Friday, June 26, 2015

Pengalaman itu adalah guru kehidupan..


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Kalau orang cakap tentang cinta dan bercinta.. memang aku tak ada pengalaman untuk itu.. tetapi.. aku pernah tersuka seseorang dalam senyap..dan meletakkan perasaan padanya.. pendamkan dan kesudahan bukan seperti yang diharapkan.. itu yang dikatakan pengalaman.. mengajar kita erti kehidupan..

Bagi aku bagus pengalaman ini.. sebab pengalaman mengajar kita erti kehidupan yang sebenar.. dan kekadang agak merana.. sebab dia bermain dengan perasaan.. fikiran kita.. tapi alhamdulillah tuhan tak akan membebankan hambanya dengan beban yang hambanya sendiri tidak mampu menanggungnya.. akhirnya perasaan tue mampu hilang dari diri aku.. dan ktorang sekarang hanya sekadar kawan...

Aku pernah cakap.. aku taknak bercinta.. melainkan cinta selepas kawen.. tapi kalau tuhan nak uji tahap kesabaran kita.. mampukah kita bertahan dengan dugaan tue.. semuanya kita bergantung kembali kepadanya.. 

aku pernah meminati seseorang.. minat disebabkan oleh pertolongan yang telah diberikan kepada aku.. bukan tue saja.. mungkin disebabkan kekadang caringnya dia terhadap kita membuatkan kita tersentuh.. dan kebetulan.. perwatakan yang dia ada memenuhi kreteria yang aku minati.. ini menyebabkan aku terlebih feeling meminati dia dalam senyap..  tambahan lagi.. setiap apa tindak tanduk aku.. minat aku.. dia ambil kisah..  menyebabkan kita akan terfikir.. dia minat aku kah??  itu membuatkan fikiran aku bertambahn celaru.. adakah dia minat aku?? persoalan itu sentiasa bermain di minda.. 

namun.. setiap tindakan seseorang itu.. tidaklah seperti apa yang kita maksudkan.. mungkin dia caring sebagai kawan.. yang mana dia rasa boleh dijadikan teman sewaktu dia susah.. atau sebagainya.. itu bergantung pada diri sendiri yang tahu.. tapi aku.. berhati-hati.. tak semestinya.. apa yang aku suka.. orang pun akan meminati benda yang sama... apa yang penting.. jangan terlalu memikirkan sesuatu yang remeh.. yang mungkin menjebakkan aku ke keadaan yang aku sendiri tak suka.. dan sentiasa dekatkan diri dengan allah.. sebab meminati orang yang tak minat pada kita langsung... adalah suatu perkara yang sangat-sangat sakit dan memeritkan...  tambahan lagi apabila kena mengadap dia dengan muka yang macam tak ada apa-apa yang berlaku... so jadikan dia sebagai pengajaran...



Saturday, June 13, 2015

minat kew haper??

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Pernah tak jadi pada korang...
korang minat dengan sorang mamat nie.. hari-hari fikir dia.. fikir dia.. fikir dia.. dan fikir dia lagi.. dan korang berharap sangat dialah bakal suami korang suatu hari nanti.. bakal sehidup semati dengan korang.. dan jadi peneman hidup korang sepanjang didunia nie...

Tapi pada suatu ketika.. korang terfikir balik.. andai kata.. betullah seperti apa yang korang harapkan... tuhan jodoh korang dengan dia.. korang rasa.. korang mampu kah hidup dengan dia.. tyme tue mulalah korang terfikirkan semua keburukan  yang dia ada.. dan korang tak suka perangai dia tue.. itulah inilah.. dan tyme tue korang terfikir.. mampukah korang bertahan hidup dengan dia.. sedangkan sikap dia yang macam tue korang tak suka.. urmm.. acaner tue???


entah lah.. aku confius bila memikirkan tentang tue.. yup.. memang aku berserah sepenuhnya pada tuhan.. sebab memang tak pernah ada kata putus apa pun dengan diakan... lagi satu.. kalau dah jodoh tue.. memang akan cuba memperbaiki hubungan tue untuk lebih baikkan.. tapi.. tapi.. tapi  tetap terfikir benda tue rasa macam.. apakah??

bila aku fikir macam tue.. aku terfikir balik.. aku nie sebenarnya bukan minat atau feeling loving kat dia pun.. tapi sebenarnya.. aku suka cara dia yang jaga aku dan bagi perhatian kat aku kot jew kan.. mungkin.. sebab bila tak ada dia.. yang selalu jaga aku.. bagi perhatian kat aku.. memang aku terasa sangat sunyi.. walaupun ada kawan-kawan lain sekeliling.. tapi bila dah selalu sangat dia tak hirau aku.. kawan-kawan aku yang lain ambil port jaga aku dan sebagainya.. perasaan tue boleh hilang sendiri dan tak kisah sangat tentang dia lagi dah..so maksudnya perasaan tue lebih kepada apa... suka dia sebab dia caring dengan aku jew kan.. betul tak... yang nak perhatian dia.. tapi kenapa nak perhatian daripada dia jew?? kenapa tak random dengan kengkawan yang lain.. kenapa???

aku aendiri tak dapat jawapan untuk diri sendiri...



tOLONG DATANG SEMANGAT...



Penyelidik.. pensyarah...
apakah gelaran ini sesuai untuk digalas oleh aku..?? orang bijaksana dalam masyarakat... orang yang banyak memberi sumbangan kepada anak bangsa.. orang yang tidak lelah membuktikan sesuatu untuk dimanfaatkan kepada masyarakat.. apakah aku tergolong di dalam golongan ini..

Kekadang aku terfikir sendiri.. apakah betul jalan yang telah aku pilih... adakah ini kerjaya aku pada masa akan datang... adakah ini jalannya.. jalan yang telah aku cita-cita dan impikan sejak kecil lagi.. fikiran, yang aku sendiri tak dapat rungkaikan..

Aku manusia yang mudah lelah dengan apa yang aku pilih.. tapi kekadang aku cubakuatkan diri untuk pertahankannya.. sebab aku pasti.. kejayaan akan datang dengan usaha.. tetapi kekadang.. keraguan selalu datang mengusik dibenak fikiranku.. adakah betul kerjaya yang aku pilih.. sedangkan tak betah berdiri dengannya.. aku perlukan bantuan.. aku perlukan pertolongan.. dari segi penguasaan bahasa dan idea.. cabarankan untuk mendapatkan sesuatu yang bernilai... patutlah.. gelaran yang diberikan pun cukup tinggi.. dimata masyarakat..

Kemusykilan dengan kerjaya sendiri sentiasa bermain dalam fikiran aku.. apatah lagi bila bebanan datang menyapa diri.. bertambah-tambahlah tahap keraguan itu... tambahan pula kawan yang sering memberi bantuan dan pertolongan kepada aku.. yang aku kira menyumbangkan juga terhadap semangat kepada aku.. tinggalkan aku dipertengahan perjalanan ini.. menjadi semangat ini semakin lemah untuk meneruskannya..

aku mohon pertolonganmu ya allah.. berikanlah aku kekuatan dalam perjalanan ini.. aku percaya kepada takdirmu ya allah.. kau telah meletakkan aku disini.. dimana antara kerja-kerja yang lain yang telah aku terima.. kau tetapkan hati aku disini.. untuk meneruskan perjalanan ini.. dan meneruskan cita-citaku.. ya allah tetapkanlah hati aku ya allah.. untuk meneruskan dan supaya aku gapai kerjaya yang aku inginkan ini.. dan aku mohon juga.. kau sertakan kepadaku jodoh yang mampu memimpin aku untuk terus kekal dan semangat dalam apa yang aku inginkan... amin...

Tuesday, June 9, 2015

Nak jodoh cepat..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Tajuk post.. memang tak boleh blah.. tapi rasa.. memang tue kot yang nak sekarang.. nak jodoh cepat.. nak kawen.. nak ada teman sembang.. borak.. setiap malam.. setiap hari.. setiap masa.. yang boleh gelak bersama.. menangis bersama.. yang kita boleh bergaduh dan bermanja dengan dia..

nak ada orang yang selalu bagi semangat dan dorongan kat aku supaya sentiasa berusaha dan bersemangat dalam cita-cita aku,. mampu pimpim aku...tatkala aku lemah dan tak berdaya untuk bangun.. pimpin aku untuk teruskan cita-cita aku.. tak give up untuk untuk tolong aku selamanya...

 orang yang mampu bawa aku bersama-sama dengan dia.. perbaiki diri dan dekatkan diri dengan Allah.. tingkatkan iman.. tingkatkan amal ibadat kepadaNya..  yang sama-sama mengimpikan syurga allah.. dan mendidik aku dan anak-anak aku dengan penuh kasih sayang dan bertanggungjawab.. serta menjadi  anak-anak yang soleh dan solehah

nak yang mampu terima aku seadanya.. baik aku.. buruk aku.. terima dengan redhanya.. sabar dengan kerenah aku yang pelbagai nie.. yang kekadang aku sendiri tak kuasa untuk melayannya.. aku harap sangat aku punyai jodoh sebegini.. yang mampu sabar dengan adanya aku.. yang mampu jaga aku dan sayang aku selamanya.. tak pernah serik dan give up dengan aku.. setia dan sayang dengan aku sepenuh hati dia.. dan tak pandang perempuan lain pun.. sebab bagi dia aku satu-satunya jodoh dia.. peneman hidup dia yang dia perlu jaga didunia hingga ke akhirat..

yup aku nak jodoh ini.. tak kisahlah.. awalnya kita susah.. asalkan kau dan aku yakin.. rezeki allah.. kita sama-sama berusaha perbaiki dan lakukan yang terbaik untuk diri kita dan keluarga.. aku nak pasangan yang tak pernah give up.. dan teruskan berusaha hingga jayanya.. kerana dia yakin rezeki allah.. dan sama-sama berusaha..

Ya allah.. kau temukanlah aku jodoh sebegini kepadaku ya allah.. yang hatinya mencintaimu.. dan menjaga tanggungjawabnya yang harus dipikul olehnya.. ya allah perkenankanlah doaku.. dan temukanlah jodoh yang terbaik.. baik pada masa kini.. dan juga pada masa akan datang.. amin..




Sunday, June 7, 2015

Budaya mencirikan bangsa


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Tadi godek-godek gambar lama di laptop... teringat zaman praktikal di vietnam.. mobility campur praktikal.. sebab kena buat report juga kan.. so aku tetap kata praktikal.. pengalaman disana memberi satu ilmu baru bagi aku sebenarnya.. yang mana tak pernah ada pengalaman langsung ke luar negara.. dan belajar hidup berdikari sendiri di tempat orang dengan bahasa asing..

Boun Ma Thout..  berada di tengah-tengah vietnam.. bukanlah sebuah bandar yang terlalu mewah.. dan kurang kadar kehadiran pelancong di kawasan tersebut.. membuatkan penduduk setempat kurang fasih untuk bertutur dalam bahasa antarabangsa... perbualan kami pun kadang-kala ibarat ayam dan kucing.. dan kekadang terpaksa mengiyakan benda yang kami sendiri tak faham.. tapi aku respect dengan kerajianan penduduk tempatan mereka.. baik lelaki.. mahupun perempuan.. bertungkus lumus dalam pekerjaan seharian meraka.. tak kira tua atau pun muda.. sangat rajin..  namun mungkin disebabkan kadarpenduduk yang padat membuatkan negara mereka kurang sedikit terhadap kemajuan.. walaupun masyarakatnya terdiri daripada golongan yang rajin bekerja..

jom kita lihat.. sikap.. dan budaya masyarakat vietnam..
















Friday, June 5, 2015

Khawin sepupu..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.


Minggu lepas kawen sepupu aku.. sepupu yang aku rapat waktu kecik.. geng basikal.. geng balik kampung.. geng kejar kejar.. geng gaduh dan sebagainya.. dengan dia la aku banyak main waktu kecik.. sebab ayah family aku jenis yang kurang sikit bagi aku keluar main dengan orang lain.. biasa la bila hidup dikampung nie.. nakal dia lain.. so.. kita orang kawan pun semua dengan sepupu sendiri jew la..

Alhamdulillah.. majlis dia berjalan dengan lancar.. dan sah menjadi isteri orang pada 20hb Mei 2015.. pada jam 11.30 pagi.. di Masjid Muazam shah Kuala Nerang.. ( kalau tak silap nama dia la).. dan kitorang geng sepupu-sepupu nie la yang bertindak sebagai mak andam, pengapit dan juga bridemaid antam keromo.. sebab tak ada perangcangan langsung.. jom kita padang belakang balik.. gambar-gambar wedding dia..

geng sepupu-sepupu yang bertindak sebagai mak andam..




aku yang bertindak sebagai pengapit.. tak ada pengalaman ok.. so ikut jew la..

aku pulak yang nervouskan..

photoshoot dengan geng-geng sepupu.. tengok betapa ramainya sepupu perempuan ktorg.. nie masih ramai lagi yang belum masuk...

nie geng bridemaid hantam keromo ktorang.. geng2 nie juga la yang jadi kawan rapat aku tyme
 kecik main, gaduh, kawan.. tidur sekatil semua dengan diorng..
Harap ukhuwah ini terus berkekalan selamanya.. dan barakallah juga buat sepupu rapat.. :)




Jadi manusia kuat SAM!!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Orang cakap.. kalau nak lupakan sesuatu benda.. make yourself busy.. sekarang aku rasa.. aku patut sibukkan diri aku dengan pelbagai perkara.. supaya otak tak menerewang fikir benda yang  aku sendiri nak lupakan kan.. yup.. akan aku berusaha untuk mengelak dan menjauh.. buat macam tak ada apa-apa ok.. please hati tolong jadi kuat.. melawan hasutan syaitan durjana tue.. kuat-kuat.. please sam kuatkan diri kau.. buangkan apa yang kau fikir.. pijak.. pijak.. campak.. lenyek-lenyek sampai lumat.. supaya hilang terus.. jom kita cari tips untuk sibukkan diri sikit..

1. mesti fokuskan dengan matlamat utama.. habiskan master.. jom habiskan study.. fokus dengan baca journal dan penulisan.. dalam masa yang sama tolong perbaiki english diri sendiri juga untuk lebih baik.. try ikut tips orang lain.. dengar lagu english sebut dengar dan faham.. banyakkan membaca artikel english dan lihat cara penulisannya...

2. rasa macam nak aktif balik dalam navy.. sebab?? geram dengan sesorang.. sebab dia penah halang join.. opss.. sila lupakan dia please.. kalau join navy balik..boleh tambah income aku.. dan dalam masa yang sama nak lupakan apa yang nak dilupakan.. make yourself busy kan...

3. tumpukan amal ibadat juga.. aku rasa banyak sangat dah yang aku lalai sekarang.. dekat diri dengan allah semula .. wahai diri.. tolong la..

4. jangan ganggu orang lain dan fokus pada diri sendiri.. macam apa yang kau pegang sebelumnya.. jangan harapkan orang lain.. orang tak mampu tolong kita melainkan diri sendiri.. apatah lagi apabila kita meminta.. orang semakin membenci.. so percaya pada diri sendiri adalah lebih baik.. tak perlu hiraukan orang lain.. dan teruskan kepada usaha dan matlamat anda.. insyallah..

Harap sangat aku boleh jadi kuat.. dan fokus..