Tuesday, April 30, 2013

Kenapa Harus Begini Doktor???

 ASSALAMUALIKUM...

Doc kenapa begini...
kau membuat aku sedih bila mendengar khabaran ini..
hancur.. luluh.. kecewa..
apabila khabaran itu sampai ditelingaku...
kau patutnya bagitahu aku awal-awal lagi...
supaya aku tidak perlu rasa terkejut mendengar khabaran ini..
dan kini aku kecewa sendiri.. dek berita yang kau sampaikan..
oh doctor.. kenapa begini...

sekarang nie.. nak menangis tidak berguna..
nak bergembira pun.. aku dah kecewa..
daripada setiap apa yang kau rahsiakan..

kew ada helah disebalik kata-katamu...
adakah kau mahukan aku study lebih untuk subjekmu..
atau pulang dengan segara ke kolej untuk menyiapkan fyp yang tertangguh..
atau tidak mahu aku membulatkan diriku dirumah selama dua minggu..
disebabkan itu kau katakan exam akan berlaku minggu ini..
dan tergesa-gesa aku perlu pulang ke kolej..
sehinggakan perlu meredah banjir yang berlaku di serdang..
oh doctor...
pemandangan yang indah untuk puisi yang indah-indah kan...

namun apapun aku redah...
dan sangat berterima kasih padamu..

sesungguhnya..
FYP aku hampir-hampir ke arah siap sepenuhnya..
berat badan aku dapat dikurangkan semula ke tahap asal..
baju aku yang tinggal ari tue x sempat berbasuh... dah basuh semuanya..
dan bilik aku kemas seperti sediakala..
terima kasih doc..

dan lagi satu..
kalaulah kau informkan penangguhan tarikh exam kau tue lagi lambat..
mungkin aku dah mampu habiskan study subjek-subjek kau nie..
(jelas tak sapa yang sekarang nie suka sangat buat keja last minit..hasih~~)
makaceh doc.. makaceh..


_puisi ini ditujukan khas buat doc tersayang_        
terima kasih kerana mengarahkan aku balik kolej awal
dan membatalkan niat untuk tinggal dirumah lama-lama..
kalau tak conform kerja tak siapkan...makaceh.. makaceh..
..yang pasti ini puisi kew... tak indah pun!!!... =P

Monday, April 29, 2013

Penting ke tahu asal usul..

tak nak jadi kacang lupakan kulit.. tue pentingnya tahu asal usul..
sejarah jugalah menjadi iktibar dan panduan pada kita supaya lebih baik lagi sekarang...
dan tak mengulangi sejarah lampau.. itu kepentingan sejarah..
tapi macam mana pula sejarah yang hanya senyap.. dan menjadi persoalan..
tanpa dicerita.. dan hanya keluar persoalan demi persoalan..
dan apabila ditanya.. ditegah..
so.. benda nie menjadi rumit di akal fikiran aku..
yang sering mahukan kepastian yang jelas..
walaupun tak ada kepentingan untuk aku..

aku...
sememangnya kurang rapat dengan family sebelah ayah..
aku pun tak jelas dengan situasi sebenar..
menjadikan aku diam tanpa perlu banyak bicara..
tapi kalau dilihat daripada situasi..
faktor mulut dan kekayaan adalah puncanya..
tapi hakikatnya..
aku tengok family ayah biasa saja.. so apa yang diorang bandingkan..
sehingga kekadang.. mak kecil hati untuk pulang ke kampung..

dan disebabkan ini juga aku cukup kurang mengenali keluarga sebelah ayah..
hanya sekadar yang rajin berkunjung sewaktu raya jew yang aku kenal..
tue pun tok cik, adik beradik sebelah tok.. kalau tok wan tak kenal langsung..

nak dijadikan cerita suatu hari tyme tok wan sakit..
tiba-tiba pakjang bawa balik satu kitab lama.. siap berbalut cantik..
terus diorang bawa masuk.. buat mesyuarat family..
aku tak ada tyme tue.. aku masih belajar diploma..
kakak yang ada.. dan kakak yang ceritakan segalanya..
namun tak detail.. sebab dia sendiri pun confius..
kitab tue ceritakan mengenai sejarah keluarga..
dan hulubalang.. ya aku dari keturunan hulubalang..
tapi tue jew yang hanya aku tahu.. selebihnya tidak..


pernah sekali pakjang datang rumah.. nak bercerita berkaitan ini..
tapi last-last tergantung.. macam tue sahaja..
dan keadaan itu menjadi rahsia sehingga kini..

aku nak tahu.. sebenarnya.. sangat2 nak tahu..

Sunday, April 28, 2013

Suatu Ketika Dahulu...


suatu ketika dahulu..
inilah wajahku... namun perubahan itu perlu.. untuk memberi idea yang baru...
walaupun semua ini tak ada la jauh beza pun..
tapi semua tue tak penting.. yang penting aku suka dan selesa..

dan lagi..
voice from the room.. sudah jadi ini cerita aku...
sebabnya.. ini adalah cerita dari aku.. cerita kehidupan aku..
yang mungkin dibawa keluar jauh dari kehidupan dulu..

zaman study bakal tamat..
zaman memerap dalam bilik..
dan zaman pekerjaan bakal ganti..
dimana zaman kehidupan baru..
so no room.. just life.. and now story morey jew la kot..

bukan dari dalam bilik lagi dah...
sebab teknologi dah canggih..
nak update blog n facebook tak perlu mengadap pc n laptop dah..
dengan hanya phone and tab..
dunia sudah dihujung jari..
cerita hari nie untuk hari nie.. esok cerita esok...

tapi semua tue ikut kerajinan juga la..
kalau tak cerita tiga minggu lepas pun jadi cerita hari nie juga disebabkan kemalasan mengupdate..
ok.. enjoy kehidupan baru.. dengan INI CERITA AKU.....
...semuanya bermula disini....

Friday, April 5, 2013

Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran

Kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu’minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.

  • Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT “Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman.” [23:1]
    Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.
  • Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati “iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.” [23:2]
    Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.
  • Prioriti. Mengutamakan apa yang utama. “dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna).” [23:3]
    Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan.
    Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.
    Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu’, melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
    Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.
  • Prihatin sesama kita “dan orang-orang yang menunaikan zakat.” [23:4]
    Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.
  • Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan “dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.” [23:5,6,7]
    Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.
    Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya. 
  • Jujur, amanah ” dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya.”[23:8]
    Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?
    Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah “Bismillahi tawakkaltu ‘ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil ‘azim.”
  • Tepati waktu “dan orang-orang yang memelihara solatnya.” [23:9]
    Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.
    Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.



  • ” Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya.” [23:10,11]

  • .Maka di antara manusia ada yang berdoa: ‘Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.’ Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat.”[2:200]
  • “Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka.” [2:201]
  • “Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya.” [2:202]
  • Semoga artikel ini berguna untuk anda , penulis doakan anda berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan..'

    Sumber: Iluvislam.com – diolah oleh harianislam.com