Friday, May 31, 2013

Kau suka aku??

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Cerita kali nie tak refer pada sapa2 pun.. tak ada kena mengena dengan sesiapa jua.. tapi bila hati terdetik.. nak bercerita juga.. walaupun hakikatnya..  "kau patut cerita lebih-lebih kat thesis kau tue.. belum siap lagi writing.. apa nak jadi nie.. cakap nak sambung master... tapi writing FYP pun malas.. so.. how la nanti kan" (dah start membebal macam mak nenek jap)...

 "ok nanti aku start awal writing aku.. bila sambung master.. nie fyp.. aku tak nampak progress lagi.. sekarang baru nampak cam mana nak buat.. tue yang lambat... tapi master nanti.. guna method sama.. site sama.. beza sikit.. buku dah ada.. sumber dah ada.. so banyak senang.. insyaallah aku boleh start writing awal.. don't worry.." (bermonolog jap... ok tue semua jawapan penyedap hati aku.. harap2 menjadi untuk start awal.. jangan tetiba addict anime aku datang sudah la.. habis kerja aku tak berjalan..) 

apa tajuk kita tadi.. oh sudah.. aku dah terlupa.. jap berfikir sejenak*****

oh.. KAU SUKA AKU?? tak... bukan33...

situasi terfikir.. kau suka aku.. berfikir sejenak*** (fikir lagi.. isyhh~~)
aku tak cantik.. tak pandai bergaya.. pakai pun biasa-biasa jew...
bercakap.. pun aku tak pandai.. straight jew cakap aku.. nak kata lemah lembut.. dah tak de kot sekarang.. gurau senda.. lagi la aku tak pandai.. bila aku sampuk cakap orang jew.. aku rasa orang nak marah aku.. so lebih baik aku diam.. so memang aku tak banyak cakap la.. aku jenis tunggu dan lihat.. tak tau nak buat apa.. hakikatnya malas nak ganggu.. kerja kau kerja kau.. kerja aku.. kerja aku..
so hidup dengan bersendirian.. hanya mampu menaip jew.. tue pun dalam blog.. yang kekadang cerita entah apa2.. berceloteh sendiri.. macam orang gila.. ntah la ada sapa baca kew tak.. yang pasti perasan dan bangga sendiri... kesian..

kalau kau nampak aku ceria.. pandai ketawa.. pandai bergurau.. bersama kawan-kawan aku jew.. bukan dengan orang lain.. so kau jangan tertipu..
kerana itu bukan aku.. itu hidup kawan-kawan aku.. mereka pandai.. dan mudah beri aku ketawa.. aku bergurau bila bersama mereka.. tapi.. hakikatnya kalau aku bersendiri.. aku rasa hidup aku penuh emosi.. 
fikirkan perkara negatif.. sana tak suka aku.. sini tak suka aku.. so apa perasaan tue.. sehinggakan aku tengok cermin jadi jelek sendiri.. hai apakah..  rasa semua orang jelek tengok aku..
situasi nie.. rasa macam nak berkurung jew dalam bilik.. tak nak jumpa sapa2.. tak nak keluar.. tak nak cakap dengan orang.. tak nak berurusan.. sedangkan banyak benda perlu diuruskan.. tapi takut tak dilayan..
hah.. sudah apa jadi dengan aku nie..

... bak kata room mate.. tue emosi sendiri jew... *_* (terkebil-kebil)



so kalau kau suka aku.. kau rasa apa mampu aku jadi.. sekejap suka sekejap sedih kew.. atau diri aku sendiri.. sentiasa emo.. ntah aku tak da jawapan untuk itu.. tapi aku harap kau orang yang ceria.. sebabnya aku ibarat sesumpah jew.. mudah terpengaruh dengan sekeliling.. so kau la kena ceriakan keadaan.. ingat tue..  
KAU PENCERIA KEADAAN...



Terjebak ke kancah kegilaan...


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

aku nak cerita aktiviti gila yang aku addict.. bila dah dapat.. masyallah.. macam susah nak renggang.. bab mengilanya sampai ayah aku tengok pun terus marah.. tak boleh berhenti.. gelak mengekek.. faham maksud gelak mengekek... maksudnya ketawa yang terbahak sehingga tak boleh nak berhenti.. kekadang tue hingga keras perut jadinya... mengalir air mata.. uhuh.. disebabkan oleh game jew pun.. tue yang ayah aku marah sangat tue..  nak tau apa permainan dia ..
TALK TO TOM 

aku rasa lucu bila si tom nie yang tiru apa kita cakap.. memang lucu.. tambahan pula bila 
suara dia lagi lembut dari kita kan so.. melucukan la... kalau dapat dekat anak buah aku pula..
buka si tom nie jew kerja ketawa.. aku dengan anak buah aku pula lawan ketawanya.. 

 di tiru pula si tom.. so sama2 tak berhenti la kan ketawakan.....

tetiba rasa macam rindu pula nak bela kucing.. macam waktu kecil2 dulu.. kucing manja sangat.. buat teman main, tidur.. sampai makan pun dia nak teman.. teman ganggu.. sibuk nak ikan orang kan.. tau la aku suka ikan.. dia pun suka ikan juga.. sibuk betul.. korang lak cam mana??? suka ikan.. hehhe~~

Thursday, May 30, 2013

Minggu terakhir sebagai pelajar DEGREE...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
Macam mana orang lain rasakan kebanggaan nak habis belajar.. aku pun nak turut sama la merasainyakan.. dah minggu terakhir weh.. study as a student degree.. proud to myself.. sebab mampu bertahan.. dalam susah senang sebagai palapes dan pelajar dalam tiga tahun nie... macam2 rungutan aku post juga kat dalam blog nie.. akhirnya.. aku berjaya juga tamatkannya.. tanpa berhenti di tengah jalan....huh..(lap peluh jap) walaupun hakikatnya banyak benda lagi tertangguh... belum settle.. tapi diri tetap nak rasa bangga jugakan... nak naik pentas lagi katakan.. kali pertama di UMS (tauliah palapes) dan untuk kali kedua di Dewan Besar UPM (degree pula after diplomakan) ..

Rupanya.. sekejap jew masa berlalukan.. bukan sekadar belajar jew.. berlalu dengan pantas.. tapi didunia blogger juga.. dah 6tahun rupanya aku hidup dengan dunia blogger nie..  walaupun tak de penambahan friend's list.. tapi bangga la.. masih ada kawan-kawan yang setia membaca cerita aku yang entah apa-apa nie.. tapi yang pasti kalau korang memang pembaca setia blog nie.. memang korang tau habis la baik buruk aku.. dah tak ada berselindung.. bahaya pula aku rasa kan.. tapi nak buat macam mana .. aku selesa untuk ceritakan.. tapi untuk dengar balik dari mulut orang.. mungkin tak selesa kot.. so korang-korang yang baca nie.. senyap-senyap jew ok.. silent mood.. nanti aku malu sendiri.. hakikatnya aku memang pemalu ok.. hahaha~~

hari nie sebenarnya nak selongkar balik.. cerita lama.. selama 3 tahun aku study.. suka suka sikit2..


nie la kehidupan aku sebagai student degree dan palapes.. tapi sikit gambar palapas tue tak bermakna aktiviti dia sikit.. dan banyak gambar study as student foresty tue tak bermakna banyak tue jew aktiviti... sebenarnya lebih daripada tue.. dan sangat memerlukan entry khas untuk semua maksud gambar-gambar yang di pamerkan... sebabnya ceritanya akan jadi panjang dan sangat panjang.. tapi kalau sekadar koleksi gambar jew pun best juga.. tapi untuk foto album jew la.. kalau cerita akan jadi boring.. betulkan... so nak layan yang khas punya navy dan study.. tengok kat bawah lagi..

gambar amali sepanjang tiga tahun  bergelar pelajar bachelor sains perhutanan.. panjang gunung bukit akar pokok sekadar nak tahu spesies pokok..  ukur diameter pokok.. ambil suhu persekitar.. kelembapan.. suhu dan sebagainya.. untuk nak tahu faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan pokok pada level hutan tertentu.. kenapa jadi macam tue macam nie.. kalau bahagian dendrologi ha.. paling tak tahan la... semua dah jadi botani's.. serabut kepala tengok urat-urat daun.. tapi tue la benda yang paling best.. orang tak kenal pokok tue.. tapi kita kenal.. tau fungsi dia.. kalau boleh merawat penyakit.. tau habitatnya.. so kalau nak pupus boleh jaga... silvikultur dah start jadi doktor pokok.. merawat pokok-pokok.. gabung pula dengan fisiologi.. belajar pertumbuhan pokok... tak kira lagi subjek pathology n entomology.. dah nak kenal penyakit pokok.. kenapa.. confiud pula dengan serangan serangga dan faktor tanah.. start kaji pula tanah.. kurang nutrien kew tak.. bila pokok besar sikit.. fikir faktor lain pula.. dari segi ekonomi.. banyak mana boleh dapat.. ajar akaun.. nak tau cara membalak pokok.. dengan mengurangkan impak kepada hutan.. belajar kejuruteraan hutan.. dan best sikit.. tambah sumber rekrasi.. takut menjejaskan alam.. belajar la lagi teknik elak kebakaran hutan dan kawasan tadahan supaya alam sentiasa terpelihara.. urm.. tue la subjek2 asas perhutanan.. sebenarnya banyak lagi.. tue aku tak kira lagi bab hidupan liar dan conservation.. nnt panjang pula cerita aku..

bab kedua ceritanya adalah navy.. palapes laut la pula.. nie sebagai ilmu tambahan aku jew.. selain nak luaskan pengalaman.. cari ilmu dibahagian kelautan pula.. disini.. kerjasama berpasukan, adab, protokol, disiplin, pangkat, ketepatan masa, pelayaran, kekemasan dan sikit-sikit ketenteraan diajar la..

cam nie la kehidupan aku.. nampak macam 2 dalam 1..
tapi sebenarnya 4 in 1...

Wednesday, May 29, 2013

Bakal kerjayaku..

 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Malam esok penentu segalanya.. kerjaya yang bakal aku pilih akan datang.. sepenuhnya aku berserah pada ketentuannya.. kehidupanku.. kerjayaku.. walaupun sebelum nie.. memang aku kejar sepenuhnya untuk sambung master.. phd.. dan sebagainya.. namun demi pilihan keluarga... dan ketentuan aku untuk berjaya dalam temuduga yang telah aku hadiri 22 MAC 2012.. aku berserah sepenuhnya kepada ketentuannya.. mungkin disitu letaknya rezeki yang lebih baik bagi aku.. sama seperti keputusan keluarga aku ada kerjaya dahulu.. cari duit sendiri dan bina hidup sendiri.. walaupun  diri ini masih dalam keadaan berbelah bahagi.. disebabkan itu aku berserah sepenuhnya kepada ketentuan illahi...

pada masa yang sama.. cita-cita dan matlamat aku masih aku teruskan.. tak pasti selepas tarikh esok adakah ia masih diteruskan atau tergantung hingga disini sahaja.. namun aku akan cuba yang terbaik..  sama seperti apa aku lakukan semasa temuduga tersebut.. aku pasti aku sudah cuba yang terbaik..  disebabkan itu aku berserah kepada ketentuanNYA.. dalam masa yang sama.. aku cuba yang terbaik dalam semua keadaan.. baik temuduga ataupun master.. untuk menyambung pengajian aku diperingkat master.. aku dah mula buat pendaftaran.. dan kertas kerja bagi projek aku akan datang.. dan proposol tue akan aku hantar ke sekolah siswazah dihadapan fakulti aku.. semuanya akan aku settlekan esok juga.. dan tunggu persetujuan dari diorang..  apa2 pun aku tunggu esok lah...


esok penentu segalanya..


Tuesday, May 28, 2013

Lembu punya susu sapi dapat nama

ASSALAMUALIKUM..

Menyingkap sikit pepatah lama... Lembu punya susu, sapi dapat nama...
maksudnya orang lain berusaha, orang lain dapat nama.. bahagiakan orang yang dapat nama atas kesusahan orang lain.. sangat bahagia.. agak-agak susah senang orang yang berusaha tue.. dia ada ambil port tak untuk tolong.. kew sepenuhnya dia pandang tugas dia jew.. alik-alik dah dapat susu, bangga dengan susu hak kerja bersama.. suka hati senang.. sedangkan penat lelah lembu menghasilkan susu ada dia hirau.. ada sapi pandangkan banyak kerja lembu terlepas sebab nak hasilkan SUSU.. kononnya untuk hasilkan produk yang sama bersama sapi.. tapi last-last  lembu yang hasil produk.. sapi tunggu dapat nama jew la...

kalau korang duduk pada perasaan lembu macam mana.. kecil hati tak??  kecil kan..
tapi mampu tak untuk berkata.. tak mampu... takut sapi takkan sedar.. sebab sapi sentiasa pandang dia membantu.. sedangkan lembu perit berusaha.. kekadang dah berkecil hati dah pun.. disebabkan take care yang tidak membantu.. lembu terpaksa diam dengan sapi.. tapi hati lembu sentiasa memgharapkan sapi sedar.. dan tidak mementingkan diri.. dengan membiarkan lembu menghasilkan susu sendirian..
setiap doa lembu.. tolong la sapi sedar.. susu nie susah nak dihasilkan melainkan sapi turut sama-sama menghasilkan susu.. menjayakan produk tersebut.. bukan sekadar bertanya khabar,tak membantu sebenarnya.. kalau setakat bertanya khabar.. anak lembu pun boleh..
last-last dia tolong habiskan susu.. produk tak berhasil pun..
tapi sapi-sapi perlu sedar..

mengerakkan produk bukan lembu jew.. tapi sapi juga..
mana yang belum cukup untuk produk.. sapi kena back up.. bukan tunggu tengok.. dan mengarah lembu.. sedangkan penghasilan produk adalah bersama.. kadang2 masa menjadi kekangan untuk lembu so sapi sila tolong lembu.. untuk penghasilan produk bersama..
Lembu tak minta pun nama lembu dinaikan... dan sapi pun mungkin dalam situsi yang sama.. tapi kalau sama-sama berganding bahu.. dan ambil kerja sorang sikit.. tak kew lagi mudah kerja.. selesai.. situasinya sama juga la dengan perbezaan  adil dan sama rata (pandai2 la korang pikir dan renungkan)..


nie lembu nie buat rusuhan kew apa???


kenapa tetiba cerita lembu dan sapi nie.. ada kaitan dengan pepatah kew..aduhai...tengok cerita tok aki la.. pada zaman dahulu.. ada kot cerita lembu dan sapi nie.. yea kew????


Sunday, May 26, 2013

Alam CiptaanNya..

 ASSALAMUALIKUM..
korang rasa.. bila korang tengok gambar.. tanpa ada cerita.. korang faham tak apa yang dimaksudkan.. tapi tidakkan pada alam... kalau aku letak gambar sungai sebiji... pokok dan haiwan.. aku rasa korang dah mampu membaca maksud aku... dan korang pun dapat rasakan keadaan tue pada realitinya.. tenang dan mendamaikan.. indahkan ciptaan tuhan tue..  

so jom kita hayatinya.. dan mengucapkan syukur.. Allhamdulillah kerana diberi peluang menghayati ciptaanNYA yang indah ini..

Alam tue sangat indahkan...



Malam penemanku..

ASSALAMUALIKUM..

Ayat nak tragis jew kan.. hehehe.. hakikatnya betul.. situasi sukar diubah.. habit aku kot nak jadi haiwan nocturnal kan berjaga  malam.. sekarang minggu-minggu rushing  nak antar thesis.. minggu depan macam mana pun dah kena submit.. tapi habit aku yang sukar diubah.. kekadang membantu kekadan tidak.. iaitu.. berjaga malam dan tidur siang.. memang nocturnal la kan..

bagai menjadi rutin.. aku akan tidur selepas subuh... dan bangun pukul 2 petang.. cam tue la kebiasaannya.. untung la duduk di kolej kan.. bukan dirumah.. kalau tak mau bising satu rumah.. tak da nya alasan kau tidur lepas subuh.. kau mampu untuk bangun lewat esok.. kalau tak, tak makan la ari tue sapa nak masak semuanya.. ok mak aku tak sekejam itu.. paling tak pun dengar dia bising jew.. kalau dia tak masuk office pagi tue.. kata mak aku, ala setakat report apa la sangat.. aduhai, mak!! tau la expert tentang tue..  tapi nasi lauk semua dia dah siap masak dan tinggal.. untuk ayah aku balik kebun tengahari nya.. aku bangun just kemas rumah jew.. kalau aku ada dirumah.. tengok mana badan tak besar kalau dirumah..


klu kat cnie pula... nasib baik la dah tak berapa ada kelas dah kan.. tapi lepas bangun tue.. waktu siang.. aku cuba nak writing.. masya-allah.. susah bebenar idea nak masuk.. apa kena tak tau dengan aku nie.. haish.. nak membaca jurnal lagi la aku rasa macam satu masalah besar untuk aku.. mana dengan waktu siang dengan panasnya.. dengan aku rasa stress sendiri buka jurnal dan bagai2 la aku rasa ketidak selesaan.. malam jew tempat aku menumpukan penulisan.. dan berjalan dengan lancar.. mungkin persekitaran juga kot.. sejuk dan tenang.. begitu juga dengan hari hujan.. aku suka.. selain waktu malam... sebab sejuk..

so sebagai kesimpulannya, aku dah semakin jadi haiwan nocturnal.. asyik nak berjaga malam jew..tak pe asalkan kerja siapkan.. ^_^Y

antara beberapa haiwan malam..  sebenarnya habit diorang.. tapi aku pula jadi peneman setiakan..
 

dua haiwan tue sebenarnya dari family yang sama tapi spesies berbeza..
satu slow loris(kongkang) dan muka comel jew tue slender loris.. perbezaan dua spesies nie semestinya adalah dari segi rupa bentuk la kan dan genus pun berbeza.. iaitu slow loris  genus nycticebus, lebih besar yang mana boleh ditemui di Malaysia dan slender loris genus nya loris, berbadan silinder  dan ramping..(sapa nak.. boleh lawan badan dengan dia.. hahah) nie hanya di india dan sri lanka (tak pasti pula kat tempat lain.. tapi x da di Malaysia).. kalau slow loris atau konkang.. dia dikatakan haiwan mempunyai racun... hurm.. jangan pandang aku slow2 jew tau.. bahaya nie... (beracun dan berbisa adalah berbeza.. racun nie kita yang sedut tapi bisa, dia yang suntik atau gigit)..  dan hanya merembeskan toxin tue pun kalau terkejut jew.. kesan dia boleh jadi allergik.. macam aku.. (tak pasti pula kalau ada artikel lain yang menyatakan mampu membunuh manusia).. tapi sepanjang kajian aku mengenai mamalia.. slow loris belum pernah aku dapat lagi la.. yang hanya dapat kera hantu (tarsius bancanus) jew.. di entry
semester memenatkan..



kenapa tetiba cerita aku rasa macam dah patut bertukar tajuk.. dah masuk part lorisidae atau primates... dan patutnya letak gambar kera hantu.. bukannya burung hantu.. kan dah boleh tukar tajuk kepada hidupan berlemurkan.. malam penemanku.. sepatutnya tunjuk gambar my lovely lappy dengan jurnal-jurnal lunyai aku tue.. yang bakal jadi pekasam disebabkan selalu diselak.. tapi lorisidae nie pula yang ambil tempat.. terima jew la..



 

Wednesday, May 22, 2013

Bukti: Monyet dan Kamera trap..

ASSALAMUALIKUM..

hari tue aku pernah cakapkan.. monyet suka buat lawak depan kamera trap..  meh aku tunjukkan bukti dari ceritaku aku kerja di hutan bakau.. apa  monyet pernah  lakukan di hadapan kamera trap...

salah satu bukti..
korang tengok.. Adohei..dia  main tekan2 lak kamera tue...




Tuesday, May 21, 2013

Mossy forest...

ASSALAMUALIKUM..

Hutan itu indah... apatah lagi bila kita menyelami keindahannya dan menghayatinya.. keindahnya lagi serlah terpancar.. begitulah cantiknya ciptaan tuhan.. sangat indah dan tenang.. kali nie aku nak bawa pula korang-korang pada satu hutan di Malaysia.. first tyme aku tengak rasa macam tak percaya jew.. betul kew hutan nie ada wujud di Malaysia.. yakin.. bukan di tempat lain.. sebetulnya hutan ini adalah di malaysia..

Mossy forest atau hutan lumut merupakan salah satu keunikan dan keindahan hutan yang terdapat di Banjaran titiwangsa.. dengan ketinggian 2039 meter dari aras laut menjadikan hutan tersebut sangat dingin dan lembab sepanjang tahun.. hal ini menyebabkan lumut dapat tumbuh dengan galaknya di kawasan tersebut..disebabkan kurangnya sinaran cahaya matahari.. pokok dan ranting juga dikatakan sangat kuat dan kukuh di kawasan ini... tambahan pula tanahnya bersifat menakung air menjadikan tanah tersebut adalah bergambut  disebabkan kurangnya penguraian terhadap sarap hutan di kawasan tersebut...  menjadikan tanahnya lebih organik dan berasid..

wah.. kenapa aku skema sangat untuk entry kali nie.. macam dokumentari pula kan.. jom balik pada normal la.. gambar2 tue.. gambar senior aku yang pergi hiking ke gunung irau, kat berincang pahang... gunung irau kan antara gunung tertinggi di pahang.. so tak mustahil la dia mempunyai landscape hutan yang cantik macam nie kan.. first aku tengok gambar diorang macam tak percaya jew nie kat malaysia.. sebab aku tak pernah dengar and nampak pun sebelum nie kan.. tapi kalau dah nama kaki jelajah dan hiking.. tak kisah la mana-mana tempat pun pelusuk dunia diorang akan jumpa juga...

bagi aku tempat nie sangat cantik...tapi kehadiran pacat aku tak pasti.. kalau serawak aku sure.. memang tak da pacat tapi semenanjung.. pahang.. gunung.. i'm not sure ada kew tak.. tapi selalunya masuk hutan gambut pacat tak de.. tak tau pula kat situe.. sebab tempat lembab nie pacat suka.. terutama waktu hujan.. hehe~~ tetiba cerita tentang pacat pula kan..

ok.. sapa2 yang berminat untuk melihat alam semulajadi.. aku suggestkan boleh la melawat gunung lumut nie.. before naik gunung kinabalukan.. kos pun kurang disini.. yang aku pasti.. cameran tue dah sangat sejuk waktu malam.. manakan pula tempat nie kan mesti lagi sejuk.. errr~~~

Monday, May 20, 2013

Bekerja di Hutan Bakau...

ASSALAMUALIKUM..

kawan aku.. dah mulakan projek master dia di hutan bakau... tengok spesies hidupan liar kat katanya... projek nie percubaan pertama mereka.. untuk melihat kehadiran spesies disana.. diorang dah beberapa minggu disana.. mugkin hasilnya akan dilihat pada hujung bulan nie.. tempat dan lokasi adalah rahsia.. disebabkan perlu melindungi keselamatan camera traps yang mahal tue.. so.. keselamatan dan kerahsiaan adalah penting.. jangan marah.. hanya boleh tengok sahaja.. hehe~~

nie gambar kerja-kerja memasang camera trap.. ala.. macam dalam national geograph selalu guna tue.. untuk ambil gambar-gambar haiwan dekat hutan savana la.. afrika la dan sebagainya.. tyme tue kita cakap kesian la haiwan nie kena makan harimau.. kesian la mak haiwan nie mati tak cukup air.. kenapa la juru kamera tak tolong dan sebagainya.. bla.. bla.. bla.. hakikatnya.. juru kamera tue hanya pasang jew kamera dimana-mana spot yang mungkin jadi laluan utama haiwan.. then lepas sebulan dua bulan baru la datang balik tengok hasil.. kalau tak dapat lagi tunggu la berapa bulan kemudiannya.. untuk tengok hasil tue.. semua tue bergantung pada nasib la.. tapi alhamdulillah.. setakat kajian selama hari nie.. aku rasa kajian kawan-kawan aku berkaitan camera trap.. tak pernah menghampakan.. ada jew hasil.. dan yang paling lucu.. monyet la.. selalu buat fesyen show dan pertunjukkan free dihadapan camera tue.. suka betul dia main-main dengan camera.. memang kelakar weh.. perangai monyet.. sebiji macam manusia yang kuat main..

tempat nie juga bakal lokasi bagi study site aku akan datang.. kalau aku betul-betul nak sambung master under supervisor aku.. katanya banyak rama-rama baru dan cantik-cantik disana.. katanya lagi aku perlu buat perbandingan spesies di dua habitat berbeza bakau dan kelapa sawit.. macam menarikkan.. tapi aku rasa tak pernah tunjuk kat korang lagi study aku di oil palm rasanya.. betul tak..?? tak pe lain kali ok.. aku tunjukkan..sekarang nie aku hanyatunggu keputusan 29 mei nie la.. penentu segalanya kepada kerjaya aku akan datang.. mana rezeki aku agaknya..  

kalau tempat nie.. aku jamin aku tak berani nak pergi pasang trap sorang-sorang.. macam aku buat dekat oil palm.. hehe.. gayat sikit rasanya.. tapi flora dan fauna dia sangat menarik kat tempat nie..

antara spesies yang ada di kawasan hutan bakau.. spesies homo sapien tue sila abaikan.. kerana tue hanyalah modal sampingan disana.. manakala si kura-kura tue dah jadi mainan mereka.. katanya yang lain-lain main-main kat paya.. dia jew duduk di darat.. kesian si kura-kura tersebut sudah menjadi bahan mainan diorang.. tetapi tak pe...jangan bimbang..  kitorang penyayang dengan haiwan tak ganggu diorang pun just bergambar jew.. kalau tak.. tak jadi la conservation science group kan...

sebenarnya aku sangat jeles tau dengan gambar-gambar nie.. nak tau kenapa.. sebab.. sebab.. gambar dia sangat cantik dan jelas.. oh saya sangat jeles.. bila lah aku nak dapat kamera dslr nie.. oh.. mamy.. heheh~~ betul aku sangat-sangat nakkan kamera dslr.. hajat aku.. kalau aku sambung master.. memang aku cari satu dslr sebab kamera kompek aku tidak mampu membuatkan gambar sejelas ini.. tambahan pula aku yang ambil gambar rama-rama kekadang dari jarak yang jauh.. nak buat micro memang tak la nak dapat gambar cantikkan.. so.. nak tak nak.. kalau aku sambung master.. memang aku sambar satu dslr.. bersama-sama dengan micro lense yang baru aku servai tadi.. mybe dalam RM3000++ juga la.. mana aku nak cari duit sebanyak tue oii.. namun usaha tetap ku cuba..

sumber ezham artwork katanya sesuai untuk ambil gambar tumbuhan dan serangga so aku mesti cari satu nie.. paling murah pun mau dalam RM1200.. uhu.. nilai gayat... tapi nak seribu daya tak mau seribu dalihkan.. so IGRF.. aku harap sangat mampu dapat.. boleh la dapat sebiji nie nanti..


Sunday, May 19, 2013

Pemyelesaian masalah MARAH...

ASSALAMUALIKUM..

marah.. suatu perasaan yang timbul disebabkan oleh tidak puas hati atau terlalu lama memendamkan sesuatu sehingga mewujudkan situasi yang agak buruk..

bagi aku perasaan marah nie KEPUASAN kerana kita boleh melepaskan perasaan ketidakpuasan hati kita pada keadaan tersebut.. tetapi dalam aspek yang lain.. perasaan marah nie aku rasa macam perkara  MEMALUKAN kerana kita menunjukkan kebodohan kita dan sikap buruk kita kepada orang lain.. dan situasi ini menunjukkan kita tidak profesional dalam menangani suatu situasi masalah..

kalau lihat dalam situasi nie.. jelas menunjukkan aku pentingkan personaliti.. 

mungkin betul kerana bagi aku personality adalah first impression orang pada kita.. baik buruk perangai kita.. bagi sesetangah orang akan kata ini hipokrit semuanya.. sebab tak tunjuk perasaan sebenarnya kita pada orang lain.. marah orang simpan.. contral-contral last2 kutuk di belakang.. tapi pernah tak kita berfikir.. kalau dua orang marah serentak pada situasi yang sama.. keadaan mungkin akan jadi lebih tegang.. dan lebih memalukan bila kutuk mengutuk berlaku... kemarahan tidak dibendung.. aksi lebih ganas akan berlaku seperti tumbuk menumbuk.. tarik-tarik rambut dan sebagainya terjadi.. disini kebodohan kita jelas dipamerkan.. bukankah itu memalukan.. kalau ditahap sedarhana.. saling bermasam-masam muka mungkin akan terjadi.. 

sejujurnya aku nyatakan.. aku tidak suka sifat marah.. sebab aku akan menyesal selepas aku melepaskan kemarahan pada orang tersebut walaupun hakikatnya itu kesilapan dia..  selalunya aku mendiamkan diri kalau aku tidak puas hati.. ataupun aku luahkan diruangan bloglah.. agen melepaskan marah.. situasi kelihatan hipokritkan.. macam aku katakan tadi.. marah akan memberikan situasi yang tegang.. aku tak suka perasaan tue.. tapi aku perlu melepaskannya supaya tidak terpendam di hati.. so blog adalah ruangnya.. tapi sebenarnya sangat bahaya.. macam mana kalau insan tersebut terbaca ruangan ini.. apa akibatnya.. risiko aku perlu tanggung.. tanggung jew la akibatnya kan.. tapi ini adalah solution bagi aku untuk menangani kemarahan..

tapi baru-baru nie.. aku rasa marah dengan mendiam diri bukan solution terbaik.. kekadang perasan saling meluahkan dalam situasi yang lebih berhemah adalah lebih baik..
 

INTERAKSI adalah terbaik- selain kita meluahkan ketidak puasahati.. kawan kita juga boleh tahu kelemahannya dan  perbaiki kelemahan tersebut..

PEMILIHAN WAKTU- cara waktu yang sesuai untuk meluahkan.. sebagai contoh waktu tengah borak-borak kosong.. dikawasan yang lebih tenang daripada urusan kerja dan sebaginya..


SECARA PERSONAL - komunikasi secara berdua adalah lebih baik.. kerana pada situasi ini tiada nasi tambah yang akan mengapi-apikan keadaan dan pada situasi ini juga.. kita menjaga maruah kawan kita.. kerana menyatakan keburukan orang dikalayak ramai adalah perkara yang menjatuhkan maruah orang.. walaupun keadaan tersebut tiga atau empat orang.. tambahan pula kalau orang lain tidak mengenali kawan kamu tersebut..

cara ini mungkin tidak sepenuhnya dapat menyelesaikan masalah dan mengelakan berlakunya kemarahan dan pergaduhan diantara kamu dan kawan kamu.. atau diantara kawan kamu sendiri.. kerana tidak semua orang mampu menerima perkara tersebut..  dan mungkin situasi lebih tegang akan berlaku.. kalau tersalah langkah yang diambil.. sebagai langkah berjaga-jaga.. sekiranya 3 perkara diatas boleh diaplikasikan.. dan pastikan kawan kamu dapat menerimanya kalau melihat daripad situasi tidak menerima kenyataan kamu.. henti setakat itu sahaja.. dan jangan ulangi menyebut perkara yang sama... kerana meneruskan akan menjadikan situasi yang tegang.. kerana tak semua benda dapat kita selesaikan dengan mudah.. dan ada sesetengah perkara.. habit tersebut dah sebati dengan diri seseorang.. so kita sebagai kawan kena terima perkara tersebut.. tetapi dalam masa yang sama cuba untuk asuh dirinya memperbaiki perkara tersebut secara tidak langsung.. tue peranan sebagai kawan.. memperbaikinya tanpa disedari adalah lebih baik... ingat.. jangan cuba mengulangi perkataan yang sama dalam memdidik.. itu akan menjadikan seseorang lebih menyampah kepada kamu..







Thursday, May 16, 2013

Mimpi..

ASSALAMUALIKUM..

aku mimpi aku dah kawen... gila situasi tue..
dengan pilihan keluarga aku.. tengah tunggu untuk majlis resepsi.. dan tengah pakai baju kawen.. warna peach.. kain kembang separuh ala saloma tue..dengan kerawang-kerawang tudung penuh di kepala dan tangan.. rasa kalau jalan pun kekok.. yea situasi perasaan tyme tue macam real gila.. tapi perasaan aku masa tue.. oh ini hanya lakukan sahaja.. lakonan.. lakonan.. dan aku tak dapat terima situasi tue.. (selalunya kalau mimpi.. aku akan rasa ini mimpi.. tapi tue rasa macam real tapi hati sedapkan.. perkahwinan tue satu lakonan)..


 seriously.. perasaan pakai baju penganti tue rasa macam gorgeous sangat tapi agak semak sebenarnya..
peach dia macam patung tue.. dan baju ala-ala saloma macam yang ketiga tue.. dan crowded macam tengah tue..

tiba-tiba  dapat call dari mak tih aku lagi.. she said "macam mana ok," tanya berkaitan perasaan aku.. jawapan aku macam biasa la.. "ok jew" sambung mak tih aku lagi.. "sabar yea.. tue pilihan keluarga.. apa pun kena terima.. mungkin tue dah jodoh.. tak elok kalau memilih sangat.." dia letak telefon.. dan mak aku sudah sembahyang.. tanya aku sapa call aku jawab mak tih ucap selamat.. then aku pergi dapur.. 

kebetulan kakak aku tengah masak didapur.. weh hari kenduri kau masak.. rajin betul akak aku nie.. bersembang lak dengan kakak aku.. isunya.. tak da yang lain semuanya kaitan remaja.. aku cakap kat kakak aku yang aku dah invite kawan aku untuk pergi dinner.. cam mana nie.. dah ada suami tapi  invite kawan aku pergi dinner and kawan tue lelaki ok...  sambil tyme tue dah tengah prepare nak ambil wuduk.. kakak aku masih memasak di dapur.. kakak aku cakap cancel jew dengan kawan aku tue.. tapi aku cakap "mana boleh dah janji dengan orang.. kesian dia..." tiba-tiba my future husband tue datang.. nak ambil wuduk gak.. dia cakap.. "tak apa la tak kisah pun.. dan janjikan" dengan nada ala-ala merajuk.. dan dia minta aku tolong sesuatu.. aku hanya terpaku jew disitu.. kekok.. dia minta tolong lagi.. lebih dari 3 kali.. n the last.. kakak aku cakap kat dia.. kalau minta tolong isteri lebih dari 3kali kalau dia tak nak jangan paksa.. wau~~ kakak aku dah keluar falsafah rumahtangga.. tak percaya aku..

dia tyme tue pun pakai baju melayu peach baru bangun tidur.. yea baru bangun tidur.. apa kes aku tak tau.. tapi nak ambil wuduk juga.. aku yang terkejut bertambah kekok disitu.. as usually.. aku kan tak pandai cakap dengan orang yang aku tak berapa kenal..especially lelaki.. dalam situasi nie.. suami aku pun.. mungkin sebab aku tak kenal dia kan..  dan dia tiba-tiba nak buat sentap.. tau la husband pun tapi situasi tue.. aku susah nak terima.. aku just mampu tengok jew kat situ.. weh aku nampak the real muka dia.. tapi situasi aku tyme tue agak susah nak terima dia dalam hidup aku..  i don't why.. dia tinggi.. badan bidang.. putih tapi rambut kerinting.. nampak gaya macam soleh..  dan yang pasti anak manja, anak ayah.. maybe sebab dia kurang nampak mature kot.. aku kan nak suami yang matang boleh bimbing aku.. bukan untuk suruh2 aku.. tujuan perkahwinan bukan cari pembantu rumah yea kawan-kawan..

sebab kemudian mak dan ayah dia pula datang nak ambil wuduk.. dia minta ayah dia betulkan baju dia.. mak dia datang kat aku.. kononya nak betulkan paip yang tengah aku ambil wuduk tue sebab terlalu rapat dengan simen.. pastu ayah dia juga kena betulkan.. gaya mak dan ayah dia pun macam orang alim.. ok la tue kan..  situasi tue semua berlaku di rumah tok aku.. yea rumah tok aku.. kalau lihat dari persekitaran kawasan .. dan last..  aku terjaga sebab dengar bunyi mesej phone masuk.. terjaga dengan perasaan.. hah~~ aku kawin.. tak boleh terima mimpi nie..

nie semua angkara tengok majlis resepsi di youtube semalam.. perkahwinan maria elena, ally iskandar n farah lee, dan banyak lagi.. akibatnya.. nah ambil kau.. buka uspot pun.. tiba-tiba terpampang nie..

  biasa la sekarangkan musim kawen-kawen..

Monday, May 13, 2013

Married..

ASSALAMUALIKUM...

Semalam.. baru balik dari field trip di cameron highland.. tiba-tiba sampai bilik nampak sesuatu atas meja.. wah surprise.. i got a present.. teehee~~

from my wedding's friend...  cute.. menarik sangat cenderahati dia.. semuanya purple.. nice.. banyak pula tue makanan.. my roomate bawa balik.. sebenarnya kenduri daripada salah seorang kawan dalam intake kami.. kakak sulung katakan.. dan seorang yang comel.. banyak peminat nie.. tapi disebabkan oleh aku ada field trip.. tak dapat join sekali pergi kenduri kawin dia.. sedih sangat.. tapi dapat tengok gambar pun dah cukup la.. then dia ada upload gambar di facebook.. untuk tatapan kitorang yang tak sempat pergi...

TANIAH YAN...
SELAMAT PENGANTIN BARU..
 
Moga berbahagia di samping suami tersayang and dapat babies comel- comel tau..

Dah selamat mereka diijab kabulkan.. dah berubah tangga dah kawan aku seorang.. yang lain-lain bila agi..  dan sekarang tunggu kawan-kawan coursemate pula.. bila diorang nak berumah tangga.. termasuklah aku kan.. masing-masing dah masuk 24tahun.. tapi masih sibuk dengan study masing-masing.. yang dah habis study tue jew la kita tunggu bila diorang nak kawin nie.. hehehe~~

 setakat nie my coursemate 2 orang jew baru kawin.. sebab diorang dah kerja.. (my friend ex-dip.. yang lain cont. study) dan sekarang sorang tengah sarat.. n sorang lagi dah dapat baby.. seterusnya sorang lagi bakal kawin.. maybe lepas raya kot.. kita tunggu.. yang lain-lain pula belum dengar khabar berita.. tetapi yang guys nya.. masing-masing dah ada calon.. tapi belum dengar khabar nasi minyak.. harap-harap tak senyap macam tue jew dari kawan-kawan ok.. 



Friday, May 10, 2013

Anak Ramai..

ASSALAMUALIKUM...

Anak ramai.. menjadi permasalahan... bilik tak cukup..selalu menjadi masalah utama.. sebab rumah kecil jew.. anak-anak ramai.. tak manis anak dara tidur di ruang tamu.. tapi adik-adik yang lain nakkan bilik.. tak cukup katil.. tak cukup tempat.. terpaksa yang tua beralah.. akhirnya ruang tamu jadi tempat tidur.... 

masalah nie memang perkara biasa dalam keluarga.. aku pun pernah terjadi juga keadaan nie.. bila semua sibling balik ramai-ramai especially hari raya.. conform2 aku kena merempat ke bilik adik aku.. sebab bilik aku besar.. sesuai untuk yang dah berfamily tidur di bilik tue.. mangsanya aku and adik-adik la berhimpit tiga orang dalam satu bilik n satu katil.. kekadang rimas gak.. tapi nak buat macam mana.. terpaksa la juga.. bujang lagi kan.. kekadang ada gak rasa nak memberontok bila dalam situasi nie.. rasa macam ah.. dok kolej agi better dari bersesak dalam bilik tue.. tgk betapa tak bagusnya perangai... jangan ikut perangai nie.. ok..

tapi bagi yang baru kawin.. hopefully dah buat persedian awal ok.. bagi mengelakkan situasi nie berlaku.. kalau bilik kecil pun macam mana pun sekurung-kurangnya bagi la anak-anak ada katil seorang satu tak la rasa  macam tak ada tempat sangat untuk dia kan.. macam mat salleh nie buat untuk anak-anak dia.. bagus nie..
 tengok.. walaupun bilik kecil.. tapi kalau dalam satu bilik dah boleh buat 3 layer tak ke banyak orang boleh diisi.. semua ada katil personal.. so tak jadi isu kalau nak buat hal masing-masing.. cuma katil tue sila bagi panjang sikit... supaya sampai dah besar panjang pun diorang boleh duduk di katil tue lagi.. lepas kawin.. baru la pikir bilik personal.. suruh diorang akrab sikit adik beradik.. design-design lain ada di bawah..

 nampak selesakan.. diorang nak duduk pun senang.. tak terganggu... boleh buat tema masing-masing.. kalau nak privasi buat macam bawah nie letak jew langsir pemisah sikit dari luar...

bagi yang jenis rajin baca buku.. dan kita sendiri pun lebih selesa letak buku dekat-dekat dengan kita supaya senang hendak dicapai.. bila nak baca boleh juga buatkan rak buku di sesi tepi katil tue.. atau macam nie..
nampak selesa dan kemas.. tangga naik pun sangat unik.. rasanya kati bawah tue boleh isi dua orang.. and tema dalam kapal juga..

kalau yang nie.. 5 orang pun boleh isi.. tapi situasinya sangat crowded.. tapi tak kisah la kan.. boleh buat hal sendiri punya bila dah ada katil masing-masing... so tak ada masalah.. nak buat asrama sekolah pun boleh...

untuk bilik macam nie.. dalam situasi anak masih sekolah.. dah tak perlu banyak bilik.. 3 pun dah cukup.. satu master bedroom.. mestilah untuk ibubapakan.. 2 lagi untuk anak lelaki  dan perempuan.. pandai la kau nak buat hal masing2 dalam tue.. tapi bila diorang dah besar mula la nak pikir bilik personal macam aku nie ha.. bilik ada kena rampas.. hehe.. 

so bila diorang ada duit diorang pandai la nak pikir tambah rumah mak bapak diorang.. cukupkan bilik untuk diorang.. so ibubapa tak perlu nak fikir lebih.. situasi nie dah terjadi kat kakak aku.. yang mana dia dah fikir dia pula akan merempat bilik selepas aku kawin.. hahah~~ takkan nak merampas bilik adik aku pula kot kan.. kesian diorang... so plan dia sekarang tambah bilik tidur di rumah.. supaya senang dia balik kampung raya-raya nanti.. tak kena tidur luar.. heheh~~
semuanya lebih mudah bila ada idea untuk buat sendiri.. nak tempah pun mudah gak sekarang..

Kreatif!!

ASSALAMUALIKUM...

sila sebut  perkataan kreatif dengan hati yang taksub.. "KREATIF~~!!"

sesungguhnya aku sangat-sangat taksub dengan manusia yang kreatif.. bagi aku diorang sangat awesome.. kenapa?? sebabnya otak diorang sentiasa berkembang... dapat memikirkan benda yang menarik dan cantik dari barang-barang seharian yang mungkin kita angap sebagai sampah yang bakal dibuang dan dimasukkan ke dalam tong kitar semula atau longgokkan sampah... diorang sebenarnya telah mengurangkan sampah-sampah diatas bumi ini.. so mereka adalah seorang yang awesome.. penyelamat bumi yang hebat.. dan KREATIF... (sekali lagi dalam situasi taksub)...


pernah tak kita terbayang bontot botol minuman tue boleh dijadikan hiasan secantik nie.. sedangkan kalau benda gantung-gantung ni kalau nak beli diluar sebagai hiasan bilik tidur atas pun ruangtamu paling murah pernah jumpa RM20 atau RM30 bergambarkan ladybird n pooh.. kalau yang skema and plain up lagi la dari harga tadi.. hingga mencapai ratusan ringgit gak la bergantung pada design.. tapi dengan bontot botol semuanya free.. cuma perlu ambil sedikit tenaga dan masa jew.. untuk siapkannya.. jimat duit... rumah pun cantik.. kerja tangan sendiri..


nie pula cover lampu... cantikkan.. kreatif sangat.. daripada sudu plastik tu dibuang dan memenuhkan tong sampah.. jadi cover lampu pun cantik.. tapi lama sikit la nak kumpul-kumpul sudu nie...

nie pula tin-tin kosong.. lepas masak sardin sambil tumis kew.. lepas buat teh tarik kew.. boleh la guna buat cam nie.. kalau yang duduk kolej.. gantung-gantung pokok dekat tingkap.. buat cam nie.. cantik.. baru la nampak mesra alam sikit.. aku pun berminat juga..

tapi kalau dalam situasi dibawah.. adalah sangat-sangat tidak digalakkan bagi aku kerana.. kita sekarang nak kurangkan pembaziran.. tapi dalam isu nie menimbulkan banyak pembaziran.. waste.. waste..

walaupun rajin sangat kumpul syiling... tapi jangan la sampai begini tau.. 10sen adalah sangat penting walaupun nilainya kecil.. kalau tak mana nak cukup RM1... kalau gunakan penutup botol tak apa.. sebab benda tue tak ada nilai sangat.. so ini digalakkan.. gambar dibawah yea..

cantik.. tapi gambar mangkuk tandas la pula... ok selamat mengkreatifkan diri... jimat sampah dunia..


Thursday, May 9, 2013

Bajet Hidup..

ASSALAMUALIKUM...

Study belum habis lagi namun otak dah fikir alam pekerjaan dah.. nie semua disebabkan oleh pengaruh keadaan semasa yang selalu jew bertanyakan aku bila habis belajar..?? bila habis belajar.??. tak lama dah .. sebulan lagi.. nak keja apa?? nak buat apa..?? soalan-soalan itu menjadikan aku dan kepala aku merewang ke alam pekerjaan.. walaupun hakikatnya thesis aku pun belum siap lagi.. dan tak present pun lagi..

bila dah masuk alam pekerjaan.. jaminan hidup senang lenang dan kemewahan.. adalah sama sekali tidak seperti kehidupan kita dikolej.. saat nie banyak perkara perlu untuk kita pikirkan.. duit yang ada tidak sepenuhnya spent untuk perut dan pakaian tetapi untuk penginapan dan barang-barang semasa yang lain juga.. so benda nie semakin diambil kira oleh aku sekarang.. bila mula kerja.. kenderaan perlu ada kalau nak mudah.. kalau nak susah sikit tapi senang guna pengangkutan awam.. tapi jangan mimpi nak dapat free macam naik bas upm hari-hari pergi kelas la.. tapi kalau nak jimat cari kediaman dekat dengan tempat kerja.. lagi bagus kerja yang sediakan asrama.. haha.. demand..

fikir pula pasai kediaman.. walaupun tempat tue hanyalah tempat nak hilangkan letih, rehat jap dan tidur malam.. tapi still kena bayar bill air dan elektrik.. charge dah bertambah dah di situ.. banyakkan duit kena keluar bila kerja.. tue la rasa macam hati nie berat nak belajar lagi.. sebab tak mampu nak hidup gaya gini.. tapi sampai bila kan... 

tapi bila lama-lama berfikir.. rasa-rasanya kalau nak kurangkan kos aku kena buat rumah macam nie la.. jimat kos hidup nie.. rumah tak kena sewa.. tanah pun tak perlu.. toilet awam pun kena duit.. tapi kalaurumah cam nie cari parking murah atau tempat tak kena bayar parking dah boleh jimat hidup.. elektrik guna lampu jalan jew pasang pelita atau guna bateri kereta punya tapi dengan kadar berjimat la.. hahha..  air kena simpan tangki ambil kat stesen minyak jew kot..

kalau nak berjimat sila minta ayah-ayah kamu buatkan kamu begini satu.. nak selamat lagi rumah bagi yang lady duduk sorang-sorang.. hari-hari tiap-tiap malam parking depan balai polis.. selamat.. hakikatnya memang best la kalau ada rumah macam nie.. nak jalan mana pun jimat.. tak payah susah-susah pikir booking chalet atau hotel... orang gapsy kebanyakkan rumah dioarang macam nie.. sebab sentiasa berpindah randah..


bajet jimat sangat kat atas tue.. semuanya adalah POYOS belaka..

Tuesday, May 7, 2013

Kacau bilau semuanya..

ASSALAMUALIKUM...

Dek kerana mulut dan perasaan tidak puas hati masing-masing.. kacau bilau aku rasa.. semak.. sana pong pang.. sini pong pang.. kita duduk tengah-tengah.. sakit otak.. sakit kepala.. then sekarang aku rasa nak buka facebook pun malas.. nak baca paper pun malas.. disebabkan oleh nasi tambah lebih banyak daripada apa yang nak makan.. muakkan jadinya.. so please la.. jangan la jadi manusia nasi tambah.. cakap dan keluar kata-kata yang tak rasional... dan yang lain pun nak nasihat please dengan cara yang berhemah.. kalau rasa nak maki hamun orang.. better tutup mulut n berzikir.. lebih baik... dari menyakitkan hati yang mendengar dan membaca..

now politik dah lepas.. so yang student please jangan sibuk-sibuk dah nak kacau hal negera lagi.. sila back to your study..diri sendiri pun tak lepas lagi sibuk nak jaga negara... biar yang lebih berhak menentukan negera.. dan diperingkat tinggi pun dah banyak penasihat terhormat yang mampu menasihat.. ada pebangkang.. ada kerajaan.. pandai la diorang selesaikan..  yang kecik2 sila jangan nak sibuk.. serabut.. tak nak jadi pelapis sangit sangat kalau diri sendiri pun tak tentu mana arah nak tuju lagi.. sibukkan yang lain diri sendiri lingkup.. lepas habis study.. kau nak kecuh dengan politik kew apa kew.. sila tak kisah.. tapi sekarang as a student please silent mood cukup... baca dan dengar jew.. jangan nak komen lebih...


kita buka facebook nak tengok info baru dari kawan-kawan.. tetiba comment tentang politik lagi banyak dari apa yang nak masuk test esok.. serabut~~


Dekorasi.. Dinner.. Pertaulihan


ASSALAMUALIKUM...

Dah selamat sampai di kolej pukul 12.00 malam tadi.. dalam hati sampai kolej semangat nak siapkan slide yang masih bersisa.. tapi bila balik.. buka facebook jap tengok apa cerita baru lepas mengundi.. buka blog jap tengok cerita-cerita yang lain.. tetiba rasa berminat pula nak update blog sendiri...

Dalam blog sering aku cakap, aku sibuk.. aku sibuk sedangkan bukti tak ada pun kan.. so korang rasa korang percaya tak.. tapi hakikatnya.. kalau korang percaya atau tidak apa aku kisah kan.. hehhe.. kerana nie cerita aku.. haha.. tak ada la sampai nak maksud macam tue pun sebenarnya.. tapi sekadar nak kongsi dengan korang kerja-kerja palapes yang aku dah buat jew.. yang aku kata banyak sangat tue.. tapi tak semua program aku sempat tangkap.. ada setengahnya memang betul-betul sibuk sampai tak sempat nak tengok kamera.. ada setengahnya bagi wakil jew tangkapkan gambar.. tapi gambar tue tak juga sampai kat aku.. dan ada setengahnya aku tangkap sendiri..

Sekarang nie aku nak tunjuk sikit gambar-gambar kitorang buat persiapan pra dinner messnite.. ataupun pra majlis makan malam selepas pertaulihan la.. nie buat kat dewan kolej jew tau.. cantik tak ktorg dekorasikan..

 warga-warga perlaksanaan yang sama megembeling tenaga.. siang malam menyiapkan prop yang sesuai untuk dinner.. tyme nie memang dah rasa macam merewang dah.. tiap-tiap malam spent masa siapkan bunga origami yang tergantung-gantung kat tangga tue... macam dah buat bunga telur.. serta siapkan tulisan dan perbagai lagi.. dengan kumpul ramai-ramai sambil bercerita.. merewang la jadinya kan.. namun alhamdulillah hasilnya pun memuaskan..

hasilnya.. cacat sikit gambar first tue sebab tetiba jew huruf P hilang.. kena la potong dan buat baru.. sepanjang majlis nie semuanya berjalan dengan lancar alhamdulillah.. nak tunggu real dinner pula dengan sultan.. pada 25 Ogos nie.. takut la macam mana pula.. tapi tyme tue ajk dekorasi dah tak perlu susah payah sebab buat kat hotel.. lagi senang... tak payah susah-susah.. harapan agar majlis tue pun berjaya seperti juga pra nie.. :)

Friday, May 3, 2013

Chaiyuk FYP!!!

 ASSALAMUALIKUM...

orang selalu kata kat aku.."tak ada kelas pun tak boleh siapkan FYP.."
situasi diorang macam aku tak ada buat apa langsungkan kat cnie..fokus sepenuhnya kat fyp jew kan..aku rasa kalau betullah situasi aku macam tue.. tak de la aku nak membazirkan ptptn aku stay satu sem kat cnie untuk buat fyp jew... sedangkan aku boleh habiskan dua tahun setengah... (kelebihan kepada budak ex-diploma)..

truely situation.. semester nie aku ada 13 kredit.. 3 kredit untuk pengurusan kawasan legeh.. 4 kredit projek akhir dan 6 kredit palapes.. ya PALAPES.. palapes la menyebabkan aku kena tunggu sini 3 tahun dan saja suka suka tinggal satu subjek pengurusan legeh untuk mengisi keboringan aku disini.. sebab aku percaya.. kalau aku handle projek dan palapes saja untuk semester nie aku takkan menjejak kaki ke fakulti.. dan conform kewujudan aku di upm nie orang tak tahu pun.. kecuali penghuni kolej.. kerana asyik memerap di bilik..  sekarang pun banyak info mengenai fakulti dan akedemik aku tertinggal nasib baik ada facebook.. tak la ketinggalan sangat..

sebenarnya dalam keadaan satu subjek pun mampu buatkan aku tak tentu arah semester nie.. bukan kerana subjek tue sebenarnya.. tapi komitmet pada palapes.. kejap majlis nie.. kejap program tue... meeting.. meeting.. deko.. itu ini..  so hidup aku tak tenang sangat... nasib baik la kelab pun dah lepas jawatan..  tapi semua tue ada yang best, aku suka sebab benda enjoykan.. akibatnya fyp aku... tak buka langsung la.. nie pun masuk minggu second test.. baru start tenang.. sebab benda2 lain berkaitan pertaulihan dan palapes settle hujung-hujung study pula.. so tenang sikit nak buat kerja..



satu lagi masalah bagi aku adalah untuk memulakan.. yea.. sangat bermasalah.. walaupun dah ada depan mata pun tak tentu aku buka.. kalau dah buka.. tapi tak ada mood pun tak tentu aku baca.. tue la puncanya masalah aku.. so bila aku buat benda lain.. yang aku suka.. aku dah tolak tepi dah benda yang lambat lagi tue.. walaupun hari-hari fikir dan teringin gak nak tgk.... dek kerana fikirkan .. 0oohh lambat lagi.. benda tue tidak akan dibuka..

tapi bila aku dah buka... n start jatuh cinta.. memang tak lepas la.. dua malam  berturut-turut tak tidur pun tak kisah.. yang penting apa yang nak dapat.. dan siap dengan sempurna.. walaupun ada gak la selang-selang dengan anime jap.. kerja tetap diteruskan... tapi sekarang dah rasa penat dan berat kepala.. hehe.. terexcited la pula... namun hasil 2 malam berjaga..




SLIDE PRESENTATION= 20% lagi...
DRAF LAPORAN = 40% lagi..

sikit jew lagi...
report dan slide.. dua2 sekali, sekali harung.. ada idea terus masuk.. then copy ke slide.. touch up sikit... kan senang.. aku rasa untuk draf laporan yang aku buat nie.. bukan draf lagi dah.. tapi thesis yang hampir complete.. tinggal discussion jew lagi.. chaiyuk..chaiyuk..minggu depan ready dengan test and trip kemudiannya pula presentation.. so perlu siap awal sebelum pergi amali trip... tapi balik cuti dulu mengundi.. heheh~~~

Thursday, May 2, 2013

Pekerjaan..

 ASSALAMUALIKUM...

Baru lepas hari pekerja..
so hari nie aku nak bercerita mengenai pekerjaan pula...
apa pendapat korang mengenai gambar tersebut.. setuju 100% kew??


kalau ikut pendapat aku..
aku setuju 90 %  dari gambar tersebut..

why??
kalau aku.. aku buat kesimpulan berdasarkan kehidupan disekeliling aku.. aku berada ditengah-tengah kehidupan manusia.. antara kaya dan miskin.. antara berpelajaran tinggi dan biasa-biasa sahaja.. dan aku rasa ramai yang ada dalam situasi aku.. antara dia jadi pemerhati atau tidak jew.. 

A+  aku refer kepada orang yang lebih pandai.. kejayaan yang lebih menjerumus kepada doktor, engineer, professor dan scientist.. prof dan scientist.. aku tak nampak macam diorang nie terlebih pandai kerana pada pendapat aku diorang adalah manusia yang sangat taksub dengan minat yang ada, menjadikan mereka sanggup mengunakan sepenuh masa mereka dengan kajian sehinggakan mengabai perkara lain di sekeliling mereka.. dan disebabkan ini mereka mempunyai ilmu yang tinggi terhadap perkara tersebut. tambahan pula dengan pembacaan dan penghayatan mereka dalam bidang ilmu menjadikan  mereka dipandang tinggi dan disegani.. sebab tak ramai orang sanggup berkorban dan menghabiskan masa dengan perkara yang mereka sendiri tidak minat.. so golongan ini dipandang tinggi dan disegani kerana penghayatan dalam bidang ilmu + korbankan masa + mempunyai fakta dan idea yang logik hasil daripada pembacaan + fikiran berkembang = dipandang tinggi.. kita boleh tengok sendiri la, rata-rata kawan-kawan dalam golongan A+ adalah manusia yang fokus dan rajin membaca, kurang aktiviti bersosial.. itu yang membolehkan diorang jadi doktor, penyelidik, scientist dan jurutera (skop jurutera jew la,  perlu orang yang kreatif tapi tetap seorang yang fokus-tak sepenuhnya ulat buku). disebabkan oleh sikap fokus yang tingg,i golongan ini kurang dalam mengaut peluang semasa (mencuri peluang) melainkan mendapat kejayaan dan kekayaan hasil kajian mereka sendiri.. ini menjadikan mereka sangat-sangat disegani.. kerana kejayaan mereka miliki bukan atas kelemahan orang lain tetapi kejayaan dan keupayaan sendiri..

A, B+.. masih pandai tapi sedikit main-main dan kurang fokus atas sesuatu benda.. ini menjadikan mereka mudah tersasar daripada goal dihadapan.. dan disebabkan oleh keadaan tersebut mereka terpaksa mencari peluang kedua iaitu ke bidang sedia ada seperti badan-badan kerajaan dan swasta yang memerlukan sumbangan kakitangan... orang dari golongan nie, bila dah start fokus kita sendiri yang jadi takut... kerana dah jadi big bos katakan.. tapi bagi sesetengah perkara juga.. bukan semua golong ini tidak fokus atau banyak main.. kekadang faktor peluang yang terhalang atau tidak mempunyai peluang menjadikan mereka terjebak dalam golongan ini.. namun usah sedih sebab golongan ini pun sebenarnya diketogari sebagai golongan yang berjaya.. tetapi bergantung kepada nasib.. sebab makan gaji jew..ada peluang naik pangkat baru gaji tinggi.. tue pun kalau tak ada yang kacau periuk nasi kita..

B hingga F.. nie golongan  banyak main-main... pandai bodek, pandai ambil peluang.. yang membolehkan mereka sering dapat tempat dalam pekerjaan.. sebab kekadang nie.. orang yang B+ keatas, mereka merasakan mereka mempunyai ilmu.. mempunyai kelebihan dan kepandaian dalam sesuatu bidang menyebabkan mereka terlalu fokus pada bidang tersebut sehingga mengabaikan bidang lain.. yang memerlukan banyak peluang pekerjaan.. so yang main-main dan biasa-biasa.. sentiasa memerhati peluang dan faktor ini jugalah menjadi mereka seorang yang berjaya kerana pandai mengambil peluang.. selain itu kelebihan mereka dalam bidang sosial juga adalah sangat cerah.. sebab golongan banyak main-main nie adalah golongan yang aktif dan pandai berkomunikasi.. ini kelebihan mereka untuk mendapat tempat di bidang pekerjaan...

cheat.. adalah golongan yang pandai cakap.. tapi hasilnya belum tentu.. dan untuk badan-badan tertentu perlu berhati-hati kerana golongan nie pandai memonopulasi keadaan.. sangat-sangat pandai.. kalau bab cakap dan bercerita.. fakta sangat tinggi.. tapi hasil.. kena suruh di betul-betul buat depan kita la.. baru boleh yakin.. kalau tak hempeh...

ungraduate... bagi aku golongan nie adalah golongan yang kurang bernasib baik.. sebab diorang sebenarnya ada yang pandai tapi peluang tue tak sampai kepada diorang.. macam yang kita tahu kemasukan universiti adalah terhad menyebabkan beberapa pelajar yang mempunyai result yang ok pun still tidak mendapat peluang ke pusat pengajian tinggi disebabkan tempat yang terhad.. jadi pelajar universiti harus bersyukur ok.. masih dapat belajar.. golong ini seharusnya pandai mencari peluang.. tapi hakikatnya benarnya pun, mereka memang sangat-sangat pandai mencari peluang.. kerana kesusahan semalam memerlukan mereka berusaha lebih untuk kesenangan hari esok... so mereka kebanyakkan berkecimpung dalam bidang-bidang perniagaan menjadikan mereka boleh berjaya sehingga hari nie... kerana tiada pendidikan bukan bermaksud tiada ilmu untuk  berjaya... ilmu boleh dicari dimana-mana asal mahukannya.. dan berusaha juga sebenarnya adalah tangga kejayaan disebabkan itu golongan yang tidak terpelajar pun boleh berjaya...

10 % yang aku tak percaya daripada gambar tersebut kerana.... bagi aku sekarang ni siapa yang ada duit, tak perlu nak straight A sangat pun boleh sambung belajar ke peringkat tinggi-tinggi.. kekadang tue dia tak handle projek pun tapi dengan duit boleh dapat certificate... macam tue jew.. so.. macam mana nak respect yang tinggi pun sekarang kalau ilmu tak da.. ada kew.. tapi tak jauh perginya kan?? mungkin jew la kan..
sebenarnya dengan kuasa duit sekarang semua boleh dapat.. dan kedua ilmu sekarang pun tak susah nak dapat.. dengan duit juga dia boleh dapat... dan yang ketiga keinginan la.. dan tiada kekangan, membolehkan sesiapa saja boleh masuk dalam golongan A+ walaupun, bukan A+ asalkan ada kemahuan.. orang dari A+ pun ada juga masuk dalam ketogeri A untuk cari pengalaman kerja...then beberapa tahun lepas tue sambung study.. jadi prof.. jadi scientist... sebab pengalaman tue penting.. dan result sekarang nie just kunci jew.. tapi orang nilai dari pelbagai aspek.. tak guna kalau ilmu tinggi tapi moral hidup tak ada.. dan tak guna juga kalau belajar tinggi-tinggi tapi tak pandai pasarkan diri (menyakinkan agensi untuk tempatkan kita dalam bidang tersebut)... dan yang lebih utama, sebenarnya pandai mengambil peluang adalah kelebihan besar seseorang untuk berjaya.. insyaallah... 

Wednesday, May 1, 2013

Hari Pekerja...

Hari nie cuti hari pekerja..
aku boleh lupa weh.. di sebabkan oleh kerja kah??
semestinya bukan...
tapi disebabkan rutin lepak dibilik menjadikan hidupku bagai katak bawah tempurung..
memang macam tak wujud dalm dunia..

hari pekerja sepatutnya orang selesa..
tapi aku rimas..
rimas kerana kucing b***g**g yang selalu membuang najisnya didepan bilik..
kalau tyme hari cuti terpaksa aku atau roomate mengantikan tugas makcik cleaner..
memyuci najisnya yang hempeh di depan bilik..
kalau tak hidup pun tak senang..
please jiran sebelah bilik tolong la ambik tugas tue pula..
menganggu keselesaan aku di hari pekerja...

SELAMAT HARI PEKERJA....