Thursday, June 30, 2011

::welcome to vietnam #2 ::

 hai assalamuaikum.. xin chou...

macam mana semua di Malaysia.. sihat?? hahha..(tetiba jadi reporter x bertauliah pula dalam blog sendiri..) ok.. aku dan kawan2 hari nie.. macam biasa la aktiviti.. bangun pagi.. breakfast.. n datang fakulti melepak.. (opss.. melepak kew..?? ) sepatutnya kena buat kerja.. tapi aku terlebih sikit kerja sehingga jadi melepak..

aktiviti kitorang hari nie sebenarnya kena siapkan outline bagi perancangan kerja dan aktiviti yang bakal ktorang lakukan selama sebulan di sini.. sebab kebanyakkan aktiviti dan kerja praktikal yang kitorang akan lakukan adalah di kawasan Taman Negara Yok Don,  Boun Ma Thout..  Jadi ktorang diberi peluang untuk memilih sendiri apakah tugasan yang ktorang ingin jalankan di Taman Negara... dan pihak frem juga..  (frem , forest resource & environment management department.. yang bertindak menjaga kami sekarang) banyak memberi maklumat berkaitan aktiviti yang bakal kami disini..

kalau dilihat kepada cuaca.. sekarang di vietnam agak redup dan hujan jew sepanjang hari.. dan apa yang paling aku tak suka bila selepas hujan di sini... adalah.. wujudnya benda yang mengelikan.. eee~~ cacing tanah akan bersepah-sepah merayap atas jalan selepas hujan.. sangat la banyak , besar dan panjang.. eeuww~~ sangat geli.. cuba banyangkan bila korang berjalan cacing penuh dihadapan.. mau terjengkek-jengkek ktorg jalan....
 hujan lebat sangat seharian... nie gambar time duduk di fakulti..

hahah.. nie pula muka2 orang yang tengah busy menyiapkan outline untuk aktiviti 
sebulan ktorg di vietnam... chai yuk bebe~~~

kalau waktu siangnya ktorg sibuk melepak di office... malam nyer mesti la mengambil peluang untuk mengenali vietnam secara dekat.. nak pula bila ada kawan2 vietnam yang sekampus ... yang sudi menjadi pemandu pelancong untuk kami.. jadi jangan lepaskan peluang keemasan.. untuk kenal negara vietnam.. terutama sekali Boun Ma Thouat...  jom jalan2...

jalan2 sekitar Boun Man Thouth city...

   di kedai tembikar... dengan budak perancis... Antoine nama dier..
dier pun praktikal sekali dengan kitorang juga kat sini..

 nie pula depan pentadbiran diorang.. dekat dinding tue dier cerita mengenai sejarah Ho Chi Minh.. 
Ho Chi Minh tue diberi nama berdasarkan pahlawan diorang sebenarnya..yang mana salah satu bandar di vietnam..

 bergambar pula dengan kawan2 vietnam ktorang a.k.a pemandu pelancong...
diorang sangat ramah.. walaupun kurang fasih berbahasa inggerish..

korang tahu x?? sepanjang ktorang duduk di vietnam nie.. macam benda pelik yang ktorang terfikir dengan penduduk kat sini... tahu kenapa?? sebab diorang.. sangat la suka membelik2 tudung ktorang.. terutama makcik2 nie.. diorang cakap tudung tue cantik.. biasa la tudung di malaysia sekarang kan pelbagai fashion.. jadi...macam tue juga la ktorang bawa dan pakai .. jadi makcik2 nie agi la suka membelik2.. tak kurang juga yang cakap kitorang nie arabia.. egypt.. sangat lucu bila ktorang dengar... padahal.. muka ktorang nie tak ada langsung iras arab nyer.. maybe diorang nampak budak perancis tue kot.. dan ingat ktorang senegara dan tengok pula bertutup kepala.. tue yang terus diorang cakap ktorg dari egypt dan sebagainya.. yang peliknya diorang tak tahu kew macam mana malaysia???  urmm.. apa2 pun ktorg try dedahkan apa yang patut tentang malaysia.. baik pada penduduk vietnam atau pada budak perancis nie..
 kami yang diserbu oleh pelajar vietnam.. ketika mengambil gambil gambar di tugu tentera...
tetiba terperasaan sendiri pula tyme tue (macam orang popular gtu).. hihih...

sambung mengenai berjalan2.. seterusnya ktorang pergi ke coffee house yang amat popular di Bo Man thout.. sangat cantik tempatnya.. dan mewah.. pelbagai jenis kopi dari pelbagai negara terdapat disini.. dan terdapat juga muzium kopi disini.. jom kita terjah pula di sana.. gambar sekitar coffee house...

apa pula pendapat korang bila tengok gambar di coffee house nie.. kalau bagi aku .. aku dah panggil coffee city bukan house agi dah.. sebab kawasan dier sangat besar dan banyak bangunan dan taman yang sangat cantik.. siap dengan muzium dan beberapa kawasan untuk minum dan jual kopi di kawasan tersebut.. seni bina dan reka bentuk bangunan dier juga sangat menarik.. terasa macam duduk di negara cina pula.. ok dah.. cukup setakut tue dulu untuk hari nie.. next tyme aku sambung agi cerita seterusnya.. see you again.. da~~~

p/s:: pengumuman penting disini.. vietnam tiada facebook.. dan kitorang nak buka facebook pun x dapat.. jadi.. layan blog jew la hari-hari.. terpaksa cuti facebook lebih dari sebulan...



 

Tuesday, June 28, 2011

::welcome to vietnam ::

hello.. assalamualaikum dan salam sejahtera..

seperti yang dikatakan sebelum nie.. kali nie aku berlintas langsung dari vietnam.. bumi Boumanthout.. di tengah tengah vietnam.. masuk hari nie.. dah tiga hari  aku dan kawan- kawan aku berada di vietnam..  dah macam-macam terjadi.. dan macam-macam kawan kami kenal di vietnam.. dan juga dapat seorang kawan baru asing seperti kami juga di  di negara asing nie.. iaitu seorang budak Perancis.. yang kedang-kadang blur dier lebih dari kami...

cerita mengenai keadaan di sini, dari penempatan dan tempat tinggal ok le bagi aku dan kawan-kawan.. sebabnya semua kemudahan telah disediakan kepada kami.. tandas pun dalam bilik agi tue.. kira ok la.. nak kata panas sejuk.. sama jew dengan malaysia tak da beza pun panas terik dia..  tapi dari segi komunikasi dan makan minum tue susah sikit.. maybe juga pihak pengurusan disini akan cakap yang kitorang sangat cerewet bab makan minum...  sebabnya apa benda sajian makan yang disediakan selalu jew kitorang tolak.. ajak keluar makan pun susah.. mana taknya.. di vietnam gaya makan dier sangat bebas.. dan banyak makanan exotic.. jadi kami kena la berhati-hati tentang tue.. jangan main makanan jew...

selalunya makan... kami akan sediakan sendiri.. dengan stok-stok makanan yang kami bawa dari malaysia.. harap-harap cukup untuk sebulan kami makan disini.. selain tue juga kami ada juga bawa rice cooker dan heater untuk kemudahan kami disini juga.. jadi halal haram makanan.. tak jadi masalah selagi masak sendiri dan menggunakan bekas-bekas kami sendiri.. dan kalau diorang nak bagi kami makan juga.. just sediakan buah2an macam hari nie.. puas.. tak terhingga layan buah satu pinggan.. hihiih...

bab komunikasi.. satu masalah yang agak rumit untuk diperkatakan.. ibarat ayam dan itik bercakap.. aduh sangat susah.. aku punya bi dah la tungang langang.. tambah pula.. kebanyakkan orang disini kurang fasih berbahasa inggerish.. jadi x jadi masalah untuk aku turut serabut kepala diorang dengan bi hantam je labu...
sepanjang hari nie.. kalau nak tengok dari tugas yang kami dah buat.. apa jew hah??? tak ada la sangat.. sekadar melawat seluruh universiti Tay Nguyen (TNU).. berkenalan dengan kakitangan fakulti dan universiti dan juga beberapa pelajar daripada bidang perhutanan  dan hari nie merancang jadual aktiviti yang bakal kami lakukan selama sebulan disini... urm.. buat apa agak nya..yerk... (tue rahsia la dulu)

sekarang aku nak bawa korang tengok2 pula gambar yang aku dah ambil sepanjang tiga hari aku disini... jangan boring-boring pula tau.. banyak nie.. uhuhu.. layannnn~~~~~

 tiket perjalanan kami ke Bounmanhthouth

 nie di lapangan kapal terbang vietnam airline..  
disediakan bas bagi penumpang ke  pesawat..
 bila dah tiba.. nie rupa universiti dier.. Tay Nyugen University (TNU)

 nie pula hostel kami... atau diorang panggil dorm.. dikelilingi ladang jagung.. 
sangat dekat dengan  fakulti.. dan bercampur lelaki dan perempuan.. nasib baik tandas dalam bilik..

sempat juga aku snap gambar map universiti nie.. uhuhu.. 
tyme dibawa berjalan-jalan sekitar kawasan universiti.. tapi kena berhati-hati disini.. sebab penunggungan motosikal dier.. bebas giler dan sangat menakutkan..

  tyme makan pula.... nie di coffee house.. dalam universiti.. tempat lepak-lepak remaja.. 
air depan ktorang tue.. air teh katanya.. tapi ktorg x berani nak minum... dua kali ktorang kena minum kopi pekat kat cnie.. fobia..fobia..

then.. nie tengahari tadi.. makan dekat restoran apa ntah.. aku pun tak pasti.. makanan boleh tahan.. tapi sebabkan was-was..  aku makan sikit jew..  tapi tyme stimboat mushroom... aku suka.. sangat best..

hah.. apa pendapat korang bila tengok gambar2 nie semua.. best tak vietnam.. ??? kalau korang tanya aku .. aku jawab " tak pasti la" sebabnya aku sendiri pun tak pasti.. dalam masa tiga hari nie.. kami hanya duduk di kawasan universiti jew.. jadi kurang jelas mengenai persekitaran vietnam sebenar.. tunggu la lagi dua tiga hari baru dapat aku ceritakan semua kot..
ok.. cukup setakat nie dahulu untuk hari nie.. nanti kalau aku ada masa lebih aku.. datang kembali ke sini.. sebabnya.. di bilik ktorg n area kolej tak ada kemudahan wifi.. kecuali di fakulti sahaja..  kat cnie jew dapat ambil peluang... ok.. apa2 pun cau dulu.. dan doakan saya terbaik disini.. dengan kawan2 saya sekali.. ok.. see u dear..




Sunday, June 5, 2011

::salam rindu buat semua::


assalamualaikun dan salam sejahtera semua...

dah hampir sebulan aku tak dapat online dan mengupdate blog.. memang terasa sangat-sangat rindu.. dan bila menulis kembali pun.. sedikit terasa kaku...  namun disebabkan hanya sedikit jew kelapangan yang aku ada nie.. nak tak nak aku nak menulis gak di pagi-pagi hari nie... (al- maklumlah tyme nie jew dapat sentuh laptop pun.. nie pun sebab panas sangat.. dan terjaga tadi.. dah tak dapat tidur agi dah..)

hakikatnya.. aku sangat-sangat rindu pada ruangan blog aku nie.. walaupun semua cerita aku kekadang macam syok sendiri.. tapi aku rasa nak juga berkongsi dengan korang semua.. dan macam-macam cerita aku nak story morey dengan korang semua.. sehingga tak terluah rasanya.. disebabkan kekangan masa dan masalah teknikal yang aku buat sendiri..(apa taknya.. nak ringankan bag punya pasal.. aku tak bawa balik lappy ke kolej.. sekarang terima la habuan kerinduan dari aku sendiri)

ok.. untuk pengetahuan kawan-kawan semua.. aku sekarang masih stay kat kolej.. selepas sempat balik bercuti dua minggu jew di rumah..hari tue(bulan mei)..  tue pun sempat membulatkan diri.. dan makan sedap-sedap masakan mak.. uhuhu.. sekarang nie.. aku ada training palapes.. yang kononnya akan habis pada 10hb jun... telah dilanjutkan sehingga 25 jun 2011... iaitu fasa II ACT pula... rm .. terima jew la.. tapi korang mesti terfikir-fikirkan.. sebabnya sebelum nie aku ada cakap aku join mobility (pertukaran pelajar ke Vietnam) pada 1 jun.. tapi sekarang pun belum pergi..

untuk maklumat korang semua.. aku memang akan pergi.. tapi tarikhnya telah di postpone pada 26 jun 2011.. dan aku kena ada sebelum di sana.. macam aku harapkan sebelum nie.. nak join semua aktiviti kalau boleh.. tamak kan.. akhirnya.. aku dapat.. lepas habis jew training.. terus gerak ke vietnam.. tapi untuk ke vietnam tue.. banyak kekangan yang kami terima terutama bab makanan halal disana.. susah nak cari.. 

namun apa-apa pun perjalanan dan cerita hidup disana.. aku akan rentetkan disana nanti.. dengan lappy aku sendiri.. uhuh.. (cz kawan aku try untuk dapatkan lappy aku dari kedah.. moga-moga berjaya yerk... honey.. uhuh)...

sekian dahulu... untuk hari nie.. jumpa agi tiga minggu akan datang pula yerk..

wassalam....


yang ikhlas,    
sam sunshine06