Pasangan dan hati..
Malam nie tetiba aku rasa tertarik hati untuk mengupas berkaitan hati dan perasaan..
Bila aku terdengar lagu Ainul Mardiah nyanyian UNIC.. antara bait lagunya
" Oh tuhanku, biasakah dicari di dunia ini seorang wanita bak bidadari.. menghulurkan cinta setulus hati... di hati lelaki bernama kekasih.."
antara bait lagu itu menjadi bukti bahawa lelaki juga mencari seorang peneman yang baik budi pekerti untuk menemani kehidupanan mereka.. bukan hanya wanita atau perempuan sahaja..
yup.. aku percaya dan sehingga kini aku berserah.. kerana aku pasti jodoh dan pertemuan itu milik tuhan.. dan aku percaya sejauh mana kau lari pada suatu keadaan kalau sememangnya itu tertulis jodoh kau.. kau akan bertemu kembali dengannya.. dan kalau itu bukan jodoh kau.. sebaik dan serapat mana sekali pun.. bukan jodoh kau.. semuanya akan berlalu begitu saja..
huhhss.. (buangkan keluh yang berat itu..)
pernah tak korang rasa.. korang telah menemui sesorang yang memenuhi citarasa korang.. dan mungkin dia juga pernah bercerita.. ciri-ciri wanita idamannya pada korang.. dan korang rasa diri korang sangat serasi.. serasi.. yang memenuhi ciri masing.. dan mungkin korang sehingga ke jinjing pelamin.. yea.. mungkin.. tapi hubungan korang terputus.. atas sebab perkara yang kecil jew.. keserasian itu hilang tak semena-mena.. itu maksudnya.. mungkin bukan jodoh korang... dan ada yang lebih baik dan lebih serasi daripada itu buat korang..
okey.. kalau fikir tentang jodoh nie kekadang rasa macam sesuatu benda yang mustahil.. tapi mesti akan terjadi juga.. benda yang tak yakin.. tapi itulah suratannya.. korang minat kat seseorang.. dan seseorang tue tak ada perasaa langsung pada korang.. tapi dalam keadaan lain.. korang tak pernah ada perasaan pun pada orang tersebut.. tapi itulah yang selalu mengejar korang.. syukurlah buat manusia yang menemui insan yang sama-sama menyukai antara satu sama lain.. mencintai dan sampai ke jinjing pelamin..
aku rasa dulu yea aku seorang insan yang lari dari kenyataan untuk dikasih dan mengasihi sesorang.. tapi sekarang.. aku rasa ati aku perlu dibuka untuk menerima keadaan itu.. keadaan yang mana perlu dibina tiang dan singgahsana yang kukuh untuk didiami.. mencipta kebahagian sama-sama dan saling melengkapi antara satu sama lain..
Ya Allah aku mohon padamu dalam bulan yang mulia ini Ya Allah.. kau temukanlah aku jodoh yang mampu menguatkan aku.. yang sentiasa memberi nasihat dan dorongan padaku.. baik pada kehidupan dunia dan akhirat.. yang sanggup menerima aku seadanya aku.. dan sama-sama memperbaiki diri.. bekerjasama dalam memimpin keluarga mengingatimu dan menuju kesyurgamua.. Ya Allah makbulkanlah doa ku Ya Allah.. Aaminn..