Andai esok aku tiada..


Andai esok nafas aku terhenti,
ingatlah detik terakhir kita...

Andai esok nadi aku mati,
Maaflah segala kesalahan ku,
Halalkan juga makan dan minumku yang pernah kalian berikan..

Andai esok ini terjadi,
Sedekahkanlah Al-fatihah padaku,
Doakanlah kebahagian aku disana dalam titip doamu,
Aku mohon kita bertemu lagi disyurga tuhanku...

Hanya satu yang kalian perlu tahu,
Aku gembira bertemu kalian,
Walaupun ada saat aku marah, kecewa atau sebagainya,
Kalian merupakan warna-warna hidupku,
Yang mungkin kadang kala membawa kegembiraan buatku jua,
Janganlah terus meratap,
Sedekahkanlah  doa padaku,
Teruskanlah perjuangan kalian,
Kerana yang hidup pasti akan mati...

Ya aku sedih kini,
sebab aku pun tidak pasti....

Pada aku apa yang aku harapkan,
Aku dapat bertemu dengan tuhanku dengan muka yang berseri-seri,
MengingatiNya dalam saat hidup dan hayatku..
Dapat memohon kemaafan dan keredhaan pada kedua ibubapaku,
yang telah lama membesarkanku, maaf kerana banyak menyakitimu dan tidak pernah mampu membalas jasamu....

Andai ini tulisan terakhirku,
Maafkan aku, doakan aku,
Moga hidupku tidak pernah menjadi beban pada kalian,
Lalui hari-hari yang indah kamu, namun jangan lupa pada yang esa,
Teruslah berjasa selagi ada nyawa,
Jangan pernah kecewa dan putus asa dengan apa yang kamu ada,
Sesungguhnya dunia hanyalah pentas sementara dan akhiratlah selamanya,
Teruskanlah amalanmu kepada Allah Tuhan yang ESA.

Sekian sahaja dariku...
Terima kasih kerana pernah wujud dalam hidupku...








Meratapi hidup sebagai hamba Allah
yang hidup pasti akan mati
02:19  11032019
Blok I, Angkasa Apartment, Sabah
Tiada maksud tersirat, cumanya tersedar hidup ni hanya pinjaman sementara.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

::course perhutanan.. jom kenal::

Master by RESEARCH...