Memori master datang kembali..

Assalamualikum..

Sekarang aku tengah buat analisis dan writing thesis. Insyaallah bulan 12 ni hantar thesis. Sekarang mak tengah warded, mak dah start dialisis darah disebabkan buah pinggang. Diorang dirumah kacau bilau tengh uruskan mak, uruskan hakim dan kerja diorang. Aku nak balik untuk kurangkan sikit beban diorang. Abang, tak pasti la macam mana. Tapi aku harap ada perubahan dengan dia. Lepas episod diorang kerap bawa lari mak keluar dari rumah. Dia dah macam behave sikit, harap situasi mak sekarang bagi kesedaran untuk dia ubah kepada lebih baik. Aku balik raya haji hari tu ada la nampak dia lain sikit, ada perubahan. Tapi tu la perangai kurang matang dia tetap ada. Ini aku post lain entry la. Kisah hari ni, kisah berkaitan memori master aku yang datang kembali.

Kadang malu nak buka balik isu crush, tapi harap jadi pengajaran untuk diri aku sendiri dan orang lain. Aku pernah crush dekat kawan aku sendiri sebab cara layanan dia pada aku. Perempuan semakin dilayan semakin mengadakan. Tapi dalam marah menyampah dia pun still masih layan kerenah aku, itu menyebabkan aku crush sangat dengan dia. Sehingga saat last, pengakhiran master dia dah bagi hint yang dia dah kecewa dengan aku dan dia cakap setiap apa pertolongan dia sebelum ni semuanya atas dasar simpati. Start dari situ aku rasa, diri aku bagai di tikam. Kali pertama dan terakhir yang aku rasa perasaan yang berbunga-bunga dengan dia dan perasaan yang termusnah dengan dia. Masa tu aku tekad nak habiskan master cepat-cepat supaya aku boleh lari dari dia. Alhamdulillah master kami habis. Terus dia kawen dan dapat kerja tetap lepas tu. Aku masih terkontang kanting teruskan pengajian sampai sekarang. Salah satu sebab aku tak nak sambung study di UPM dengan Dr Bad, supaya kenangan lama tak terimbau.

Hari ni kenapa memori tu terimbau kembali. Sebabnya, salah sorang kawan time aku master dulu contct aku cakap dia dapat kerja pensyarah disini tempat aku belajar sekarang. Dia antara geng yang kerap juga la lepak sekali dengan kami walaupun tak sama lab. Crush aku pernah cakap, kawan kami ni "aww".. mulut.. padahal mangku dulang paku serpih. Bukan "aww" actually, sorang jemah, sorang jenis introvert. Bila bersembang panjang dengan dia (jemah) tetiba teringat balik zaman dulu-dulu dan melepak sama semua. Paling teringat tentang crush aku (introvert). Hish.

Waktu aku lari sambung belajar disini , kawan aku (jemah) ni dapat tahu aku sambung belajar tempat zaman degree dia dulu, bertukar kami. Dia degree di Sabah master, phd di UPM. Aku Diploma, degree, master UPM, phd ja di Sabah. Bersembang la juga kami time tu kalau dapat kerja, mengajar disini nak ke? Aku memang waktu tu rancang sambung phd di sabah untuk dapatkan kerja disini pun aku cakap. Tapi time tu tak silap dia tengah jadi pembantu penyelidik di UPM. Kami masih bercontact sebab masih pada landasan yang sama dengan aku. Majoriti kawan-kawan lain dah bekerja dan tidak lagi dalam bidang. Walaupun dia dengan aku bukan dalam bidang yang sama, tapi matlamat kami sama, iaitu nak jadi pensyarah. Dia kalau bersembang selalu bagi ayat "deep" contoh, "aku ni la yang selalu menumpang group korang" , " rajin kau ah tolong aku.." padahal dia pun ada juga aku minta tolong dulu-dulu.. Itulah aku contact dia kadang-kadang, macam bagi semangat untuk aku juga terus berjuang, jadi pensyarah. Kalau aku tau ada iklan jawatan aku pas je pada dia dan mana-mana kawan yang senasib. Aku tau perasaan terseksanya dah belajar tinggi tapi tak dapat apa yang kita nak. Tapi dia jenis rajin dan ramah. Sekarang tiba-tiba dia contact aku minta tolong carikan rumah dan kereta. Mula-mula macam malu kucing nak minta tolong, tanya tak nak jawab. Tapi alhamdulillah, dah dapat kerja tetap dah dia. Bestnya. Mohon aku juga dapat kerja pensyarah tetap dan dapat jodoh baik-baik. Untuk tersukan hidup ini. Aamiin. Banyak betul cabaran dunia.

KKTPAR 25072022 16:08pm

Comments

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..