Nak jodoh cepat..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Tajuk post.. memang tak boleh blah.. tapi rasa.. memang tue kot yang nak sekarang.. nak jodoh cepat.. nak kawen.. nak ada teman sembang.. borak.. setiap malam.. setiap hari.. setiap masa.. yang boleh gelak bersama.. menangis bersama.. yang kita boleh bergaduh dan bermanja dengan dia..

nak ada orang yang selalu bagi semangat dan dorongan kat aku supaya sentiasa berusaha dan bersemangat dalam cita-cita aku,. mampu pimpim aku...tatkala aku lemah dan tak berdaya untuk bangun.. pimpin aku untuk teruskan cita-cita aku.. tak give up untuk untuk tolong aku selamanya...

 orang yang mampu bawa aku bersama-sama dengan dia.. perbaiki diri dan dekatkan diri dengan Allah.. tingkatkan iman.. tingkatkan amal ibadat kepadaNya..  yang sama-sama mengimpikan syurga allah.. dan mendidik aku dan anak-anak aku dengan penuh kasih sayang dan bertanggungjawab.. serta menjadi  anak-anak yang soleh dan solehah

nak yang mampu terima aku seadanya.. baik aku.. buruk aku.. terima dengan redhanya.. sabar dengan kerenah aku yang pelbagai nie.. yang kekadang aku sendiri tak kuasa untuk melayannya.. aku harap sangat aku punyai jodoh sebegini.. yang mampu sabar dengan adanya aku.. yang mampu jaga aku dan sayang aku selamanya.. tak pernah serik dan give up dengan aku.. setia dan sayang dengan aku sepenuh hati dia.. dan tak pandang perempuan lain pun.. sebab bagi dia aku satu-satunya jodoh dia.. peneman hidup dia yang dia perlu jaga didunia hingga ke akhirat..

yup aku nak jodoh ini.. tak kisahlah.. awalnya kita susah.. asalkan kau dan aku yakin.. rezeki allah.. kita sama-sama berusaha perbaiki dan lakukan yang terbaik untuk diri kita dan keluarga.. aku nak pasangan yang tak pernah give up.. dan teruskan berusaha hingga jayanya.. kerana dia yakin rezeki allah.. dan sama-sama berusaha..

Ya allah.. kau temukanlah aku jodoh sebegini kepadaku ya allah.. yang hatinya mencintaimu.. dan menjaga tanggungjawabnya yang harus dipikul olehnya.. ya allah perkenankanlah doaku.. dan temukanlah jodoh yang terbaik.. baik pada masa kini.. dan juga pada masa akan datang.. amin..




Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..