Posts

Showing posts from September, 2020

Rumah sewa aku

Image
 Assalamualaikum... Hari ni aku nak bercerita berkaitan rumah sewa aku sekarang. Ye la nanti aku dah nak pindah masuk kolej dah tak tinggal di rumah sewa. Jadi sini aku nak simpanlah sedikit kenangan tentang rumah sewa aku disini.  Aku dah masuk dua tahun tinggal di rumah sewa ni yang mana bilik aku  adalah bilik belakang sekali dekat dapur dan tandas utama rumah. Waktu pertama kali datang tinggal sini, aku rasa sangat tak selesa dengan bilik ni sebabnya aku dah biasa tinggal di kolej dengan semua kemudahan lengkap untuk kita tinggal sebagai pelajar. Tapi bila pertama kali aku masuk rumah ni dalam bilik kosong hanya ada almari baju plastik yang 5 laci tu je dan satu kipas meja yang pendek tu. Bagi aku sangatlah tak selesa. Tambahan pula bilik tu sangat kecil dan aku tinggal dengan adik aku berdua dalam bilik tu. Nasib baik la awal-awal datang aku dah bawa tilam kecil yang aku beli time master dulu dan conforter jadi boleh la buat sebagai toto lapik tidur malam.  Situ aku rasa dah sanga

Surat Pelantikan Felo kolej

 Assalamualikum.. Hari ni aku dapat surat pelantikan felo kolej. Selepas timbang tara dengan sumber kewangan aku yang berbaki hanya setahun, sewa rumah yang 1/5 dari elaun yang aku dapat. Dengan aku guna kereta disini jadi aku sangat-sangat perlu berjimat dan solusinya aku pilih tinggal di kolej. Natijahnya, aku mungkin akan sibuk dengan aktiviti-aktiviti pelajar dan kolej dan sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada kajian dan pembelajaran yang mana aku masih baru dalam bidang kajian sendiri. Itu antara  kesimpulan yang dapat aku buat. Kalau tengok balik syarat bergraduasi sini, satu syarat pun aku belum lepas, kertas penerbitan, conference, thesis, viva. Benda ni mungkin kena diperhalusi memandangkan aku bakal menjejak ke tahun ketiga pengajian aku. Ya. Memang matlamat nak habis pengajian phd ni awal. Selesaikan dengan sempurna dan siapkan dalam masa tiga tahun pengajian. Memandangkan umur pun dah meningkat. Tapi apa pengalaman aku dapat? Hanya ilmu di tapak kajian  dan juga kajian

Mohon Felo Kolej

 Assalamualaikum.. Hari ni punya cerita. Aku sebenarnya dah lama nak apply felo kolej. Semester ni aku baru berkesempatan untuk apply sebabnya aku dah tak banyak kerja site tapi masih ada juga. Tapi tak sepenuhnya dekat site mungkin ambil masa seminggu  je kali ni. Sebab duit projek dah tak banyak  dan kerja pun pasang dan tinggal jasi tak banyak kerja dah. Dan hari ni aku ada interview untuk pemilihan kolej kediaman. Ceritanya, kalau ikutkan syarat dan kelayakan aku, macam boleh lulus sebabnya disini felo memerlukan kenderaan sendiri yang mana boleh angkut pelajar kalau ada apa-apa kes. Tapi bila ditekankan oleh pengetua berkaitan projek kajian aku dengan  situasi kolej yang berhadapan dengan covid dan strugglenya situasi sekarang, aku jadi serba salah. Pertamanya, sampling aku belum siap sepenuhnya dan aku berada di fasa-fasa kemelut yang mana aku kena siapkan segera objektif pertama aku. Walaupun semua objektif kajian aku jenis berdiri sendiri tapi, kalau aku bertangguh-tangguh akan