Thursday, June 16, 2016

Pasangan dan hati..

Malam nie tetiba aku rasa tertarik hati untuk mengupas berkaitan hati dan perasaan..

Bila aku terdengar lagu Ainul Mardiah nyanyian UNIC.. antara bait lagunya 
" Oh tuhanku, biasakah dicari di dunia ini seorang wanita bak bidadari.. menghulurkan cinta setulus hati... di hati lelaki bernama kekasih.." 
antara bait lagu itu menjadi bukti bahawa lelaki juga mencari seorang peneman yang baik budi pekerti untuk menemani kehidupanan mereka.. bukan hanya wanita atau perempuan sahaja..

yup.. aku percaya dan sehingga kini aku berserah.. kerana aku pasti jodoh dan pertemuan itu milik tuhan.. dan aku percaya sejauh mana kau lari pada suatu keadaan kalau sememangnya itu tertulis jodoh kau.. kau akan bertemu kembali dengannya.. dan kalau itu bukan jodoh kau.. sebaik dan serapat mana sekali pun.. bukan jodoh kau.. semuanya akan berlalu begitu saja..

huhhss.. (buangkan keluh yang berat itu..) 

pernah tak korang rasa.. korang telah menemui sesorang yang memenuhi citarasa korang.. dan mungkin dia juga pernah bercerita.. ciri-ciri wanita idamannya pada korang.. dan korang rasa diri korang sangat serasi.. serasi.. yang memenuhi ciri masing.. dan mungkin korang sehingga ke jinjing pelamin.. yea.. mungkin.. tapi hubungan korang terputus.. atas sebab perkara yang kecil jew.. keserasian itu hilang tak semena-mena.. itu maksudnya.. mungkin bukan jodoh korang... dan ada yang lebih baik dan lebih serasi daripada itu buat korang..

okey.. kalau fikir tentang jodoh nie kekadang rasa macam sesuatu benda yang mustahil.. tapi mesti akan terjadi juga.. benda yang tak yakin.. tapi itulah suratannya..  korang minat kat seseorang.. dan seseorang tue tak ada perasaa langsung pada korang.. tapi dalam keadaan lain.. korang tak pernah ada perasaan pun pada orang tersebut.. tapi itulah yang selalu mengejar korang.. syukurlah buat manusia yang menemui insan yang sama-sama menyukai antara satu sama lain.. mencintai dan sampai ke jinjing pelamin.. 

aku rasa dulu yea aku seorang insan yang lari dari kenyataan untuk dikasih dan mengasihi sesorang.. tapi sekarang.. aku rasa ati aku perlu dibuka untuk menerima keadaan itu.. keadaan yang mana perlu dibina tiang dan singgahsana yang kukuh untuk didiami.. mencipta kebahagian sama-sama dan saling melengkapi antara satu sama lain.. 

Ya Allah aku mohon padamu dalam bulan yang mulia ini Ya Allah.. kau temukanlah aku jodoh yang mampu menguatkan aku.. yang sentiasa memberi nasihat dan dorongan padaku.. baik pada kehidupan dunia dan akhirat.. yang sanggup menerima aku seadanya aku.. dan sama-sama memperbaiki diri.. bekerjasama dalam memimpin keluarga mengingatimu dan menuju kesyurgamua.. Ya Allah makbulkanlah doa ku Ya Allah.. Aaminn.. 



Monday, June 6, 2016

move on


masa terus berlalu dengan pantasnya..
hari demi hari sehingga kita lupa pada apa yang berlaku semalam..
terdetik dari hati dari setiap waktu masa berlalu.. aku perasan sesuatu.. ada seseorang cuba move on dari aku... tatkala hati ini terdetik itu.. fikiran merewang seketika..

wah.. berpuitisnya aku malam nie.. hahahaha..

tapi betul aku perasan sesuatu itu dalam diri aku..
yup.. aku tak mampu nak kata apa.. tapi kalau itu pilihan yang tepat bagi dia.. seorang kawan.. (yang aku anggap kawan sebab banyak tolong aku.. tapi dia tak pernah anggap aku kawan.. kerana segala pertolongan dia hanyalah simpati semata, right?..) buat lah yang terbaik.. yang mana kau rasakan terbaik.. kerana yang baik-baik.. bukan datang selalu.. dan apa yang kau jumpa hari nie mungkin bukan lagi yang sama pada hari esok..

sekarang aku rasa.. mungkin masa yang terbaik untuk aku lepaskan.. sebab dia pun dah pergi tanpa bersebab.. dan aku pasti ini gaya move on seseorang...

aku tak tahu nak kata apa.. tapi aku rasa nie waktu terbaik kot.. sama-sama melepaskan tanpa rasa bersalah pun.. good bye kenanang.. harap kau takkan hadir lagi dalam benak fikiranku.. pergilah bersama dengan masa yang telah pergi..


Wednesday, June 1, 2016

cerita sahabat..


Hari nie aku belajar sesuatu...
tak perlu untuk bersama dengan orang yang tak memerlukan kita..
dan last keputusan aku.. serta nekad untuk kali nie insyaallah.. 
kuatkan hati.. selamat tinggal semua kenangan itu..
wahai kawan yang aku kenali..

aku memilih untuk bersama dengan siapa yang ingin bersama dengan ku..
yup.. dengan orang yang sanggup terima baik buruk aku..
terima kasih kawan-kawan yang masih berada disisi aku sehingga saat ini..

esok bergaduh hari ini kita bersatu kembali..
sebab kita tahu dan pasti itu fitrah sebuah persahabatan.. bukan selamanya gembira..
akan ada hari untuk kita bersengketa.. tapi dalam hati masing-masing masih bertauh kasih dan sanggup menerima.. itu tanda persahabatan yang tak akan hilang kemana-mana..


tapi aku tak boleh terima..
kawan yang senyap tanpa kata..
ibarat kita berbual dengan angin... hilang entah kemana..

mungkin pada firasatnya..
diam boleh mengelakkan persengketaan..
dalam masa yang sama.. soalan tanpa berbalas.. ibarat ikatan tanpa sambungan..
tak akan bersambung.. jadinya silaturahim terputus disitu sahaja..
dan itu yang kau harapkan selama ini kan.. okey dia dah terjadi.. dan semoga berbahagia..

yeah.. i'm understood.. i'm an annoying person, right..
always disturb u.. and now it never happens again.. and i'm quit..

aku mohon tekad aku kali ini cukup kuat untuk melawan cobaan itu..
dan harap ini tidak lagi terjadi bagai yang sebelumnya..
aku kuatkan kini..