Posts

Showing posts with the label GADGET

Cerita saving aky.

Assalamualikum.. Hai. Aku tengah fikir sebenarnya, aku kerja hampir genap setahun. Tapi apa aset yang aku ada dengan duit gaji aku setahun bekerja. Aku rasa macam semua masuk toilet je semua. Kalau tengok pengalaman lepas-lepas aku. Master aku sempat beli perabot kayu di rumah kampung hasil simpanan duit master. 3k cash beli. mak top up 1k. Habis master aku ada simpanan 10k. Time lepas master aku sempat kerja jadi guru tuisyen dengan gaji tak menentu. 300, 400 dan kerja insuran kenderaan 500 sebulan. Boleh la buat belanja mengarut- mengarut. Sikit- sikit aku keluar bazirkan simpanan 10k aku. beli phone baru la- time tu femes phone oppo lofa promote bersaing pula dengan vivo siti promote tapi aku beli oppo sebab dah terbiasa dengan oppo. Lama aku sampai aku sambung phd pun masih pakai. Sikit- sikit aku bazir duit sampai aku decide sambung phd. Yuran dan sewa bilik aku guna saving aku. Mak aku beli kereta cash waktu bagi aku untuk kendrraan disini sebab senan aku and adik ulang alik ...

Next Dream

Assalamualikum.. 16 Julai 2025, 21:59pm. Disebabkan dah lama tak menulis sini. Harini aku bantai 2 story post. Bukan apa kalau nak cerita begini di IG rasa banyak pandangan2 jahat akan keluar sebab dioarng tu kenal aku. Tapi kalau blog aku tulis mimpi bulan bintang aku kurang rasa ain, farah, farhanan nak lekat dekat aku. Korang bukan kenal pun aku siapakan. Mungkin juga aku sekarang menulis omong-omong kosong tanpa diketahui kewujudan semua tu. Gitue. Betulkan. So, omongan kosong yang pertama. Dulu time phd, hasil aku duduk kolej denagn kadar sara hidup yang rendah tambahan lagi covid yang melanda 24/7 jam dirumah. Aku dah berjaya beli Ipad, Iphone, jam tangan smartwatch yang boleh guna sampai sekarang dan gelang emas. Time tu RM 1.9K aku beli. Haritu tolak awal tahun haritu sebab aku tak ada duit dapat RM3K lebih ok. Jadi beli la emas time dunia bergolak. Aku beli haritu pun sebab ada kawan jenis gila emas selalu post. Fikirpunya fikit aku bank in mak aku RM2K untuk beli gelang ...

Review ipad dan iphone

Image
Assalamualaikum.. Hai, ini aku nak cerita dari pendapat aku la sebagai pengguna tegar android dan window. Bagi pengguna apple boleh skip je cerita aku ni sebab dah biasa dan berpengalaman akan rasa, "Hak ala.. itu pun nak cerita.." tapi bagi yang belum biasa dengan apple dan nak cuba-cuba beralih arah. Dia akan nak tahu semua benda secara terperinci bagaimana keadaan sesuatu benda tu. Jadi hari ini cerita aku sangat sesuai bagi sesiapa yang nak cuba pengalaman baru dengan apple. Aku bermula perkenalan dengan apple ini melalui ipad baru iphone. Secara jujurnya, aku susah sikit nak survive dengan ipad sebelum ni sebab tu aku beli iphone. Bagi pengguna iphone dia akan lebih senang untuk survive dengan ipad berbanding pengguna ipad sahaja. Kenapa? Mungkin orang akan ingat sebab tak biasa akan jadi kekok tersebut. Tapi sebenarnya ada beberapa faktor lain yang menjadikan situasi tu. Lebih senang cerita bila ekosistem yang sama lebih memudahkan sebab mempunyai connecting yang...

Acer swift 5 : Setahun lebih penggunaan

Image
Assalamualaikum, Kemarin aku scroll instagram, nampak faiz dicky promote acer swift 5 terbaru. Kali ni berwarna hijau dengan antimicrobial solution. Wow sangat. Aku dah la peminat warna hijau kan. Terus aku buka web acer tengok apa design baru yang acer bawa untuk laptop swift kali ni. Aku adalah pengguna acer tegar. Sejak laptop kedua aku mampu bertahan sehingga sekarang. Jadi untuk laptop ketiga aku pun, aku tetap beli acer juga. Cumanya upgrade sikit dari acer aspire ke acer swift sebab lebih ringan dan senang bawa kemana-mana. Sebelum aku bercerita berkaitan pengalaman aku dengan acer swift 5 (2020) aku, jom kita tengok apa performance terbaru yang best berkaitan acer swift 5 (2021). Korang buka la utube tengok sendiri apa yang dipromosikan berkaitan acer swift terlatest. Malas aku nak ulas. Tengok la intro, bila punya aku tulis. Malam ni 13 Nov baru aku post. Faiz dicky promote acer tu ntah bila mana sudah... Berdasarkan pengalaman aku menggunakan acer swift 5, aku bermin...

IPHONE 11

Image
Assalamualikum.. Lama tak bercerita malam ni datang singgah jap. Nak cerita tentang phone tapi konflik semasa jap. Minggu ni aku rancang nak start analisis data phd aku. Aku baru habis id semut-semut aku. Bulan lepas semut dengan kemasukan student kolej, so bajet minggu ni boleh fokus dengan aku punya study la. Isu-isu dalam kolej buat aku tak selasa, jadi aku nak habiskan phd ni cepat-cepat dan nyah dari sini. Tapi walaupun aku try avoid isu-isu dalam kolej, bala dia sentiasa ada. Tetiba geng rumah aku kena pindah blok sebab beberapa isu dari felo blok aku. Menyakitkan hati rasa, dalam masa yang sama rasa tak da mood dah dengan pengurusan kolej ni. Bila kau dah mula rasa serasi dengan ajk-ajk blok sendiri, student-student blok sendiri. Tiba-tiba dapat notis kena pindah blok terus rasa macam, hah! Hari yang memenatkan. Korang paham ke cerita aku ni. Kalau tak faham pun buat-buat paham je. Sebab aku saja nak luah untuk senangkan hati sendiri. Ringkasan cerita atas tu. Esok aku kena p...

Ipad 8 Generation

Image
Assalamualaikum, Korang tahukan aku baru beli laptop dan jadi bubble-bubble bawah laptop tak pasti kenapa. Dengan kerja banyak sekarang dan aku risau juga situasi laptop aku sekarang, walaupun tak ada ragam dan hanya bubble tu je. Jadi aku decide nak bawa laptop pergi acer service untuk check. Disebabkan kerja banyak yang tak pernah nak settle juga, aku rancang juga untuk beli tablet. Memandangkan aku ada sikit simpanan, aku rasa cukup kalau aku nak beli tablet untuk kegunaan aku dan au rasa kalau busy dengan aktiviti luar tak perlu lagi aku bawa laptop ke sana-sini. Hanya bawa tablet dah cukup. Kebetulan juga waktu tengah aku fikir-fikir adik aku bercerita berkaitan package apple student yang di keluarkan oleh apple sendiri. Bila aku tengah harga Ipad time tu, aku rasa ok juga cukup dengan simpanan aku dan boleh la dengan harga dia tak mahal seperti phone-phone dari brand apple tu sendiri. Selepas di tilik dan diperiksa aku dapati harga biasa dan harga student lebih kurang RM200 l...

Laptop

Image
Assalamualikum, Ingat malam ni nak bercerita berkaitan projek kajian aku iaitu semut, macam mana proses aku jalankan dan aa yang aku buat. Tapi bila nampak keadaan laptop aku sekarang, terus tukar topik dan nak cerita berkaitan laptop aku sekarang. Sebelum pkp pertama tahun lepas aku sempat beli laptop baru. Ye la kan, laptop acer aspire aku tu guna hampir 10 tahun dari zaman aku tahun akhir diploma sehingga la aku master sambung buat phd still guna dia. Walaupun waktu master ada rancang-rancang nak tukar laptop, tapi lepas format upgrade sikit memory , ram, cuci kipas semua laju balik laptop lama tu terus tak jadi nak tukar. Kalau ikutkan hari tu pun xbanyak juga la ragam dia, problem dia just skrin dan keypad. Aku dah tukar pun. Sekarang laptop lama anak buah aku yang guna sebab diorang sistem pembelajar dari rumah diorang sekarang perlu benda-benda tu semua. Elok juga la aku beli baru kononnya nak selesa sikit aku menulis dan buat kerja. So aku decide untuk beli acer juga tapi y...

Laptop Acer

Image
Assalamualikum.. Hari ni aku nak berkongsi cerita  berkaitan teman rapat aku sepanjang study iaitu laptop. Bagi yang sedia maklum, mungkin dah tau perjalanan pengajian aku, begitu jauh dan bertingkat-tingkat dari diploma (permulaan blog ini ditubuhkan) sehinggalah sekarang iaitu phd. Begitu panjangnya pengajian aku berbelas tahun laptop acer lah setia menemaniku sepanjang masa. Sekarang ni kalau jumpa mana-mana orang aku bawa laptop acer aku tu, mesti ada yang tegur. "Wah, akak masih pakai lagi laptop ni. saya dulu-dulu pun pernah guna juga laptop ni tapi sekarang dah laptop keempat dah." Begitulah yang aku dengar. Walau bagaimanapu  Acer Aspire 4736z masih utuh dengan aku. Mengimbau kembali kenangan  bersamanya, aku mula mengunakan laptop sendiri pada tahun dua pengajian diploma aku. Tahun pertama kebanyakan tugasan aku dan kawan-kawan banyak kami habiskan di ICT atau sebenarnya pusat komputer universiti dan juga di library (komputer perpustakaan) memang waktu tu ...