Master by RESEARCH...

 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Walaupun otak tengah tadi bertekad nak fokus pada bacaan journal pagi nie..
tapi hati sangat-sangat memberontak untuk menaip sedikit coretan isi hati berkaitan tajuk ini..

master by research.. 
banyak manusia diluar sana.. yang tak makan cili pun.. apatah lagi menyentuhnya.. mempersoalkan.. kenapa student master by research nie lambat sangat habis study..  kata tak fokus la.. kata banyak main-main la.. kata banyak bersosial la.. macam-macam la kata-kata yang hebat keluar.. seolah-olah kajian nie.. boleh siap dalam sebulan dua saja.. dan tak akan memakan waktu anda,kalau betul-betul fokus pada kajian tersebut.. dan yang paling-paling tak tahan.. manusia yang akan mengeluarkan ayat-ayat tersebut adalah budak-budak degree yang belum rasa langsung lagi projek akhir.. maksudnya tak buat projek akhir lagi dah cakap besar... astarghfirullah alazim... adik-adik belum rasa.. dah pandai judge situasi kan.. alhamdulillah sebab adik-adikdapat menghayati  pengalaman orang lain dari penelitian dan pengamatan saja.walaupun belum merasai pengalaman membuat kajian. ada juga dari segelintar manusia tersebut yang mengeluar kata-kata " urmmm.. kalau aku nanti sambung master aku nak buat satu tahun setengah jew.. tak nak jadi macam budak master yang sudah-sudah sampai bertahun-tahun tak habis.." alhamdulillah.. aku syukur.. sebab budak nie ada semangat yang tinggi untuk menyiapkan kerja tanpa tekanan..

jujur aku cakap.. waktu aku degree.. dan waktu tue aku tengah buat final year project.. aku pun terlintas benda yang sama.. tapi budak nie lagi advance.. tak merasa fyp, lagi dah ada aim macam tue.. bagus budak nie.. so mana supervisor tengah cari budak nak buat research boleh ambil dia.. dia boleh disiapkan kerja dengan cepat...

aku nasihatkan awal-awal.. mana-mana yang rasa nak habiskan master awal tue.. aku rasa mungkin lagi elok la kalau korang sambung study under coursework.. tak payah nak fikir tekanan perasaan nak siapkan awal dan sebagainya.. coursework confirm.. korang akan habiskan dalam masa setahun jew.. tak susah.. tapi kalau under research.. nak habis dalam masa yang singkat.. banyak la korang kena ketepikan dalam hidup.. yup betul la korang cakap.. buang sikap main-main.. buang sikap bersosial.. insya-allah kerja siap.. tapi hidup dalam tekanan..

master by research... samalah dengan phd.. tapi tekanan dia mungkin kurang sikit dari phd.. kalau di upm.. phd ada CE .. aku tak ingat apa term dia, dan dia merupakan satu ujian bagi menguji kefahaman kita terhadap bidang yang kita ambil  contohnya 5 soalan  kena jawap dalam bentuk esai selepas hantar kena  bentangkan jawapan tersebut pada examinor yang merupakan tenaga pakar dalam bidang tu dalam atau luar universiti.. student phd sangat stress dengan ujian tue.. majoriti cakap susah.. dan aku pun pernah tengok soalan tue dari student phd. bagi aku kena banyak prepare and baca... tapi untuk master ujian itu tak ada..  master hanya perlu fokus pada.. kajian.. manuskrip.. thesis.. dan viva.. (Depend on universiti, ada sesetengah universiti mewajibkan juga conference sebagai syarat bergraduate tapi tidak pada UPM) so.. untuk empat benda nie.. nampak macam mudah.. tapi mampu pecah kepala juga. Sebab aku sendiri pernah kena dengan pemeriksa dengan kata-kata berbunyi begini "study master bukan sama macam FYP.." dusshh.. rasa batu besar jatuh atas kepala. Sebabnya fyp dalam skop yang kecil yang kita belajar untuk kenal proses penyelidikan manakala master proses kita dah tau proses tapi dan kita nak perincikan lagi kajian dalam beberapa skop dan bagi benefit untuk orang lain. So sampai sekarang aku fikir, banyak benda aku kena belajar dan faham. Semua buku kau akan rasa nak baca untuk nak faham kajian tu dan beza kajian master dan fyp adalah, Fyp majoriti supervisor dah tau result tapi dia suruh kita buat manakala master result tu dia sendiri belum tau tu sebab dia suruh kita buat dan phd pula 100% dia serah pada kau without guide supaya kau buat. macam tu caranya.

aku master under biasiswa upm.. so nak tak nak aku kena siapkan dua journal untuk di publish.. ikut syarat berwasitat atau tak.. kalau korang hantar dalam Malaysia insyallah.. korang dapat siapkan dengan cepat.. sebab piawaian yang diletakan untuk penerbitan tak tinggi.. buat cukup-cukup makan dan rasa dah dapat diterbitkan.. tapi kalau kau hantar ke international journal atau impact faktor.. setakat setahun, belum  tentu dia terima sepenuhnya.. mau dua tiga kali edit.. baru lepas dari segalanya.. disitu hidup mesti kuat menerima tekanan.. kalau tak kau muntah hijau jew la tengok paper kau yang kena reject oleh editor luar negara tersebut.. nasihat aku untuk ini. Dah siap kumpul data kau cepat-cepat tulis paper dan start aim journal mana nak publish dan baca krateria2 yang dia nak. Tulis cara paper tersebut. Sebut tentang paper aku lebih suka paper yang kita tulis result dari hasil kajian kita compare dengan paper review. Sebabnya paper review data kita tak siap lagi pun kita dah boleh start tulis hasil dari pembacaan, tapi sakitnya kena banyak membaca. Paper result hanya kita discuss mengenai result yang kita dapat.  Dan lagi satu ada jenis journal berbayar dan tidak berbayar. Paper yang tak berbayar untuk diterbitkan adalah lebih berkualiti berbanding journal yang kena bayar. Hai! kau dah tulis penat-penat kot kenapa kau kena bayar lagi untuk diterbitkan . So pilihlah yang free lagi berkualiti baru namanya belajar.

thesis.. tyme kau muntahkan semua hasil kajian kau dari A to Z.. so aku rasa waktu nie bagi yang suka mengarang dan pandai english tak ada masalah untuk menghasilkannya.. tapi jangan lupa.. setiap hasil kau tulis perlu di refer dengan kajian-kajian yang sebelumnya.. so muntah hijau gak tengok journal dan cari balik kajian yang berkaitan..

viva voice.. aku belum ada pengalaman.. tapi selepas hantar thesis.. mengambil masa berbulan juga untuk pemeriksa menyemak thesis sebelum pembentangan hasil kerja.. so macam mana kau nak siapkan kerja dalam masa yang singkat dan tak makan tahun. hurmm.. fikir tengok... Ini belum ambil kira sekiranya berlaku ralat, kerosakan sample atau sebagainya  semuanya akan mempengaruhi dan memberi kesan pada masa pengajian. Nasihat aku  sebelum sambung pengajian by research pastikan  diri sendiri betul-betul semangat untuk buat kajian bukan disebabkan oleh belum dapat kerja mana-mana. Kedua pilih supervisor yang boleh bagi kerjasama, mudah jumpa dan berbincang, sebabnya kadang-kadang kita akan lost dan supervisor la orang penting yang akan tarik kita balik pada jalan penyelidikan  ni.  Ketiga siapkan mental untuk sentiasa  fikir tentang kajian kalau rasa nak relax2 tak payah buat membazir masa dan last sekali, cari geng jangan duduk sorang-sorang walaupun lagi senang siapkan kerja sebab tak ada gangguan tapi benda tu boleh mendorang kepada penykit sewel gak kot kalau ada masalah.. Ok done itu je.. nanti aku share tip viva pula dan macam mana menepuh ranjau phd pula.




mungkin link ni berguna juga untuk korang nak sambung study
>>Macam mana nak sambung study



Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Andai esok aku tiada..