::final year project::

sudah tiga minggu aku menjalankan projek semester akhir aku bagi kursus pengurusan dan perlindungan hidupan liar... cukup memenatkan... apa tak nyer jumaat pagi masuk hutan, mulakan projek, pasang perangkap, masuk keluar hutan check perangkap, isnin pagi keluar dan petang ada kelas sampai ari khamis... waaaaa..bagitu bahagia tugasan mingguan aku.. cukup padat... tak kira lagi masa basuh baju, peralatan perkhemahan, asgmnt yang bertimbun-timbunnyer dan belum di buat... memang begitu memenatkan..

kekadang aku rasa letih dan penat dengan semua nie, di tambahkan pula dengan perangai orang disekeliling yang cuba menambahkan beban di hati, menjadikan keadaan cukup rimas, panas dan memenatkan...

namun biler difikir-fikirkan, aku menganggap ini sebagai satu dugaan yang perlu aku tanggung dengan baik memandangkan ini adalah semester akhir aku berada disini dan lepas nie '' I say good bye to all insan2 tersebut , dan tak akan menyusahkan aku lagi'' huhuh...

biarlah ia berlalu bersama masa...

actually, aku nak berkongsi cerita mengenai projek yang aku kena siapkan semester nie... iaitu projek small mammals yg aku kena buat tiap2 minggu nie .. banyak tajuk diberikan berkaitan dengan kursus nie..dan dah jodoh aku dengan mamalia kecil menyebabkan aku perlu buat projek nie... first dapat memang aku tak berminat memandangkan aku lebih berminat kepada projek burung tapi disebabkan patner aku kata ''kita ambik jew la projek nie'' .. jadi aku pun terpaksa memikirkannya dan bersetuju dengan projek nie... kaedah projek ini dilaksanakan iaitu dengan kaedah tangkap dan lepas melalui petak kuadrat yang dilakukan di dalam hutan upm sendiri, masa bagi menahan perangkap adalah 4 ari termasuk ari memasukkan perangkap...

minggu pertama projek nie dijalankan, amat frust giler sebabnya aku nyer projek langsung tak dapat hasil... sedangkan tupai selalu jew bertentang mata dengan aku time nak pasang perangkap, kawan2 aku bagi projek lain lak memang penuh data diorg tiap2 minggu... terutama burung.. sakit hati giler time 2.. minggu pertama memang aku tak dapat hasil langsung... 4 ari di hutan.. minggu 2 memang sekadar memenatkan badan jew... balik dengan x da hasil..


nie gambar time perjalanan nak masuk hutan boleh tahan juga la berat dier..
jarak camp site dengan trap area dalam 300m lebih kurang..


masuk minggu kedua... iaitu 5-8 feb 2010... mula merancang strategi dengan mengubah umpan.. mana la nak tahu kalau2 kali nie mengena.. kali nie aku merancang dgn patner group aku untuk letak umpan cempedak pula supaya dapat attract haiwan di area tersebut,(sebelum nyer umpan pisang).. dengan harapan kali nie berhasil... tunggu punya tunggu berlalu 4 ari di sana, x de juga hasil bagi live trap aku... memang sedih giler.. tapi alhamdulillah ... walaupun live trap aku tak mendapat hasil... namun aku ada juga hasil bagi projek nie untuk minggu kedua.... iaitu tarsus bancanus, haiwan andemik di kepulauan borneo, tersangkut di net bagi projek burung, n kelawar... agak bahagia di situ... sebabnya data sheet aku terisi juga akhirnya.... nie dikategorikan sebagai anak angkat aku la, iaitu 3 ekor sekali gus... uuhuhuuhh..

measurement yang dilakukan terhadap mamalia yg diperolehi..

berat juga turut diambil... nak tau berat dier berapa?? 140g
dikategorikan sebagai agak berat dan sihat la..

minggu ketiga projek... minggu yang baru berlalu.. lokasi bagi kedudukan trap di ubah.. memandangkan hasil tidak diperolehi.. mungkin disebabkan faktor hutan dan kawasan yang menjadi laluan bagi budak2 projek lain.. kali nie kedudukan betul-betul sangat jauh pada laluan sebabnya net kali nie menfokuskan kepada laluan di hadapan.. oleh yg demikian kmi mengambil peluang untuk meletakkan perangkan dilaluan 300m kebelakang di line yang sama.. tapi still mengunakan kaedah kuadrat yang ditetapkan dan waktu pemeriksaan perangkap juga turut dikurangkan dengan hanya sekali dalam sehari untuk mengurangkan kesan bau manusia dikawasan tersebut... ari kedua dan ketiga... turut tidak mendatangkan hasil kecuali satu perangkap sahaja yang berlakunya kehilangan umpan dan trap tertutup namun hasil tidak kelihatan... jejak pun tidak di temui... namun ia tidak menjadi pematah semangat kami untuk meneruskannya.... dan ari keempat.. kesemua perangkap akan dikumpul dan hasil sulung kami berjaya diperolehi iaitu Callosciurus notatus (tupai pokok)... bahagia bukan kepalang.. akhirnya live trap aku menjadi... dan ini menunjukkan hasil terakhir juga kajian di kawasan Hutan Nirwana terhadap kepelbagaian dan populasi mamalia di kawasan tersebut....


Hutan Nirwana, laluan ke kawasan kuadrat

kesimpulan yang boleh dibuat dikawasan tersebut adalah... kawasan sememangnya kaya dengan kepelbagaian haiwan namun populasi bagi spesies tikus dikawasan tersebut adalah kurang memandangkan hutan dikawasan tersebut agak jarang-jarang dan kawasan semak di lantai hutan sememangnya tidak diganggu memandangkan kehadiran sarang labah2 di kawasan tersebut sememangnya tidak di usik oleh tanah.... (teori mengarut aku sudah datang, p/s: nie bukan untuk report k.. klu nie yang ak present conform2 ak kena hantam ..huhuhuhuh)

minggu depan spot kami untuk projek ini adalah di kawasan hutan ladang pula... bermula lagi minggu kepenatan, 2 ari dari sekarang.... huhhhhhhh!!!!!

p/s: doa2kan supaya banyak hasil yang dapat diperolehi minggu nie dan minggu seterusnya yerk... INSYAALLAH...o0okkk... da~~~~



Comments

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..