Acer swift 5 : Setahun lebih penggunaan

Assalamualaikum,

Kemarin aku scroll instagram, nampak faiz dicky promote acer swift 5 terbaru. Kali ni berwarna hijau dengan antimicrobial solution. Wow sangat. Aku dah la peminat warna hijau kan. Terus aku buka web acer tengok apa design baru yang acer bawa untuk laptop swift kali ni. Aku adalah pengguna acer tegar. Sejak laptop kedua aku mampu bertahan sehingga sekarang. Jadi untuk laptop ketiga aku pun, aku tetap beli acer juga. Cumanya upgrade sikit dari acer aspire ke acer swift sebab lebih ringan dan senang bawa kemana-mana. Sebelum aku bercerita berkaitan pengalaman aku dengan acer swift 5 (2020) aku, jom kita tengok apa performance terbaru yang best berkaitan acer swift 5 (2021).



Korang buka la utube tengok sendiri apa yang dipromosikan berkaitan acer swift terlatest. Malas aku nak ulas. Tengok la intro, bila punya aku tulis. Malam ni 13 Nov baru aku post. Faiz dicky promote acer tu ntah bila mana sudah...

Berdasarkan pengalaman aku menggunakan acer swift 5, aku berminat dulu sebab design dia cantik. Tulisan warna gold, masuk dengan warna biru gelap laptop, cantik. Ada backlit sesuai dengan aku yang jenis suka duduk dalam gelap. Tapi majoriti laptop RM2500 ke atas sekarang semua dah ada backlit yang memudahkan kita menulis dalam gelap. Tambah lagi yang kaki gamer, main game dalam gelap. Lagi aku suka tentang dia sebab dia ringan masuk dalam beg tak rasa bawa laptop dan bateri tahan sampai 12 jam. Itu antara kelebihan menyebabkan aku tertarik. Senyum sampai ke telinga aku bila dapat beli dia hari. Laptop mahal weh. RM3.6K. Tak sangka aku dapat beli juga. Lama juga bercita-cita, buka utube hari-hari. Setiap kali masuk shopping mall, mesti pergi melawat dia di kedai laptop sampai adik aku menyampah nak masuk shopping mall dengan aku. Last balik rumah sebelum pkp fasa 1 dapat angkat dia. Seronok. PKP dengan laptop baru kot. Tapi tak buat-buat juga kerja. Tak paham aku.

Kelemahan yang aku rasa waktu aku guna dia. Ada juga beberapa. Antaranya speaker slow sangat. Tak best la nak tengok cerita dan pasang lagu. Kalau slow-slow tu okey la tapi kalau buka volume tinggi nanti laptop cepat panas. Laptop memang cepat panas, kalau kau tengok movie. Kau buka speaker tu automatik laptop akan panas je terutama kawasan sekitar bateri. Sampai kadang-kadang keyboard pun boleh rasa panas. Tak boleh charge sambil guna. Memang problem dia tentang panas je. Kalau kau charge bateri sambil guna, terus jadi overheat laptop dan laptop automatik terpadam sendiri. Aku punya laptop tahap overheatnya sampai casing belakang laptop terus jadi gelembung-gelembung bubble yang menggelikan. Tapi bagusnya acer swift ni, waranti dia 2 tahun. Jadi aku dapat tukar casing dengan percuma. Dan masa dia buat pun tak ambil masa yang lama. Tak sampai seminggu siap. Cumanya aku hantar dua kali la laptop aku. Pertama dia check dulu problem dalam 1 hari. Kemudian dia bagi balik dan buat tempahan barang, selepas barang sampai baru dia tukar dan tak ambil masa yang lama untuk buat. Sekarang casing laptop aku cantik macam biasa dah. Bateri setakat ni mampu bertahan maksimum dalam 3 jam. Kalau tengok cerita lagi la cepat habis. Tu pun aku dah pakai brightness paling rendah dah dan backgroun aku kebanyakan hitam supaya jimat bateri. Malas aku nanti sebab bila charge aku kena berhenti buat kerja dan masa charge antara 1hingga 2 jam. Itu je la pengalaman aku bersama acer swift 5. Lain-lain performance aku puas hati. Setakat ni aku sediakan 2 kipas untuk dia. Satu kipas meja, tapi jarang juga aku pakai. Satu lagi kipas laptop la dah, 24jam aku pasang bagi dia khas suiz lain lagi bukan guna usb dia. Supaya jimatkan bateri da punya pasal.

Comments

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..