Thursday, January 26, 2012

::kerana BAG::

assalamualikum..

hari nie penat..penat..penat dan penat.. disebabkan penangan bag.. dua hari ktorang terpaksa merayau satu KL untuk mencari...bag yang sesuai.. murah.. dan banyak.. sangat penat.. namun alhamdulillah.. akhirnya tepat kul 2.15 petang,khamis bersamaan 26 januari..  ktorang berjaya juga mendapatkan 
bag bimbit berjenama valuation.. 
(bukan prada and boss.. cz x dapat tadi..)
gembira bukan kepalang...


mangsa pencarian..

uhu.. penat tau.. nak tawar menawar.. cari kedai bag.. dan nak paten yang sesuai dengan semua orang.. cz ktorang dah dipertanggungjawabkan untuk membeli beg kelas ktorang.. bagi persedian ke kdsi.. 
nak sama semua satu intake.. terpaksa la jadi sukarelawan mencari...
namun dalam pencarian tue.. macam2 terjadi..
kena cop bawa  bag sampah la dalam suria KLCC..
kasut putus.. duit habis..tak cukup duit dan sebagainya..
macam-macam betul.. tapi hasilnya..
ALHAMDULILLAH..

harap2 semua orang puas hati..

Monday, January 23, 2012

::berjalan as orang laut::

Assalamualikum...
hAi.. Apa khabar semua.. mudah-mudahan sihat hendaknya..

kembali lagi sebagai pelajar sedang bercuti.. hehhe.. tapi tak bermaksud sekarang aku berada di rumah dan bersenang lenang.. actually.. ok baru jew lepas menghabiskan kudrat sebagai pelajar under training.. belum dapat rehat lepas exam terus masuk training.. then sekarang.. baru start cuti.. untuk sekejap sebelum memulakan latihan seterusnya.. penat.. penat.. tapi.. kekadang rasa enjoy gak.. sebab terasa lepas bebanan berat asyik study jew kan... sesekali buat latihan fizikal sedap gak kan...
so.. hari nie malas nak cerita panjang.. sebab banyak benda nak kenal settlekan.. jadi korang tengok la gambar-gambar nie ya.. sangat enjoy dengan trip yang dilakukan.. best.. terasa sangat macam orang laut..

 
simulasi kapal di ALAM.. akedemik laut malaysia









selalunya seorang2 jew pergi kelas pakai baju biru.. segan jew.. tapi bila ramai2 pakai uniform.. jalan sama2 rasa semangat tue datang.. heheh =)





Saturday, January 14, 2012

::mulu cave::

assalamualikum..

apa khabar semua.. harap2 semua sihat2 la hendaknya.. happy tak korang..
for me today is happy day.. because .. welcoming to semester break.. welcoming la sangat kan.. padahal ahad nie dah start training.. dan minggu2 penyeksaan dah bermula.. walaupun otak aku sedikit ringan dari beban kerja sebagai student... tapi fizikal dan mental akan terbeban dengan training.. paling tak tahan.. telinga la bakal mendengar bebal.. menyampah mak~~

ok cukup2 membebal.. now back to point.. hari nie aku nak selesaikan hutang dengan korang semua.. iaitu pada entry .. worldless wednesday... 21 sept 2011.. dah lama bukan.. hari nie baru bayar hutang.. dan korang pula macam mana boleh teka dengan betul..?? tapi taniah la kepada prince halilintar kerana menjawab hampir tepat untuk entry tue.. ( dan aku perasan kini.. encik prince halilintar sepi jew kan sekarang.. last up date pun november tahun lepas.. adakah beliau cuti berkahwin??? heheh~~ x pasti la kan.. kalau tersalah ramalan sorry yerk encik prince halilintar.. sebab saya takut nanti kena panah petir lak.. halilintar.. heheh =)

 gambar yang diisukan..

gambar ini adalah salah satu daripada dinding gua di Mulu, Sarawak.. kata tourist guard di situ.. itu muka Abraham Lincoln.. salah seorang President United State.. jauh betulkan muka Abraham Lincoln terlekat di  kan.. di Sarawak kot.. tapi suatu masa dahulu Abraham pernah datang ke Sarawak.. dengan isu lada hitam suatu masa dahulu.. kata tourist guard la.. view nie.. tak semua tempat dalam gua tue boleh tengok sebenarnya.. tapi pengunjung akan dibawa ke satu spot untuk dapat melihat keadaan betul2 macam dalam gambaran ini..

alhamdulillah selama 3 tahun aku berada di Sarawak.. banyak taman negara aku sempat lawat dan menikmati panoramanya semasa lawatan amali dilakukan.. dan bersyukur juga.. sebab salah satu lokasi adalah world heritage site iaitu Taman Negara Mulu.. satu kawasan yang sangat cantik bagi aku..semuanya terjaga rapi.. air dia sangat bersih.. gua dia yang indah.. hidupan dia.. semua best la boleh dikatakan..  tapi tak best nya.. waktu  nak mandi last.. tak sempat.. sebab ad penduduk kampung di situ sembelih babi pula di hilir sungai.. terbatal niat nak mandi sungai masa tue..

tujuan kitorang pergi ke sana adalah untuk amali kawasan terlindung.. melihat infrastructure yang telah dibuat bagai kawasan yang dilindungi sepenuhnya  bawah UNESC0 dan bandingkan dengan hutan yang dilindungi hanya bawah kerajaan negeri.. memang ternyata la sangat berbezanya.. jom kita tengok sikit gambar-gambar kenangan aku sekitar mulu... =)

mulu nie.. terdiri daripada hutan batu kapur.. kalau dilihat semula kepada kemegahan mulu.. semestinya adalah pinnacles yang terdiri daripada cerucuk-cerucuk batu kapur yang terdapat di Gunung Api dan Benarat. namun disebabkan oleh ketidakmampuan ktorg sampai kena sana.. bukan disebabkan stamina.. tapi menelan belanja kos yang tinggi untuk tourist guard.. jadi just ambil angin disekitar jew la.. tue pun alhamdulillah.. banyak pengetahuan yang kami dapat.. 

kalau kita lihat kelilingnya dan melawat.. memang banyak sangat gua-gua disitu dan terdapat pelbagai nama yang diberikan terhadap gua tersebut yang menceritakan asal usul bagi gua tersebut.. jom kita lihat dalam gua..

 CLEARWATER CAVE merupakan satu-satunya gua yang terbesar di mulu.. yang mana mampu dijadikan kawasan untuk landasan kapal terbang.. besar tak besar ruang gua nie.. gua  nie kalau kita tengok diaorang dah lakar keadaan gua nie yang besar.. tapi sebenarnya belum dihabis diterokai sepenuhnya... kerana masih terdapat banyak ruang-ruang atau lorong yang belum diterokai penjelajah.. sapa nak cuba boleh la.. jadi penjelajah seterusnya.. 
 

staliktik.. perbentukkan yang berlaku disebabkan oleh titisan air yang mengandungi kalsium karbonat, CaCO3.. kedar perbentukkan dia juga turut dipengaruh oleh angin yang menyebar.. menyebabkan kita boleh tengok pelbagai bentuk staliktik yang terjadi seperti di atas.. 

awal-awal aku masuk tue.. agak sedikit gerun dan geli tengok rupa bentuk staliktik yang macam tue.. ye la.. sebelum nie just tengok di gua kelam jew.. yang biasa2.. dari jarak yang jauh pula tue.. nie.. sangat dekat dan jelas kot.. depan-depan hidung.. tue yang rasa geli semacam.. uhh~~ tapi bila dah lama-lama rasa best lak .. sejuk jew batu-batu tue.. suasana dalam gua pun sangat sejuk.. macam buka pasang penghawa dingin.. tak kurang  juga dengan fauna yang lain.. yang terdapat di dinding2 gua...

 
dua keping gambar diatas yang degil.. gaduh adik beradik.. ok salah satu adalah gambar kelawar dan satu lagi sarang bagi burung layang-layang... memang degil.. tapi kalau kat bawah nie baik.. ktorag dikatakan cukup oleh tourist guard.. sebab berpeluang untuk melihat seekor kelawar terkecil iaitu.. Miniopterus australis ( Little Long-fingered Bat) gambar atas nie..

kalau view kat luar pula.. macam nie keadaan dia..
bila keluar dari gua.. terasa masuk alam jurassic park pula.. hehhe ~~ apa tak nya bila tengok keadaan pokok dia yang kebanyakkan terdiri pokok-pokok palm.. pastue hijau dan gelap bergabung.. ditambahkan pula dengan batu-batu sekeliling.. dalam erti kata lain.. ya aku sangat taksub dengan zaman-zaman jurassic park.. terpengaruh dengan cerita 'The Lost World'..  that why aku masuk perhutanan .. sebab aku suka character ahli botani tua tue dalam cerita tue.. John Hammond sebagai pengkaji dan penyelidikan.. wah~~ aku suka tue..(sambil buat mata bling~~bling~~ ala2 cute.. wekkss.. tolongla..) tapi kalau nak tangkap feeling dan perasan dengan aku.. sila lah ambil watak anda dalam cerita ini ok.. tapi watak oarang tua tue aku ambil k.. hahah~~ (sila balik ke alam nyata..) 

ok kita teruskan ke slot yang seterusnya.. bergerak ke alam nya dan tinjau ke kampung orang penan pula..












 oh.. masih meneruskan perjalanan rupanya.. bergerak dan terus bergerak lagi.. tyme nie kan.. ketorang ada banyak kenangan tau.. first botol air sasi.. sasidhran silvadurai ok (orang).. bukan botol air sasi.. terlepas ke belakang masa dia ambil air waktu sampan berjalan.. boleh pulakan.. nasib baik sempat diselamatkan oleh sampan seterusnya.. yang kedua.. situasi nie berlaku di kawasan sungai yang banyak dengan batu.. (sampan kew boat ek.. apa2 jew la kan..) tetiba terlekat dan tak dapat bergerak.. boat yang satu agi pula kipas rosak terkena batu.. macam2 terjadi.. pastu mula la tyme tuduh menuduh.. kawan nie berat kawan tue berat..tapi apa pun.. ENJOYyyy~~~

 sampan mate aku.. sampan kew boat..??

 sesampai di kampung penan.. macam biasalah.. tyme for borong.. tapi x de la nak borong sangat kan.. cuma belikan sikit-sikit buah tangan untuk rakan-rakan sekelas yang lain.. sebab amali nie pergi by elektif.. kitorang budak forest and wildlife management jew yang datang ke sini.. budak rekreasu pergi miri park tyme tue.. pilih.. abang kakak.. pilih.. heheh..


 ok rasanya cukup setakat disitu dahulu untuk hari nie.. lain kali aku bawa cerita lain lagi.. kalau aku nak cerita memang sehari semalam tue.. conform la tak cukup punya.. dan kalau diikutkan hati banyak lagi nak ditunjukkan dan ceritakan tapi .. urmm.. lain kali la pula..ok see u next tyme.. next topic..

 model gadis hutan mulu, sarawak

mau terbang pulang sudah.. jumpa lagi ..
 rindu kenangan nie.. terutama bila tengok balik semua gambar-gambar dan video untuk trip nie... sangat banyak kenangan.. tak ada sapa-sapa yang nak supply tiket ke.. buat trip kali kedua pula kali nie mesti climbing.. =)






:: kata ganti nama ::

assalamualikum..

dan selamat pagi semua.. malam nie cuba nak tidur awal sebenarnya.. tapi tak boleh pula.. sebab dah terbiasa tidur lewat tiap-tiap malam.. dan siang tadi pun tak lakukan apa-apa aktiviti berat.. menyebabkan aku bangun semula dari katil dan up date blog..  tak sapat tido weh...

tadi.. sambil-sambil melelapkan mata.. terfikir balik kenangan waktu kecil-kecil.. bagaimana didikan mak dah ayah.. pernah berikan pada kami adik beradik bermacam-macam nasihat dan pengajaran.. dari kecil hinggalah sekarang.. namun separuh daripada pengajaran tersebut semakin hilang apabila berada disamping kawan-kawan.. ini menunjukkan pengaruh rakan sebaya sangat kuat di dalam diri kita.. betul tak..?? 

kalau tak betul cuba kamu semua check balik dengan teliti.. ada tak kekadang tue kamu terajuk atau terbuat atau mengikut tingkah laku kawan rapat kamu.. kalau tak ada banyak pun sikit mesti ada kan.. mesti ada punyalah.. tipu lah kalau tak ada.. terutama yang dah lama berkawan dengan orang yang sama.. mesti lagi banyak diikutkannya..

ok.. berbalik kepada cerita... waktu kecil dulu..

(dalam keluarga saya lah.. saya tak pasti bagaimana dalam keluarga kamu yang lain..) dalam keluarga saya sewaktu kecil.. penggunaan kata ganti diri 'AKU'  sangat cukup dipantang.. kalau ada adik-adik kecil atau mana-mana budak-budak kecil yang menggunakan kata ganti diri 'AKU'.. orang-orang tua yang berada berhampiran mesti cepat-cepat akan menyampuk..

"apa cuba ulang sekali lagi.. makcik/nenek/tok/kakak/abang tak dengar la.."

dan secara automatik.. budak tersebut akan mengubah pengunaan kata ganti diri dia kepada adik/abang/kakak/orang/ atau nama panggilan untuk menyatakan berkaitan dengan dirinya.. 

dan aku terfikir kini.. apa salah penggunaan kata ganti nama tersebut mengantikan diri kita.. sebab sehingga kini aku sendiri confius untuk menggunakan kata ganti diri tersebut.. (korang boleh tengok sendirilah.. ayat yang aku tulis.. ada saya ada aku.. semuanya keluar dengan sendiri.. dan aku tak nak ubah untuk menjadikan bukti kepada korang..) masalah nie juga sering terjadi semasa sekolah rendah dulu tau.. tulis karang kena check balik satu persatu disebabkan keconfiusan nie.. kalau dalam entry-entry sebelum nie pun aku check gak.. dan kekadang aku malas aku biarkan jew... terus publish..tue yang korang baca entry aku macam ayat keling kan..  hahah~~

bagi aku masalah kata ganti diri nie aku.. aku cukup pandang berat.. sebabnya.. aku rasa cukup masalah menggunakannya.. terutama dikalangan kawan-kawan.. 

aku.. tanah tumpah darahku.. adalah kedah.. dan aku rasa penggunaan kata ganti nama bagi setiap orang dan setiap negeri adalah berbeza.. betul tak.. cuba korang check balik bila aku cerita berkaitan diri aku.. 

kebiasaan orang kedah akan gunakan ganti diri sebagai ''chek''.. tapi aku dengar tak ramai pun yang menggunakan kata ganti diri tersebut.. tapi kakak aku guna perkataan tue.. aku pula menggunakan nama aku untuk membahasakan diri aku.. tapi lain pula abang aku.. dia lebih suka guna abang atau orang untuk membahasakan dirinya.. 

situasi aku disekolah pula berbeza.. aku bahasakan diri aku sebagai 'kami' bila bercakap dengan kawan-kawan.. kelihatan lebih lembut sedikit.. disebabkan tidak dibenarkan penggunaan 'aku'kan... 'saya' pula bila bercakap dengan orang yang lebih tua.. sebab akan terasa sangat pelik bila guna 'saya' dengan kawan-kawan.. rasa formal semacam dan kawan pun rasa pelik dan kekok.. penggunaan 'awak' pula.. cukup pantang.. nanti akan kena perli dengan kawan-kawan sebab berlagak KL disekolah.. atau dilabelkan gedik.. (bila balik kampung.. jangan sekali-kali cuba cakap KL dengan kawan-kawan atau saudara mara.. nanti kena perli rapat.. kononnya dah lupa asal usul.. hasil pengajaran dari saudara mara sebelum nie..) lucukan.. =) tapi ok untuk memartabatkan bahasa ibunda.. sebab bila semua dah belajar luar.. bawa bahasa luar sapa jew nak cakap bahasa kedah balik kan.. jadi martabatkan bahasa sendiri..  tapi aku ikut kandang la..kalau kandang kambing aku terpaksa mengembek.. kalau aku masih guna bahasa ayam aku.. kambing takkan faham..

tapi bila aku keluar belajar di luar.. contoh sekarang aku di serdang.. kawan-kawan aku kebanyakkan dari kl,selangor, pahang dan kelantan.. bila aku menggunakan ganti diri yang sama aku gunakan masa disekolah dulu.. waktu bercakap dengan kawan-kawan.. kawan-kawan aku disini.. tak faham.. sebabnya aku guna 'kami'.. diorang fahamkan ramai sedangkan aku cerita aku sorang jew.. dalam buku pun menyatakan kami untuk ramaikan.. dan awal-awal dulu aku sakit hati juga la bila diorang tak faham.. dan terpaksalah aku ubah percakapan aku.. dari bahasa kedah ke kl celupkan.. tapi untuk menggunakan kata ganti diri tue tetap bermasalah.. sebabnya sejak kecil dah diajar.. dah ditegah banyak-banyak kali... jangan guna aku.. sebab katanya kurang manis.. dan kasar bila guna aku.. tapi kawan-kawan yang lain guna aku dalam percakapan harian... jadi diri pun macam tak menentu jew.. apa yang nak digunakan sekarang.. tak ada keputusan.. susah bila dah di mind set kan sesuatu tue..

 kalau guna perkataan diatas.. nanti kata speaking london la pula..

jadi .. macam nie la jadinya.. nak guna kata ganti diri apa sekarang... nak guna awak.. rasa janggal.. nak guna saya.. sopan sangat.. nak guna kami.. memang hancus nanti.. kiter.. sama hancusnya dengan kami.. orang.. rasa pelik sangat.. chek.. lagi aku rasa pelik.. nak guna aku..  bila mind set dah cakap aku tue sangat kasar.. nak cakap dengan orang guna aku sangat terasa kekok.. penggunaan aku hanya digunakan bila bercakap dengan diri sendiri jew.. bila tak ada yang kedua.. maksudnya disini aku terpaksa gunakan nama aku sendiri bila bercakap untuk lebih selesa.. macam aku cakap dirumah.. ataupun straight to the point.. tak perlu mention2 diri lagi..  mungkin kot.. lagi senang...

tapi niat diorang sebenarnya.. nak budak-budak nie lebih beradap bila bercakap.. terutama dengan orang tua-tua.. memang tak maniskan bila kita dengar.. sapa-sapa jew la.. bila bercakap dengan orang yang lebih tua daripadanya membahasakan dirinya aku.. silap yang telinga nipis mau seperti give me five.. lalala~~ tak sedap namanya tue.. sebab menampakkan gaya kita menghormati sesorang... bahasa juga menunjukkan perwatakan diri sesorangkan.. jadi jangan salah guna bahasa diri..  terutama sekarang.. pengaruh cerita kongsi dan sebagainya.. serabut telinga aku dengar.. apa gua kan.. entah la.. bahasa.. bahasa.. bahasa jiwa bangsa ok.. martabatkan bahasa.. baru jadi bangsa yang berkualiti..







Saturday, January 7, 2012

::just nak kongsi jew::

assalamualaikum...

hai apakhabar semua... hehheh.. (ketawa ada makna)

aku just nak bagi tau korang jew.. aku dah selamat dilahirkan sudah.. hahah.. x de la.. sebenarnya.. dah meningkat satu anak tangga aku... bertambah tua aku.. satu.. kedua.. exam ada 5 paper agi.. malam nie study untuk nak paper.. ekonomi dan pengurusan.. aduhs.. dua paper satu hari.. sakit otak juga tue.. apa-apa pun chai yuk untuk diri sendiri.. jangan banyak mengeluh.. dan buat yang terbaik.. aja-aja fight... doakan aku juga ya.. supaya success-success selalu.. ok.. and aku sajikan gambar cute senior-senior aku masa pesta konvo tahun lepas.. tahun jew lepas.. tapi semester nie tau.. selamat cuci mata.. hehe ..(^_^)..






cutekan diorang.. sakit perut aku tengok gelagat diorang nie...
nie semua mesti tak lain dan tak bukan.. untuk siapkan kerja projek asas keusahawanan.. itu sebablah begini.. apa2 pun all the best seniorku.. 
gambar memang TERBAIKK...







Thursday, January 5, 2012

:: please fokus ::


astafirullah al- azim...
apa jadi dengan aku sekarang nie.. sejak dari pukul 10 tadi menatap nota..  namun satu apa pun tak masuk dalam fikiran .. kosong..  mana perginya semangat aku nie.. please diri behave.. u doesn't have enough time .. if u still like this.. banyak lagi benda yang nak kena faham dan baca ok.. please alert... walaupun paper malam jumaat.. tapi esok dah khamis ok.. please fokus..


situasi aku sekarang .. ibarat ada magnet yang cuba menolak... walaupun aku paksa untuk melekat.. aku tak tahu apa jadi dengan aku.. macam lost sangat sangat.. malas menguasai diri sepenuhnya.. aku cuba lenturkan.. tapi semakin kuat dia menampalnya.. bagaimana pun aku cuba memuhasabah diri dengan keadaan.. kenapa aku sedemikian..

aku cuba kenang kembali zaman-zaman diploma.. dimana tahap semangat yang tinggi untuk belajar.. aku letak sasaran untuk kejayaan...
  1.  Aku cari pencabar yang paling hampir dengan aku..
  •  bagi aku aku perlukan pencabar yang setara dengan aku.. iaitu coursemate aku.. nak kata rapat.. biasa-biasa jew.. tapi kitorang selalu chat hampir tiap-tiap malam.. ceritakan mengenai diri masing-masing.. sehingga suatu hari ceritakan mengenai matlamat.. masing-masing berusaha nak dapatkan anugerah dekan time tue.. (semester dua lebih kurang).. disebabkan nak kejar matlamat yang sama.. kitorang beat.. siapa dapat anugerah dekan dahulu kena bagi hadiah kat dia.. start daripada hari tue.. kitorang sentiasa berusaha  untuk dapatkan yang terbaik.. semester 5 sama-sama dapat anugerah dekan.. jadi secara automatik perjanjian terbatal.. tapi dia ada bagi hadiah juga.. beg.. buah tangan dari indonesia.. pada semua coursemate yang dapat dekan semester tue..  tapi akubelum balas lagi hadiah dia.. heheh.. insyaallah suatu hari nanti aku bagi.. 
  • itu pencabar... tapi bila masuk degree.. aku rasa susah untuk lakukan benda yang sama.. sebabnya.. masing-masing kelas berbeza.. kalau ada pun mungkin 2 atau 3 kelas yang sama.. yang lain berbeza dan ada rakan yang sama semua kelas dengan aku... itupun ibarat satu dahan yang sangat tinggi susah untuk aku capai.. walaupun aku cuba melompat untuk gapai.. tapi pokok tue seperti semakin lama semakin membesar.. dan mungkin suatu membiarkan aku jauh di bawah..
>>dalam situasi nie kenapa aku tak mencari alat bantu seperti tangga.. 
sedangkan aku tahu pokok ini tak boleh di panjat.. urmm??? 


dah.. aku cuba cari tangga sebenarnya.. tapi kaki aku ibarat melekat disitu.. dengan pelbagai kekangan disekeliling.. dengan kaki yang melekat ibarat alasankan dan sebagainya.. menjadikan aku terus dibawah pokok kan.. sedih pula bila aku menatap keadaan tersebut.. ibarat orang bodoh yang tidak mampu melakukan apa-apa disebabkan oleh kemalasan..

apa pun sekarang.. bukan alasan untuk terus berada di bawah pokok.. sebab manusia ada kelebihan masing-masing untuk berfikir.. usaha untuk mendapatkannya itu yang lebih penting.. sehingga mencapai kedahan yang diinginkan..


hanya diri sendiri mampu mengubahnya..


Wednesday, January 4, 2012

:: relax minda sekejap jom ::

assalamualikum..

apa khabar semua.. dah banyak study??
(persoalan yang serang keluar dari mulut kawan-kawan bila masuk musim exam.. kekadang boleh stress juga bunyinya kalau kita kurang persediaan..) bila musim exam nie.. mesti semua orang sebuk dengan buku dan nota-nota kuliahkan.. tak kurang juga yang tengah ambil paper sekarang.. maklumlah paper malam.. macam aku sem nie.. 2 paper jew siang yang lain semua malam..

back to story.. bila tengah sibuk study nie.. nak juga la relax-relax jap kan.. lepas kan pandangan seketika dari nota.. refresh kembali katanya.. menjeguk la kejap laman-laman sesawang  di internet dan facebook nak tinggal memang susah sekali.. kalau blog tue lain sikit kan..  bagi aku dalam situasi nie.. yang tengok sibuk-sibuk study nie.. aku kalau relax-relax tue.. aku suka menjengok facebook seorang kawan aku nie.. ex-classmate time sekolah rendah... sekarang dia study di Manipal dalam jurusan perubatan... pergigian kalau tak silap aku..

yang aku sukanya melawat facebook dia nie sebab.. sejuk jew bila aku baca ayat-ayat dia.. semua berunsurkan nasihat.. lepas tue suka pula post doodle dakwah yang banyak bagi pengajaran dan nasihat disitu... aku suka tue.. nie kalau ada blog.. mesti lagi banyak doodle dakwah dia masukkan kan..dan banyaklah pengajaran yang kita dapat... nie yang menyebabkan aku suka dia punya facebook.. sama macam tuan dia juga kecil molek dan comel..

nie adalah salah satu doodle yang dipostkannya dalam facebook.. sangat bagi untuk perempuan ikuti..

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan
tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.
 
jom selamat beramal...
 
 
 


Tuesday, January 3, 2012

::welcome 2012.. welcome 23::

assalamualikum.. dan selamat tahun baru...

Ya.. mungkin bunyinya sedikit ketinggalan.. namun bagi aku mungkin inilah muka baru aku... setelah apa yang dilalui dahulu.. sedikit perit gusar dan sebagainya.. kini aku sangat mahu tabah dalam diri aku.. bersemangat melalui hari mendatang.. dan membawa wajah keceriaan juga untuk blog aku juga...  (asal bunyi macam ayat indon)

sebenarnya aku sangat bersemangat nak menghidupkan kembali blog aku dengan wajah2 ceria pada masa akan datang dan menceritakan kehidupan yang aku lalui.. aku tahu korang pun bukan kenal aku sangat kan.. sebab aku tidak pernah menyatakan siapa diri aku sebenar.. dan aku pun tahu korang pun tak kisahkan siapa aku..

tapi untuk mood baru aku.. teringin pula aku nak perkenalkan diri aku kat korang semua.. sempena tahun baru nie kan.. (memang aku dah buang tabiat gamaknya).. apa pun aku tak kisah apa pendapat korang.. tapi aku suka nak perkenalkan diri aku hari nie..

siapa aku....
 kalau korang tengok dekat sebelah tue.. kat 'about me'.. hah.. itulah aku.. bukan panda tue.. tapi chubby ala-ala sweater panda tue la.. cute kan aku.. hahha..( perasan sendiri sikit.. sikit jew)..  aku anak muslim.. tapi orang panggil apa yah??? urmm.. sam tue pula ringkasan nama.. sunshine penyedap kepada nama ringkas aku.. semua ada maksud tersiratkan... macam aku diluar juga.. nampak senyap tapi dalam blog korang sendiri fahamkan.. dan kawan rapat aku pun sebelum kenal diorang cakap aku lain bila selepas kenal.. psstt.. diorang cakap aku sombong tau.. masa diorang tak kenal aku.. tapi sebenarnya aku nie jenis yang segan bila aku tak kenal orang.. aku lebih suka mendengar dari menyampuk.. tetapi lain sikit perangai aku dalam dunia maya...

...kenapa aku tulis blog
kenapa aku buka blog yerk???  (fikir jap).. suka-suka kot..
aku buka blog sebab aku suka menulis.. dan suka benda yang kreatif.. dan suka benda yang cute-cute.. suka benda yang cantik.. suka benda yang comel.. suka benda yang wangi.. suka kan ketenangan (apa kaitan semua nie).. sebenarnya tujuan aku tulis blog.. adalah untuk luahkan isi hati.. nak lebih tenang.. kan aku suka ketenangan.. selain tue aku nak asah bakat dalam kreativiti.. dan meluahkan perasaan aku dalam masa yang sama.. yang mana aku ibaratkan blog aku nie sebagai sebuah dairi bagi aku yang meluahkan segala isi hati aku.. oleh sebab yang semikian aku tak kisah kalau tak ada orang yang baca blog aku pun.. sebab itu hanya cerita aku.. tapi ini adalah perkongsian terbuka aku.. yang mana mungkin korang boleh belajar mengenai pemikiran manusia yang sama seperti aku tapi dia tidak cerita.. ini boleh jadi satu pembelajaran untuk korang diluar... terutama yang ambil bidang kaunseling kan... kena banyak kenal diri orang..

sikap aku..
siapa aku.. ntah aku pun tak tahu..
sikap aku.. senyap kot tapi dengan sesetengah orang.. suka menyendiri kekadang.. suka fikiran negetif pada orang untuk tujuan keselamatan tapi orang itu sendiri mampu mengubah tanggapan yang dibuat.. (maksudnya.. aku fikir ko jahat.. aku tak nak kawan dengan ko.. tapi bila ko baik dengan aku.. aku baikla dengan ko).. lain-lain istimewa tak pasti.. nanti aku cari.. sikap paling teruk aku adalah kuat pelupa.. aku pun dah tak tahu nak berubat macam mana..  susah betul keadaan itu.. jadi aku kena berhati-hati selalu..


..biodata diri sikit
apa itu biodata.. aku cerita ringkas la tentang hidup aku...
aku pelajar sains perhutanan.. kalau korang ikut cerita aku sebelum nie korang kenal la aku.. aku suka ketenangan.. memang sesuai la dengan hutan yang tenang.. ambil diploma (sejarah pembukaan blog nie.. waktu aku diploma) dan sekarang degree.. dalam bidang yang sama.. insyaallah.. tahun depan master pula.. cita-cita aku nak jadi penyelidik tapi sampai sekarang belum tahu lagi nak ambil tesis apa nanti.. air, pokok, serangga, ekologi, tanah, hidupan liar.. semua jadi tanda tanya... dan semuanya bergantung kepada keadaan..




entry nie sebenarnya nak dibuat pada hari lahir aku 3 hari lagi dari sekarang.. iaitu 6 januari.. (i bintang capricorn tau.. hahha..- korang x kisahkan-) tapi disebabkan hari tue first paper final exam aku.. jadi aku kena la buat entry nie awal untuk aku lebih fokus pada exam.. nanti asyik fikir nak tulis entry pulak..terabai study.. jadi korang tolong-tolong la doakan aku untuk final exam nie.. untung-untung boleh dapat 4flat kew sem nie kan.. berkat doa korang mana tau kan..  tak dapat hadiah birthday.. dapat dekan atau 4flat aku dah cukup beruntung  tau.. DOAKAN YA... =)