Merisik

Assalamualikum...

Aku datang ke sini untuk meluahkan rasa hati...
Tanggal 18hb disember 2018, satu rombongan merisik telah datang ke rumah aku.. rombongan itu ingin merisik aku untuk sepupunya yang empat tahun lagi tua dari ku dan seorang tentera.. fikiran aku bercelaru, sebabnya aku rasa majoriti perempuan pun akan gusarkan apabila dijodohkan dengan orang yang dia sendiri tidak kenali.. dan kawan aku yang kenal sesama sendiri tu tetap merasa takut bila namanya pernikahan...

Pendapat aku.. orang lain yang mempunyai cinta hati sendiri.. saat ini mungkin berbunga-bunga di hati mereka saat ingin dipertemukan antara keluarga dan bakal disatukan.. tetapi tidak pada aku saat ini.. penuh gusar, resah, tanda tanya dan takut..

Pengalaman-pengalaman lepas menyebabkan aku takut untuk menerima rombongan tersebut dalam hidup aku.. pertama kerana dia tentera, menteliti mereka agak lain dari orang awam biasa.. aku mungkin boleh kurangkan sedikit kegusaran tersebut sekiranya dia seorang pegawai.. sebabnya aku pernah didedahkan gaya pentadbiran pegawai tentera.. disini aku boleh pertimbangkan sedikit sekiranya dia pegawai.. kedua aku tak kenal dia .. so aku jadi takut.. sangat takut... tambahan bila pernah ceritakan yang dia pernah memukul seorang rakan perempuan dulu semasa sekolah lagi lah aku takut.. ketiga disuruh kawen disebabkan untuk mengelakkan sesuatu.. antara perkara yang aku rasa flashback pada cerita silam lepas...  mengelak sesuatu dengan sesuatu.. tempiasnya yang orang lain pula merasa..

dah dua kali aku lakukan istiqarah.. hati aku bolak balik antara ingin cuba menerimanya atau tolak... tapi awal-awal aku dah nyatakan padanya.. bari tempoh padaku setahun.. untuk kenal.. aku tak mahu untuk susahkan dikemudian hari... aku takut..

kepada yang membaca.. doakan jodoh aku yang baik... yang mampu memimpin aku dan bertanggungjawab,, sekiranya ini bukan jodohku.. jauhilah aku dari dia si jejaka ini...

Pada masa yang sama, aku takut sekiranya aku menolak jodoh yang baik pada waktu yang baik ini.. dan kadangkala juga aku memikirkan.. tuhan sentiasa ada dan percayalah padanya.. kalau bukan ini jodohku, mungkin ada yang lebih baik...



Blok I, Angkasa Apartment
06:04    17022019
memikirkan masa depan...


Comments

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..