Posts

Showing posts from May, 2020

COVID 19 - PKP - RAMADAN 2020 - PHD-

Image
Assalamualikum.. Sebelum memulakan cerita aku hari ni, ingin aku terjemahkan dulu maksud tajuk aku kali ni. Covid 19 merujuk kepada situasi serangan virus pada dunia hari ini. Bermula sejak disember 2019 virus in mula dikesan dan mula menular di disekitar warga wuhan, china dan pada awalnya di kesan pada pasar makanan exotic wuhan yang disyakin virus disebabkan oleh haiwan. Virus menyerang sistem pernafasan manusia sama yang  keluarganya sama dengan MERS- Cov. Penyakit ini mula menular ke seluruh dunia apabila kebanyakan rakyat cina pulang dari raya cina ke kawasan kerja masing-masing, iaitu dari serata pelusuk dunia kerana virus hannya dapat dikesan selepas 14 hari yang mana pesakit mula hilang dia rasa dan bau dan batuk-batuk. Pada Februari 2020, China dan Jepun adalah negara yang paling tinggi diserang oleh penyakit Covid-19 dan pada masa kini negeri eropah iaitu US adalah negeri yang tertinggi kerana tidak ada sekatan  perjalanan terhadap perjalanan rakyat kerana terlalu mem

Ramadan 2020

Jam menunjukkan pukul 2.20pagi. Mata dan kepala aku masih belum mahu bergerak  belayar ke alam mimpi. Walaupun hakikatnya, kepala berat sangat dah kerana hanya melelapkan mata selama 2 jam  sahaja tengahari kemarin. Selebihnya melayan kehendak diri menonton drama siam 12 episod kerana ingin sangat tahu kesudahannya, juga tanpa mahu melepaskan mana-mana episod yang ada. Bahananya, rasalah sakitnya kepala sekarang. Tambahan dengan rutin tidur sekarang yang tidak semegah, selepas subuh  tidurndan zohor baru bangun menambahkan lagi penat. Tapi apakan daya tengah malam saja pembacaan dapat difokuskan sepenuhnya dan dapat belajar tanpa terganggu. Namun dua hari ni aku ambil cuti kejap kononnya bagi peluang pada tidur yang selesa tapi apakan daya lain pula dari yang dirancang. Disebabkan itu, bungkas aku menuju ke meja belajar,membuka laptopku dan berceritalahnsuasana keadaan sekarang. Hari ini 24 April 2020 bersamaan dengan 1Ramadan 1441H. Ramadan yang agak sunyi kali ini seperti yang d