Saturday, December 21, 2013

Sebak Di Hati..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
Hari nie 12.12.2013.. cuti hujung minggu.. perkara biasa la bila rasa sunyi and tak ada apa nak buat call rumah tanya family di kampung sihat atau tak.. apa perkembangan tanya khabar dan sebagainya.. seperti biasa..

Tetiba mak aku tanya berkaitan dengan duit.. alhamdulillah sekarang.. rezeki murah sikit.. baru start study master.. ada la rezeki daripada pelbagai sumber yang masuk memberi bantuan untuk kita belajar di peringkat yang lebih tinggi... dan tak kurang juga ada silapnya duit perkhidmatan yang masuk dalam akaun  aku yang aku kena ganti semula.. namun dia bukanlah nilai yang besar yang mengurangkan rezeki sebelum ini.. bahkan aku bersyukur dengan kesilapan tue sebenarnya sedikit sebanyak membantu aku time aku sesak dulu...
 
Subahanallah.. walhamdulillah.. maha suci allah.. dan besarnya rahmat kesabaran pada fikiran aku.. sebelumnya allah menguji aku dengan kesempitan wang.. sempit sangat.. sehingga aku rasa susahnya nak hidup tanpa wang dalam masa tiga bulan awal pengajian aku.. namun dalam hati sabar jew yang mampu.. dan akhirnya rezeki itu muncul juga... seperti yang dijanjikan.. aku memperoleh rezeki tersebut dan aku simpan jew dalam tabung haji..

Dan hari nie.. akhirnya mak buat keputusan yang tak pernah aku jangka sebelum nie.. walaupun sememangnya.. pernah aku cita-citakannya suatu hari dulu.. dimana mak nak daftarkan kami sekeluarga untuk buat haji sama-sama..  subahanallah.. sebaknya aku rasa.. cita-cita aku suatu ketika dulu bakal jadi kenyataan.. untuk pergi mengerjakan haji bersama-sama kedua ibubapa aku.. memang pernah aku cita-citakan sebelum nie.. tapi tak pernah aku nyatakan pada sapa-sapa pun.. dia Maha Mendengar.. alhamdulillah.. aku harap.. kenyataan tersebut bakal tiba juga tak lama lagi.. dan aku mohon harapan aku tersebut benar-benar menjadi kenyataan.. untuk aku mengerjakan haji bersama-sama kedua-dua ibubapa aku...

Bagi aku kalau ini betul-betul jadi kenyataan.. itu perhargaan besar bagi diri aku di dunia ini.. sebab boleh pergi ke rumah allah bersama-sama kedua ibubapa aku... bersama orang yang pernah membesar, menjaga dan mendidik aku selama ini.. sehingga aku berada di kedudukan aku kini.. biarlah mereka tetap menjadi orang pertama dalam hidup aku sebelum wujudnya suami dalam hidup aku nanti...




Wednesday, December 18, 2013

Tajuk 538 – Kenapa takutkan Viva Voce – 33 soalan bocor sebelum ko buat kajian !!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Akupun terus menuju ke satu meja, order satu teh ais... buka komputer.... maka terhasillah entry ini.

Kalau akulah bro... baik aku main games kat laptop aku... boring menunggu ni...

Tu ko.... aku lain.... otak aku ni berpusing2... macam2 benda aku fikir... mulanya ada 40 soalan bro....tapi aku dah buang 7 tinggallah 33...

Ingat tau.... soalan2 ini mesti diambil tahu oleh calon master / PhD yang baru mendaftar supaya boleh menyediakan jawapannya sejak awal lagi.....

Kenapa plak bro?

Kalau dah siap.... mana boleh gostan lagi..... mana ko nak cari jawapannya plak... sebab tulah ko jgn tanya soalan viva bila nak pergi viva... tapi tanya sebelum ko buat kajian lagi.... prepare youself !

Pulak macam tu....apsallah cara ko fikir terbalik dari orang lain.... lom apa2 dah sibuk dgn soalan viva..... patutnya dah siap tesis baru lah tanya...

Ko nak aku bagi analogi ker?

Nak... nak....

Mana ko suka dapat soalan bocor SPM (kalaulah tak salah disisi undang2 dan agama), masa awal tingkatan 4 ke atau masa seminggu nak SPM?

Mestilah awal tingkatan 4 bro... baru mantap persiapan !

Tahu tak per... cam tulah jugak soalan viva ...

OK..OK baru minda separuh sedar aku ni faham....tapi punyalah banyak soalan, mahu giler aku !
Mana gilernyer..... 33 soalan utk ko standby jawapannya dalam tempuh 3 atau 4 tahun.... bukan 3, 4 minggu. Yang giler adalah masuk viva tapi tak kisah soalan apa akan ditanya... sambil buat muka poyo depan panel....!

Ini macam susah lah bro?

Apa yang susah, ko yang buat kajian…. ko lah yang tahu apa ko buat. Takkan lepas ko buat cup cake then orang tanya camner ko buat.... ko tak leh jawab…. abis sapa yang buat?

Fuhh mendalam sungguh analogi ko tu.... tapi itu cuma cup cake bukan tesis !

Ialah…. kalau buat cup cake ko tak dapatlah title “Dr”… dan kalau ko nak senang, jgn buat tesis, buat cup cake jerlah !

Sebenanya aku telah menulis dalam blog aku tentang persiapan sebelum memasuki bilik viva pada tajuk 139, bulan Ogos 2011 lagi. Dalam entry tersebut aku telah sertakan 10 soalan sebagai persiapan. Namun setelah masa berlalu, aku nak up date entry tersebut dengan menyertakan 33 soalan…. Amacam?

Fuhhh…..
Fuhh.... ada gaya

Kalau banyak soalan, banyakler yang akan sama dgn apa yang ada dalam kepala panel tu. Kalau aku bagi satu jer, ko pulak yang bising – takkan satu jer sedang viva tu kadang2 sampai 3 jam !!

Bagi memastikan ko boleh jawab, aku nak setiap soalan, ko tulis jawapan dalam “satu ayat” sahaja….ingat, satu ayat sahaja supaya ko dapat menguasai intisari kajian ko.

Kalau aku biarkan, ko tentu akan tulis menjela2…. akhirnya sama tebal dgn tesis ko sendiri, sedangkan panel penilai tak ada masa nak dengar ko membebel panjang2…. OK...aku mula dgn soalan yang sempoi dulu supaya ko tak tak terkejut !!

Soalan2 ni banyak pada aras rendah jer dgn "What" utk ko jawab ringkas2.... sebagai persiapan.... nanti masa viva ko gorenglah panjang2....

Kalau aku klentong amacam?

Cubalah kalau ko dah hilang aqal.... silap haribulan ko plak yang kena goreng sampai hangus !

Ingat bro....soalan ni banyak supaya ko prepare diri ko sejak awal buat kajian, bukan dah siap tesis baru nak prepare. soalan ini sebenarnya adalah "panduan" memastikan ko tahu secara "mendalam" apa yang ko buat.....jadi soalan ini utk semua... khususnya yang baru mendaftar bukan utk yang dah siap tesis jer...


Soalan2nya adalah.....

1. What is the topic / discipline of your research area?

2. What is your study about?

3. What made you think that your study is worth doing?

4. What is the main problem / issue are you going to tackle?

5. What is the main debates related to the problem/issue?

6. What is the current debates related to the problem/issue?

7. Generally, what the literature says about the problem / issue?

8. How are you going to tackle the problem / issue?

9. What is the contribution (to the body of knowledge) of your study in your field?

10. What are the main problem statement for your study?

11. What is your expected finding before starting your study?

12. How did you review previous studies?

13. Who is the main authors / experts / leading researcher in the area of your investigation?

14. Can you mention 3 main journals you have reviewed related to your field?

15. Now, can you mention the title of your study

16. What is the ‘novel’ / "original' aspect of your study?

17. What are the variables involved in your study, and why you decided to choose them?

18. Briefly explain the theoretical / conceptual framework underpinnings your study?

19. What is the research design of you study? Why used quantitative not qualitative or not mixed method (or vice versa)

20. What instrument are you going to use – pilot test, validity and reliability?

21. How did you analyse your data?

22. How the statistical analysis used in your study appropriate to answer your research questions?

23. Have you tested all the assumption related to your data?

24. How did you get your sample? What is your sampling technique?

25. How far can you generalise the finding?

26. Can you summarize the main finding of your study?

27. Is there any direct impact in term of the practical implication of the finding?

28. Are you satisfied with the outcome of your study – If not, how could you improve your study / procedure / framework?

29. What aspects of your methodology differ from others?

30. Have you faced any difficulty in conducting your study, and how did you overcome it?

31. What is the best advice or recommendation can you give to the future candidate related to this topic?

32. Can you now consider yourself as an expert in this field? Why?

33. Why do you think that your thesis has achieved the PhD /Master standard / level?

Ok..OK...baru aku faham kenapa soalan ini wajib utk yang baru mendaftar..... bukan macam aku yang dah dipenghujung ni.... mengelabah sebab ada yang aku tak buatpun masa jalankan kajian..... abis ler aku !!


 
Copy paste dari :
OT, Facebook Perak Man 
(nak simpan sebagai rujukan sendiri juga sebenarnya...)

Wildlife study design and anaylsis data..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
 
Jom kita Review sikit...


Gambar nie sebenarnya adalah 1:10 daripada akitiviti yang dijalankan di dalam kem tersebut.. kalau lihat secara keseluruhan kem nie boleh bagi 10 bintang la..  sebab banyak aktiviti... penerangan dia sangat jelas.. banyak analisi boleh dipelajari.. so memang berbaloi bayar RM200++ untuk join kem nie..

Selain didedahkan mengenai study design.. software and analysis data terkini juga diajar kepada para pelajar... baca ayat aku.. ntah apa derrr... macam nie der.. dia sentiasa up to date la software dan cara menganalisi data bagi hidupan liar.. ikut perkembangan semasa.. macam tue la ayat nya.. hadoii...

sebab katanya.. pelajar nie kebanyakan guna jew method lama tanpa refer journal yang baru.. last2 salah.. so agak malu la bila dia cakap macam tue kan.. tapi dalam masa yang sama juga dia banyak suggest study design yang sesuai untuk kajian.. tapi apa pun yang paling pasti.. objektif kajian mesti kena tau dengan jelas.. supaya mudah kita nak buat study design n pilih method yang sesuai dengan kajian kita.. kalau tak.. tak pasal-pasal kena repeat study kot...

Sunday, December 15, 2013

Jom belajar statistik

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Rasanya dah lama tinggal dunia kira-kira.. tetiba muncul semula... baru jew rasa heaven sesangat jadi student master.. tak payah exam.. tak payah jawab kuiz... x payah study banyak-banyak.. just baca journal yang kita suka jew.. semuanya tajuk butterfly... collect data butterfly.. jumpa butterfly.. buat design study butterfly... sebelum datangnya bahana writing THESIS butterfly.. so berHEAVEN dulu dengan butterfly..

Tetapi tidak rupanya.. sesekali tidak.. tak ada exam.. tak ada kuiz... still kena baca banyak benda.. especially nak buat literature review.. mati kau kalau tak baca banyak-banyak.. tue tak kira lagi macam mana nak analisis data yang dapat pula.. hadoi... lagi pecah kepala..

Sekarang aku tengah berakit-rakit dahulu.. berlayar-layar kemudian... tengah sakit belajar statistik dahulu.. literature review aku mana belayar cari kemudian.. hadoi  lagi satu lagi..

Sekarang baru aku tau tak senang juga nak buat analisis.. bak kata pepatah english "without analysis no meaning of your data" cilok kata-kata dari blog boot camp wildlife statistik yang aku attend dua minggu nie.. lebih kurang macam tue la kata2 dia.. and now.. aku tengah sibuk study balik statistik.. dan kuiz yang dia bagi... sebab blur gila aku bila berada disana.. so balik bilik kena study sendiri dulu.. esok mudah mudahan cergas sikit bila tengok data nak analisis...



Sunday, December 8, 2013

Perfume ADIDAS...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Tadi jalan-jalan pergi big bad wolf nak cari buku butterfly katanya.. nak tambah koleksi... tapi bila jalan-jalan dalam tue tak banyak pula buku yang berkenan.. last-last pergi beli buku teknik fotografi.. lari daripada maksud sebenar dah..

Sebelum balik ingin nak singgah watson.. cari perfume and compact powder yang dah habis.. so sambil cari-cari tue.. try la minyak wangi lain yang ada di Watson.... sebab sebelum nie aku biasa pakai yang dari secret garden .. atau pati minyak wangi jew.. sebab aku tak suka bau yang jenis strong.. so aku akan memilih sikit bau minyak wangi... kalau boleh nak bau lembut-lembut jew.. kita pakai pun orang tak bau sangat melainkan betul-betul dekat dengan kita.. dan kebanyakkan minyak wangi suka yang aku suka adalah bau buah.. sebab manis.. dan segar.. macam nak makan jew kan.. dan kita pun rasa sedap dengan bau dia..

Tapi faham-faham jew la secret garden.. kekadang dia punya perfume limited suatu-suatu masa jew.. lepas habis  brand tue.. cari balik enam bulan lepas tue dah tak ada dah.. so frust juga aku.. tadi aku try juga la enchenteur and silky girls tapi tak ada yang berkenan dihati... last-last try adidas for women.. terus berkenan di hati... melekat... murah pun murah.. tetiba aku suka bau floral dream dia... tak ada bau segar sangat.. tapi lembut dan membuai mimpi.. patut la cakap floral dream kan... walaupun pada awalnya aku nak ambil fruity rhythm sebenarnya.. rasa menyesal pula tak test bau yang lain juga...


Monday, December 2, 2013

Congratz My Friends..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Alhamdulillah.. 30/11/2013.. salah seorang daripada coursemate aku tyme diploma dulu telah mengikat tali pertunangan mereka.. dengar  alhamdulillah... macam dah akad nikah jew bunyinya.. tapi baru ditanda jew??... ok benda yang elok.. harus di sebut dengan kata-kata pujian bagi allah.. supaya majlis pun dapat redha allah.. dan berjalan lancar... TANIAH TO LON and KEPIT... haa.. pakai nama kem kau.. oh silap pula di kek tunang tue tak pakai nama kem.. ok kita tunggu hadiah kawen nanti pakai nama kem ok..  *_* Y


Dua orang lagi kawan aku bakal berkahwin.. walaupun tarikh belum pasti.. tapi tue bermaksud tanda-tanda masjid dibina dah dekat.. setakat nie dah tiga orang mendirikan rumah tangga... dan ketiga-tiganya perempuan.. dua dah dapat baby.. sorang masih tempoh penantian.. sekarang yang dah tunang pun tiga.. seorang perempuan dan dua lelaki.. uuee~~ betul betul rimbawan 23 lah..sebab baru dua tiga orang jew yang dah kahwin tunang.. selebihnya masih status mencari dan study... sama dengan aku juga...

Diorang nie first tau.. coursemate aku yang tunang sesama coursemate.. tak pernah bercinta pun tyme study dulu.. just mesej-mesej cam tue jew.. alik-alik tunang.. syukur la tue dapat juga.. sebab ktorang pernah mencabar sesama coursemate.. tak akan ada yang bercinta sesama sendiri tyme study..  yup memang agak berjaya.. walaupun ada kabar angin.. tapi lastnya tetap putus.. sebab life as a friends to lagi strong compare than oh my love.. sebab berada dalam keadaan ramai kan.. nanti kalau asyik berdate berdua jew.. kawan kena pinggir kesian.. so after study yes.. silakan cari peneman hidup anda.. sebab dengan kawan pun jarang nak jumpa masing-masing ada life sendiri.. cari la teman hidup.

Than tadi... berminat pula aku buat graf statistik kengkawan coursemate aku nie.. mana kerja.. mana belajar lagi.. mana yang dah kawin.. dan tak kurang juga menghilang...  last up date today.. tapi silap pula kat status tunang/kawen tue.. cz lupa lak dua orang lagi dah kawen... up dia punya statistik.. yang masih belajar tue sebab sambung study under course 4 tahun... ktorang 3 tahun tue pun boleh short sem lagi...