dia pun bagitau la kat pakcik tue.. yang dia course pertanian di upm.. and dia punya specialized..  then lepas pak cik tue dengar jew dia course pertanian.. pak cik tue mula tanya bagai-bagai tentang hasil pertanian dia.. kenapa pokok pak cik tak jadi tahun nie.. n bla.. bla.. bla.. bla..

Nampak tak situasi tue... penduduk akan cakap bila kita student bawah sesuatu course tue..kita akan pandai segalanya berkaitan bidang tue.. walaupun hakikatnya.. kita punya specialized atau kursus/kepakaran kita lebih kepada serangga sebenarnya.. mana la kita nak tau berapa kuantiti baja untuk pokok kalau kita punya fokus hanyalah serangga.. tanya mengenai racun perosak.. mungkin boleh tau la sikit-sikitkan.. so diorang memang tak faham.. situasi kita.. jadi dalam diri kita terletak dua pilihan

1. antara kita nyatakan kebenaran..
"maaflah pak cik.. saya punya bidang fokus serangga..so saya tak tahu berapa kuantiti baja nak pakai" atau  "saya punya fokus conservation (bilang serangga dalam suatu kawasan).. so saya tak tahu racun apa yang sesuai untuk pokok pak cik.." see.. kamu boleh baca tak apa yang pak cik tue fikir selepas dengar jawapan tue.. macam bole terima.. tapi sikit sebanyak macam tunjuk kebodohan/ malas/ tak bersungguh-sungguh dalam bidang yang diceburi.. weh ayat tue pernah aku kena kot tyme praktikal masa diploma dulu... renjer2 cakap ktorang tak serius dengan apa kitorang belajar tanya semua tak tahu.. tapi hakikatnya kitorang baru tahun 2 tyme tue.. baru diajar benda basic, fizik, kimia, bio, math.. of course la tak tahu.. balik praktikal baru diajar tentang sukatan hutan.. tue pun dah kena hanta,.. sedih betul..

2. kita kena belajar sendiri... berkaitan dengan specialized kita..
so bila kita belajar..  ada benda kita dapat.. depend on usaha kita juga.. sebab dari situ kita dapat ilmu.. dari usaha sendiri.. so lebih sikit ilmu kita dapat.. dari situ nak cerita kat orang pun tak segan.. sebab.. kita ada bukti dari usaha sendri..

Oleh yang demikian... esok bermula la misi aku mencari ulat bulu.. nak pergi collect data kena bawa bekas nak simpan ulat dan daun.. sebab ulat kuat makan tyme nie.. nak simpan makanan untuk bertukar nanti.. actually aku takut sebenarnya nak collect ulat tue.. sebab aku nie ada masalah kulit allaergic sikit.. faham-faham jew la kalau kena ulat bulu nanti.. mesti membengkak satu badan.. takut... tapi demi ilmu ku kena gagahi... kalau pegang rama-rama sehingga kini.. tak ada masalah..

Saturday, November 23, 2013

Nak Sambung STUDY.!!! Macam mana nak daftar...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Ramai orang cakap nak sambung STUDY... tapi tak tau macam mana nak mendaftar...
meh sini meh.. meh aku tolong ajarkan...

Actually aku pun awal-awal tue tak pun tahu macam mana proses mendaftar master/phd.. tapi alhamdulillah.. Allah memudahkan kerja aku.. dengan memberikan aku supervisor yang banyak membantu student dia.. so memang sepanjang proses pendaftaran supervisor aku yang bantu and inform perkara-perkara penting yang perlu dibuat.. dan ditambah lagi dengan akak phd bawah supervisor aku juga banyak memjelaskan proses tersebut.. so lagi mudah kerja aku untuk jalankan dan mencari semua tue... alhamdulillah... so hari nie.. nak bagitau step jew la... macam mana nak memohon.. mungkin tak berapa jelas.. tapi aku harap membantu.. sebab tyme aku hari tue pun.. tak pasti berapa lama masa ambil sebab aku sibuk dengan collect data.. doc. jew tolong inform.. ha.. borang nie kena isi.. ha.. result dah keluar.. so sentiasa alert jew la...

Pemohonan nie lebih kepada UPM jew.. kalau universiti lain aku tak pasti macam mana nak memohon...Aku fokuskan WITH THESIS ok..sebab kalau yang course work proses dia tak susah..  dan tak banyak kerenah.. gaya isi pun lebih kurang juga.. namun lebih mudah...


1. Pastikan sudah mempunyai SUPERVISOR dan PROPOSAL bagi kajian yang ingin dijalankan..
-  adalah untuk memudahkan kerja korang untuk isi pelbagai borang... (sejujurnya postgraduate nie sangat banyak perlu mengisi borang.. n pengesahan.. so ready la semuanya.. cari supervisor yang senang nak minta tandatangan ok..heheh...tips)  
- selain itu, boleh tunjuk ajar kamu cara mengisi borang yang tidak kamu fahami...
- sediakan  proposal yang lengkap.. seperti di ( lampiran A)..  untuk memudah kerja kamu.. sebab nanti nak mohon scholarship pun dia nak tengok proposal.. so sediakan yang perfect awal2...

2. Isi PEMOHONAN ONLINE di laman web Sgs Postgraduate Application's Guide..
- disini akan menyediakan panduan bagi pelajar yang ingin memohon sebagai post graduate... so kurang hanya perlu sign up dan isi borang tersebut mengikut langkah-langkah yang diberi.. lepas dah habis isi.. jangan lupa pula bank in RM60 untuk duit proses.. nanti pemohonan korang tak dapat pula...

- korang kena sentiasa peka dengan tarikh-tarikh yang diberikan tersebut untuk memudahkan melihat keputusan.
-pemohonan nie boleh diisi bila-bila masa sahaja bergantung pada tarikh sebelum start semester...  kalau tak silap tiga bulan sebelum start semester baru pemohonan dah tutup..
- selepas dah siap isi.. korang hanya perlu tunggu sehingga pemohonan korang berjaya diluluskan atau tidak.. sentiasa check website untuk pastikan korang berjaya atau tidak.. kerana tyme aku.. surat dia tak post ke rumah..  dan kena datang ambil sendiri di SEKOLAH SISWAZAH 1... tak tau kenapa.. tapi nasib baik la kami selalu ulang alik dari site ke upm.. so boleh la ambil...

2. SCHOLARSHIP/ BIASISWA.. cari sebelum mendaftar... atau sebelum dapat surat tawaran..

- terdapat 2 scholarship yang diberi oleh student master/phd bawah geran universiti penyelidikan.. iaitu GRF (dalam negara)/ IGRF (luar negara)... Mybrain15(under kerajaan malaysia).. mybrain akan tolong support yuran pengajian dan GRFadalah duit tangan sepanjang kajian yang dilakukan untuk tempoh 2 tahun.. jangan lepaskan peluang...
- sebelum pendaftaran.... korang kena rajin buka bulaten atau portal student di SGS tue sebab tawaran biasiswa akan akan dibuka sebulan sebelum pendaftaran.. so if korang buka lepas pendaftaran.. memang korang tak dapat la sholarship GRF nie..
- tetapi proses penghantaran borang semuanya selepas dapat surat tawaran.. semua proses dia sangat singkat.. so kena alert...
-lain-lain scholarship kena refer brief guide to financal assistance..

3. Bila dah berjaya dapat surat TAWARAN.. mulalah PENDAFTARAN..
-bila dah mula mendaftar.. macam biasa la.. banyak proses itu dan ini.. perlu tahan kesabarab dan kerajinan yang tinggi.. dalam masa yang sama juga banyak borang still kena isi sampai sekarang especially student GRF... tapi sangat bersyukur la bila duit dah masuk..  :)

GOOD LUCK untuk korang yang bakal mengisi masuk...




Lab Mate aku punya gaya...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

As a postgraduate student we have a lab.. as allegedly to reading journal and  focus about our studies... but it only acting jew.. kalau kau jalan in this room.. you can understand what they are doing everyday.. kekadang rasa macam habiskan duit university jew.. but it's seldom.. if some lecturer give them job.. you can respect them as student.. woww... rajin nyer mereka.. but if the time not have a job.. masing2 focus gak.. but with a movie and anime not on a journal... tue yang sikit parah if my supervisor come in the lab..  ada jew la nanti dia akan nagging... aku pun jadi fobia dengan dia..

In my lab.. have many table.. but mostly.. tak ada orang.. bukan meja tak berpenghuni.. tapi the person always missing and action... tak pasti mana menghilang.. always being here of course la kami-kami yang internet lembab kat bilik jew.. selalu ada.. sebab bilik tue memang internet dia laju... kau nak watching tv.. tak boring langsung laju jew jalan.. then after we.. means my friends and i.. mendaftar and menetap disitu... bilik tue makin kecoh dan stok makan always habis sebab  kami selalu habisakan.. memang terbaik la kan.. tak pasti la senior-senior kat situe suka kew.. atau menyampah dengan we are yang always here in the lab and buat bising..

Yang aku paling perasan dan ketara.. my lab mate is very different in lab and in hutan... sebab in lab semua buat hal sendiri jew.. tak bertegur sapa.. masing-masing dengan meja sendiri.. kaki kecoh aku rasa aku.. kawan aku (fatin) n kak laili.. kitorang jew mengila disitu... and sometime.. my friends and kak laili jew kecoh.. aku senyap kat belakang sorang2 sebab patition aku jauh dari diorang untuk tumpang sekaki membising di lab tue.. masuk hutan nah.. semua kaki kecoh nampaknya.. kat situ boleh kenal perangai masing-masing...

kalau tengok bitstrip yang kat lab tue macam rupa fitri, ken, and apa nama perempuan yang selalu duduk dimeja tue hah.. hehehe.. aku nie memang susah sikit nak ingat nama orang.. sorry yea~~


Friday, November 22, 2013

Luahan CINTA... vol.1

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Now... i'm in the lab.. so tak berani nak tulis entry panjang-panjang.. and melayan syahdu sendiri takut ada yang terjah daripada belakang.. mana la nak tau tiba-tiba doc. datang buat spotcheck student dia kew haper kew... or my friends nak borak-borak tetiba nampak aku tulis entry syahdu.. pengsan pula kot kat sini.. 

So.. tadi aku terbaca satu entry syahdu.. ada sikit-sikit kaitan dengan diri aku.. aku ingat nak buat rumusan tapi bukan sekarang.. so korang baca dulu entry tue ya.. nanti aku rumus balik dengan diri aku...

Jika kamu memancing ikan

Setelah ikan itu terlekat di mata kail
Hendaklah kamu mengambil ikan itu..
Jangan sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu sahaja..
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya...
Ketajaman mata kail kamu mungkin akan menyebabkani ia MENDERITA seumur hidup...
 

Begitulah juga……

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….

tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……

Begitulah juga……

Jika kamu sedang memiliki seseorang…. TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……

Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……

Begitulah juga……

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA…itu lebih BERMAKNA !

“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”

 

Thursday, November 21, 2013

KEM HIDUPAN LIAR 2013

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Kalau cakap PENAT.. memang tue perkara biasa la..  tapi yang paling tak tahan.. kena serang dengan AGAS dan NYAMUK.. tue paling menyampah dan membahankan diri sendiri.. bintat-bintat dan luka akibat mengaru.. sebagai bukti aku jadi fasi kem wildlife kali nie.. huh.. pacat x naik pula kali nie.. tapi tiap-tiap malam bergaduh dengan agas yang tak tahannya... paling aku respect.. kat  si kawan aku sorang nie.. rajin betul dia.. tiap-tiap malam mesti  jew ada benda dia sediakan untuk berlindung dari agas.. hahaha.. akibat tak tahan kena serang.. minyak cap kapak la.. ubat sapu.. repellent.. kulit telur.. unggun api.. semua la.. yang mampu halau agas tue.. tapi still kena gak bila khemah utama tue berada di betul-betul bawah rumpun buluh.. tahan jew la.. dengan agas nie..
Bitstrip from my friend about me in wildlife camp... 
csian.. asyik kena serang agas jew...

Perjalanan kem agak memuaskan.. cuma jalan jew berlecak teruk dan licin.. sebab hujan.. tambahan pula dengan aktiviti sukan bermotor yang oleh penduduk setempat menyebabkan jalan hutan tersebut semakin teruk dan musnah.. kesian aku tengok suasana hutan tersebut...namun air sungai dia memberi kepuasan yang tak terhingga untuk kami.. sebab sungai dia sangat bersih, jernih dan sejuk.. menjadikan aku tak pernah lepaskan peluang untuk berendam disitu setiap hari.. walaupun di dalam hutan n sibuk mengurus student...



Aktiviti  kem lebih kepada mendedahkan para pelajar mengenali dan mengendali hidupan liar... dalam kem tersebut para pelajar didedahkan untuk mengenalpasti habitat dan cara hidup hidupan liar... dengan menangkap haiwan tersebut dan melakukan pengecaman dan menghafal nama saintifik , nama tempatan dan characteristic hidupan tersebut... dan setiap malam para pelajar akan diuji semula dengan kuiz bagi memastikan para pelajar ingat nama spesies yang diperolehi sepanjang kem tersebut dijalankan..


 antara spesies haiwan yang diperolehi.. hafal jangan x hafal...

Actually banyak lagi gambar tapi malas nak post banyak-banyak... kem ini dijalankan selama 5hari 4 malam.. dan bagi fasi 6hari 5 malam bagi menyediakan persiapan untuk para pelajar kem tersebut.. seramai 115 orang pelajar mengikuti kem ini dari gabungan 2 pengajar kelas iaitu dr.Z  dan dr.bad...  dan 20 orang fasi...  bagi aku banyak benda dan pengalaman baru  aku perolehi daripada kem nie... sebabnya first tyme camping kat sg. lalang nie.. dan prasarana dia betul-betul hutan dimana toilet pun kena gali sendiri... makan first day masak sendiri second day.. tukang masak datang dengan student so selamat dari memasak.. mana kala yang lagi advence.. topografi dia mencanak tinggi.. nak berulang-alik ke point2 student tue.. memang rasa boleh kurus la kalau masak sendiri.. tapi disebabkan ada tukang masak.. so balik terus bantai makan sampai gemuk semula.. hahahah.. statement tak boleh blah kan... tapi yang pasti kem nie memang enjoy sambil menikmati keindahan alam..

Maka semalam tamat la WILDLIFE CAMP 2013.. see you next wildlife camp 2014... ..esok ada lagi satu pula kem kesedaran alam sekitar bawah tajaan kementerian pengajian malaysia untuk para pelajar sekolah menengah.. atau nama lainnya.. KEMPAS... tapi tak dapat nak join sebab baju belum basuh.. khemah belum cuci... asgmnt belum siap.. data belum collect.. alamatnya terpaksa cancel nak join program tue juga... INSYAALLLAH kalau ada kesenggangan tahun depan jadi fasi kempas pula... handle budak sekolah...



Thursday, November 14, 2013

Berbezanya Lelaki Dan Perempuan..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Lelaki dan perempuan  dua insan yang sangat ketara perbezanya.. dulu pernah aku terfikir apa bezanya lelaki dan perempuan melainkan jantina.. kerana bagi aku dulu.. perempuan dan lelaki masing-masing ada hati.. so sama la kan.. tapi bila fikir-fikirkan balik.. sedangkan perempuan dan perempuan pun berbeza inikan lelaki kan.. itulah jawapannya manusia masing-masing mempunyai naluri yang berbeza..  so lelaki dan perempuan pun berbeza lah..


Dibawa ada 10 fakta yang dikaitkan dengan lelaki.. namun aku ingin membuat perbandingan berdasarkan pendapat aku ..fakta mengenai lelaki dan perempuan... mungkin lain perempuan lain pendapat..  

1. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.
Perempuan mudah terpikat dengan lelaki yang berbadan sasa dan macho, tetapi lelaki yang beriman dan soleh lebih dipandang tinggi oleh perempuan

2. Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.

 Perempuan amat cemburu apabila perempuan lain cuba mengoda kekasih mereka.

3. Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.

Awak ada di mana? atau awak dengan siapa? soalan yang akan ditanya terlebih dahulu ketika menelefon seorang lelaki.

4. Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.

Perempuan akan memikirkan orang yang mereka sayang setiap waktu terutama apabila mereka bersendirian.

5. Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan cuba mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.

Sekiranya perempuan tersebut sangat menyayangi seorang lelaki mereka  akan cuba perlahan-lahan memperbaiki sikap negetif lelaki tersebut.

6. Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.
Perempuan akan mengangap ada sesuatu yang tidak kena dan menakutkan apabila seorang lelaki senyum kepada mereka..

7. Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.

Perempuan akan buat biasa sahaja walaupun dia sudah berada dihadapan lelaki yang dia suka.. belakang lelaki tersebut baru dia rasa menyesal (kebiasaannya la)

8. Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.

Perempuan akan berkecil hati sekiranya lelaki menceritakan mengenai kisah bekas teman wanita mereka.

9. Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian mampu untuk terus melupakan mereka.
Perempuan mengambil masa yang lama untuk menyukai lelaki dan melupakannya.

10. Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.

Apabila seseorang perempuan bersedia berjumpa dengan ibubapa kekasih mereka belum tentu lagi mereka benar-benar serius. 




Ini semua andaian daripada akulah tapi ada sesetengah tue dari bahan-bahan bacaan yang pernah aku baca juga.. tak semuanya tepat.. sebab susah juga nak tahu hati budi perempuan  berdasarkan fakta nie.. nak cari dalam diri aku sendiri pun susah.. sebab aku pun terpernah ada lelaki yang serius aku suka.. so persoalan tue memang tak pernah tersoal lah kan...susahkan nak faham perasaan manusia nie..

Wednesday, November 13, 2013

Wildlife Camp will Coming!!


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Wildlife camp was coming.. kalau dulu nak masuk kem wildlife mesti banyak benda nak kena fikir.. mesti la banyak sebab kem wildlife buat dekat dengan hujung-hujung semester.. mana dengan second test menjelang.. mana dengan asigmnt lagi banyak duk pening kepala.. kem wildlife tyme tue la datang nak menyebuk.. sesak kepala mana nak kena hafal nama saitifik burung lagi.. tiap-tiap malam.. wahhhhh.....tapi itu dulu.. sekarang tak lagi..hehheh~~ now i am facilitator.. hanya nak lihat jew... x mau bagi tip.. jahat tak kak fasi nie.. dulu pun abang-abang fasi jahat gak.. mana bagi klu langsung.. puas perah kepala nie mengingatkan nama saintifik burung and common name.. tak dapat klu pun.. sedih.. sedih.. tapi bagus gak untuk kita berusaha lebih supaya kita ingat...

Sekarang waktu preparation... jumaat nie ktorang dah start masuk.. student pula sabtu baru masuk sekali dengan lecterur.. as student master nie.. ktorang la kena siapkan line transet, khemah and check kawasan sikit untuk keselesaan dan kemudahan student selain menolong renjer n pembantu makmal...

Tugas aku hari nie ialah siapkan tag-tag burung untuk kuiz-kuiz student nanti... asyik bermain dengan riben jew dari siang tadi sehingga baru siap sekarang... waaa... tengok kat bawah tue banyak tak... asingkan tali macam cerita P.Ramlee.. aduanan beras untuk cari calon isteri...


Riben tue guna untuk  tag burung.. dan ada maksud tersendiri bagi setiap warna riben tersebut... tak sabar tengok diorang nak kena hafal nama-nama burung pula.. memang rasa nak pecah kepala waktu dulu.. mana pergi pun sentiasa bawa nota untuk hafal.. walaupun aku bukan ingat sangat nak menghafal lama masa ruching nie.. namun tyme kem memang aku banyak luck.. sebab menghafal aku fail.. tapi jawab kuiz.. tembak aku tepat.. hahha~~ group aku dalam kategori higher gak la markahnya... tapi tue kisah lama.. nie nak tengok cerita diorang pula.. ok.. SELAMAT BERCAMPING...

Sunday, November 10, 2013

Ya Aku.. Semua Aku..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Ya AKU..
aku memang manusia yang boring..
kritik.. kritik la sebanyak mana manusia nak..
sesungguhnya aku pun manusia biasa yang inginkan peningkatan dalam hidup..
memang aku tak mampu menjadi manusia yang baik di pandangan manusia..
tetapi aku cuba menjadi insan yang baik kepada tuhan yang mencipta aku..

aku try jadi yang terbaik.. untuk semua insan..
namun apakah daya.. manusia memang tak pernah bersyukur apa yang mereka dapat..
alhamdulillah... setakat ini aku rasa aku mampu bertahan.. dan bersabar..
dengan kerenah manusia yang bukan-bukan..
dan aku berharap.. kesabaran aku sentiasa tinggi..
untuk memperbaiki insan-insan nie untuk jadi yang terbaik..
sesungguhnya aku pun masih belajar..
belajar untuk menguruskan kehidupan baru..

Aku Mohon padamu ya Allah..
bantu aku dalam menguruskan semua ini..
supaya menjadi lebih baik.. dan aku lebih tegas dalam membuat keputusan..
sesungguhnya susah bagiku bila terdapat insan yang rasa dirinya hebat dari segalanya..
aku mohon kesabar yang kuat pada diriku ya Allah.. dan aku mampu melaluinya..

_luahan hati orang boring.. that why juga la orang boring dengan aku.. sebab aku pun selalu boring_


Saturday, November 9, 2013

Kereta Comel...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Pernah suatu ketika dahulu, aku ceritakan aku memuji kecomelan sebuah kereta, rasa ingin bergambar dengannya dan tetiba kereta itu berhenti dihadapan aku dan menghulurkan sesuatu.. namun tak sempat aku ambil... kan.. pernahkan aku bercerita mengenainya dalam tajuk RISE UP..

 Hari nie .. masa jalan-jalan di facebook terjumpa gambar kereta comel tue.. sama macam aku jumpa hari tue.. rupa-rupanya itu semua promote KOTEX... patut la comel sangat.. kalau korang x percaya tengok gambar di bawah.. comelkan keretanya.. dan kotak tue adalah contok kotak yang dihulurkan oleh pemilik kereta itu kepada aku...

macam nak ada sebijik jew kereta macam nie.. comelllll sangatttt~~~~


Penghargaan...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Disaat mata dah kuyu, manakala kepala betul-betul menginginkan bantal... tangan masih rancak lagi untuk menaip.. dan hati meronta-ronta untuk  menceritakan suasana kehidupan baru aku kini... supaya lebih disiplin dengan aturan alam.. bukan sebagai manusia nokturnal yang mampu berjaga malam lagi.. tetapi sekarang memerlukan waktu rehat yang cukup bagi mengerjakan rutin harian di waktu siang....

2013.. Bakal melabuhkan tirainya dalam beberapa bulan sahaja lagi.. namun bagi aku.. kenangannya tetap menjadi pedoman selama-lamanya... mana taknya segala titik peluh dan usaha aku selama ini akhirnya terbalas dengan sijil penghargaan dan pangkat daripada pencapaian aku sebelumnya.. walaupun dalam tiga tahun tue tuhan sahaja yang tahu.. bagaimana ujian yang diberikanNya kepada aku.. yang aku rasa sangat give up dipertengahan jalan.. dengan kerenah kawan-kawan yang tidak memahami situasi aku waktu tue.. hanya mampu maki dan marah sahaja.. yang kononnya beri nasihat..  dan tinggalkan aku.. dan aku rasa moral aku sangat down waktu tue.. sehingga aku menyindiri diri..
 

Sememangnya ketika itu.. aku cuba untuk menyindiri.. untuk redakan keadaan.. air mata tue sememangnya jadi peneman setia la..  aku cuba tabahkan hati kuatkan diri.. cari solution.. maybe tue semua masalah aku sendiri.. sebab tak pandai arrange waktu aku.. tak pandai bahagikan latihan dan pelajaran.. namun keadaan memang agak sesak... bila dua pihak push.. push.. n push.. seolah-olah aku tersepit dengan keadaan.. aku nampak dalam situasi itu juga.. kawan-kawan cuba menjauhkan diri dari aku.. aku cuba buat cool macam biasa.. namun dalam hati aku tuhan jew mengetahui.. betapa sedihnya aku ketika itu.. doa jew penguat hati.. terima kasih juga dengan Datuk Dr. Fadhilah Kamsah.. sebab sudi membalas dan memberi solusi dari masalah aku... doa yang diberi.. aku pegang sehingga kinI.. TERIMA KASIH DR.

Hari nie aku luahkan segalanya.. bukan nak tunjuk aku hebat.. atau mengungkit cerita lama.. sebab bagi aku yang lepas biarkan ia lepas.. buku baru boleh diwarnakan semula.. buangkan yang hitam disisi dan jadikan ia warna-warni baru ceria hidup..

Hari ini aku cerita semula supaya aku hargai betapa susahnya aku untuk mendapatkan penghargaan itu.. bukan mudah untuk dapatkan dua benda dalam satu masa.. kesabaran adalah sangat-sangat tinggi selain usaha untuk merangkulnya...  cabaran dia tak payah nak cakap la.. sangat mencabar untuk mengharunginya.. sesungguhnya aku bersyukur.. sekurang-kurangnya aku dapat memegang ijazah aku dalam masa yang sama sudah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda.. kerana terdapat juga kawan aku yang belum mampu pun memegang ijazah tue sehingga kini.. walaupun sepatutnya dah berkonvo.. Alhamdulillah..  kesabaran itu tinggi nilainya.. sebab aku bukanlah seorang yang kuat.. tapi kesabaran yang diberikan olehNya.. alhamsulillah aku mampu menghabiskannya jua.. dan alhamdulillah juga.. kini pun aku mampu menyambung pelajar seperti juga cita-cita aku...


Penghargaan ini adalah sangat besar bagi diri aku.. Thanks to  all my family sebab sentiasa support aku..  dalam mengharungi kejayaan ini.. datang jauh-jauh untuk kedua-dua majlis besar aku... iaitu pertauliahan di sabah dan konvokesyen di selangor..  harap lepas nie boleh balas jasa mak ayah pula.. yang dah lama bersusah payah demi anak-anak nie.. love my mom n dad.. rasa rindu macam nak balik rumah pula.. tapi kalau balik aku asyik nak gaduh jew kan.. sapa cari gaduh.. aku la kan.. tak pe gaduh-gaduh sayang... sunyi rumah kalau tak dengar leteran..





Friday, November 1, 2013

Bitstrips oh bitstrips...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

 Hari nie dah terjebak dengan satu lagi benda melalaikan iaitu BITSTRIPS.. untuk pengetahuan korang nie salah satu permainan yang melalaikan yang terdapat di Facebook la... dia membawa kita menceritakan situasi kita sekarang dalam bentuk comic.. dan bentuk dia pun menarik... so korang boleh buat dialog di dalam photo background yang telah siap sedia di dalam bitstrips nie dan kalau korang lagi kreatif boleh terbitkan komik dari batstrips nie.. menarik.. dimana perwatakan korang akan dikomikkan dan di post dalam photopicture facebook.. 

Jom tengok aku punya bitstrips.. habis la bila aku dah start terjebak... alik-alik nanti blog aku pun penuh gambar-gambar dari bitstrip juga... dah boleh jadi komik tentang diri aku...


Hah... macam mana?? berminat...
Aku yang mula-mula tak nak pun terjebak disebabkan oleh kecomelan dia..
kalau berminat join jer.. Bitstrips Facebook.. macam promoter dah jadinya aku.. selamat mencuba..