Thursday, February 24, 2011

:: rrenung-renungkanlah ::

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. Iaduduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya adakayu pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangankiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini,maka sebutlah "Kapur!", jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah "Kapur!".

Dan diulangkan seperti tadi,tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekokn agi.Selang beberapa saat, permainan berhenti.Guru tersenyum kepada anak muridnya.
"Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kitamemaksakan kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yanghaq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam dari masa ke semasa.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa,materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain."
"Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanya Guru kepada anak muridnya.

"Baik untuk permainan kedua..." Gurunya meneruskannya......
"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" 
Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan selainnya. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet ..

"Murid-murid,begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .. Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ..Kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka..Tapi mereka akan menolak kita secara ansur-ansur, sehingga kita tidak sedar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu,kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. ..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita.Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."

"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "
"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?"tanya murid- murid.
"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."
"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan, kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun".
"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..."

 *copy paste dari blog Catatan Ana Solehah *


:: giler excited aku ::

hahhahha... kalau korang nie baca blog aku penuhnya.. mesti korang akan cakap aku nie.. memang excited gilerkan... jenis seorang yang giler-giler excited dengan sesuatu benda..(yang aku minat).. kan.. kannn.. kannnn.. aku memang pun.. seorang yang sangat excited.. terutama dengan sesuatu benda yang aku sangat-sangat minat dan suka.. terutama dalam kerjaya hidup aku la... bukan utuk cinta.. galak gedik.. atau sebagainya.. tue aku jauhkan... nanti terhegeh2 pula la orang tue cakap kat aku kan.. hahha~~ x dapat aku nak bayangkan.. eeerrr..

aku boring sebenarnya malam nie.. tue la sebab .. benda mengarut pun aku boleh jadikan isu.. tapi apa yang pasti.. aku ada banyak kerja yang bertangguh... study pun.. malas.. pergi meeting malam nie.. agi la malas... isyhhss.. hampir tiap2 malam aku terganggu.. kejap bola.. kejap seketsa.. kejap meeting...senang cerita.. bilik hanya tempat aku tidur malam... n tukar pakaian jew.. hari-hari kerna hijrah kolej orang.. ermmm.. susahkan jadi perantau... masa habis dibazirkan dengan perjalanan.. tyme study pun hilang.. nak siapkan asgmnt agi.. macam mana dengan masa yang hanya tinggal ciput.. 

habis training kul 11 malam.. kalau balik kolej... 11.30 baru ada di bilik... nak study.. mesti buka FB dulu.. 20% dari malamku... 45% agi untuk internet dan sebagainya.. tyme tue.. termasuk la mencari maklumat, blogger, mengarut2 dan sebagainya..  nak jimat sikit.. 20% tue.. aku combinekan skali.. dgn 45%.. x de penambahan.. dah dikurangkan masa dengan ternet... selebihnya masa adalah untuk study.... sebelum aku masuk tidur.. yang mana.. masa tidur aku adalah kul 2.00pagi.. tue pun kalau x penat.. kalau aku penat.. conform2... 100% dari masa malam aku.. selepas training.. bushhh.. terus aku tarik bantal busuk aku .. dengan en. bear.. dan hanyut di telan mimpi.. cam mana tue.. nak jadi student.. first class degree.. adohai.. poneng pala den nie hah...

tapi apa2 pun.. aku try.. hari demi hari.. untuk manage masa aku dengan sebaik mungkin.. supaya dapat seimbangkan.. aktiviti luar.. dengan akademik.. cz apa yang penting .. tujuan utama aku masuk universiti.. untuk kejar cita-cita aku.. akan tercapai.. chai yuk...

... tapi cam mana lak dengan tujuan hidup sebagai hamba Allah di muka bumi???...
-semuanya dalam usaha.. untuk mencapai yang terbaik.. bukan sekadar nak.. pelajar dan hamba juga.. semuanya dalam usaha dalam menjadikan insan yang berjaya... insyaallah.....-  


p/s:: apa yang pasti.. esok aku ada trip amali sampai ari selasa nie.. lepas segala trining... meeting.. dan benda2 lain yang membebankan kepala aku.. tapi sesak dengan kerja amali pula la.. hidup.. hidup.. kena kuat.. yeahhh!!!

:: Pilihan Kedua : program mobility::

baru aku sedar kini.. rupanya banyak fakulti perhutanan di dunia.. aku ingatkan hanya ada di Indonesia, dan Jepun jew..... cz kebanyakkan usahasama..  kebanyakkannya dilakukan di dua negara tersebut.. (sempat kan pemikiran aku tyme tue.. tapi nasib baik dah terbuka).. tapi hari nie.. bila aku join ceramah mobiliti.. baru aku sedar rupanya banyak fakulti perhutana di dunia.. pergi la kemana pelusuk alam pun.. semua ada fakulti perhutanan.. walaupun diorang dah tak berapa nak ada hutan..  (sebab tue la Malaysia.. yang banyak hutan nie la.. selalu diorang berikan tekanan.. sehingga mengongkong hasil pengeluaran hutan kita..)

kalau ikutkan banyak universiti perhutanan di dunia.. tapi bagi aku n the geng.. ktorg lebih berminat dengan negara empat musim.. biasa la aku nie kan dah lama berminat.. macam cerita aku di aku sangat jeles.. tapi tyme tue.. takut nak join.. sekarang dah berani sikit.. cz semangat dari kawan-kawan aku.. dan salah seorang diorang pernah join program mobiliti nie.. tyme diploma dulu..(tyme tue pun.. aku takut gak nak join.. tapi kali nie.. x nak lepaskan peluang.. nak cuba gak.. cz tengok dier join dulu.. sangat menarik.. banyak pengalaman)  dan maybe.. boleh buka peluang pada aku untuk sambung master atau phd ke sana kan.. mana la nak tahu.. kalau dah rezeki kan..
sekarang nie.. dalam pilihan aku dengan kengkawan aku adalah ke Poland atau Vancouver.. kedua-duanya tempat yang menarik..  mempunyai sejarah sendiri.. dan ilmu perhutanan yang tidak kurangnya.. tapi.. kalau dilihat kepada minat aku.. ada satu universiti... yang kalau x silap aku U dier adalah Universiti of British Columbia.. yang mana lebih kursuskan kepada...  forest management.. yang mana minor yang aku bakal ambil.. dan lebih menfokus ke sana.. berbanding Poland yang lebih kepada kajian kayu.. tue pun kalau x silap info aku.. sapa yang tahu lebih.. sila informkan yerk

sebenar program nie.. tajaan sepenuhnya universiti.. tapi maybe akan berlaku ketidakcukupan wang saku la disana.. biasa la tempat mewah.. mata wang pun tinggi.. tapi demi pengalaman.. berani kot ambil risiko.. kalau ktorang pergi pun.. bukan atas tujuan bersiar-siar.. tapi kena pilih.. antara.. mengikut pembelajaran disana selama 1 atau 2 semester.. ataupun melakukan latihan praktik di sana.. selama 3 bulan.. tapi kalau kuliah.. boleh buat selama sebulan minimum.. yang tue menyebabkan ktorg confius.. cz kalau boleh malas nak ikut kuliah.. boring kot.. dah 4 tahun ikut kuliah.. ingat nak buat jew intership.. tapi tue semua.. kena tanya lecturer dulu la macam mana kan.. namun harapan aku.. harap2 sangat la dapat seperti yang diharapkan.. uhhuh~~
... insyaallah...
 Universiti of British Columbia...

p/s:: aku harap sangat kalau ada di antara pembaca.. yang ada info mengenai tempat tersebut.. informkan pada aku.. boleh????

Tuesday, February 22, 2011

::Langkah pertama::

hari nie tamat test pertama aku untuk semester nie.. dalam masa dua minggu akan datang.. datang pula test kedua... urmm.. biasalah.. kehidupan sebagai pelajar.. tapi diri nie.. masih mencari peluang kearah cita-cita diri..

aku tahu.. dan korang pun tahukan.. cita-cita aku ingin menjadi penyelidik.. x kisah la penyelidik dalam di bahagian mana pun.. asalkan melibatkan perhutanan dan ekologi hutan...semester nie juga.. aku ada ambil subjek ekologi.. dan pensyarah aku.. merangkap ketua jabatan pengurusan hutan.. selalu menceritakan peluang-peluang  kerjaya dalam bidang perhutanan.. yang melibatkan penyelidikan.. banyak.. dan kerjaya tue pun.. x kurang gak gaji dier.. lumayan..  (tapi buat masa nie.. aku x pandang semua tue..) aku pandang sekarang.. hanya pengalaman dan ilmu.. yang mampu aku perolehi..

cerita mengenai pensyarah aku nie.. dier nie sebenarnya seorang yang tegas.. dah beberapa kali.. aku try nak tanya dier mengenai benda2 nie.. (yang berkaitan dengan cita-cita aku nie).. tapi.. aku x berani.. cz dah beberapa kali aku terkena dengan dier.. uhuh.. biasa la.. aku nie kuat blur kan.. bila dier tanya soalan dalam kelas.. susah aku nak jawab.. cz banyak berkhayal n tidur dalam kelas kan... last-last dier tanya memang aku x dapat nak jawab la.. dan sebab nie juga la..  aku takut nak minta peluang tue dengan dier.. of course la dier x nak kan... biler tengok aku dalam kelas dier pun x dapat nak jawab n huraikan apa yang dier nak... cam mana nak kerja dengan dier kan.. 
nak pula dier nie.. pensyarah yang sangat tegas.. dan kebanyakkan student bawahan dier.. memang akan dapat kerja terus lepas abis graduat.. n ada yang x sempat graduat pun .. dah dipanggil kerja.. jadi jelas la kat ctue.. dier punya kualiti baikkan.. menyebabkan aku takut nak minta.. uhuhu~~ tapi insyaallah.. aku rasa takut aku tue maybe x lama kot.. cz aku benar2 nak pengalaman  dan ilmu.. lagi pun.. belum cuba belum tahu kan.. aku akan minta gak.. untuk join penyelidikan di bawah dier.. walaupun ada orang cakap.. kerja bawah dier sangat teruk... tapi tue bukan penghalang untuk aku mencuba....


p/s:: langkah pertama.. ''bertanya mengenai kerja penyelidikan dan join''.... mudah2an berjaya..

::teori manusia dan kehidupan::

aku  pelajar dalam bidang perhutanan.. satu bidang yang kurang popular di mata manusia dan masyarakat.. dan satu bidang yang agak pelik bagi masyarakat kini.. yang mana lebih mengejar arus kemodenan, kepopularitian dan bidang -bidang yang kelihatan intelektual dan mewah untuk mengaut kekayaan.. bidang yang mengikut arus kemodenan zaman...

aku.. manusia yang cuba menghayati kehidupan.. hidup sekdar mahu menjadi penyelidik.. yang dikatakan seorang yang membosankan dengan kajian.. dan tidak mengikuti arus perkembangan zaman.. ketinggalan.. dan keseorang.. gila dengan hasil kajian sendiri.. itu antara kata-kata yang dilemparkan kepada para pengkaji.. yang banyak memberi manfaat kepada arus kemodenan kini yang kita kecapi..

manusia.. memang tidak pernah sedar dengan kehidupan yang mereka sendiri kecapi.. tidak bersyukur... dan menghargai.. sedarkah mereka .. tapi kehadiran para penyelidik.. tidak wujud apa yang wujud kini.. kerana tiada kesedaran dalam diri manusia.. untuk menghayati dan menikmati cipta tuhan yang esa ini..

aku masih segar dalam ingatan ku... pertama kali untuk aku memulakan pengajian aku dalam bidang perhutana.. yang aku dalam sekarang... aku ingat agi.. apabila aku ditanya oleh seorang insan... 'kenapa aku memilih bidang perhutanan sebagai kerjayaku.. sedangkan banyak hutan kian dimusnahkan.. dan hutan semakin HABIS.. musnah..'  aku diam menyepi ketika itu.. namun kini aku sedar.. dan mempunyai jawapan bagi kata-kata insan tersebut..

sedarkah kita.. bahawa hutan penyumbang kepada karbon dioksida yang kita hirup sekarang ini.. cuba fikir.. apa akan jadi apabila kita kehilangannya... nmasihkah kita wujud disini???? masa itu.. tak guna kita mempunyai segala kekayaan.. kita mengikut arus kemodenan.. sedangkan kita tidak mempunyai nyawa.. yang mampu kita pertahankan.. 

ntahlah.. manusia.. mungkin suatu hari nanti.. CO2 pun.. mungkin dapat diproducekan sehingga tidak perlu hutan untuk dilindungi.. jadi tidak manusia-manusia seperti kami.. dalam bidang perhutanan ..juga tidak diperlukan untuk melindungi segala hutan kita.. daripada dilindungi dan dirosakkan... biar musnah ditelan kemodenan.... 
....renung-renungkanlah...


:: tanda jodoh kita::


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

 *sebagai info untuk semua-hasil copy paste dari ternet*


Monday, February 21, 2011

:: manusia... fahamkah kita?? ::

"sometime.. apa yang kita fikir.. orang dapat baca (teman rapat).. dan kekadang.. orang x faham (semua orang).. apa yang kita rasa.. dan apa yang kita fikirkan..."

malam nie aku nak mengisukan mengenai perasaan... x pasti la mengenai perasaan orang kew atau apa2.. yang pasti aku sememang rasa macam nie... ntah la korang terfikir atau x.. tapi perasaan aku kekadang.. (hampir selalu gak la sebenarnya).. rasa kan perasaan nie.. dimana keadaan.. bila kita bersama dengan seseorang.. x kiralah... dalam kumpulan atau individu..  dapat mengesan perasaan yang dier.. x suka pada kita.. tyme tue instinct aku.... kuat mengatakan YA.. walaupun aku menidakkannya... dan kekadang aku buat bodoh jew.. pernah korang rasa macam tue.. ??? memang terasa agak bodoh la tyme tue.. sebabnya .. dalam orang tak suka..  still kita terhegeh-hegeh.. buat macam orang suka dengan kita kan.. 

kalau korang pernah rasa.. aku fikir.. x ganjil la.. kalau aku sering mengalami benda sedemikian kan.. biasa la.. manusia sensitif.. mempunyai semua deria rasa... antara orang lain sedar atau x sahaja... yang dier menggunakan deria rasa yang ada sepenuhnya.. tapi apa yang bagusnya di sini.. aku dapat kurangkan ego aku la.. dengan menunjukkan kebodohan aku... dan ketidakpunyai perasaan terhadap tingkah laku orang.. aku x pasti.. keadaan nie patut di puji atau dicemuh...

korang nak tahu.. cam mana tindakkan orang.. yang menyebabkan aku rasa macam tue.. dan tindak balas aku..

1. bila aku cakap.. orang buat x tahu jew.. macam x dengar.. walaupun kita sedar.. dier dengar percakapan kita...
tindakkan aku>> maybe dier x dengar kot.. (still tunggu macam org bodoh kat ctue.. x sanggup nak blah.. walaupun org x layan)

2. bila awal2 aku cakap ok.. dier layan.. tapi lama2 mula berdalih.. dan mengelak ke lain..
tindakan aku >> still macam org bodoh gak.. teruskan.. sehingga satu keadaan.. aku katakan.. "oh aku dah ceritakan dah semua tadi, kau x perasan kew??"..

3. kita minta tolong.. orang banyak dalih..
tindakan aku>> keadaan ini korang sendiri faham.. kalau skali dua dier berdalih x kisah.. tapi kalau tiap2 kali kita minta tolong .. dier berdalih.. korang patut faham... dier bukan seorang yang patut korang minta tolong..

sebenarnya.. banyak situasi.. dan keadaan yang boleh menyebabkan aku terasa sebenarnya.. tapi kalau nak teliti.. x habis.. tapi sebagai diri aku sendiri pun... aku nasihatkan.. dan peringatan pada diri aku juga la.. setiap apa yang kita buat.. fikirkan.. maybe ada orang terasa dengan tindakkan kita.. yang mungkin.. hari nie kita x suka dier.. mana tahu.. suatu hari nanti.. dier lah satu2nya manusia yang kita perlu minta bantuan.. x malu kew kita tyme tue.. jadi renung2kan lah..

p/s:: tapi selalunya.. bila aku mengenali seseorang.. aku x akan mengulangi kebodohan yang sama pada orang dan perkara yang sama... selalunya aku simpan dalam memori aku..

Tuesday, February 15, 2011

:: test agi esok::

wala~~ jumpa agi...
selamat menyambut maulidar rasul...
mesti banyak program yang dilakukan di sekolah-sekolahkan.. sempena mengingati kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW... tapi aku lak .. terperap jew dengan buku dan nota.. nasib baik ada lappy tolong temankan untuk berhubung....

esok aku ada test.. tapi malam nie rasa cam x ready agi nak jawab test esok.. nak pula 2 paper berturut2.. dan hari sebelumnya nya pun ada paper... report2 pun belum siap... waduh2.. apa2 pun... malam nie jz datang melawat jap jew.. ok.. bye.. nak sambung study balik..


p/s::doakan aku dapat jawab dengan excellent yerk.. esok..


Tuesday, February 8, 2011

:: kelas yang sangat khusyuk::

 korang nak tau.. beberapa jam lepas.. aku baru jew abis kelas untuk subjek ekologi... dan first tyme aku masuk kelas aku rasa sangat2 la khusyuk dengan penerangan lecturer.. sampai x tertulis note aku hari nie.. (nak cakap x tahu nak tulis apa pun.. boleh juga..) sebab nyer.. terlalu sangat khusyuk.. dan fikiran aku pun mula melayang dengan tajuk2 dalam penceritaan  lecturer aku tadi... korang nak tahu apa yang aku belajar?? dan apa pula yang aku fikirkan?? jom.. jom..

hari nie ktorang belajar mengenai ekologi.. dan yang dikaitkan mengenai sejarah pembentukan bumi.. dan sehinggalah kepada ekologi alam yang terdapat kini...  daripada topik tue.. muncul lah beberapa perkaitan yang dikaitan mengenai gondwanaland dan laurasia..  pergerakan plat-plat bumi yang membentuk beberapa benua.. evolusi.. dan zaman dinosour... 

aku x pasti la.. orang lain macam mana.. tapi dengan tajuk nie.. aku sedikit teruja.. dan akal aku pun mula merawang2 dengan teori2 yang diberikan dan apa yang aku baca.. sehinggalah.. aku hilang terus point utama aku belajar tajuk tue... disebabkan terlalu teruja.. parah doh.. excited dengan cerita hingga hilang fokus.. dalam erti kata lain.. aku jadi confius dengan apa yang aku belajar hari nie.. 

hilang dengan dunia khayalan dinosour.. hahhahah~~


p/s:: tyme zaman sekolah dulu.. aku pernah buat folio.. mengenai dinosour bagi subjek EST.. banyak maklumat aku dapat.. tapi sayang nyer.. semua maklumat tue dah hilang.. cz disket rosak.. almaklum la.. tyme tue pendriver x kenal agi.. semuanya simpan dalam disket..

Saturday, February 5, 2011

:: hari nie .. punya CERITA ::

hahaa.... aku dah balik KOLEJ... cukup tenang malam nie.. cz banyak agi bebudak yang laen belum balik ke kolej.. untuk memulakan sesi kedua kuliah bagi semester nie..(cz semester break- CNY).. sangat tenang dan sunyi.. aku pun yang baru balik pagi tadi...sampai kolej.. terus buka ternet... sambung cerita yang aku tengok dengan adik aku semalam... NADOME CATABILLE ..satu hari.. aku dan adik aku (peminat giler cerita korea n jepun)..  habiskan cerita tue.. dan balik tadi.. terus ak cari kat ternet..  cz semalam aku buka bb.. sangat slow dan lembab.. kalah siput kebun berjalan.. tapi bile dah balik kolej.. memang dendam aku berbalas.. laju kot.. ternet.. sangat bersemangat mendownload cerita.. disebabkan internet sangat laju... sangat cepat.. kini.. semuanya aku download secara pukal.. hahah.. download banyak2.. tumpang ada masa.. (sangat jahat di situ..)

 petang tadi lak... kawan aku ajak keluar g MINES.. cz foodcourt x buka.. sik ada makan.. mau makan.. jadi nak x nak kena keluar gak.. then tyme aku jalan2 tadi di mines.. aku ad jumpa satu keychain.. sangat comel.. n aku sangat suka.. x tau kenapa terexcited sangat dengan keychain tue.. tapi aku x beli tadi.. terasa menyesal giler.. takut habis.. aku nak juga keychain tue... arggh~~.. jadi sapa2 yang tinggal dekat mines.. n baca blog nie.. klu jumpa keychain tue.. jangan beli.. cz aku nak borong semua keychain tue.. uhuhu..
p/s:: ingat tau amaran aku..  jangan beli..
 muka si cute nie la.. aku nak beli tadi.. tapi dengan gaya lain..

p/s:: isyhh.. tetiba jew dier malu terlebih lak..

tue jew.. cerita aku hari nie.. hahha..  
yang pasti jalan2 tadi.. aku dah abiskan hampir seratus lebih.. waa.. sangat sayang duit aku di situ.. tapi x pe.. cz x boros kepada benda yang bukan2.. semua aku beli barang keperluan jew.. x boros pun mek ek.. hihi~~

 macam2 bentuk gula2 ada d mines..
yg paling aku x tahan gula2 bentuk batu.. gambar sebelah kanan tue.. urmm..

Wednesday, February 2, 2011

:: semut dan kematian::

 kehidupan sentiasa mempunyai maksud tersirat.. di setiap kejadian dan terciptanya alam.. semuanya berlaku  dalam kita sedar atau x sedar.. dan memikirkan alam ciptaan-NYA..

semalam.. baru aku terfikir mengenai kematian serangga.. yang berlaku kekadang tanpa kita sedari.. dalam sedar dan x sedar.. sering kali kita memutuskan beberapa nyawa.. dari jasad yang kecil.. yang kita anggap remeh.. kerana populasinya yang banyak.. kita membunuhnya.. tanpa kita memikirkan kelahiran.. kesusahan yang ditanggung oleh sang ratu.. dan sebagainya.. namun hukum alam..  dan sifat manusia.. yang memandang remeh terhadap ciptaan tersebut.. tetap akan memusnahkannya.. kan.. begitu juga dengan aku.. yang x terlepas dengan keadaan tersebut..

namun aku percaya.. ramai yang diluar sana.. suka memerhati tabiat serangga.. walaupun sering membununhnya..  disebabkan dier kecil.. dan suka merayap dan mengigit.. itu dijadikan alasan untuk membunuh sekecil tersebut.. 

sedarkah kamu.. apa yang terjadi selepas itu???
kalau anda pemerhati yang baik.. anda akan nampak.. bahawa.. rakan2 semut yang berhampiran (rakan2 koloni semut tersebut)  akan datang.. dan berusaha  mengangkat mayat semut tersebut... dan pada ketika itu.. mesti anda terfikirkan.. mengenai semut yang diangkat.. dan diusung oleh rakan2nya.. dan mayat tersebut dibawa kemana??  terfikirkah anda....

ok.. kalau korang terfikir cam tue.. biar aku gtau jawapan dier..  tujuan sebenar semut tersebut mengangkat mayat tersebut..

daripada artikel yang aku baca.. tujuan semut mengangkat mayat semut yang mati tersebut.. adalah untuk mengelakkan daripada diserang wabak yang menyebabkan kematian semut tersebut..  menjangkiti semut lain.. biasa la.. semut bukan ada doktor untuk check tujuan kematian dierkan.. kalau kena penyet dengan manusia pun.. dier akan bawa keluar juga la kan..

koloni semut tersebut.. akan mengesan kematian semut.. dengan rembesan yang dikeluarkan oleh semut tersebut..  kepada koloninya yang masih hidup.. rembesan tersebut  menjadi isyarat kepada koloni yang menyatakan kematiannya.. penyataan ini hasil daripada kajian Jocelyn Millar, professer bidang entomologi.. yang menyatakan bandingan antara isyarat  kimia antara semut hidup dan mati...

jadi kesimpulan disini.. semut..akan mengeluarkan semut yang mati dari koloninya.. bagi menyekat penyebaran penyakit dalam koloni tersebut... bijakkan semut.. urmm~~~

  nie la.. aktiviti sepakat.. membawa berkat.. dari koloni kerengga.. 
atau nama saintifiknya.. geng  Ocoephylla smaradgina...

p/s:: sebenarnya banyak tabiat daripada order hymenoptera yang kita dapat pelajari dalam kehidupan kita.. terutama.. dari sikap rajin.. tolong menolong..kerjasama.. dan sebagainya..

:: OTAKU apa tue?? ::


apa tue?? urmm.. disebabkan perkataan nie la.. satu malam aku mencari.. korang tau sebabnyer.. cam nie cerita nyer.. semalam.. tyme aku suft internet.. aku x pasti kenapa.. tetiba jew aku download satu gambar anime nie.. then pagi tadi.. aku bangun.. terus aku change profile picture aku di facebook guna gambar tue.. tanpa berfikir panjang..

then malam nie.. tetiba jew aku terfikir perkataan yang tertera pada gambar tersebut.. OTAKU.. macam best.. tapi apa maksud dier kan.. first aku search.. gambar anime banyak.. ok.. fine agi.. tapi lama sikit.. gambar anime2 yang kurang menyenangkan timbul.. isyhhss.. biar betul..(gertak aku dalam hati la).. x kan ada maksud yang bukan2 kot.. then aku cari.. cari.. dan terus cari sampai pukul 1 pagi sekarang nie..

dan akhirnya.. korang nak tahu.. apa maksudnya.. nasib baek perkataan tersebut ada kaitan dengan aku gak.. ok.. nak tahu.. OTAKU   nie satu perkataan jepun ..(hahah.. saja nak gtau.. conform2 la korang tahukan.. bunyi pun dah tahu tue perkataan jepun..) .. TAKU .. bermaksud rumah ...OTAKU  (おたく / オタク).. pula bermaksud seseorang yang negetif.. suka duduk dirumah seorang diri  (x bersosial).. dan hanya melayan anime.. mangga.. dan video game...  yang tersangat obses..

tapi tue.. ada kaitan dengan aku kew.. cz aku minat anime jz sebagai isi masa lapang jew.. laen la kalau bab suft internet.. sememangnya sangat2 obses.. sehari x buka lappy.. mengadap internet.. macam x hidup.. huuh~~ tapi nie dalam kategori OTAKU juga kew.. hihi~~

tapi kalau dilihat dari istilah inggeris.. OTAKU.. juga dikategerikan sebagai budak nerd.. yang dikatakan aneh lagi pelik dalam kehidupan seharian mereka.. terpinggir dari orang lain.. dan membosankan.. mereka juga dikatakan terlalu obses dengan komputer.. video game.. buku komik dan lain-lain.. (hai.. nampaknyer.. cam dah terkena sekali..) tapi kalau obesis internet.. sampai jadi macam Mark Zuckerberg.. berbaloi.. muda2 dah jadi jutawan.. uuuhhuhu~~

akhirnya dapat juga maksud OTAKU...


p/s:: walaubagaimana obses pun terhadap benda lain .. pelajaran diabaikan.. JANGAN..