Friday, October 16, 2015

BENCI!!!!!

 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.



Hari ini hari aku balik ke UPM "tercinta"..  bahagiakan hati.. walaupun sebenarnya berat untuk kaki melangkah keluar dari rumah... bahagia yang parent bagi sebenarnya tak ada galang ganti dengan benda lain diluar sana.. walaupun dalam bebel mereka.. marah mereka.. suruh kita buat  itu ini.. tapi pada segi kasih sayang dan penghargaan sebenarnya sangat banyak mereka luangkan pada kita tanpa meminta sedikir balasan dari keringat yang mereka curahkan.. 

namun semua tue tetap perlu kita pilih.. antara pergi untuk meneruskan perjuangan yang terakhir ini.. ataupun selesa disebalik kasih sayang yang diberikan... so.. aku terpaksa memilih untuk pergi.. meneruskan perjuangan ini.. kerana sampai bila aku nak membiarkan diri aku berada di tahap yang selesa..

hari ini... hari pertama juga.. aku menjejak kaki ke fakulti semula.. yang aku rasa berat untuk aku langkah masuk .. setelah sebulan menghabiskan sisa-sisa dirumah.. dan paling penting,.. 12 hari aku mengambil masa dirumah untuk melupakan kata-kata yang ibarat belati yang cuba menusuk diri aku.. 12 hari bukan tempoh yang singkit untuk aku padam.. untuk aku bangun berdiri.. saat aku rasa aku jatuh.. aku sakit dengan kata-kata yang hampir serupa yang pernah tusuk ke dalam jiwa aku... tak mudah aku lupa.. sakitnya hati.. sakit..

dan hari ini.. aku dengar kembali.. apa yang aku cuba lupakan dalam tempuh 12 hari lepas.. dan namanya ternginyang-nginyang disetiap pelusuk.. dimana kesalahan yang berlaku dituding 100% pada aku.. syabas manusia.. syabas...kerana berjaya membuat hidup manusia lain percaya dengan kata-kata kau.. dan menampak buruk itu hanya pada orang lainkan.. kini aku rasa aku mula mengenali kau.. dari apa yang telah diperkatakan orang sebelumnya..

aku malas untuk berbalah.. dan rela pilih diam yang bukan bermaksud kalah.. tapi lebih kepada maksud bukan menjadi seperi engkau.. yang hanya pandang kesalahan orang, dan tidak untuk diri sendiri.. apa-apa pun aku tak percaya.. kau sanggup kata sedemikian.. sedangkan kau sendiri pernah cakap.. "aku buka kaki mengadu.." hahahahah.... ok.. terpulanglah.. tapi keputusan aku muktamat.. sayonara!!!!

minta hati ini.. tetap pendirian dan teguh dengan keputusan.. tolong jangan goyah!!!



Sunday, October 11, 2015

Fikir dan fikir lagi..

 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Termenung diluar jendela.. urmm.. jendela la sangat..
Padahal mata mengadap laptop.. fikiran melayang entah ke mana.. fikiran diawang-awangan.. memikir dan meratap hal yang berlaku disekeliling aku..
thesis pun dah berjalan kelaut dengan sendiri..

 aku..
dari kecil sampai besar.. aku rasa banyak hal tentang aku orang tak suka..
orang tak suka aku.. tue sebab lah aku banyak memilih hidup menyendiri.. tue sebablah kan.. dan blog sebagai peneman setia....haha.. harghh.. ntah lah.. kesian kan.. lumrah hidup.. 
(tapi aku cukup marah klu orang cakap aku loser.. walaupun itu hakikat.. sebab benda tue perit okey.. perit.. kalau kau kata aku loser.. memang aku doakan kau dapat balik.. alhamdulillah.. sama-sama merasa.. haha.. adilkan.. )

urmm..
orang cakap aku garang.. aku banyak mulut.. aku kuat membebel.. aku kuat memberontak.. urm.. xde sangat memberontak tue.. tapi garang tak kena gaya.. adalah dikatakan orang..
tak bolehkah aku meluahkan apa yang aku tak puas hati..??
tak bolehkan aku nak sampaikan isi hati aku..??
jangan kata semua tue.. ingin berkongsi perasaan terkilan pun orang sudah tak sudi nak dengar semuanya sebenarnya..
tue lah hidup aku.. hidup bagai tersisih ditepian..
saat ada yang cakap boleh berkongsi pun tak lama.. ia akan pergi jua.. akhirnya tinggal aku sendiri disini..
lumrah hidup di duniakan..

termenung lagi memikir..
ada baiknya aku kembali ke sifat asalku.. hidup menyendiri.. tanpa ambil peduli kehidupan yang lain.. ada orang kesah hidup aku.. dan  aku adalah hidup aku.. lonely.. alone.. dan apa lagi.. hah??

kekadang aku terfikir.. untuk lari jauh.. jauh dari orang yang pernah aku kenal.. lari untuk membawa kehidupan baru.. dan lari untuk mencari manusia yang iklas ingin mengenaliku.. menerimaku.. manusia yang tidak mudah untuk meletakan kesalahan manusia atas satu kesalahan.. manusia yang berfikiran terbuka.. yang sentiasa positif menerima dan memperbaiki manusia lain.. manusia yang  sedar bahawa kehidupan didunia nie hanyalah persinggahan semata.. saling membantu dan menbetulkan antara satu sama lain adalah tanggungjawab kita sesama manusia.. yang merupakan hamba Allah yang lemah... yang perlu diperingati dan diperbaiki setiap masa.. kerana mudah leka dan alpa.. aku ingin jumpa manusia ini.. dan dia kekal dengan aku..

patut la.. nabi nasihatkan kita.. kalau marah lebih baik diam.. sebab.. kata-kata tue sebenarnya satu benda yang menyakitkan.. dan kesannya.. lama dan akan berbekas..

sebenarnya.. parut lama aku.. dah lama hilang.. hilang dengan cita-cita yang aku kejar.. tapi kini.. lukanya kembali berdarah.. bukan lagi satu.. tapi dua tiga.. dengan perbagai keadaan.. sakitnya.. hanya Allah sahaja yang mengetahui.. berbekasnya..  pedih.. tajamnya bisa mulut manusia..

Aku sedar..
aku banyak tersilap.. banyak tersalah memilih perhitungan.. bukan dengan manusia harus aku mengadu.. dengan semua permasalah yang aku hadapi.. sebab bila dengan manusia aku mengadu.. sakit juga yang aku terima.. tapi yang lebih berhak untuk aku mengadu hanyalah pada Allah.. insyaAllah mungkin dari situ aku mampu mendapat ketenangan yang aku cari.. mohon pertunjuk darimu Ya Allah.. Aamiin...



Saturday, October 10, 2015

KAWAN DAN KEHILANGAN..

 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Aku perasan sesuatu yang baru dalam hidup aku.. iaitu...aku susah nak menerima suatu kehilangan..

sebenarnya bukan sesuatu yang baru sangat.. sebab aku rasa tue memang sifat azali aku.. macam mana aku tak suka orang yang tak hargai pemberian aku.. macam tue jugalah aku tak sukanya kehilangan.. itu sebablah orang selalu sangat cakap aku nie kedekut.. tapi bagi aku sebenarnya aku sayang benda tersebut.. aku takut akan kehilangannya dan disebabkan tue lah.. aku susah nak bagi dekat orang sebab takut orang tak hargai.. tak jaga.. macam mana aku jaga dan aku belai..tapi ntah.. manusia selalu salah anggap.. judge by this cover.. so aku tak bagi maksudnya aku kedekutlah kan.. itulah manusia..

sebut mengenai kehilangan.. ntah aku tak tahu nak cakap macam mana.. sebab aku rasa.. sepanjang aku berkawan.. dalam tempoh 26 tahun aku hidup nie.. nie first time.. kawan yang aku kawan.. minta aku jangan ganggu dia... dan ibarat.. mungkin dah minta untuk aku putuskan persahabatan terus dengan dia.. first time ok.. first time.. waktu kecik pun kalau gaduh dengan kawan-kawan..
 "aku takmau kawan dengan hang eh.." 
dok sat mesti kawan balik kan.. biasa la kecik2.. nie.. dah tua bangka.. ada lagi ka orang yang perangai macam-macam tue.. takmau kawan then kawan balik.. tak cukup lagi perangai budak2 tyme kecik dulu.. haha.. sebab kebanyakan kawan aku.. memang bergaduh.. tapi lebih kepada merajuk la.. yang perlu masa bertahun untuk ok balik.. dan bertegur sapa.. tak ada la sampai minta.. jangan ganggu aku.. kau nie semak dalam hidup aku dan sebagainya.. tue memang undang putus kawan terus.. sebab tak reti nak hargai persahabatan.. kan.. apa maksud kawan bagi dia.. kalau dia cakap kawan nie menyemak hidup dia.. so memang minta putus la tue..

disebabkan aku jenis manusia yang susah melepaskan sesuatu dan sayangkan sesuatu bila rapat tak kisahlah dengan orang.. harta benda atau haiwan sekali pun.. so benda tersebut sedikit terkesan buat aku... dan susah untuk aku let it go.. bak kata seseorang.. menjadikan benda tue still terkesan dan simpan dalam hati... tue sebablah.. aku susah untuk rapat dengan seseorang.. aku banyak perhatikan dulu sebelum bersahabat dan sebagainya.. sebab aku takut keadaan nie.. tapi orang nie bijak.. dia mulakan pendekatan dengan protect... care.. humble.. then..destroy it.. mungkin muka dan personality dia yang lembut dan caring menyebabkan aku terlupa dan abaikan maksud hati-hati dalam memilih kawan yang aku terapkan dalanm diri aku... ah.. aku terkena..

Satu jew cara aku untuk aku lupakan semua keadaaan nie.. ingat ini.. allah takkan turunkan ujian bagi kita kalau tak bersebab.. adalah ujian ini diturunkan.. mungkin disebabkan batas pergaulan aku dah terlebih daripada batas yang sepatutnya.. mungkin aku banyak lalai dalam mengingatinya.. mungkin nak uji tahap keteguhan aku dan sebagainya.. Ya Allah.. tapi aku tak kuat menangung dugaan nie.. kau berilah aku kekuatan ya allah.. dan kau berilah yang terbaik dari musibah ini...



Monday, October 5, 2015

Episod : Mereput..



 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.


Hai.. and welcome to episod mereput di rumah.. hahaha (sila gelak dengan nada tak ikhlas)
Untuk episod kali nie.. saya nak menceritakan tahap boring, malas dan tak tahu nak buat apa sangat.. sedangkan banyak benda perlu disiapkan.. omg!! ermmmm...

termenung sejenak..

actually thesis belum siap.. boleh pulak kan aku lari balik rumah.. konon-konon bajet nak buat keja di rumah.. sebab aku duduk di kolej memang aku tak ada semangat langsung nak writing.. tambahan pula keadaan keliling kekadang buat aku rasa alone and loser.. so selepas dikira-kira dan difikir-fikirkan.. aku ambil keputusan untuk siapkan kerja-kerja nie semua dirumah... dengan alasan.. grf aku atau grant research fellowship aku dah tamat.. tak ada duit poket.. so aku balik jew la dirumah.. walaupun hakikatnya bilik aku dikolej still berbayar.. gila kau.. nanti aku balik upm nak merempat di mana kalau tak ada bilik... dan sekarang.. aku duduk di rumah pun .. tak berapa nak jadi kerja.. sebab.. asyik tonton tv.. tv.. tv.. makan.. berjalan.. tidor.. tv... jalan.. makan.. main dengan budak kecik tue.. buat keja konon2 tp x berjalan juga.. last sekali tidor dan tak ada progress pun writing aku.. urmmm.. itulah perjalanan cerita aku dirumah..


nak hilangkan sedikit kebosanan.. daripada rutin2 diatas..  aku akan contect dengan kawan aku yg sama satu sv dengan aku.. untuk update mengenai info dari sana.. mean dari upm la.. mengenai master dan sebagainya.. tapi satu malam ntah kenapa..  kena angin period apa ntah.. tetiba dia jadi bekang dengan aku marah-marah.. sebab aku main-main dengan isu yang dibincangkan.. wth.. apakah?? tetiba tak boleh bergurau n enjoy2 nie..  datang angin period kew.. marah aku cakap aku desperate.. what the??!! suruh aku cari boifren.. pergi ganggu boifren aku.. sebab selalu sangat contect dia malam-malam.. kalah lagi dari kawan rapat dia.. owh!! aku dah tak tau nak cakap apa dah time tue... then dia ckp aku xtau boundary between girl n boy.. huhss... apakah masalah dia nie.. sebenarnya??.. dan aku tak tahu apa yang dia fikirkan sebenar2nya..  then dari situ.. aku minta stop n enough.. xtahan aku terima maki macam tue.. nak suruh2 aku cari boifren pulak.. dah lebih la kan.. aku ambil keputusan.. cukup la persahabatan kami.. aku tak mampu nak bersahabat dengan yang orang panas baran tak menentu nie.. tetiba boleh maki aku desperate dan sebagainya.. geram aku oiii.. sebab sebelumnya.. aku pernah tanya dia.. ok kew aku mesej nie.. tak menganggu kew.. dia cakap "ok jew.. tp jgn lebih pukul 1 menganggu tido.."  then malam tue marah aku.. dengan maki sebagainya.. siap suruh aku delete phone no. dia lagi.. HAHAHA (sekali lagi.. please gelak dengan nada x iklas lgsg2..)  so aku tak dapat terima..  nie la kan akibatnya.. tak dengar kata2 kawan yang lebih lama dengan kita.. taksub sangat dengan kawan baru... nah ambik kau... kengkawan aku yang lain.. pernah nasihat aku.. jangan rapat sangat dengan dia.. nanti dia akan sakitkan hati kau.. tapi aku tak percaya.. setiap kali gaduh.. aku try berbaik balik dengan dia.. then diorang try avoid dia pun.. aku buat baik dengan dia.. cancle semua pemulauan mereka.. and  then sekarang aku terima akibatnya..  ramai kawan nasihat aku tak dengar.. terima la bahananya jugak..  tapi bila fikirkan kembali.. betul kew keputusan aku nak anggap dia macam tak kenal langsung nie.. bukan memutuskan hubungan silaturahim kew.. tapi aku rasa dengan keadaan nie.. macam better kot aku buat macam tue..  anggap tak kenal langsung.. sebagai pengajaran juga untuk diri masing-masing..

berbalik kepada cerita dirumah.. then sekarang.. aku masih dirumah.. dan masih meneruskan sisa-sisa yang berbaki.. dengan hari-hari fikirkan thesis.. thesis.. thesis.. bila nak siap.. tapi.. hurmmm... ya allah tolong beri aku kekuatan dan semangat yang kuat untuk siapkan thesis nie.. aamiin.. kekangkawan.. tolong doakan sekali ya..  alhamdulillah.. jazakumullah.. moga urusan dipermudahkan.. kalian dan saya juga.. :)

Sebelum tue.. peringatan.. dari pengalaman persahabatan yang dirasai di atas.. kalau setakat kenal kawan setahun dua.. dan pada awal perkenalan dia cakap dia boleh tolong kau.. jangan percaya sangat ok.. please jangan percaya.. sebab apa yang diperkatakan adalah dusta semata.. awal perkenalan ntah apa yang diharapkan dari kau pun tak pasti.. tue sebab dia cakap dia boleh tolong kau.. then bila dah kawan.. kenal sikit.. apa yang diharapkan tak dapat.. memang macam sampah dia buat kau.. sukahati nak pijak... maki.. buang kau.. simpanlah cerita kehidupan kau.. elok2 untuk diri kau saja.. kalau tak.. benda tue la yang jadi bahan maki dia nanti.. be silent to new people was better.. then one day their break your heart.. be save be smart.. chill..



Sunday, October 4, 2015

Alhamdulillah..


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Tiada apa yang dapat mengantikan ibubapa kita.. subahanallah.. terima kasih ya allah.. kerana memberi ibubapa yang terbaik dan penyayang buat ak... yang sentiasa berdamping dengan aku tak kira bagai mana keadaan pun anaknya..