:: semut dan kematian::
kehidupan sentiasa mempunyai maksud tersirat.. di setiap kejadian dan terciptanya alam.. semuanya berlaku dalam kita sedar atau x sedar.. dan memikirkan alam ciptaan-NYA..
semalam.. baru aku terfikir mengenai kematian serangga.. yang berlaku kekadang tanpa kita sedari.. dalam sedar dan x sedar.. sering kali kita memutuskan beberapa nyawa.. dari jasad yang kecil.. yang kita anggap remeh.. kerana populasinya yang banyak.. kita membunuhnya.. tanpa kita memikirkan kelahiran.. kesusahan yang ditanggung oleh sang ratu.. dan sebagainya.. namun hukum alam.. dan sifat manusia.. yang memandang remeh terhadap ciptaan tersebut.. tetap akan memusnahkannya.. kan.. begitu juga dengan aku.. yang x terlepas dengan keadaan tersebut..
namun aku percaya.. ramai yang diluar sana.. suka memerhati tabiat serangga.. walaupun sering membununhnya.. disebabkan dier kecil.. dan suka merayap dan mengigit.. itu dijadikan alasan untuk membunuh sekecil tersebut..
sedarkah kamu.. apa yang terjadi selepas itu???
kalau anda pemerhati yang baik.. anda akan nampak.. bahawa.. rakan2 semut yang berhampiran (rakan2 koloni semut tersebut) akan datang.. dan berusaha mengangkat mayat semut tersebut... dan pada ketika itu.. mesti anda terfikirkan.. mengenai semut yang diangkat.. dan diusung oleh rakan2nya.. dan mayat tersebut dibawa kemana?? terfikirkah anda....
ok.. kalau korang terfikir cam tue.. biar aku gtau jawapan dier.. tujuan sebenar semut tersebut mengangkat mayat tersebut..
daripada artikel yang aku baca.. tujuan semut mengangkat mayat semut yang mati tersebut.. adalah untuk mengelakkan daripada diserang wabak yang menyebabkan kematian semut tersebut.. menjangkiti semut lain.. biasa la.. semut bukan ada doktor untuk check tujuan kematian dierkan.. kalau kena penyet dengan manusia pun.. dier akan bawa keluar juga la kan..
koloni semut tersebut.. akan mengesan kematian semut.. dengan rembesan yang dikeluarkan oleh semut tersebut.. kepada koloninya yang masih hidup.. rembesan tersebut menjadi isyarat kepada koloni yang menyatakan kematiannya.. penyataan ini hasil daripada kajian Jocelyn Millar, professer bidang entomologi.. yang menyatakan bandingan antara isyarat kimia antara semut hidup dan mati...
jadi kesimpulan disini.. semut..akan mengeluarkan semut yang mati dari koloninya.. bagi menyekat penyebaran penyakit dalam koloni tersebut... bijakkan semut.. urmm~~~
nie la.. aktiviti sepakat.. membawa berkat.. dari koloni kerengga..
atau nama saintifiknya.. geng Ocoephylla smaradgina...
p/s:: sebenarnya banyak tabiat daripada order hymenoptera yang kita dapat pelajari dalam kehidupan kita.. terutama.. dari sikap rajin.. tolong menolong..kerjasama.. dan sebagainya..
Comments
Post a Comment