Thursday, May 29, 2014

Retreat in Paya Indah Wetland..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

After submit manuscript and before start collection data for second rotation.. 
sebagai reward sikit dari supervisor kepada kami team CSG..
dia arrange retreat  di Paya Indah Wetland untuk kami..
enjoy-enjoy sambil bbq ramai-ramai...
retreap buat disitu pun sebab ada kawan jadi pen. pegawai di situ..
doc minta la tolong dia arrange sikit.. sambil enjoy bersama...
 

Tempat dia sangat best.. kalau tak ambil dorm la.. uhuh..
chalet dia rasa macam tengah ber'honeymoon' pula..
 satu katil king dengan toilet with tub mandi..
 
tapi serangga macam bermusim jew diluar..
pagi boleh tengok dragonfly penuh berterbangan di padang tue..
biasa la tepi payakan.. banyak la pepatung..
tengah hari lalat.. secara magic boleh kacau kami punya bbq...
dan maghrib.. suasana yang tak boleh blah..
armed mosquito forced datang menyerang..
so orang sibuk membakar aku lari masuk bilik dulu..
buat apa yang patut..
tengah malam dah sunyi sikit dari nyamuk..

Tapi sepanjang retreap tue..  aku terfikir sejenak..
dah berjayakan kawan-kawan aku dulu..
masing-masing ada kehidupan sendiri..
kalau dulu kita tengok dia tak ambil kisah.. sekarang dah ada kerjaya sendiri..
cotcet.. potpet..cotcet.. potpet..
ada pula yang dah bina keluarga...
2 3 tahun lagi tengok pula kawan2 lab aku pula..
bina kerjaya.. kehidupan.. dan keluarga sendiri..
aturan tuhan tue cantikkan.. kalau kita pandai menyusunnya..
subahanallah..

semoga kawan-kawan aku bahagia hendaknya...

Bergambar kenangan di Rumah Melayu..



Sunday, May 18, 2014

Weekend is struggle tyme...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Tanggal 21hb.. dah semakin dekat..
Mulalah hari struggle habis-habisan before submit manuskrip..
Weekend is the best tyme.. untuk struggle bagi aku..

sebab tak terganggu dengan waktu..
sebabnya aku nie memang jenis susah nak bangun pagi..
so siang aku tidur.. malam aku berjaga sampai subuh esok..
memang tak bagus untuk kesihatan pun..
tapi nak buat macam mana.. the best idea always come at the night..
sememangnya waktu siang aku tak boleh fokus buat kerja..

keadaan sekeliling yang terlalu bising kejap sana menjerit kejap sini mesin rumput
as conclusion.. aku ubah habit jadi nocturnal semula..
jaga malam.. buat kerja.. terbaikkan.. 

uhhh..
lama sudah aku tak rasa struggle gila-gila macam nie..
last aku rasa tyme fyp dulu jew..
tue pun not 100%.. sebab half of time banyak habiskan dengan watch the anime..
kalau exam atau test tyme degree..
jangan mimpi aku nak struggle..  kalau diploma mungkin yea..
memang tahap struggle gila-gila tyme diploma dulu.. sampai mata jadi panda..
degree maybe sebab penat sangat kot.. sampai diri sendiri jadi malas..
tak study pun tak pe.. malas la nak fikir apa semua..
tak dapat jawab exam tawakal jew tyme tue..
tapi nasib la.. dapat graduate dengan second class upper gak..
kalau tak mati la aku dengan cita-cita pun terkapai-kapai..  
alhamdulillah..

sekarang nie.. struggle cam nie pun still rasa enjoy..
tak tertekan.. dan rasa best study.. idea tue sentiasa datang..
maybe waktu study pun sesuai kot.. waktu malam kan tenang..

dan tak lupa gak supplement tambahan untuk otak..
buang stress.. untuk dapat idea bagus..
omega guard and vitamin b-complex
bukan nak promote tapi terasa benda tue..
sebab aku pun jenis pelupa orangnya.. dan kuat gelabah..
so bila ambil dapat kurangkan sikit benda tue.. dan fikir pun teratur sikit la..
tapi kadang-kadang mindset manusia gak kat..
bila fikir lama lagi nak kena hantar.. fikiran dia pun teratur la sikit tak mengelabah..
dan tapi lagi... kalau benda tue elok pada kita tak salah juga kita kekalkan kan..
ok.. selamat berwriting lagi.. hope my manuskrip di terima baik oleh SV.
insyallah..

mulakan dengan bismillah.. dan jom kita sambung menulis lagi.. 
jurnal.. oh jurnal...


Friday, May 16, 2014

Art Sphere The Atmosphere..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Art sphere The Atmosphere..
tempat bagus untuk hilangkan stress..
perangai pun dah jadi budak-budak balik..
bila tengok 3D Murals yang bersepah-sepah kat dinding and lantai kawasan tersebut..
elok sangat la nak lepaskan stress writing manuskrip..
jom bergambar dengan 3D Murals at Art Sphere...









sangat suka gaya alice in wonderland.. 
so mesti la ambil gambar dengan si rabbit pengambil masa kan....
jom tengok dunia alice pula..


Seronok giler aku dapat pergi tempat nie.. actually dah  3, 4 kali kitorang pergi Gaint depan The Atmosphere nie.. dan berhajat untuk singgah.. tapi lepas shopping barang jew.. terus rushing balik ke lab.. dan mesti cakap.. bila la dapat singgah..
so harinie.. tension sangat dengan writing..  n lapang sikit.. dapat la menyinggah..
best rupanya.. banyak sangat gambar mural dia.. sampai penat berjalan keliling bangunan tue..

Nie pula pun masih mencari mana mural yang best untuk bergambar...


Last... 
bergambar dengan...


 OK.. dah cukup balik sambung writing..
urmmm..  ( -_-")
makan??



Tuesday, May 13, 2014

oh.. kawen.. dan hujan soalan..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Kawen.. kawen itu bukan macam berkawan ok...
kawen itu suatu ikatan untuk seumur hidup..

Bila orang tanya aku soalan "bila nak kawen??" 
atau soalan penyata yang berbunyi "nak tunggu kenduri kau, ntah bila la??"
itu soalan paling sengal yang aku pernah dengar.. especially dari mulut kakak aku..
cuba la tanya soalan bila kau nak dapat gelaran doc. -ok itu pun soalan sengal juga-
tak perlu tanya soalan yang belum pasti lagi bagaimana keadaannya.. sebab dia akan melahirkan kekecewaan.. biarlah dia hanya perancangan untuk diri sendiri.. biar aku yang berusaha mendapatkannya.. orang lain akan nampak nanti..

kalau tanya soalan "hah.. bila kau nak start writing..??" aku ada jawapannya.. nie tengah buat la nie.. mesti siap  before 21hb.. because my supervisor dah suruh submit untuk chapter 1,2,3.. kan bagus tanya soalan yang aku sendiri dah ada jawapan.. daripada benda yang tak pasti macam mana dan macam angan-angan.. bikin fikiran pun jadi mat jening jew kan..


aku sebenarnya bukan anti perkahwinan.. atau terlalu mengejar kejayaan.. aku nampak masa depan.. dan aku inginkan kebahagian.. so bila diri sendiri belum ada kerjaya.. dan suami pun kita tak tahu siapa.. tak kew kita perlu cari dulu kesempurnaan untuk diri sendiri dan juga bakal keluarga nanti.. sekurang-kurangnya kita ada sedikit aset.. untuk jaga kita di masa hadapan.. yang kita tak pasti macam mana perjalanan yang jauh tue.. 

kalau dikatakan takut dengan kepincangan institusi rumah tangga kini pun ada juga.. tue salah satu perkara yang mendorong aku untuk fikir panjang bagi memilih calon suami.. takut weh.. sangat takut.. takut dengan perangai bakal suami kita.. takut dengan sebagainya.. kaki pukul kew apa.. panas baran kew.. nauzubillah minzalik.. so semuanya perlu fikir dan nilai.. peranan suami isteri adalah saling melindungi dan saling menjaga.. tapi kalau benda tue pun dicalari apa fungsinya berkahwin..  ok.. aku memang kuat berfikir.. terutama benda mengarut.. itu menjadikan keadaan bertambah semakin buruk.. tapi bila dalam keadaan buruk pandai pulak aku berfikiran positif..

dan lagi satu yang pasti.. aku rasa.. aku belum ready untuk jadi seorang isteri yang terbaik untuk suami aku.. nak pula dengan insomnia aku nie.. sukar gila nak tidur malam.. macam mana nak jaga makan pakai laki esok pagi.. mau membuta aku.. nak kew mak mertua aku bermenantukan menantu macam aku nie kan.. kalau kerja atau study boleh la aku siapkan malam.. siang aku membuta..  kalau bab makan.. urmm.. ntah.. perlu banyak masa untuk aku lengkapkan diri menjadi isteri yang sempurna.. sesungguhnya aku sangat sukakan kesempurnaan.. walaupun kesempurnaan itu sukar..

sesungguhnya dah tercatat sudah jodoh kita.. antara dipertemukan atau belum jew.. sabar yew sang suami.. jom sama-sama kita mencari kesempurnaan dalam diri.. dan saling melengkapi..


Tadi terbaca nameeroslan.blogspot.com.. dia cakap jangan letak expectation yang tinggi dalam rumahtangga takut nanti kecewa.. ok.. so saya tak letak expectation pada sang suami saya.. tapi saya sentiasa doakan suami saya adalah  yang terbaik.. dan kami saling melengkapi.. dan paling penting ada ciri yang saya nak..
1. suami yang soleh..
2. bapa yang baik dan penyayang..
3. suami yang sentiasa memberi dorongan dan nasihat dalam keluarga untuk jadi yang terbaik.. 
4. dan sama-sama mencari kejayaan hidup di dunia dan akhirat..
5. tak pernah lupa tanggungjawab sebagai suami dan ayah..menjaga.. mendidik.. mendorong.. keluarga mencapai kejayaan hidup didunia dan akhir..
6. sentiasa memahami aku dalam apa jua keadaan.. harap my husband ada instinct tue.. untuk memahami keadaan isterinya yang macam-macam kerenah nie dan sentiasa ingin dilindungi..
7. dan yang terakhir.. AKU adalah orang atau sumber inspirasi dia untuk dia lebih berjaya.. mean macam dia jadikan aku idola la.. dalam senyap.. walaupun dia tak pernah cakap..
(kalau kawan aku boleh jadikan aku sebagai persaingan dia untuk lebih berjaya.. why not my husband jadikan aku sebagai sumber inspirasi untuk lebih berjayakan..betul tak..)


tue jew harapan aku.. insyallah.. mohon diperkenankan ya allah.. dapat suami macam nie.. amin..

p/s :Aku memang suka bahasakan diri dengan macam-macam.. kekadang kengkawan aku pun confius.. kejap kami.. kejap saya.. kejap aku.. kejap orang.. kejap nama sendiri.. tapi sebenarnya aku dah spesifikkan dengan siapa aku guna kata ganti diri tersebut.. cuma kekadang tersasul jew yang jadi celaru tue..




Monday, May 12, 2014

Barang dah SAMPAI..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Barang dah sampai..
Pergi pejabat kolej ambil barang.. sebab dapat mesej barang dah sampai..
sekali nak pergi ambil..
amboi.. besar benar kotaknya..
sedangkan aku order dua botol vitamin yang kecil jew..
suspen jew lebih.. 


ok.. lepas nie.. sapa nak ambil prodak kesihatan tambahan..
set bersalinan... menyusu.. kecantikan.. kesihatan.. atau minda...
boleh la hubungi aku..
di facebook sam sulphate..

belajar-belajar jadi agen shaklee pula...

Sunday, May 11, 2014

Halloween nITE 2014..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Semalam dinner palapes navy.. rindu PDL aku.. lama tak jumpa diorang... sengang-sengang join la aktiviti diorang.. tapi aku bukan kaki bercakap pun.. tengok tingkah laku diorang dah cukup.. diorang happy aku pun happy.. diorang buat perangai.. rasa macam nak bagi hell tiap2 malam kat bebudak nie.. tapi rasa jew la.. mulut aku tak akan bagi nya.. habis tak aku biarkan jew la bebudak nie.. malas nak ambil port.. teruk tak aku.. tapi diorang bangga dapat pegawai macam aku yang tak ambil kisah nie...

Dinner.. suatu kesukaan aku..terutama bila pakai tema yang pelik-pelik.. sebab suasana dia juga akan pelik-pelik.. so semuanya pelik-pelik..  tue yang aku suka tue..

Semalam aku join diorang.. sebab aku nak tengok tema pelik diorang.. sampai sana.. owh.. puas hati.. tema pelik diorang sangat menjadi..  cantik..  tapi sayangnya.. aku tak bawa kamera yang cantik.. pergi bawa phone jew.. sebab malas nak bawa beg.. nak bawa kamera mahal lagi tak la.. bila dah dijemput sebagai tetamu vip kan.. walaupun bukan tetamu yang bergelar vvip.. tapi nak jalan rata-rata ambil gambar macam pelik pula.. lagi silapnya... kamera compact aku pun aku tak bawa.. tema gelap.. tutup lampu.. warna lagi hampeh... sabor jew la.. layan jew la yea..

Bergambar dengan my intake and super senior subby (3S)
ingat lagi diorang tyme mula2 promote ktorang masuk palapes navy.. hehhe..


Hajat nak jadi The witch... tapi cari hat untuk disewa mahal pula bila satu sampai RM30 lebih...
pastue ubah fikiran jadi the vampire lady cukup la.. tapi segan pula nak buat darah menitik-nitik dibibir.. contact lens merah pun tak ada gak.. kalau buat mata merah sikit kew kan nampak la ikut tema.. tapi last decision make up biasa-biasa jew la.. cuma pinjam lipstick merah menyala dari sha black jew.. simple untuk malam tue.. tak yah ber'hantu' sangat.. tumpang costume super duper subby jew untuk meriahkan majlis.. alahai Tn. Tea.. kesian ambil gambar dengan dia tak nampak muka...

Kawan-kawan kat luar sana.. kalau ingin mencari tempahan make up..
dinner, tunang, kawen, bertandang dan sebagainya..
susah hati tak ada yang make up.. jangan risau tempah jew kawan saya..
make up nya tak perlu diragui...

Kekok.. canggung.. awkward..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Kekok.. awkward.. korang pernah rasa..
perasaan yang tetiba korang rasa janggal nak bergerak dan buat apa saja yang korang pernah buat sebelum nie secara normal.. rasa buat sesuatu tue salah tak salah jew.. lepas tue diperhatikan..
kekok weh.. suatu perasaan yang paling aku tak suka dan paling benci..

perasaan nie selalu muncul..
bila aku berada diantara family dan kawan-kawan..
mana aku nak layan dulu bila tengah berada diluar sama-sama..??
bila jalan2 dengan kawan2 kolej atau intake.. bertembung dengan kawan kelas yang rapat..
diorang nie boleh masuk sesama sendiri kew..??
jalan dengan kawan perempuan..
tiba-tiba kawan classmate lelaki tegur.. terkedu kejap..
dan yang paling ketara sekali..
bila  berjalan dengan seorang kawan..
tapi bertembung pula dengan musuh kawan aku tue.. sedangkan aku tak bermusuh dengannya.. bila dia tegur.. situasi yang kekok giler-giler akan berlaku pada aku.. nie isu yang aku nak ketengahkan sekarang...

Mak aku pernah berpesan.. kalau dia bermusuh dengan sapa2.. aku adik beradik buat la baik.. jangan ikut mak.. so bila berkawan.. aku selalunya ikut pesanan mak aku.. musuh kawan aku tak semestinya musuh aku.. sebab bagi aku tak baik gaduh-gaduh.. terutama bila tak ada sebab untuk kita.. diorang bergaduh bersebab.. so bila kita kenal sesama kita.. tak semestinya apa yang kawan kita tak puas hati dengan kawan lain.. adalah sama yang dengan kita rasa... kekadang aku rasa benda tersebut terlalu remeh dan kecil yang tak perlu ambil simpan dalam perasaan pun.. kerana ia boleh menyebabkan penyakit hati.. so aku buat bodo jew la untuk beberapa hal.. mungkin buat orang pun tak suka dengan cara fikiran aku.. tapi tue lah.. tue la juga  intake aku selalu cakap.. aku nie terlalu think positif sangat.. malas nak ambil gaduh.. sampai kena pijak kepala.. ok biarkan selagi diorang mampu...

tapi bagi orang lain.. bila diorang bermusuhan.. teman rapat mesti kena ikut temannya.. walaupun si fulan tak ada kaitan langsung dengan si fulan..  setiakawan katakan.. kalau tak bergaduh sama di kategori sebagai tikam belakang kawan.. urmm.. macam mana situasi tue.. kekok kan.. macam mana pula perasaan anda kalau berada dalam situasi tersebut..???