Sunday, August 30, 2009

rEnunGaN bErsAMa : 10 pEminTAan iBlis

IBLIS yang dilaknat Allah SWT terpaksa bertamu kepada Nabi Muhammad SAW untuk mendedahkan semua rahsia yang dikehendaki baginda.


Berikut adalah bahagian akhir jawapan makhluk laknat kepada setiap soalan baginda Rasulullah SAW.


Nabi Muhammad SAW bertanya kepada iblis berapa yang dimintanya daripada Allah SWT.

Iblis menjawab 10 perkara lantas baginda bertanyakan apakah perkara berkenaan. Makhluk laknat itu menjawab: “Aku minta agar Allah SWT membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Dia mengizinkan.

Allah SWT berfirman, “Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak dan janji mereka tidaklah janji syaitan kecuali tipu daya,” (Al-Isra:64).

“Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba. Aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah SWT.

“Aku minta supaya Allah SWT membiarkan aku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan-Nya maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.

“Aku minta supaya boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.

“Aku minta supaya Allah SWT menjadikan kamar mandi sebagai rumahku, pasar sebagai masjidku, syair sebagai Quranku, pemabuk sebagai teman tidurku dan memberikan aku saudara maka Allah SWT jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku,” terang Iblis kepada Nabi Muhammad SAW.

Allah SWT berfirman: “Orang-orang boros adalah saudara-saudara syaitan,” (Al-Isra: 27).

Iblis kemudiannya berkata: “Wahai Muhammad, aku minta supaya Allah SWT membuatku boleh melihat manusia sementara mereka tidak boleh melihatku.

“Dan aku minta supaya Allah SWT memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia,” katanya.

Permintaan Iblis itu diperkenankan Allah SWT yang menjawab: “Silakan.”

Iblis memaklumkan dia bangga dengan hal itu kerana sehingga hari kiamat, sebahagian besar manusia bersamanya di hari penentuan berkenaan.

Iblis lalu terus berkata: “Wahai Muhammad, aku tidak boleh menyesatkan orang sedikit pun. Aku hanya boleh membisikkan dan menggoda.

“Jika aku boleh menyesatkan, tidak akan tersisa seorang pun yang beriman. Sebagaimana dirimu, kamu tidak boleh memberi hidayah sedikit pun.

“Engkau hanya rasul yang menyampaikan amanah. Jika kau boleh memberi hidayah, tidak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini. Kau hanya boleh menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara.

“Orang yang bahagia adalah orang yang sudah ditulis bahagia sejak di perut ibunya dan orang yang sengsara adalah orang yang sudah ditulis sengsara sejak dalam kandungan ibunya,” katanya.

Rasulullah SAW lalu membaca ayat yang bermaksud: “Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT,” (Hud:118 - 119).

Baginda juga membaca ayat bermaksud: “Sesungguhnya ketentuan Allah SWT pasti berlaku,” (Al-Ahzab: 38).

Iblis lalu berkata: “Wahai Rasul Allah, takdir sudah ditentukan dan pena takdir sudah kering. Maha suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk syurga dan yang sudah menjadikan aku pemimpin makhluk celaka serta penduduk neraka.

“Aku si celaka yang terusir. Ini yang terakhir yang ingin aku sampaikan kepadamu dan aku tidak berbohong," luah iblis laknat.



Saturday, August 29, 2009

:: akU daN ciNtku::

cinta... hurmmm.. terlalu besar cintaku ini....
aku sebenarnya begitu berminat untuk menjadi penyelidik atau saintis...
bukan lagi sebagai cita-cita... tetapi aku begitu mencintai kerjaya tersebut...
memang itulah harapan aku sebelum ini... dan sehingga kini aku masih mengejarinya...
walaupun kini aku berada di universiti...

sememangnya dari kecil aku meminati subjek sains...
sehingga kini aku berada dalam bidang perhutanan kerana ingin menjejaknya...
mampukah aku memilikinya...

sekarang aku berada di dalam bidang perhutanan...
aku mempelajari ciri-ciri pokok, sifat pokok, habitat pokok...
bukan itu saja..
aku turut didedahkan penyakit pokok serangga perosak menyebabkan kerosakan dan pelbagai agi mengenai tumbuhan...
aku terlalu berminat untuk mendalaminya dengan lebih lanjut...

sekarang aku didedahkan..
tapi suatu hari nnt aku berharap aku dapat mengunakan pendedahan yang diberi...
aku dapat mencari segala ubat-ubatan daripada pokok yang aku pelajari...
aku juga mampu mengetahui punca kerosakan tumbuhan supaya aku mampu mencegahnya dari rosak..

INSYAALLAH... mudah mudahan cita-citaku untuk memperolehinya tercapai...

mungkin bagi sesetengah insan ...
cita-citaku begitu memboringkan...
kurang perkembangan dan begitu menjengkalkan...
tetapi aku tak kisah dengan pendangan itu...
sebabnya aku mampu menjadikan is sebahagian dari hidupku...
kerana minatku.. aku ingin memberi sumbangan yang bernilai untuk bumi ini sendiri..
walaupun aku tidak mempunyai kebebasan disamping orang lain...

dan aku berharap aku dapat membuktikan pada insan tersebut
aku dapat melakukanya...
dan bukan seperti apa yang dijengkalkan...
insya-allah ..
AKu TETAP DENGAN MINATKU DAN CINTAKU...





..:: keMbali n0rmaL ::..

alhamdulillah... start esok aku dah boleh stay kat bilik aku sendiri.... hurmmm bahagianya (walaupun room mate still batuk2 n selsema) .. aku memang nak sangat balik ke bilik... sebabnya keselesaan hanya di bilik sendiri jew.. dengan barang2 sendiri.. walaupun semewah mana barangan orang lain... memang dah lama aku nantikan saat untuk pulang ke bilik walau pun tempoh kurantin blok aku akan tamat hujung minggu depan .... hihihi.. ( buat kepala sendiri balik blok).. hahaha...

tadi aku dah start masuk bilik.... kemas2 bilik apa yang patut.... segala suiz lampu, kipas n tombol pintu semua aku sembur anti bacteria DETTOL...( yang sememangnya aku pelanggan setia dettol, hampir smua produk dia aku ada) sekali dengan pili tandas n tandas2 skali aku cuci dengan dettol.. hahaha... bilik pantri jew aku tak sempat nak simbah dettol cz dah abis satu botol aku guna utk cuci termasuk la pakai aku... ( bilik pantri sempat cuci batang paip jew..) hohoho... bak kata kawan sebelah bilik... kalau boleh mau jew aku cuci satu blok 2 dengan dettol... DETTOL memang teman setiaku... hihihi...

Monday, August 24, 2009

pE hAl deNgan aKu niE????


Argghh.... tension nyer... kuliah dah start buka esok.... asgmt and report satu aper pun x siap agi.... cam mana nie formula pun aku x faham cam mana nak guna, nie kan pula nak buat pengiraan... mati la aku cam mana aku nak siapkan asgmnt aku yang satu nie... asal tanya jew smua org RELAX, x buat agi... amboi mudah nyer diorg cakap... x tau ker hari rabu nie dah nak kena antar... banyak agi kerja lain nak kena buat, boleh agi nak relax2... tension nyer....

huhUuuhUu.... mengapa erkk?? mengapa ini semua harus terjadi... malas aku pun semakin menjadi-jadi sejak 2 3 ari nie... malas nak buat semua kerja... sebabnya aku x faham dan automatik jadi tak berminat dengan semua kerja dan last skali, internet la aku layann.... huhuhuh....

Astafirullah al azim... aku x tau apa nak jadi dengan diri aku nie... rasanyer smua iblis dah kena rantai, tapi diri aku x sedar-sedar ahi nak jadi budak baik... semakin malas ada la... WAKE UP 222... sedar dari mimpi nyata.... bangun BUAT YANG TERBAIK... kata nak dapatkan anugerah DEKAN sem nie... kalau malas-malas cam nie cam mana nak berjaya... WAKE UP... buat yang terbaik.... ingat!!! persaingan sentiasa berdiri megah dihadapan kalau aku masih tidur nyenyak disini... selesaikan kerjamu dengan segera... fokus study... cita2 n impian d hadapan...

Sunday, August 23, 2009

aku...aku.. dan aku....

bagi aku....
aku manusia yang memang aku sendiri susah nak faham..
entah...
entah apa yang tak kena mengenai diri aku..
..
kadang2 aku suka berkawan...
dan kadang2 aku suka berada bersendirian...

pelikkan.... memang pelik..
dan sometime aku rasa terlalu rimas kalau berkawan...

kenapa yerk????
hurmmmm..... mungkin sebab aku tidak suka apabila terlalu didesak kot...
dan mungkin aku tidak suka orang sikap diorg juga yang membuatkan aku terasa dalam senyap...

sekarang aku rasa lebih selesa bersendirian...

sebabnya aku x suka bersedihan memikirkan sikap diorg terhadap aku...
walaupun aku tidak pernah menuturkannya...

tapi aku mempunyai perasaan untuk merasainya...

kadang2 aku terfikir...
pernahkah mereka terfikir akan apa yang mereka lakukan....

adakah mereka menyedari setiap tidak tanduk mereka membuatkan hati org lain terl
uka...
aku tak pernah menginginkan perkataan MAAF dari mulut mereka...
kerana perkataan itu bagiku cukup mudah untuk dituturkan..

MAAF...
bagiku MAAF untuk kali kedua bukan lagi maaf yang dipinta....
tapi sekadar kekesalan yang seketika....

yang mana perkataan ini akan diulangi lagi....

aku tidak mahu itu semua....

aku mampu untuk memaafi...

tapi bukan untuk kali keduanya...
b
agiku walaupun sepedih mana hati kita, bukan satu ayat tajam yang perlu
disemburkan.. kemudian maaf yang dipinta...
sungguh mudah MAAF bagimu...
tapi bukan untuk hatiku...


mengapa insan lain mampu kita jaga....
lemah tutur kata, lembut lidah memutarkannya...
tapi bagi sesetengah insan hatinya dibiarkan bagi batu yang tak bernilai...
yang hanya disepak dan dipijak ditepi jalan...

walaupun menyedari hakikatnya mampu melukai...

sungguh indahkan bersahabat....
sekiranya ini yang diperlakukan...

aku sebagai makhluk Allah yang lemah...
.
hanya mampu bersabar dengan setiap kejadian yang berlaku....
sesungguhnya ada hikmah disebalik kejadian... i
ni menjadikan aku lebih menyayangi kelua
rga dari segala...
sekiranya beginilah
adat hidup kita sebagai
KAWAN.....



Friday, August 21, 2009

ahlan wa sahlan al mubaraq....



Pejam celik, pejam celik dah tiga tahun aku menyambut bulan yang mulia di kampas hijau nie... memang sekejap sangat masa berlalu... rasanya baru semalam aku menjejak kaki dan first time aku berpuasa jauh dari family... dan hari nie dah masuk tiga tahun aku x berpuasa dengan family... dan confrom juga la raya nie pun x beraya dengan family... cepatkan masa berlalu... meninggalkan kenangan lampua kita dan membuka dairi baru untuk kita lalui pada hari ini.... dan hanya tinggal satu semester agi ... kampus hijau yang permai nie juga bakal aku tinggalkan dan melalui hidup baru di kawasan yang baru... AAaaa.... sedihnya... aku bakal meninggalkan kenangan aku selama berada disini... beraya di kejauhan dari family ( anak perantau) membiasakan diri dengan keadaan baru dan kegaya baru kerana berlainan tradisi dan adat resam.... sedihnya... tapi apa2 pun aku berbangga kerana dapat merasai dan melaluinya disini... ALLHAMDULILLAH...

Bila sebut mengenai puasa, itu merupakan kewajipan bagi umat islam dan merupakan sebahagian daripada rukun islam yang wajib dilaksanakan. dan aku pernah terbaca dalam satu buku mengenai bulan-bulan islam, yang menyatakan bulan Rejab adalah bulan untuk kita mensyukuri nikmat yang diberikan oleh ALLAH, manakala bulan syaaban kita merayakan untuk para rasul, manakala bulan ramadhan adalah bulan perayaan bagi umat islam dimana pada masa ini umat islam akan dilimpahkan nikmat oleh ALLAH swt dikurung segala iblis yang cuba menyesatkan manusia. Agar manusia dapat menumpukan segala ibadatnya kepada ALLAH dan mengumpulkan segala amal kebajikan di bulan ini...Segala pintu neraka akan ditutup sekemas-kemasnya dan dibuka kesemuanya pintu surga untuk umat islam yang melakukan amal kebajikan....SUBAHANALLAH...

Banyakkan kelebihan yang diberikan kepada kita dalam bulan nie... jadi dengan sia-siakan bulan yang mulia nie... sama-samalah kita membuat amal kebajikan ( tapi bukan setakat bulan puasa jew... bulan lain pun kena diteruskan juga) Maklumlah sekarang nie pelbagai bencana dan penyakit dah terlalu banyak berlaku... bumi kita pun dah terlalu tua untuk bertahan... jadi tingkatkanlah amal kebajikan, tinggalkan perkara yang dilarang dan lakukan apa yang disuruh... sama-samalah kita saling ingat mengigati sesama manusia, kerana manusia nie selalu terlupa apa yang pernah berlaku dan sering melakukan kesilapan berulang kali.... Jadi sama-sama la kita meningkatkan amal takwa kita.. INSYAALLAH...

>> Supaya hari ini lebih baik dari semalam, dan esok adalah lebih baik dari hari ini... sama-sama la kita berusaha untuk mengerjakannya... INSYAALLAH<<


Tuesday, August 18, 2009

H1N1 mElanDA.....

''jangan ingat walaupun anda di pelusuk dunia dia x mampu mengejar anda''... hurm cam tue la kehidupan kitorg sekarang... walaupun tinggal nun ditengah hutan ( hampir la) H1N1 mampu disebarkan masuk ke kawasan kampus hijau nie... sekarang nie keadaan ktorg macam dah diserang dengan satu makhluk yang kita sendiri musykir iaitu selsema babi (walaupun dah banyak artikel dah didedahkan)... mana x nyer... ktorg just disyaki jangkiti apabila suhu badan meningkat tinggi dan akan dikuanritin dari semua pelajar lain dan ditinggalkan di blok yang sama dengan pelajar2 ain yang sama-sama demam (tapi sorg satu bilik la).... kalau nak dipersoalkan mengenai benda tersebut banyak nak dipersoalkan namun, kejadian tersebut membuatkan kita lebih berhati-hati dalam setiap masa dan ketika..

kronologi keadaan>> baru je start cuti kuliah (cuti pertengahan semester).. sememangnya dah terheboh pun kolej2 dan universiti2 lain diserang H1N1 tetapi ktorg masih selamat di Kampas Hijau yang permai nie... (siap bleh lakukan banyak program yang melibatkan seluruh warga kampus)... masuk je 2 hari selepas je tamat Fiesta Putra Merdeka, 5 orang pelajar disyaki dijangkiti influenza H1N1 ( mangsa pelajar sem1 kos DPI cz diorg belajar renang di kolam awam) dan dikuarintin di blok aku (tue yang x tahan tue biler dengar)...
>> dan keesokannya ( 18 ogos 09) seorang pelajar pula disyaki... kali nie budak blok aku (selang 2 bilik jew dari bilik aku) hospital dan dibawa ke hospital di tahan wad dan dimasukkan air.... then blok aku dah start kecoh dengan penyakit nie dan meeting blok diadakan tiap2 masa... pelajar yang sakit stay kat bilik, jangan gerak mana2...
>> esokkannya agi (19 ogos 09) ari nie la... awal2 pagi dah dikejutkan dengan pemberitahuan mengenai serangan penyakit nie dan akan dijadikan blok aku sebagai penempatan blok berpenyakit.... (hurm.. sudah) apa agi... aku pun cepat2 la kluar tengok... smua dah bertopeng, dengan masing2 buat muka x puas hati tunggu di bilik tv... mana x nyer blok ktorg yang sikit je pesakit diletakkan pesakit kat sini... pasti kita lak kena halau dari situ... paling malangnyer bilik ktorg dijadikan sebagai bilik pesakit..( tercemar la bilik aku)... hhuhuhuh
>> esoknya agi x tau agi macam mana ... tapi apa yang pasti aku dah x bleh nak jejak kaki kat blok 2... katanya kalau sesiapa yang sihat balik kew blok, sila pergi ke klinik segera setelah menjejak keluar dari blok supaya penyakit nie menjalar..... menakutkan aku dengar...

namun apa yang aku nak nasihat kat sini... bagi yang belum terkena berhati-hati la.... jangan bagi terkena... jaga suhu badan anda.... banyak minum air masak dan kurangkan pergaulan luar sebabnya dia mudah tersebar...
dan bagi yang sudah terkena... rajin2 makan ubat... minum air masak dan kawal suhu badan supaya stabil semula dengan minum air banyak... mudah2an cepat sembuh... INSYAALLAH...

Aku yang dekat sini macam orang sasau, mana x nyer... barang2 aku semuanya kat bilik bawa untuk keperluan hari jew... tu pun sikit2... dengar kata kuliah jalan cam biasa cuma yang demam jew dapat cuti... aku punya baju bawa yang di bilik jew... yang nak ke kuliah ada sehelai jew.... acam mana nie.... kalau diorg kena kuarintin agi alamatnya x de baju la aku kew kuliah nnt.... uhuhuhu...

tapi apa2 pun aku doakan yang diorg cepat2 sembuh dan cepat2 la habis minggu penyiksaan nie....

Sunday, August 9, 2009

DiTindih ketika TIDUR...

Semua orang biasakan berasa kaku ketika tidur atau dalam ertikata lain ditindih ... hal ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor antaranya yang pernah aku dengar adalah disebabkan perjalanan darah x lancar, darah kotor, roh x sempat nak masuk badan and pelbagai lagi.. namun begitu risalah terbaru yang aku baca dari paper ari nie menunjukkan kelogikan fakta yang sebenar mengenai masalah nie...

Sebenarnya apa yang berlaku itu merupakan fenomena paralisis tidur. Ia merujuk kepada suatu tempoh singkat yang membuatkan seseorang tidak dapat membuat pergerakan mana-mana bahagian badan ketika baru memasuki fasa hendak tidur (hipnogogik atau predormital), atau ketika hendak sedar daripada tidur (hipnopompik atau posdormital).

Apakah simptom-simptomnya? Lazimnya seseorang akan mengadu hilang upaya gerak anggota tangan atau kaki ketika baru mula tidur atau hendak sedar. Berlaku juga episod singkat paralisis otot skeletal, sama ada sebahagian atau sepenuhnya. Ia biasanya dikaitkan dengan halusinasi hipnogogik atau aktiviti otak yang mencetus situasi seperti mimpi.

Paralisis tidur selalunya dikaitkan dengan narkolepsi, iaitu gangguan neurologikal yang membuatkan seseorang mengalami rasa mengantuk yang ekstrem lalu boleh tertidur secara tiba-tiba. Namun begitu, ada orang yang mengalami paralisis ini tanpa menunjukkan petanda narkolepsi.

Antara penyebab paralisis tidur ini adalah seperti tidur dalam posisi terlentang terlalu lama, jadual tidur yang tidak menentu, tidak cukup tidur dan istirehat, stres dan juga pertukaran gaya hidup secara mendadak (misalnya peralihan daripada mod rehat kepada aktiviti ekstrem secara mengejut).

Dalam kes halusinasi hipnogogik tertentu, seseorang akan merasa seperti ada orang lain di dalam bilik tidur mereka. Ada juga yang trauma apabila menyangka ada ‘sesuatu’ yang duduk di atas dada hingga menyukarkan pernafasan.

Sejak berkurun, ia terjadi pada manusia dan dipanggil Fenomena Hag. Walaupun kesannya menimbulkan keresahan dan ketakutan, tiada risiko atau ancaman fizikal boleh berlaku.

Dalam dunia ini memang ada makhluk lain di dimensi yang tidak dapat ditembusi mata kasar kita. Tetapi janganlah kita jadikan ia satu-satunya alasan bagi setiap kejadian yang tidak dapat dihuraikan.

JADI UNTUK MENGELAKKAN DARI BERLAKUNYA MASALAH INI KETIKA TIDUR KITA DIGALAKAN UNTUK :

>> tidur secara mengiring

>> luruskan kaki sewaktu tidur agar perjalanan darah berjalan lancar...

>> atau meninggikan sedikit kedudukan kaki

>> baca la doa tidur sebelum tidur tue (utk elak gangguan)....

Thursday, August 6, 2009

Alam Oh ALAM....

Hari nie dah masuk hari ketiga kampus aku mengalami jerebu... masalah kesihatan student x yah nak cakap la macam mana.... demam , batuk , selsema tue perkara biasa bagi student... tapi alhamdulillah la, setakat hari nie kampus nie tak de agi masalah H1N1 yang melanda negara nie sekarang.... itu lah yang selamatnya...because sekarang nie dah banyak kampus yang dah ditutup dan di kuarinti disebabkan influanze nie... ktorg diketogerikan dalam keadaan selamat la... tapi yang tak tahannya... huh.. masalah cuaca dan alam sekitar kat sini... mmg dah tahap teruk gila... kalau keluar dari kampus je.. semua dah start pakai mask... nie semua disebabkan oleh letupan yang berlaku kat MLNG... logi kat tempat proses petroleum meletup... patut la... ntah macam mana agak nyer keadaan penduduk yang tingga berhampiran tue yerk???/ kalau betul seperti yang dikata... nie dah masuk kala yang keempat letupan tue berlaku.... bahaya kan ... memang menakutkan... tahap kepanasan kat sini ...huh x yah nak cakap... mmg panas gila... apa x nyer... kalau dalam sehari x mandi empat kali mmg x sah...mmg blh kurus lah macam nie... bulan dan matahari x yah nak cakap.... smua dah warna oren...

yang best nyer.. ktorg dah rancang program untuk kolej... konon2 nyer nak buat akviti kayak la.. untuk pertandingan antara blok... tapi alik-alik kolam lak kering...cz dah berapa ari x hujan... pastu buat acara belapan.. dalam keadaan jerebu nie mmg agak semput la pelari... cam mana la agak nyer majlis tue nanti ... harap2 sangat dapat berjalan dengan lancar and x ada masalah yang berlaku...
nie kolam dah kering... sampai ari nie tunggu2 hujan.. hujan pun masih x muncul tiba... cam mana tue... alamatnya memang kena tukar game la alamatnya...

minggu depan buat amali penilaian impak alam sekitar...agak-agak apa la nak kena komen nie yerk... tentang alam sekitar yang berlaku sekarang.. dalam kampus nie... kejap tanah runtuh, pastu jerebu lak.. dalam U sendiri x yah nak cakap la... lori keluar masuk memang bertambah-tambah la asap bukan sekadar jerebu je... nie semua disebabkan pembinaan bangunan baru yang bakal didirikan....

kalau cam nie la keadaan...aku memang rasa tenang sangat masuk hutan tadi... walaupun agak penat la...panjat bukit turun bukit , buat servay... tapi rasa tenang... segar walaupun berpeluh... tak la panas sangat dalam hutan ... cuma yang panas nyer sebab jalan banyak la ... buat pengukuran sana sini.... tapi tue semua enjoy je.... dengan alam sekitar gak...

Saturday, August 1, 2009

ASSALAMUALIKUM....

hurmmm... nie adalah first time aku tulis blog nie... cz dah lama aku buat blog nie tapi x berani nak meluahkan isi.... tapi disebabkan dah berkali-kali aku buka blog nie.... nak pula rasanya meluangkan masa bersama blog nie... al maklumlah... hari nie kan cuti hujung minggu ... boring lak x buat apa kat bilik... nak study pun malas.. cz biler baca jer, kepala nie x dapat nak absorb langsung apa yang aku baca... then apa agi... aku pun tutup buku la dan cari something yang boleh aku buat untuk menghilangkan boring nie... huhuhuhuhu....nak jalan-jalan pun balas.. cz aku dah boring asyik lihat ragam manusia yang agak entah apa2 ntah... yang agak menyakitkan kepala aku 2-3 ari nie.... jadi malas nak jumpa dengan insan-insan nie buat masa sekarang .... n most better aku duk je kat bilik, buat hal aku.... huhuhuhu....

aku secara simple nyer, agak suka berkongsi pendapat dengan orang... tetapi agak kaku lidah untuk menuturkannya... tapi kalau cara menulis dan chat memang lancar nyer lah... untuk membicarakan segala isi hati aku.... biasa lah aku nie manusia yang tak ramai kawan rapat... dan aku lebih suka bersendirian dan melakukan hal sendiri lagi daripada melakukan aktiviti diluar....
tapi kalau ada sesiapa yang boring n nak join aku dalam blog nie ok je... sama-sama berkongsi cerita dan memberi lebih pengetahuan untuk dikongsikan bersama....