Malam penemanku..

ASSALAMUALIKUM..

Ayat nak tragis jew kan.. hehehe.. hakikatnya betul.. situasi sukar diubah.. habit aku kot nak jadi haiwan nocturnal kan berjaga  malam.. sekarang minggu-minggu rushing  nak antar thesis.. minggu depan macam mana pun dah kena submit.. tapi habit aku yang sukar diubah.. kekadang membantu kekadan tidak.. iaitu.. berjaga malam dan tidur siang.. memang nocturnal la kan..

bagai menjadi rutin.. aku akan tidur selepas subuh... dan bangun pukul 2 petang.. cam tue la kebiasaannya.. untung la duduk di kolej kan.. bukan dirumah.. kalau tak mau bising satu rumah.. tak da nya alasan kau tidur lepas subuh.. kau mampu untuk bangun lewat esok.. kalau tak, tak makan la ari tue sapa nak masak semuanya.. ok mak aku tak sekejam itu.. paling tak pun dengar dia bising jew.. kalau dia tak masuk office pagi tue.. kata mak aku, ala setakat report apa la sangat.. aduhai, mak!! tau la expert tentang tue..  tapi nasi lauk semua dia dah siap masak dan tinggal.. untuk ayah aku balik kebun tengahari nya.. aku bangun just kemas rumah jew.. kalau aku ada dirumah.. tengok mana badan tak besar kalau dirumah..


klu kat cnie pula... nasib baik la dah tak berapa ada kelas dah kan.. tapi lepas bangun tue.. waktu siang.. aku cuba nak writing.. masya-allah.. susah bebenar idea nak masuk.. apa kena tak tau dengan aku nie.. haish.. nak membaca jurnal lagi la aku rasa macam satu masalah besar untuk aku.. mana dengan waktu siang dengan panasnya.. dengan aku rasa stress sendiri buka jurnal dan bagai2 la aku rasa ketidak selesaan.. malam jew tempat aku menumpukan penulisan.. dan berjalan dengan lancar.. mungkin persekitaran juga kot.. sejuk dan tenang.. begitu juga dengan hari hujan.. aku suka.. selain waktu malam... sebab sejuk..

so sebagai kesimpulannya, aku dah semakin jadi haiwan nocturnal.. asyik nak berjaga malam jew..tak pe asalkan kerja siapkan.. ^_^Y

antara beberapa haiwan malam..  sebenarnya habit diorang.. tapi aku pula jadi peneman setiakan..
 

dua haiwan tue sebenarnya dari family yang sama tapi spesies berbeza..
satu slow loris(kongkang) dan muka comel jew tue slender loris.. perbezaan dua spesies nie semestinya adalah dari segi rupa bentuk la kan dan genus pun berbeza.. iaitu slow loris  genus nycticebus, lebih besar yang mana boleh ditemui di Malaysia dan slender loris genus nya loris, berbadan silinder  dan ramping..(sapa nak.. boleh lawan badan dengan dia.. hahah) nie hanya di india dan sri lanka (tak pasti pula kat tempat lain.. tapi x da di Malaysia).. kalau slow loris atau konkang.. dia dikatakan haiwan mempunyai racun... hurm.. jangan pandang aku slow2 jew tau.. bahaya nie... (beracun dan berbisa adalah berbeza.. racun nie kita yang sedut tapi bisa, dia yang suntik atau gigit)..  dan hanya merembeskan toxin tue pun kalau terkejut jew.. kesan dia boleh jadi allergik.. macam aku.. (tak pasti pula kalau ada artikel lain yang menyatakan mampu membunuh manusia).. tapi sepanjang kajian aku mengenai mamalia.. slow loris belum pernah aku dapat lagi la.. yang hanya dapat kera hantu (tarsius bancanus) jew.. di entry
semester memenatkan..



kenapa tetiba cerita aku rasa macam dah patut bertukar tajuk.. dah masuk part lorisidae atau primates... dan patutnya letak gambar kera hantu.. bukannya burung hantu.. kan dah boleh tukar tajuk kepada hidupan berlemurkan.. malam penemanku.. sepatutnya tunjuk gambar my lovely lappy dengan jurnal-jurnal lunyai aku tue.. yang bakal jadi pekasam disebabkan selalu diselak.. tapi lorisidae nie pula yang ambil tempat.. terima jew la..



 

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..