Mohon Felo Kolej
Assalamualaikum..
Hari ni punya cerita. Aku sebenarnya dah lama nak apply felo kolej. Semester ni aku baru berkesempatan untuk apply sebabnya aku dah tak banyak kerja site tapi masih ada juga. Tapi tak sepenuhnya dekat site mungkin ambil masa seminggu je kali ni. Sebab duit projek dah tak banyak dan kerja pun pasang dan tinggal jasi tak banyak kerja dah. Dan hari ni aku ada interview untuk pemilihan kolej kediaman.
Ceritanya, kalau ikutkan syarat dan kelayakan aku, macam boleh lulus sebabnya disini felo memerlukan kenderaan sendiri yang mana boleh angkut pelajar kalau ada apa-apa kes. Tapi bila ditekankan oleh pengetua berkaitan projek kajian aku dengan situasi kolej yang berhadapan dengan covid dan strugglenya situasi sekarang, aku jadi serba salah. Pertamanya, sampling aku belum siap sepenuhnya dan aku berada di fasa-fasa kemelut yang mana aku kena siapkan segera objektif pertama aku. Walaupun semua objektif kajian aku jenis berdiri sendiri tapi, kalau aku bertangguh-tangguh akan jadi lebih banyak kerja. Perlu siapkan paper kajian lagi dan conference pertama aku. Keduanya, aku takut program kolej banyak sangat dan jadi apa yang pengetua kolej tadi cakap yang mana aku tak boleh nak manage masa aku sendiri dah dengan aktiviti sekeliling. Ya aku takut.
Tapi dari sudut kecil hati aku, aku rindu suasana kolej aku rindu pengalaman-pengalaman time study dulu. Beza tau bila kita stay diluar dengan stay di kolej. Suasananya dah jadi lain. Tak da perasaan pelajar tu. Kau rasa lebig macam kerja je study ni kalau kau tak ada libatkan diri dengan kolej. Dan aku teringin gak nak rasa suasana kolej disini. Tapi tak mau la bab mistiknya tu. Boleh pula time interview tadi pengurus kolej cerita kisah mistik dalam kediaman kolej. Hurmmm.. Tapi bab kisah mistik. Time aku ambil barang adik aku di kolej hari tu pun rasa macam something. Tapi after tu ada ada juga budak lain datang angkut barang. So mind set aku tak ada la fikir bukan-bukan. Harap juga, kalau aku dapat jadi felo kolej tak ada kes-kes macam ni terjadi.
Ok, berbalik pada kisah aku. Bila pengetua cakap aku boleh manage masa ke tak, tanya pendapat dan cerita dari senior2 lain yang pernah jadi felo, buat aku terfikir, mampukah aku? Cik is confius....
Angkasa Apartment 17092020
Comments
Post a Comment