Posts

Showing posts from February, 2019

Merisik

Assalamualikum... Aku datang ke sini untuk meluahkan rasa hati... Tanggal 18hb disember 2018, satu rombongan merisik telah datang ke rumah aku.. rombongan itu ingin merisik aku untuk sepupunya yang empat tahun lagi tua dari ku dan seorang tentera.. fikiran aku bercelaru, sebabnya aku rasa majoriti perempuan pun akan gusarkan apabila dijodohkan dengan orang yang dia sendiri tidak kenali.. dan kawan aku yang kenal sesama sendiri tu tetap merasa takut bila namanya pernikahan... Pendapat aku.. orang lain yang mempunyai cinta hati sendiri.. saat ini mungkin berbunga-bunga di hati mereka saat ingin dipertemukan antara keluarga dan bakal disatukan.. tetapi tidak pada aku saat ini.. penuh gusar, resah, tanda tanya dan takut.. Pengalaman-pengalaman lepas menyebabkan aku takut untuk menerima rombongan tersebut dalam hidup aku.. pertama kerana dia tentera, menteliti mereka agak lain dari orang awam biasa.. aku mungkin boleh kurangkan sedikit kegusaran tersebut sekiranya dia seorang pegawa