Ramadan 2020
Jam menunjukkan pukul 2.20pagi. Mata dan kepala aku masih belum mahu bergerak belayar ke alam mimpi. Walaupun hakikatnya, kepala berat sangat dah kerana hanya melelapkan mata selama 2 jam sahaja tengahari kemarin. Selebihnya melayan kehendak diri menonton drama siam 12 episod kerana ingin sangat tahu kesudahannya, juga tanpa mahu melepaskan mana-mana episod yang ada. Bahananya, rasalah sakitnya kepala sekarang. Tambahan dengan rutin tidur sekarang yang tidak semegah, selepas subuh tidurndan zohor baru bangun menambahkan lagi penat. Tapi apakan daya tengah malam saja pembacaan dapat difokuskan sepenuhnya dan dapat belajar tanpa terganggu. Namun dua hari ni aku ambil cuti kejap kononnya bagi peluang pada tidur yang selesa tapi apakan daya lain pula dari yang dirancang. Disebabkan itu, bungkas aku menuju ke meja belajar,membuka laptopku dan berceritalahnsuasana keadaan sekarang.
Hari ini 24 April 2020 bersamaan dengan 1Ramadan 1441H. Ramadan yang agak sunyi kali ini seperti yang diperkatakan dalam media sosial, manusia dikurung dahulu sebelum terkurungnya iblis sempana ramadan. Hari ini fasa 4 tempoh perintah kawalan pergerakan (pkp) diumumkan dan dilanjutkan sehingga ke 12 Mei 2020. Tahun yang dinantikan sejak berdekad lamanya. Dibayangkan dengan kehadiran kereta terbang, negara membangun, akhirnya semua seluruh dunia diarahkan untuk tinggal di dalam rumah bagi sahaja dengan mengehadkan pergerakan. Semua universiti dan sekolah ditutup. Aku bersyukur kerana pulang lebih awal sebelum tempoh pkp diumumkan. Rata-rata di media sosial banyak mula merungut disebabkan terkurung dirumah.
Comments
Post a Comment