Thursday, May 31, 2012

no topic


AAAAARGHHHHHHHHHHHHHHhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh~~~~~~~~~~~~~


datang nak menjerit jew disini.. mau hilangkan stress.. walaupun hanya ada satu hari jew lagi untuk habiskan kuliah semester nie.. tapi berat macam berminggu-minggu lagi dalam semester nie... cam mana nak hilangkan stress.. moga2 cepat la hilang stress nie... supaya dapat fokus dengan selesa untuk final exam nantii.. insyaallah...


Tuesday, May 29, 2012

tak semua benda indah..

dalam hidup nie..
diatas muka bumi ini.. ada pelbagai bentuknya..
ada lohong.. ada lekuk.. ada gunung.. dan ada lurahnya..

begitu juga kehidupan manusia..
tak semua nampak kesempurnaannya..
kekadang ada lemah.. ada kuat.. ada ditindas dan ada yang mempertahan..

semuanya mencorakkan kehidupan...
tidak adil kalau kita katakan kesusahan kita hari ini..
selamanya kita akan susah..
dan kekayaan kita hari ini.. selamanya kita akan kaya..
duit yang di cari semakin habis bila digunakan.. dan sentiasa perlu mencari..

begitu juga dengan kehidupan...
kalau kita kata hari nie kita lemah..
takkan selamanya kita membiarkan diri kita lemah..
macam mana sekalipun.. kita mesti berusaha keluar dari kelemahan tersebut..
cuma memerlukan masa dan ketika untuk berubah..

rungsing aku memikirkan diri aku..
kata orang kawan itu pemberi semangat..
kawan itu pencetus gaya cabaran..
namun hari ini aku nampak..
kawan semuanya pemusnah semangat..
peluntur segala harapan...

ya aku sedar.. aku semakin leka.. aku semakin alpa..
aku perlukan semangat.. aku perlukan nasihat..
tapi bukan dengan maki hamun.. atau dengan kata2 kesat..
yang kekadang aku rasa membawa diriku semakin tersesat..
dek kata-kata yang semakin memunahkan hati.. mencalar jiwa..
aku tak mampu hidup begini..

fine kalau ini namanya persahabatan..


aku tahu..
kalau kawan atas kejujuran semua ini tidak akan berlaku bukan..
semua ini berlaku atas paksaan.. dan aku nie hanya penumpang..
mengemis kasih atas nama persahabatan.. menumpang untuk setitik  ilmu..
namun aku sedar segelintir hati tidak sudi menerima aku..
namun aku paksakan juga.. akhirnya semua ini berlaku..
nasib akulah untuk menerima seadanya bukan..
sebab aku yang menjolok sarang tebuan...

adakah patut untuk aku menyendiri..
membiarkan ketidakrelaan itu pergi..
mencari ilmu seorang diri..
hanya bergantung harap pada diri sendiri...

salah aku juga...

bukan semua orang sudi berkawan denganku...
aku tidak mampu memberi keuntungan langsung...
malah menyusahkan dan menyulitkan kerja dek kemalasan aku...

aku sedar itu..
aku cuba untuk berubah..
aku memerlukan masa dan ruang.. untuk seimbangkan
dan berubah kepada yang lebih baik..
bukan aku suka untuk menyusahkan dan menyulitkan..
sesungguhnya aku sendiri rasa sulit...
namun sekiranya ini sukar bagi kalian..
aku mampu mengundur diri..
sebab aku tahu.. kekurangan yang ada pada diriku ini..





Friday, May 18, 2012

kenapa dengan aku...

termasuk hari nie dah 2 kali aku dipanggil oleh lecturer...
2 benda jew yang terlintas difikiran aku apabila rakan-rakan menelefon aku menyatakan hal tersebut.. pertama berkaitan kehadiran.. kedua berkaitan result.. yang mana kesan yang dek kerana kemalasan aku sejak akhir-akhir nie.. yang memberi kesan kepada dua benda tersebut...

sesungguhnya sekarang.. aku sangat hilang semangat.. hilang fokus aku untuk belajar.. bukan kerana aku terlalu asyik bersuka ria.. atau penat yang keterlampauan.. tapi entah.. pada fikiran aku  join palapes tue memberatkan aku.. dan merimaskan kepala aku.. walaupun semakin lama dah semakin kurang apa yang perlu aku lakukan...

hari nie hari kedua.. aku kena berhadapan dengan lecturer.. untuk menyatakan masalah.. kenapa result aku semakin hari semakin merosot.. prestasi aku dalam akedemik yang lain pun semakin teruk... dari budak berCGPA 3.6 lebih.. sekarang tinggal 3.2... budak yang cemerlang.. tapi apa masalah aku???

apabila ditanya dengan soalan yang bertubi-tubi seperti diatas.. aku hanya terdiam kelu.. dan cuma mutiara sahaja yang bertakung di kelopak mata.. tak tahu nak menyatakan bagaimana... 

ya aku mengaku.. aku cuba untuk bersemangat pada awal semester hari tue.. dengan harapan  semangat tersebut tidak akan punah dalam diri aku sehingga kini.. aku cuba buat yang terbaik.. berazam dan menebus kegagalan aku yang lepas.. dan cuba tingkatkan kembali prestasi aku kini dan naikkan semula CGPA aku yang dua kali berturut-turut jatuh.. aku tidak mahu mengulangi benda yang sama pada diri aku.. sesungguhnya aku manusia yang sangat bersemangat pada masa diploma dahulu.. mahu sentiasa merangkul anugerah dekan pada setiap pencapaian semester aku.. tapi mana diri aku yang dulu.. hilang.. hilang entah kemana..

pada ketika itu... sedaya upaya aku menerangkan situasi aku.. dalam keadaan kelopak mata sentiasa dibasahi.. aku tidak dapat fokus pada pelajaran aku.. aku rasa terbeban apabila latihan menjegah setiap saat malam aku bersama nota dan kerja sambil bersantai diragut.. sesungguhnya aku seorang yang sangat perlukan kosentrasi yang sepenuhnya terhadap pelajaran aku.. untuk aku melahirkan minta yang menghadirkan kefahaman pada pembacaan aku... tambahan pula.. nota-nota kebanyakkan dalam english.. aku sangat benci english.. jadi memerlukan banyak masa untuk aku terjemahkan bacaan aku untuk mencintainya.. yang mana barulah melahirkan pemahaman setiap sumber bacaan aku.. namun latihan yang menjegah aku tanpa mengira waktu menyebabkan mood aku sentiasa mati.. ya aku boleh fokus pada kerja aku 5 atau 6 jam tanpa henti.. apabila sudah memulakannya.. tapi untuk memulakannya.. itu sangat sukar bagi aku .. ibarat batu yang membebani...  nie kan lagi apabila menganggu separuh pekerjaan aku... lagi berat untuk aku lakukannya.. sebab sudah diganggu.. aku pula seorang yang kuat memberontak sedangkan apa yang aku berontakan ibarat.. marahkan nyamuk kelambu yang dibakar.. akhirnya aku sendiri yang mendapat denggikan.. 

kalau boleh aku tidak mahu teruskan sikap sebegini.. menyusahkan orang.. namun aku berterima kasih dengan lecturer2 aku kerana cuba memberi semangat kepada aku.. walaupun apa yang dikatakan tak banyak membantu.. tapi mampu menyedarkan aku.. untuk diri terus semangat.. ya mungkin aku semakin kurang motivasi dalam diri.. menyebabkan aku mudah kecundang.. dan cepat rebah apabila di sindir dan dihendik..


saat kejayaan dulu pasti akan tiba lagi.. apabila diselam
 dengan semangat dan usaha berpanjangan..