Posts

Showing posts with the label 2022

People Who Like To Be Alone Have These 12 Special Personality Traits

Lately, most of time i spent alone in my room. Either I try to complete my works or scrolling up my social media. Sometime I am try to enhance my self on english vocabulary and listening. Being alone can often carry a negative connotation, as society tends to value extroversion and being surrounded by others. However, being alone can be a source of strength, creativity, and personal growth for those who embrace it. People who like to be alone often have special personality traits that allow them to thrive in solitude and find fulfillment in their own company. This article will explore 12 personality traits and provide examples of successful individuals who have embraced their love for alone time. We will also discuss the importance of alone time in a world that values extroversion and offer tips for balancing alone time and social activities. So, let’s dive in and discover the unique qualities of those who enjoy being alone. Personality traits of people who like to be alone Indepen...

The 4 Things It Takes to Be an Expert

Actually right now I'm trying to improve my esteem. So, you can see many posts and entries about self-esteem which I just copy-paste from other blogs. I hope we can together improve our self-esteem and learned something new from here. Becoming an expert in a particular subject or activity requires dedication, hard work, and a willingness to continually learn and improve. But what exactly does it take to reach this level of proficiency? This blog post will delve into the four essential elements of becoming an expert: consistency, curiosity, practice, and persistence. By understanding and implementing these characteristics, you can set yourself on the path toward expertise in your chosen field. Whether you are a student seeking to excel in a particular subject or a professional looking to advance in your career, the principles discussed in this post can help guide your journey toward mastery. Consistency Consistency is crucial in becoming an expert in any field or activity. It...

Pelajar yang diabaikan.

Assalamualaikum. Sebab aku percaya diri aku. Aku terus berjalan walaupun disishkan. Cerita aku sekarang ni, aku dah difasa akhir pengajian phd. Aku dah selesai beberapa method dan analisis. Tapi ada satu analisis, bila aku buat dia asyik keluar result tak significant. Aku dah tanya co supervisor aku mengenai analisis tu, dan dia suruh cuba beberapa method. Aku cuba dan still sama juga resultnya malah lebih teruk. Aku kalau yang lain tak significant aku tak kisah ada sebab dan kita boleh cari. Tapi bila semua variable tak significant, aku rasa bukan salah data tu. Tu salah aku punya analisis. Tak logik untuk semua data tak significant. Semua. So aku rasa aku perlu cari method lain. Co sv aku macam dah give up untuk analisis tu. Dia cakap kamu cari reason la kenapa semua data kamu tak significant. Aku try contact main sv aku. Main sv aku skrang ni kan di London. Tapi dia macam lepas tangan gila dah dengan aku. Aku contact pun dia tak respon. Aku pun tak tau macam mana, aku rasa satu...

Peluang ketiga utk hati. Jodoh ka bodoh.

Assalamualikum.. Ini just sebagai cerita ja tau. Tak tau la nak jadi sejarah ke, nak jadi kenangan macam lepas ka apa ka aku tak tau. Tapi just nak keep as memory juga la disini, yang aku ada lagi perasaan pada seseorang. Tak ramai kot orang yang aku letakkan perasaan. Tapi kali ni aku tak nak letak setinggi harapan crush yang pertama. Aku betul-betul berserah pada Allah. Kalau ada jodoh aku dengan dia, satukanlah kami dengan rahmatmu. Kalau tak ada jodoh. Macam tu, macam tu je la. Cerita dia bermula bila kawan aku di UPM dulu, dapat kerja disini tempat aku belajar sekarang. Aku ada post sebelum ni , boleh baca disini. Yes, Jemah. Dia ada ajak lepak bila dia dah sampai sini. Tapi disebabkan aku balik kampung, adik aku kawen kami postpone dulu jumpa. Sehingga aku post story di ig aku cakap dah di kampus, sekali dia contact aku cakap jom jumpa. So aku on. Actually jumpa sembang biasa ja pun. Tak ada yang istimewa pun. Tapi aku jadi teringat-ingat dia. Sedangkan kami dulu pun kawan...

Impian 2023

Assalamualikum... Tak lama lagi 2022 pula nak melabuhkan tirai, weh cepatnya masa berjalan. Laju betul. Thesis aku patut hantar bulan Februari tahun depan, tolong doakan aku kawan-kawan supaya dapat hantar thesis pada masa yang ditetapkan. Sebab aku dah tak da duit untuk teruskan perjalanan pengajian ni lagi sebab tu aku struggle nak habiskan semester ni juga pengajian aku. Lepas ni aku nak cari kerja untuk hantar kereta balik dalam masa yang sama juga aku nak cepat-cepat dapat kerja tetap nak bantu mak aku. Aku kesian mak aku, lepas ayah tak de aku rasa mak macam hidup terumbang ambing, mak pernah juga mengadu kalau ayah ada sekurang-kurangnya ada la ayah nak dengar cerita dia walaupun ayah tak buat apa-apa. Aku jadi sedih bila mak cakap macam tu. Aku macam nak mak ada dekat aku. Kalau aku dapat kerja mana-mana nanti aku nak bawa mak duduk dengan aku insyaAllah. Macam mana mak cakp dengan tok nek dulu( moyang aku) InsyaAllah macam tu la aku try buat kat mak, jaga mak sepanjang hayat...

Impian kanak-kanak, nak masuk universiti

Assalamualikum, Tengah minum teh hijau jasmine panas-panas tanpa gula sambil ambil mood nak tulis thesis di jam tepat 12 mlm. Tapi kena run balik analisis sebab data aku sebelum ni macam dah lari dan perlu test normality semula. Banyak benda lagi nak buat, tapi ambil mood dulu sambil minum teh. Hari ni seharian juga hujan. Ah aku bangun pun dah zohor ada hati kata seharian hujan. Petang tadi baru start hujan sampai malam. Sekarang tengah sejuk, sedap nak tidur tapi fikir cita-cita yang dikejar, berusahalah sikit ja lagi. Aku teringat diri aku beberapa tahun dulu, waktu zaman diploma. Aku ni pelajar third intake, bukan second lagi. Disebabkan kurang orang nak sambung belajar di Sarawak, jadi banyak kekosongan yang ada. Kebetulan aku pilih kos tu juga lepas pemohonan pertama aku untuk upu tak berjaya jadi aku buat pemohonan kedua. Pemohonan kedua aku, aku pilih bidang yang aku minat tapi pelik yang pasti orang tak nak. Jadi aku cuba mohon perhutanan di UPM. Aku tak ingat apa lagi...

Kekadang hidup perlu berjalan sendiri

Assalamualaikum.. Perancangan tu bagus, tapi mengikut takdir tu lagi terbaik. Hidup aku sekarang macam jet, aku termenung memikirkan hidup. Tapi tiba-tiba macam dah nak sampai ke destinasi. Punya takut dengan diri sendiri dulu, resah tak dapat nak siapkan. Tapi bila kau follow jadual pengajian ibarat kau kena paksa. Nak tak nak, kau kena siapkan ikut masa juga. Kalau tak duit melayang. Aku dah la tak berduit. Sekarang tak pikiaq tentang duit dah. Tak cukup makan, tak cukup hidup. Sekarang lagi penting siapkan kerja, sebab kena push hantar kerja ikut tarikh. Jujur cakap tahun ni banyak dugaan aku, bukan aku tapi dugaan dalam keluarga kami. Macam-macam hal dan macam-macam cerita. Tahun ni aku rancang tak mau balik rumah kerap sangat, konon nak habiskan thesis aku. Tapi perancangan Allah tu hebat.Tahun ni aku paling banyak balik kampung. Sekarang bulan 8, aku dah balik kampung 4 kali dah. Dan bulan 10 ni aku akan balik lagi. Ibarat tahun ni dua bulan sekali aku balik kampung. t...

Memori master datang kembali..

Assalamualikum.. Sekarang aku tengah buat analisis dan writing thesis. Insyaallah bulan 12 ni hantar thesis. Sekarang mak tengah warded, mak dah start dialisis darah disebabkan buah pinggang. Diorang dirumah kacau bilau tengh uruskan mak, uruskan hakim dan kerja diorang. Aku nak balik untuk kurangkan sikit beban diorang. Abang, tak pasti la macam mana. Tapi aku harap ada perubahan dengan dia. Lepas episod diorang kerap bawa lari mak keluar dari rumah. Dia dah macam behave sikit, harap situasi mak sekarang bagi kesedaran untuk dia ubah kepada lebih baik. Aku balik raya haji hari tu ada la nampak dia lain sikit, ada perubahan. Tapi tu la perangai kurang matang dia tetap ada. Ini aku post lain entry la. Kisah hari ni, kisah berkaitan memori master aku yang datang kembali. Kadang malu nak buka balik isu crush, tapi harap jadi pengajaran untuk diri aku sendiri dan orang lain. Aku pernah crush dekat kawan aku sendiri sebab cara layanan dia pada aku. Perempuan semakin dilayan semakin men...

Apa beza usia matang?

Assalamualaikum.. Dulu aku selalu tertanya-tanya apa beza usia matang? apa beza remaja dan dewasa. Ya la anime, cerita jepun selalu buat cerita orang dewasa back semula ke zaman kanak-kanak atau remaja diorang. Macam mana orang tak boleh kenal pun dia ni yang zaman dewasa atau remaja. Cuba untuk ubah kehidupan zaman remaja untuk dapatkan usia dewasa yang lebih stabil dan sebagainya. Kalau aku duduk sorang-sorang di bilik atau duduk dalam radius kerja yang sama. Memang kita tak nampak perbezaan usia, tapi bila kita  bergerak sikit dari radius biasa kita bercampur dengan semua usia kita akan nampak perbezaan tu. Baru-baru ni, alhamdulillah aku diberi peluang untuk buka pandangan aku pada satu suasana baru yang aku rasa lama tak rasa perasaan tu, tapi keadaan ni ada sedikit mencabar dan membuatkan aku refleksi diri semula dengan keadaan aku pada waktu tu dan sekarang. Peristiwa tu, hujang bulan Mei haritu iaitu Kongres Taman-taman Asia dan Kota Kinabalu, Sabah jadi tuan ...

Analisis dan coding

Assalamualaikum. Walaupun kehidupan sekarang ni penuh dengan ujian. Tapi perjalanan ni tetap perlu diteruskan macam biasa. Sesiapa yang rajin berkunjung ke blog aku ni, mungkin tahu aku ada family problem. Kekadang aku rasa serba salah juga tinggal jauh dari family, walaupun dalam keadaan macam ni. Tapi kalau aku balik rumah dalam keadaan sekarang, problem tu akan jatuh teruk lagi pada diri aku sendiri. Kenapa? Sebabnya, aku tahu balik rumah aku mesti takkan fokus punya dengan kerja aku. Haritu aku balik rumah asyik dengar bergaduh je, stress weh. Aku tak selesa langsung dengan adanya abang aku dirumah. Aku rasa bebasnya lahai duduk di kolej, sebab semuanya perempuan. Kekadang aku terfikir juga, aku ni tak boleh tak boleh nak kerjasama dengan lelaki ka? Kkedang aku rasa insecure bila dengan lelaki. Abaikan lah benda tu, bukan topik utama untuk hari ini. Topik hari ini adalah analisis dan coding. Aku ada problem juga dengan study aku sebenarnya.Banyak benda yang aku kena cari untuk ...

SEM7 DAN DUGAAN 2022

Assalamualaikum... Dugaan tahun ni lebih mencabar dari dugaan covid yang sebelum- sebelumnya. Tak habis dengan isu abang yang mak perlu lari setiap hujung minggu, takut dengan perangai gila dia tu. Hari ni tiba-tiba pakcik diserang sakit jantung dan di tahan wad. Esok berkemungkinan pakcik dimasuk enjap spring dalam jantung sebab blocking. Pakcik adik paling rapat dengan mak, dia lah salah seorang yang selalu bantu mak time susah. Aku rasa sakit jantung dia pun mungkin faktor dari abang juga, kebarangkalian. Sebab dia call cakap dengan mak pukul 2, pukul 3 jatuh sakit dan mengigil. Manusia seorang tu tetap tak ada kesedaran juga. Semangat belajar aku kenapa tak boleh nak boost macam waktu master hari.. Aku pun tak tau macam mana nak buat. Semangat tu tak nak datang, yang hari-hari tengok paper semnagat tulis, semangat buat kerja. Hello asmah, kau rajin, kau mampu berusaha untuk dapatkan apa yang kau nak . Tolong buat yang terbaik. Orang dekat rumah tengah susah, tolong usaha hab...

Abang

Assalamualikum.. Rumah kami tak harmoni macam dulu agi. Keadaannya jadi ketara bila ayah dah tak ada. Mak sebagai kunci kedua kekuatan rumah semakin tak bertenaga mengharung rintangan ni. Semuanya berpunca dari abang. Kadang aku minta pada tuhan.. cepat la ambil nyawa abang aku ni.. supaya semua orang tenang. Tak da lagi orang yang susahkan hati mak. Kami adik beradik rasa tak selesa balik kampung. Saudara mara lain pun tak berminat dah datang rumah sebab perangai dia. Mengamuk tak tentu hala, rosak kan barang ni, barang tu. Macam tikus. Aku dah tak da hati nak beli barang balik kg. Aku pernah cat rumah penat-penat berhari last dia balik boleh celit-celit cat lain jadi tompok geram betul aku. Memang dari kecil aku tak pernah tentang dengan dia ni. Dia tak pernah ringankan kerja orang tapi selalu tambah beban. Banyak barang ayah dia dah rosakkan mesin rumput lampu.Pagar rumah dia tebas biar berlubang. Hidup dia macam khianat harta sendiri. Aku sayang rumah kami, rumah yang ayah dan ma...

Selamat hari raya 1443H 2022M

Assalamualaikum.. Tahun ni aku pilih beraya di kolej, memandangkan banyak benda yang aku belum selesai dengan pengajian aku. Duit simpanan aku semakin tipis. Paper belum ada yang publish, conference tak ada aku join lagi. Literature review belum siap sepenuhnya. Analisis tak faham-faham. Aku fikir sesaknya pengajian aku kali ni. Supervisor aku tak banyak membantu. Setiap kali aku tanya mesti dia suruh cari sendiri dengan alasan aku student phd, pandai-pandai la aku cari penyelesaian sendiri. Banyak sumber yang boleh aku belajar katanya. Semester dah bakal nak habis. Semester depan kena bayar lagi RM2K untuk yuran, dia tak fikir ke. Fikir balik patut la banyak students dia lari sebelum ni. Tapi benda ni kalau aku belajar sendiri, banyak la yang aku dapat sebenarnya. Tak sekarang agak kesuntukan masa. Perlu cari tu ambil masa. Kadang-kadang aku fikir give up.. Tapi aku selalu doa pada tuhan "Ya Allah, kuatkanlah aku dalam cabaran ni. Bagilah aku habis pengajian aku dengan jaya...

Nisfu Syaaban - 15 Syaaban 1443H

Assalamualaikum.. Jumaat 18 Mac 2022 bersamaan 15 Syaaban 1443H merupakan hari nisfu syaaban yang mana pada maghrib sebelum telah diangkat buku amalan kita dan digantikan dengan buku amalan baru. Selain menunjukkan kita semakin hampir melangkah kebulan ramadan, hari tersebut juga mempunyai banyak kelebihannya yang tersendiri. 1.40 petang pada hari tersebut. Adik aku jat, mengkhabarkan keadaan ayah yang lain dari hari-hari biasanya. Whatsapp group sentiasa menjadi perbualan aktif kami membincangkan kondisi ayah dan persiapan perkahwinan jat. Sebelumnya ayah dikuarantin selama 10 hari katanya disebabkan covid. Sebelum ayah di masukkan ke wad covid kondisi ayah sudah lemah tidak mahu makan dan asyik mengerang. Ayah sudah pun ambil vaksin kedua-duanya. Selepas kakak call hospital. Ayah di tahan wad 10 hari. Kata Doktor keadaannya ok di wad kuarantin. Namun selepas 10 hari hari ayah dipindahkan ke wad biasa. Dr di wad biasa cakap kondisi ayah tak sama seperti laporan yang diterimanya da...

Ayah - 30 Rejab 1443H

Assalamualaikum.. Hari ni aku dapat berita ayah dimasukkan ke wad. Kata Jat beberapa hari ni memang dia lain macam sikit, panggil sana sini. Pernah terjatuh dalam bilik air. Pastu, satu rumah juga demam, tapi bila buat covid test negative walaupun dah buat dua kali. Tapi bila sembang dengan kakak, kakak cakap simpton diorang ni semua macam positive je. Air rasa pahit tak sedap, makan pun rasa terlebih masin apa semua.Batuk berpanjangan. Abang orang last yang kena demam, dia rasa sakit pingang dan sakit belakang. Anak-anak dia awal lagi demam tapi sekarang dah okey, sihat semua. Mak dengan jat masih berterusan batuk. Jat cakap hari ni baru boleh minum air rasa biasa, sebelumnya pahit sangat. Ayah lepas dua hari tak boleh tidur, tak nak makan , minum. Pastu sentiasa mengerang panggil mak..mak.. hari ni mak call kakak balik kampung. Lepas kakak balik, dia terus call ambulan datang ambil ayah dirumah. Abang dan abang Husin pergi ikut ayah ke hospital. Katanya ayah tambah air. Lepas ma...

Bila takda duit baru tau erti bersyukur..

Assalamualikum.. Aku ni kuat boros rupanya. Aku perasan dari zaman sekolah rendah lagi aku teringin nak beli macam-macam nak makan keropok-keropok sedap.. nak beli pemadam dan pensil cantik dari koperasi sekolah. Selalu jeles dengan abang aku, mana dia dapat duit beli pen cantik-cantik mahal-mahal jenama pilot. Sedangkan duit sekolah kami 50sen seorang. Aku masa tu duit tangan mak ayah bagi 50sen ja. Cukup-cukup untuk makan. Nasi 30sen air 20sen habis 50sen. Waktu aku darjah 1 tahun 1996. Kalau nak rasa kudap-kudap lain, kena la cancel makan nasi hari tu. Beli sengkuang calit 20sen boleh beli gula-gula 10 sen. Dah boleh simpan lagi 20sen. Kalau dapat simpan 20sen rasa macam bangga la dengan diri. Kak dan abag rasanya dah 60sen 70 sen kot, sebab aku baru nak pegang duit jadi mak cakp bagi sikit dulu. Masuk darjah 3 keatas, mak dah mula bagi duit tangan 70sen sebab ada kelas kafa pagi aku sekolah petang. Selalunya kafa aku tak makan apa sangat pun sebab pagi jadi duit tu aku sim...

bOLEH TAK AKU BALIK SEMULA KE TAHUN 2019

Assalamualikum... Kalau ada mesin masa doremon tu aku betul-betul nak balik semula ke tahun 2019. Satu benda ja aku nak ubah, iaitu aku nak susun betul-betul data phd aku. Aku dah pening weh. Tiga puluh ribu lebih individu, tiga ratus lebih species sekarang aku tengah detact problem yang aku tak pasti masalahnya dekat mana. Tapi yang aku pasti memang sebab kecuaian aku yang tak buat kerja sungguh-sungguh. Aku dapat detact data aku ada masalah. Secara logik data aku memang akan berbezaan dengan data sebelum ni tapi takkan seketara tu banyaknya. Hipotesis aku species aku kedua tertinggi selepas tahun sebelum pembalakan berlaku. Tapi masalahnya sekrang data aku paling tinggi dari data sebelum berlakunya pembalakan . Ah logik ka. Tujuh puluh lebih pula species bercambah. Macam suka pula semut dengan kawasan secondary forest ni. Itu yang pertama dan yang keduannya data aku ada hilang sebelum ni di beberapa site. Sebab aku bergerak ke banyak tempat dan banyak yang bantu aku jadi aku ta...

REZEKI..

Assalamualikum.. Hari ni aku nak bercerita sedikit berkaitan rezeki. Aku tulis rezeki hari ni bukan bermaksud yang aku dapat tawaran kerja mana-mana. Belum ada lagi. Doakan aku ya, bagi dapat kerja mana-mana. Rezeki hari ni yang aku ingin ceritakan adalah dari segi diberi kemudahan untuk beberapa aspek. Untuk pengetahuan korang, study aku dah cukup tiga tahun. Maksudnya dah tamat la dari segi bantuan elaun dan yuran daripada pihak universiti. Sekarang hidup aku kena sara diri sendiri. Aku bergantung dengan simpanan aku je, aku belum mula cari kerja lagi sebab aku nak habiskan analisis dan writing dulu. Target aku,aku hantar thesis baru aku nak cari kerja sebab aku tak nak buat banyak kerja sangat nanti aku tak dapat fokus dan semuanya tercicir. Sekarang aku try juga la untuk fokus sepenuhnya pada pengajian aku sampai habis. Target aku pun lepas aku hantar thesis aku akan stay lagi di Sabah sehingga aku viva. Kalau tak ada kekangan dan dapat kerja yang ok aku stay lagi disini dulu...

Pengajian slow dan semakin membosankan

Assalamualikum.. Hari ni aku nak sentuh berkaitan pengajian aku. Aku ni memang jenis seorang yang malas tapi bila aku dah buat kerja tersebut akan passionate dengan kerja tersebut dan akan cuba buat sampai habis. Itu aku. Masalah aku adalah nak memulakan sesuatu kerja tu. Punya la malasnya, sempat duk melara sana, sini dari buat kerja tersebut. Tapi bila dah mula buat pandai pula dia melekat terus sehingga la ada gangguan apa-apa pula baru berhenti. Macam tu la aku. Itu sebab aku boleh habiskan sesuatu kerja aku tapi sentiasa kena paksa diri untuk habiskan kerja tersebut. Untuk pengajian aku ni, sebenarnya aku suka. Aku sebenarnya suka membaca dan ingin tahu aku kuat. Jadi aku akan terus cari dan mencari sampai aku betul-betul rasa puas hati. Itu aku. Lagi satu kadang-kadang waktu dapat task sesuatu yang aku suka, aku dah ada gambaran dah dalam kepala aku macam mana aku nak buat dan selesaikan benda tu. Dia akan jadi lebih smooth bila aku dapat vision gambaran tu untuk aku buat ...

WELCOME TO 2022

Assalamualaikum.. Cepatnya masa berjalan dah 2022. Abad yang baru. Manakala aku masih dengan gaya hidupku yang sama. Permulaan tahun ni, aku ingatkan ada perubahan fasa baru dalam hidup aku. Ya lah dah masuk umur 33 tahun kan. Ingatkan masuklah aku ke fasa yang seterusnya iaitu alam rumahtangga. Namun, masih belum jodoh dan masa aku lagi rupanya. Lelaki yang bertanya khabar haritu (tahun lepas) rupanya tak berani untuk terima aku dalam hidup dia dengan alasan. Susah nak terima orang yang masih belajar, takut ditolak peminangan seperti sebelumnya. Bila aku dengar jawapan tu dari mak aku, aku terfikir.. " Ah jawapan tu, macam jawapan yang aku guna waktu awal phd dulu je.. waktu aku cuba untuk menolak peminangan yang pertama.". Aku tak pasti nak cakap macam mana .. kau bukan nak sangat orang tu pun.. ya sebab aku sendiri pun belum pernah cakap dengan dia dan tak pernah kenal dia.. just dengan cerita .. tapi aku nak hdiup aku bergerak ke fasa yang baru.. dalam masa y...