BILA OTAK AKU MULA SERABUT...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Manusia nie banyak pendapat.. kekadang  sampai orang fikir tak logik dek akal pun.. dengan pendapat dan pandangan kita tue.. sebab manusia semua ada otak masing-masing.. bila otak pun dah lain-lain... mesti la pandangan lagi berlainan kan.. jadi untuk membuktikan otak kita bukanlah menghasilkan fikiran yang perlu dicampak ke longkang.. kita kena selalu kuat dengan apa yang kita fikir.. maksud kuat disini adalah kukuh dengan alasan.. jangan cepat mengalah.. dan perlu sentiasa berjuang kenapa kita kena teruskan dengan apa yang kita lakukan tue.. mempunyai fakta yang kukuh..

jangan jadi "oh.. betul juga apa yang dia cakap".. ini menunjukkan kita dah mula goyah dengan reason yang kita berikan...  mungkin boleh  dan mungkin tidak... boleh dengan kita kembangkan lagi reason kita dengan menggunakan idea capaian.. dimana kita mengunakan idea apa yang diperkatakan oleh orang lain.. dan kaitkan dengan idea sebelumnya.. ini akan menjadi lagi kuat.. tapi ingat bukti kukuh perlu ada.. mana nak dapat bukti.. semuanya dari pembacaan.. dan pengetahuan..

Goyah dengan fakta sendiri.. ibarat kita mudah menghulurkan bendera putih.. another part.. maybe sebab malas bergaduh.. mungkin boleh mengalah.. tapi  dari fizikal sahaja bukan mental.. sebab ia akan menjadikan minda kita lemah.. sebab bila mengalah mental.. kita akan berhenti berfikir disitu sahaja.. selepas dah dapat keputusan tersebut.. tapi apabila kita undur diri hati tetap dengan keputusan sendiri.. kita mampu mencari kejayaan sebenarnya.. walaupun yang terjadi itu pahit.. sebab ia juga menjadi pengalaman yang mampu mengajar kita erti kehidupan.. 

Kalau dilihat kembali sejarah saintis-saintis dahulu.. kita ingat semua idea mereka pada awalnya boleh digunapakai sepenuhnya oleh masyarakat.. mereka pun pernah digelar orang gila dan sebagainya tau tak.. nak cipta jalan atas awan.. bagi manusia yang tak bersayap.. memang mustahil.. namun disebabkan kecekalan mereka mempertahankan idea.. alhamdulillah idea mereka dipergunakan sehingga kini.. disitu kita perlu melihat putus asa bukan keputusan yang terbaik.. tapi usaha sehingga keakhirnya adalah hasil yang sebenarnya.. jadi untuk hasil yang lebih kualiti.. teliti setiap aspek.. dan teruskan sehingga berjaya.. jangan give up.. insyaallah akan berjaya..

conclusion ::  korang faham tak masuk sebenar cerita nie.. untuk buat kesimpulannya??



Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..