Berbezanya Lelaki Dan Perempuan..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Lelaki dan perempuan  dua insan yang sangat ketara perbezanya.. dulu pernah aku terfikir apa bezanya lelaki dan perempuan melainkan jantina.. kerana bagi aku dulu.. perempuan dan lelaki masing-masing ada hati.. so sama la kan.. tapi bila fikir-fikirkan balik.. sedangkan perempuan dan perempuan pun berbeza inikan lelaki kan.. itulah jawapannya manusia masing-masing mempunyai naluri yang berbeza..  so lelaki dan perempuan pun berbeza lah..


Dibawa ada 10 fakta yang dikaitkan dengan lelaki.. namun aku ingin membuat perbandingan berdasarkan pendapat aku ..fakta mengenai lelaki dan perempuan... mungkin lain perempuan lain pendapat..  

1. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.
Perempuan mudah terpikat dengan lelaki yang berbadan sasa dan macho, tetapi lelaki yang beriman dan soleh lebih dipandang tinggi oleh perempuan

2. Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.

 Perempuan amat cemburu apabila perempuan lain cuba mengoda kekasih mereka.

3. Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.

Awak ada di mana? atau awak dengan siapa? soalan yang akan ditanya terlebih dahulu ketika menelefon seorang lelaki.

4. Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.

Perempuan akan memikirkan orang yang mereka sayang setiap waktu terutama apabila mereka bersendirian.

5. Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan cuba mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.

Sekiranya perempuan tersebut sangat menyayangi seorang lelaki mereka  akan cuba perlahan-lahan memperbaiki sikap negetif lelaki tersebut.

6. Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.
Perempuan akan mengangap ada sesuatu yang tidak kena dan menakutkan apabila seorang lelaki senyum kepada mereka..

7. Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.

Perempuan akan buat biasa sahaja walaupun dia sudah berada dihadapan lelaki yang dia suka.. belakang lelaki tersebut baru dia rasa menyesal (kebiasaannya la)

8. Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.

Perempuan akan berkecil hati sekiranya lelaki menceritakan mengenai kisah bekas teman wanita mereka.

9. Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian mampu untuk terus melupakan mereka.
Perempuan mengambil masa yang lama untuk menyukai lelaki dan melupakannya.

10. Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.

Apabila seseorang perempuan bersedia berjumpa dengan ibubapa kekasih mereka belum tentu lagi mereka benar-benar serius. 




Ini semua andaian daripada akulah tapi ada sesetengah tue dari bahan-bahan bacaan yang pernah aku baca juga.. tak semuanya tepat.. sebab susah juga nak tahu hati budi perempuan  berdasarkan fakta nie.. nak cari dalam diri aku sendiri pun susah.. sebab aku pun terpernah ada lelaki yang serius aku suka.. so persoalan tue memang tak pernah tersoal lah kan...susahkan nak faham perasaan manusia nie..

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

::course perhutanan.. jom kenal::

Master by RESEARCH...