::welcome 2012.. welcome 23::

assalamualikum.. dan selamat tahun baru...

Ya.. mungkin bunyinya sedikit ketinggalan.. namun bagi aku mungkin inilah muka baru aku... setelah apa yang dilalui dahulu.. sedikit perit gusar dan sebagainya.. kini aku sangat mahu tabah dalam diri aku.. bersemangat melalui hari mendatang.. dan membawa wajah keceriaan juga untuk blog aku juga...  (asal bunyi macam ayat indon)

sebenarnya aku sangat bersemangat nak menghidupkan kembali blog aku dengan wajah2 ceria pada masa akan datang dan menceritakan kehidupan yang aku lalui.. aku tahu korang pun bukan kenal aku sangat kan.. sebab aku tidak pernah menyatakan siapa diri aku sebenar.. dan aku pun tahu korang pun tak kisahkan siapa aku..

tapi untuk mood baru aku.. teringin pula aku nak perkenalkan diri aku kat korang semua.. sempena tahun baru nie kan.. (memang aku dah buang tabiat gamaknya).. apa pun aku tak kisah apa pendapat korang.. tapi aku suka nak perkenalkan diri aku hari nie..

siapa aku....
 kalau korang tengok dekat sebelah tue.. kat 'about me'.. hah.. itulah aku.. bukan panda tue.. tapi chubby ala-ala sweater panda tue la.. cute kan aku.. hahha..( perasan sendiri sikit.. sikit jew)..  aku anak muslim.. tapi orang panggil apa yah??? urmm.. sam tue pula ringkasan nama.. sunshine penyedap kepada nama ringkas aku.. semua ada maksud tersiratkan... macam aku diluar juga.. nampak senyap tapi dalam blog korang sendiri fahamkan.. dan kawan rapat aku pun sebelum kenal diorang cakap aku lain bila selepas kenal.. psstt.. diorang cakap aku sombong tau.. masa diorang tak kenal aku.. tapi sebenarnya aku nie jenis yang segan bila aku tak kenal orang.. aku lebih suka mendengar dari menyampuk.. tetapi lain sikit perangai aku dalam dunia maya...

...kenapa aku tulis blog
kenapa aku buka blog yerk???  (fikir jap).. suka-suka kot..
aku buka blog sebab aku suka menulis.. dan suka benda yang kreatif.. dan suka benda yang cute-cute.. suka benda yang cantik.. suka benda yang comel.. suka benda yang wangi.. suka kan ketenangan (apa kaitan semua nie).. sebenarnya tujuan aku tulis blog.. adalah untuk luahkan isi hati.. nak lebih tenang.. kan aku suka ketenangan.. selain tue aku nak asah bakat dalam kreativiti.. dan meluahkan perasaan aku dalam masa yang sama.. yang mana aku ibaratkan blog aku nie sebagai sebuah dairi bagi aku yang meluahkan segala isi hati aku.. oleh sebab yang semikian aku tak kisah kalau tak ada orang yang baca blog aku pun.. sebab itu hanya cerita aku.. tapi ini adalah perkongsian terbuka aku.. yang mana mungkin korang boleh belajar mengenai pemikiran manusia yang sama seperti aku tapi dia tidak cerita.. ini boleh jadi satu pembelajaran untuk korang diluar... terutama yang ambil bidang kaunseling kan... kena banyak kenal diri orang..

sikap aku..
siapa aku.. ntah aku pun tak tahu..
sikap aku.. senyap kot tapi dengan sesetengah orang.. suka menyendiri kekadang.. suka fikiran negetif pada orang untuk tujuan keselamatan tapi orang itu sendiri mampu mengubah tanggapan yang dibuat.. (maksudnya.. aku fikir ko jahat.. aku tak nak kawan dengan ko.. tapi bila ko baik dengan aku.. aku baikla dengan ko).. lain-lain istimewa tak pasti.. nanti aku cari.. sikap paling teruk aku adalah kuat pelupa.. aku pun dah tak tahu nak berubat macam mana..  susah betul keadaan itu.. jadi aku kena berhati-hati selalu..


..biodata diri sikit
apa itu biodata.. aku cerita ringkas la tentang hidup aku...
aku pelajar sains perhutanan.. kalau korang ikut cerita aku sebelum nie korang kenal la aku.. aku suka ketenangan.. memang sesuai la dengan hutan yang tenang.. ambil diploma (sejarah pembukaan blog nie.. waktu aku diploma) dan sekarang degree.. dalam bidang yang sama.. insyaallah.. tahun depan master pula.. cita-cita aku nak jadi penyelidik tapi sampai sekarang belum tahu lagi nak ambil tesis apa nanti.. air, pokok, serangga, ekologi, tanah, hidupan liar.. semua jadi tanda tanya... dan semuanya bergantung kepada keadaan..




entry nie sebenarnya nak dibuat pada hari lahir aku 3 hari lagi dari sekarang.. iaitu 6 januari.. (i bintang capricorn tau.. hahha..- korang x kisahkan-) tapi disebabkan hari tue first paper final exam aku.. jadi aku kena la buat entry nie awal untuk aku lebih fokus pada exam.. nanti asyik fikir nak tulis entry pulak..terabai study.. jadi korang tolong-tolong la doakan aku untuk final exam nie.. untung-untung boleh dapat 4flat kew sem nie kan.. berkat doa korang mana tau kan..  tak dapat hadiah birthday.. dapat dekan atau 4flat aku dah cukup beruntung  tau.. DOAKAN YA... =)


Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..