Monday, December 12, 2016

Perasaan..

Rindu..
perasaan itu pelik..
perasaan itu buat orang jadi gila dan tidak tentu arah..

Dulu aku kata pelik..
pelik dengan sikap manusia yang gila cinta..
sekarang aku merasainya..
dan aku tak sanggup menghadap perasaan gila itu..
lucukan..
itulah  maksud disebalik kehidupan ibarat roda..

Rindu..
Perasaan itu buat aku ingin mengetuk hatinya..
perasaan itu buat aku ingin pergi bertemu dengannya..
perasaan itu buat aku ingin berada dihadapannya..
cinta manusia.. lemah..
kenapa tidak pergi sahaja menghadap Allah yang lebih berkuasa..

Aku rindu dia... jujur..
walaupun aku sedar dia tidak merindui aku..
walaupun aku sedar dia sering menolakku..
walaupun aku sedar perasaan aku bertepuk hanya sebelah sahaja..
tapi aku tetap merindui dia..

kenapa aku rindui dia...
aku rindu usikkannya..
aku rindu dia yang sentiasa membantu saat aku memerlukan
aku rindu dia yang sering bercerita denganku
aku rindu dia yang sudi menemaniku..
aku rindu dia yang berusaha bersama dengan aku mencari jalan kehidupan..
menegur salah dan silapku..
dan cuba memperbaiki diri bersama dengan ku..
yang mungkin ada perkara dia berdegil depan aku tetapi dia berubah di belakangku..
aku nampak itu walaupun dia tidak menunjukkan..
yup aku rindu dia..