Sunday, January 19, 2014

Mak cik nurse.. akak Misi..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Nurse, misi atau jururawat.. sinonim dengan dunia perubatan sebagai  pembantu doktor atau menjadi orang perantaraan diantara pesakit dan doktor.. selain tugas mereka memberi ubat dan membantu doktor mereka juga terlibat dalam menjaga dan menguruskan pesakit.. tahap mental dan fizikal mereka juga perlu tinggi dalam melayan kerenah pesakit yang kekadang tahap membebel mereka cukup tinggi dan mampu membuatkan seseorang manusia tertekan.. namun tak kurang juga.. dengan sikap nurse atau misi yang kuat membebel di bahagian farmasi dan wad.. yang kekadang ada juga masyarakt melabelkan misi sebagai seorang yang garang dan mak cik kerek... 
Aku. dan dunia misi.. atau nurse.. tak pernah dijebakkan dalam  bidang ini.. namun pernah merisik-risik dalam farmasi dan fisiologi.. namun bidang perubatan bukan la bidang yang sesuai dengan aku.. akhirnya aku dicampakkan dalam bidang kajian dan alam sekitar.. suatu bidang yang telah di takdir untuk aku disini..

Dan hari nie keluar statement dari seorang PDL aku.. menyatakan aku nie bila bercakap macam nurse.. ah.. sudah.. aku mula berfikir.. aku nie kuat membebel kew.. macam kakak aku (yang merupakan seorang nurse..) tapi aku rasa aku senyap jew..  kew sebab tyme dia sakit aku selalu jaga dia.. tak faham aku bila aku dikatakan macam nurse.. teringat juga.. aku pada seorang PA aku tyme diploma dulu.. dia juga pernah bercakap.. bila aku menyampaikan hasrat aku untuk meneruskan pengajian dalam bidang yang sama yang aku ambil kini.. dia  bertanya
 
" kenapa kamu tak jadi nurse saja.. saya tengok bidang tue sesuai dengan kamu.."
 
oh.. kenapa si lecturer aku nie.. suruh aku ubah bidang pula..  sekarang  perkara yang sama bermain kembali difikiran aku...





Berlagak Hebat Tapi Hampeh...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Today.. I need solution.. mengenai manusia yang sangat HEBAT.. boleh tengking.. tengking orang lain untuk tunjukkan idea dia yang betul tue.. padahal kekadang tue pakai idea orang lain juga.. wah.. sakit hati dengan manusia macam nie tau... tuhan tolong beri kekuatan dalam diri aku... sabar.. sabar.. n sabar..

Alhamdulillah.. tuhan masih memberi tahap kesabaran yang tinggi untuk aku.. bersabar dengan manusia macam nie.. baru jew aku rasa sikit semangat untuk mulakan balik.. tapi disebabkan oleh manusia-manusia macam nie la.. yang jatuhnya sesuatu organisasi.. tunjuk hebat time orang lain uruskan.. bila biar dia uruskan mula la tarik muka.. tuding orang tue orang nie.. then lepas tangan dan sebagainya.. weh menyampah aku menguruskan organisasi dengan manusia yang macam nie.. don't ask me kalau aku tak nak turun lepas nie.. kau sendiri yang cari pasal kan.. buat la sendiri.. tapi aku pasti.. kau pun takkan turun lepas nie kan.. dengan beribu alasan.. kalau orang lain pun tak nak turun... nampak tak.. uhh!!

Terdetik di hati aku.. bila terdengar pelbagai masalah yang di hadapi oleh budak-budak nie.. aku cuba nak cari solution untuk masalah ini.. biar aku korbankan sikit masa aku pun .. untuk aku cuba.. asalkan kebajikan budak-budak nie terjaga.. tapi malam nie.. ada manusia try cari penyakit dengan aku.. memusnahkan niat aku.. hilang terus weh.. niat nak buat baik... terus berganti dengan dendam dan menyampah.. aku mohon lagi tahap kesabaran supaya tinggi.. sesungguhnya aku dah jemu dengan pujian dia yang sebelum nie.. hasil kerja orang lain.. dia memuji begitu tingginya menyatakan hasil kerjanya..  padahal bila bagi tugas padanya .. dah gelabah biawak minta tolong sana sini.. tue pun bangga gila weh kata hasil kerja dia.. 

Nampak tak tahap kebencian aku begitu tinggi.. so siapa-siapa pembaca disini.. kalau terasa dirinya yang aku maksudkan dalam setiap peranggan dari kenyataan aku diatas.. so please.. ubah perangai anda tue.. jadi manusia yang sopan sikit kalau menegur orang.. jangan ikut perasaan sangat..aku tak lawan dan  masih tunjuk muka bodoh aku nie.. sebab aku nak jaga pride.. cause banyak mata yang memandang tadi.. kau sering sebut tentang jaga pride manusia lain.. sedangkan kau sendiri sama juga dengan yang lain tue.. kau tengking aku tadi depan sapa yea?? kau fikir la sendiri.. aku la manusia bodoh.. yang kau perbodohkan pun aku still diam.. n buat biasa.. tapi hati aku bernanah..

Sebenarnya.. banyak aku tak puas hati kat kau.. tapi aku rasa tak perlu nak nyatakan.. sebab kau kan pandai fikir.. so statement-statement aku kat atas tue pun dah jelas menyatakan apa yang aku tak puas hati kat kau.. kau fikirlah macam mana nak ubah.. atau kau tetap nak teruskan dengan ego kau.. suka hati kau lah... sebab kau pun faham aku kan.. aku dah banyak kali ulang.. aku kalau marah.. aku pendam.. dan senyap.. tapi bila aku fikir kawan.. aku tulis dalam blog nie.. sebab aku tau juga.. kau salah seorang pembaca belog aku.. so ubah.. kalau kau nak teruskan persahabatan kita dengan aman.. sebab kesabaran manusia ada tahap.. aku pun tak tau macam mana kalau aku meletup..

Bab nak urus organisasi tue.. dengan rancangan kau.. aku dah start tawar.. tengok la macam mana.. kalau sakit hati aku hilang kew haper.. secara jujurnya aku katakan.. kau lah antara salah seorang dari dulu lagi.. yang menyebabkan aku tawar hati untuk turun training.. sebab apa yang orang buat semua kau tak puas hati.. kau comment jew.. ada kau buat sekali..yea untuk beberapa part dan tak untuk kebanyakkan part.. dan kau bagi alasan yang kau dah buat kerja lain... weh tak membantu pun weh.. sedar la.. bukan orang tak nampak perangai kau tue.. tapi malas nak cakap jew macam mana kau selalu cakap kat orang lain...


Saturday, January 18, 2014

BILA OTAK AKU MULA SERABUT...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Manusia nie banyak pendapat.. kekadang  sampai orang fikir tak logik dek akal pun.. dengan pendapat dan pandangan kita tue.. sebab manusia semua ada otak masing-masing.. bila otak pun dah lain-lain... mesti la pandangan lagi berlainan kan.. jadi untuk membuktikan otak kita bukanlah menghasilkan fikiran yang perlu dicampak ke longkang.. kita kena selalu kuat dengan apa yang kita fikir.. maksud kuat disini adalah kukuh dengan alasan.. jangan cepat mengalah.. dan perlu sentiasa berjuang kenapa kita kena teruskan dengan apa yang kita lakukan tue.. mempunyai fakta yang kukuh..

jangan jadi "oh.. betul juga apa yang dia cakap".. ini menunjukkan kita dah mula goyah dengan reason yang kita berikan...  mungkin boleh  dan mungkin tidak... boleh dengan kita kembangkan lagi reason kita dengan menggunakan idea capaian.. dimana kita mengunakan idea apa yang diperkatakan oleh orang lain.. dan kaitkan dengan idea sebelumnya.. ini akan menjadi lagi kuat.. tapi ingat bukti kukuh perlu ada.. mana nak dapat bukti.. semuanya dari pembacaan.. dan pengetahuan..

Goyah dengan fakta sendiri.. ibarat kita mudah menghulurkan bendera putih.. another part.. maybe sebab malas bergaduh.. mungkin boleh mengalah.. tapi  dari fizikal sahaja bukan mental.. sebab ia akan menjadikan minda kita lemah.. sebab bila mengalah mental.. kita akan berhenti berfikir disitu sahaja.. selepas dah dapat keputusan tersebut.. tapi apabila kita undur diri hati tetap dengan keputusan sendiri.. kita mampu mencari kejayaan sebenarnya.. walaupun yang terjadi itu pahit.. sebab ia juga menjadi pengalaman yang mampu mengajar kita erti kehidupan.. 

Kalau dilihat kembali sejarah saintis-saintis dahulu.. kita ingat semua idea mereka pada awalnya boleh digunapakai sepenuhnya oleh masyarakat.. mereka pun pernah digelar orang gila dan sebagainya tau tak.. nak cipta jalan atas awan.. bagi manusia yang tak bersayap.. memang mustahil.. namun disebabkan kecekalan mereka mempertahankan idea.. alhamdulillah idea mereka dipergunakan sehingga kini.. disitu kita perlu melihat putus asa bukan keputusan yang terbaik.. tapi usaha sehingga keakhirnya adalah hasil yang sebenarnya.. jadi untuk hasil yang lebih kualiti.. teliti setiap aspek.. dan teruskan sehingga berjaya.. jangan give up.. insyaallah akan berjaya..

conclusion ::  korang faham tak masuk sebenar cerita nie.. untuk buat kesimpulannya??



Thursday, January 16, 2014

Kematian

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..



Kematian ibarat gugurnya daun-daun pokok yang kering.. itulah kematian.. bila tiba waktunya.. akan tiba jua.. tetiba aku rasa takut dengan diri sendiri.. disaat memikirkan kematian yang mengenjak tiba.. entah bila .. kita sendiri tak pasti... dalam kita sendiri tidak sedar keadaan tersebut... sayu memikirkan diri sendiri.. adakah cukup segala amalan aku didunia ini ya allah.. untuk menemuimu nanti.. tak rela aku melihat segala buku amalan aku yang aku sendiri tak pasti macam mana keadaannya.. astafiruallah al-azim.. takutnya.. tuhan sahaja yang mampu ketahui..

semalam.. terdengar berita mengenai student UPM yang katanya terjatuh dari Bukit Tabur meninggal.. inna lillahi wa inna ilaihi raaji’un.. umur sebaya aku.. meminati aktiviti lasak.. dan kononnya sama universiti dengan aku.. hakikatnya student UKM.. (ex-schoolmate coursemate aku.. so dia tau la sikit sebanyak peribadi pelajar tersebut.. periang katanya).. bila fikirkan keadaan tue.. terfikir sejenak.. ajal datang tanpa kita pasti.. dalam suka atau duka.. mungkin sesuatu yang kita rancang.. dimana situ telah tertulis di mahfuz kita.. ajalnya tiba disana.. sedih.. dimana keadaan yang gembira atau ingin mencari kepuasan/ketenangan bertukar kepada duka.. semuanya berlaku tanpa kita sendiri sedar...

Namun apa yang pasti.. kita kena tingkatkan amal takwa kita.. apa yang perlu ganti.. jom kita segera kan ganti.. dan sekiranya salah jom cepat-cepat minta maaf.. perbaiki diri supaya lebih baik.. doa supaya sentiasa berada dalam keredhaannya.. dan tergolong dalam golongan yang beriman.. insyallah kalau kita berusaha mencari keredhaannya.. kita mampu mengubah diri kita kepada yang lebih baik...

Last mesej ak dari sini.. andai ini tulisan atau entry aku yang terakhir.. sedekahkanlah al-fatihah mengiringi diriku... sekiranya ada salah silap, tutur kata, bicara tinta.. maafkanlah yang mampu ku pinta.. andai ada berhutang dan makan apa-apa aku mohon halalkanlah... kenangkanlah aku sebagai sahabat kalian.. sekiranya aku tidak dapat melakukan yang terbaik dalam persahabatan ini aku minta maaf sangat.. walaupun hakikatnya aku cuba untuk jadi yang terbaik... terima kasih.. bagi yang mengenali aku.. dan membantu aku pada kehidupan aku ini.. begitu jugu dengan keluarga.. andai ini coretan terakhir.. aku mohon mak ayah halalkan makan minum aku selama ini.. mohon ampun dan maaf.. dengan kenakalan ini.. atau mungkin tak dengar cakap dasn sebagainya yang menguris hati mak dan ayah.. sentiasa memohon keredhaan tersebut...  sesungguhnya kita sendiri sedia maklum.. dunia hanyalah persinggahan.. dan hidupan yang kekal adalah di akhirat kelak.. sekian...



Tak salah untuk kita mengingati mati.. supaya kita lebih tingkatkan amal takwa kita...
kejayaan hidup didunia bukan selamanya untuk kita..
namun tak salah juga untuk kita kejar dunia..

tapi akhirat dilupakan jangan...




Tuesday, January 14, 2014

Lepak King Jap...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Rasa nak enjoy-enjoy sikit.. tapi bukan lebih-lebih..
sambil release tension yang ada.. and before start collect data.. 
jom hang out with my old friends..

Lama tak lepak ramai-ramai..
ingatkan ramai sangat.. tapi tetap muka kami-kami jew.. yang selalu lepak bersama..
tapi still enjoy.. sebab depan makanan.. sembang2 dan korek balik cerita lama..
then lawan tuding-tuding jari.. sapa yang nak kena campak dulu..
sebab dah lupa cerita hot story dulu-dulu..
dan angkut makan lagi n lagi..

Kekadang.. makan bersama pun salah satu kaedah menghargai rakan.. walaupun bayar sendiri-sendiri..
tak pasti la.. kaedah berkumpul sambil makan bagus kot mengeratkan hubungan..
patut la keluarga bahagia selalu makan bersama..


kami dan makanan # dah habis dah... Red Wok Bangi..

Sunday, January 12, 2014

Solat Taubat..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Hidup nie tak pasti macam mana... kalau cakap kita masih muda.. ntah esok lusa kita mati.. pun kita tak tahu... kalau kita kata kita mati esok.. entah mampu bertaubat entah tak dengan salah silap kita.. sebelum nie.. kita tahu kew.. kita betul-betul tak ada salah salah silap dengan orang.. tiap kali kita tidur.. pernah tak kita memaafkan orang lain.. sebelum kita tidur malam kita pasti kew.. kita tak ada kecilkan hati sapa-sapa untuk hari tue dan sebelumnya.. sebelum semua amalan buruk kita tue kita bakal lihat di padang masyar nanti... apa kata kita sama-sama perbaiki diri kita.. perbetulkan.. sentiasa memaafi sesama kita.. tingkatkan amalan.. kurangkan sifat burung dalam diri kita.. so malam nie jom kita belajar sikit cara solat taubat... 

kita ambil sikit keratan beberapa firman:
“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” 
(At-Tahrim: 8.)

“Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” 
(Az-Zumar: 53)




Syarat-syarat taubat :

1. Ikhlas ingin bertaubat
2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
5. Dikerjakan sebelum ajal tiba


Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.


Waktu melaksanakan taubat :

Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.


Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya


Firman Allah:
 “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)


Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.


Cara melaksanakan solat taubat :

Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;


1. Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail


2. Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)


3. Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.


4. Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.


5. Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),

Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”


6. Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,

Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.


7. dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,

Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia (beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”


8. Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat masing-masing ke hadhrat Allah.

...JOM SAMA-SAMA MENCARI KEREDHAAN-NYA....




 

Sunday, January 5, 2014

TERIMA KASIH MAK AYAH...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Esok hari lahir aku yang ke 25.. dah TUA weh...
tak kurang yang asyik panggil aku isteri orang la.. mak orang la...  bwekkkk~~~!! menyampah betul aku..
aku tak kawin lagi la... masih anak dara terang tang.. tang ok... haish.. study pun belum  habis lagi tau..

Tapi yang pasti.. mak aku orang yang pertama wish birthday aku...
TERIMA KASIH MAK AYAH..
kerana diorang telah melahirkan aku.. memberi aku peluang merasai nikmat dunia nie.. yang maha luasnya..
mengajar aku banyak benda disini.. dan mengasuh aku sehingga aku mampu mencapai tahap nie..
terima kasih kerana melahirkan aku...

sebenarnya nak balas mesej mak tadi macam nie..
tapi malu pula.. sebab tetiba jew nanti mak rasa aku buang tabiat..
biasalah bila berada di kejauhan ibubapa.. baru tahu pengorbanan yang diorang bagi kat kita sangat besar..
dan menghargai setiap detik-detik bersama mereka..

aku harap..
suatu hari nanti mak boleh baca apa yang aku tulis kat cnie.. tapi dengan tanpa pengetahuan aku.. hahha..
sebab bila aku tahu nanti aku akan rasa malu sendiri.. tetiba rasa ego aku besar..
ee.. tolong la.. dengan family sendiri kot... insaf~~ insaf~~..





Pengalaman Orang Berkahwin..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

PERKAHWINAN..
Perasaan yang meronta-ronta dalam hati remaja terutama apabila menjejak kaki ke usia 20-an... perkara manis katanya... juga melengkapkan salah satu kehidupan kita dibumi nie... ya perkahwinan itu adalah suatu perkara wajib... mengelakan fitnah.. menjauhi zina.. suatu ibadah.. dan merupakan sunnah nabi.. namun pengalaman demi pengalaman orang menjadikan sesuatu keadaan tersebut kita perlu berfikir panjang.. tambahan sekarang pelbagai isu berlaku.. yang bujang dengan masalahnya.. dah kawin pun still banyak masalahnya.. menakutkan dunia hari nie..

Kalau boleh manisnya bukan kita rasa pada permulaan sahaja.. biar terus berkekalan.. sebab ikatan itu dipegang selamanya.. selama hidup di dunia nie.. sapa tak nak hidup berteman.. mampu menjaga kita susah dan senang.. menjadi iman tatkala solat.. memimpin kita mencari kebenaran.. memiliki keluarga bahagia..  semua orang menginginkannya.. tipulah kalau hati nie tak pernah menagihkan cinta dari insan selain allah.. ya hati ini juga mahukan rasa kasih sayang dari insan lain selain ibubapa.. tapi belum tiba ketikanya.. biar masa menentukan segalanya.. biar allah yang menentukan siapa jodoh yang lebih sesuai.. bukan berputus asa.. mencuba pun belum.. tapi percaya kepada kekuasaannya.. tuhan menguasai seluruh alam.. cukuplah dengan meminta kepadanya.. seperti ibubapa kita.. adakah mereka mengecewakan pemintaan anak kecil mereka.. sabar dan doa penguat segalanya..

Kata orang aku terlalu memilih.. dan mungkin tiada cinta dihati.. mungkin ya dan mungkin tidak pada pendapat aku.. kerana kekadang.. aku rasa hati aku betul-betul terkunci.. disaat si kumbang meluahkan rasa cintanya.. memang tidak dapat aku menyatakan "YA" untuk butir bicara itu... kerana hatiku tidak merasakan apa-apa pun..dan mungkin juga banyak aku fikirkan.. benda dihadapan.. dan mungkin bukan jodoh darinya lagi untuk aku.. yang kekadang aku risau juga dengan diri sendiri.. biar betul aku nie.. dah 25 tahun pun.. menunggu dan terus menunggu nak jadi andartu kew.. tidaklah aku sanggup untuk itu.. memang aku ada kerjaya yang perlu ku kejar.. namun aku tetap takut dengan usia yang meningkat.. namun aku tetap percaya akan ketetapan allah.. ada jodoh ada lah...

Aku bukan nak salahkan apa yang berlaku.. tapi itu ajaran yang aku terima.. sejak kecil lagi.. aku diajar oleh keluarga jangan bergedik.. jangan mengatal... ibubapa aku seorang yang sangat menjaga tatasusila.. macam mana jodoh diorang dulu.. itu yang dimahukan juga pada kitorang anak-anak.. aku respect dengan ajaran mereka.. sebab pergaulan antara lelaki dan perempuan.. sentiasa perlu dijaga.. batasan agama dipegang tinggi... walaupun dalam berkawan.. jangan terlalu bebas.. pesanan tersebut sentiasa tersemat dihati...

so untuk terima lelaki dalam hidup.. agak susah disebabkan ini juga.. dan takut dengan keadaan sekarang.. yang dah kawin pun macam-macam jadi.. suami tak ambil kisah pakai makan anak-anak.. pukul isteri.. main kayu tiga.. tue termasuk dengan hati aku sendiri.. yang cerewet itu.. ini.. taknak lah jadi isteri nusyuz... so kena banyak fikir dan macam-macam lagi.. ingat lagi suatu waktu tue.. tyme lepak-lepak di lab sorang doc yang sama study dengan kami cakap... lepas dia baca paper..  macam-macam masalah rumahtangga yang berlaku sekarang.. yang baca paper pula wanita single... lagi taknak kawin la si wanita-wanita nie..  sambil tersenyum panjang dia berkata.. namun dari sudut lain.. kalau isi rumah tue memang berpegang teguh kepada perintah allah.. ajaran allah.. solat tak tinggal.. jemaah sama-sama.. tak jadi macam tue.. dari beberapa artikel isu rumahtangga dan perkahwinan.... so bergantung kepada kita untuk memilihnya... macam mak ayah kita sekarang bahagia jew...


tumpang gambar jap...





Thursday, January 2, 2014

2014 MOHON JADI LEBIH BAIK...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Buat pertama kalinya.. tahun 2014... profile picture atau nama lainnya DP (display picture) bagi akaun facebook aku berubah mengunakan wajah sendiri tanpa berselindung disebalik gambar-gambar kartun atau profile lain... walaupun aku telah menggunakan akaun facebook sejak lima tahun lalu (2009)

Tujuannya bukan apa.. kalau boleh tak nak dedahkan gambar kawan-kawan yang kekadang..  ada aurat yang terdedah secara tak sengaja dalam ketika bergambar.. so kalau boleh nak cuba kurangkan dosa sesama kita sendiri.. jadi gambar kawan-kawan semua aku nak private kan untuk simpanan aku sendiri.. untuk lihat.. tengok balik kenangan bersama.. biasa la kan kami nie banyak bercamping.. so gambar pun kekadang untuk perempuan jew.. tapi disebabkan tak private.. terlepas hingga orang luar semua boleh nampak.. so sekarang.. aku nak pastikan semua selamat.. private gambar semua.. senang semua tak boleh tengok.. hah kan..  rasanya dalam blog nie tak ada kot gambar kawan aku yang seksi-seksi.. tak ada kan..

Letak muka sendiri pula.. sebab bila guna nama samaran.. yang kekadang kengkawan pun tak pasti nama apa yang kita letak... lepas tue.. gambar berkaitan dengan persekitaran atau kawan-kawan lain pun tak ada.. so bila add kenalan rapat.. dioarang semua tak nak approve.. sedih cik jadinya.. so nak tak nak prinsip yang dipegang lima tahun lepas terpaksa dicalari.. dengan meletakkan gambar sendiri.. kalau boleh nak letak gambar muka jew.. tak nak ada badan.. tapi facebook pula tak nak terima.. katanya kecik sangat terpaksa la dioleh bagi sesuai sedikit.. macam tue la ceritanya..



so gambar aku dari masa ke semasa menjadi DP aku kini
DEGREE_DIPLOMA_MASTER
ada kenangan disebalik tiga gambar tersebut...



Degree with hani in Vietnam.. praktikal tapi berjalan-jalan ke Dalat makan angin..
Diploma baru lepas habis paper tyme nie.. memandangkan lambat lagi next paper ktorang terus keluar ke bandar bintulu tengok pesta layang-layang.. nak hilangkan stress jawab paper tadi katanya.. gambar tue bersama farah
Than.. Master.. before antar jubah selepas empat hari konvo dah bayar seratus ringgitkan.. so bergambar la sepuasnya.. lokasi di pokok sebatang.. lagenda budak setan.. atau padang ragut UPM.. tyme nie faridah tengah pakaikan aku jubah...

nie buktinya...

 see.. bukan gambar aku selfie yea.. sesungguhnya aku sangat tak suka gambar selfie.. macam sesetengah orang katakan..
sebab tahap self confident aku bukan tinggi sangat untuk aku ber'selfie'..
dan aku pernah juga katakan.. aku lebih sukakan gambar suasana.. sebab dia lebih bermakna dan dapat menceritakan keadaan tanpa perlu pengucapan ..


apa-apa pun sorry kengkawan gambar korang dah kena crop...