::welcome to vietnam ::

hello.. assalamualaikum dan salam sejahtera..

seperti yang dikatakan sebelum nie.. kali nie aku berlintas langsung dari vietnam.. bumi Boumanthout.. di tengah tengah vietnam.. masuk hari nie.. dah tiga hari  aku dan kawan- kawan aku berada di vietnam..  dah macam-macam terjadi.. dan macam-macam kawan kami kenal di vietnam.. dan juga dapat seorang kawan baru asing seperti kami juga di  di negara asing nie.. iaitu seorang budak Perancis.. yang kedang-kadang blur dier lebih dari kami...

cerita mengenai keadaan di sini, dari penempatan dan tempat tinggal ok le bagi aku dan kawan-kawan.. sebabnya semua kemudahan telah disediakan kepada kami.. tandas pun dalam bilik agi tue.. kira ok la.. nak kata panas sejuk.. sama jew dengan malaysia tak da beza pun panas terik dia..  tapi dari segi komunikasi dan makan minum tue susah sikit.. maybe juga pihak pengurusan disini akan cakap yang kitorang sangat cerewet bab makan minum...  sebabnya apa benda sajian makan yang disediakan selalu jew kitorang tolak.. ajak keluar makan pun susah.. mana taknya.. di vietnam gaya makan dier sangat bebas.. dan banyak makanan exotic.. jadi kami kena la berhati-hati tentang tue.. jangan main makanan jew...

selalunya makan... kami akan sediakan sendiri.. dengan stok-stok makanan yang kami bawa dari malaysia.. harap-harap cukup untuk sebulan kami makan disini.. selain tue juga kami ada juga bawa rice cooker dan heater untuk kemudahan kami disini juga.. jadi halal haram makanan.. tak jadi masalah selagi masak sendiri dan menggunakan bekas-bekas kami sendiri.. dan kalau diorang nak bagi kami makan juga.. just sediakan buah2an macam hari nie.. puas.. tak terhingga layan buah satu pinggan.. hihiih...

bab komunikasi.. satu masalah yang agak rumit untuk diperkatakan.. ibarat ayam dan itik bercakap.. aduh sangat susah.. aku punya bi dah la tungang langang.. tambah pula.. kebanyakkan orang disini kurang fasih berbahasa inggerish.. jadi x jadi masalah untuk aku turut serabut kepala diorang dengan bi hantam je labu...
sepanjang hari nie.. kalau nak tengok dari tugas yang kami dah buat.. apa jew hah??? tak ada la sangat.. sekadar melawat seluruh universiti Tay Nguyen (TNU).. berkenalan dengan kakitangan fakulti dan universiti dan juga beberapa pelajar daripada bidang perhutanan  dan hari nie merancang jadual aktiviti yang bakal kami lakukan selama sebulan disini... urm.. buat apa agak nya..yerk... (tue rahsia la dulu)

sekarang aku nak bawa korang tengok2 pula gambar yang aku dah ambil sepanjang tiga hari aku disini... jangan boring-boring pula tau.. banyak nie.. uhuhu.. layannnn~~~~~

 tiket perjalanan kami ke Bounmanhthouth

 nie di lapangan kapal terbang vietnam airline..  
disediakan bas bagi penumpang ke  pesawat..
 bila dah tiba.. nie rupa universiti dier.. Tay Nyugen University (TNU)

 nie pula hostel kami... atau diorang panggil dorm.. dikelilingi ladang jagung.. 
sangat dekat dengan  fakulti.. dan bercampur lelaki dan perempuan.. nasib baik tandas dalam bilik..

sempat juga aku snap gambar map universiti nie.. uhuhu.. 
tyme dibawa berjalan-jalan sekitar kawasan universiti.. tapi kena berhati-hati disini.. sebab penunggungan motosikal dier.. bebas giler dan sangat menakutkan..

  tyme makan pula.... nie di coffee house.. dalam universiti.. tempat lepak-lepak remaja.. 
air depan ktorang tue.. air teh katanya.. tapi ktorg x berani nak minum... dua kali ktorang kena minum kopi pekat kat cnie.. fobia..fobia..

then.. nie tengahari tadi.. makan dekat restoran apa ntah.. aku pun tak pasti.. makanan boleh tahan.. tapi sebabkan was-was..  aku makan sikit jew..  tapi tyme stimboat mushroom... aku suka.. sangat best..

hah.. apa pendapat korang bila tengok gambar2 nie semua.. best tak vietnam.. ??? kalau korang tanya aku .. aku jawab " tak pasti la" sebabnya aku sendiri pun tak pasti.. dalam masa tiga hari nie.. kami hanya duduk di kawasan universiti jew.. jadi kurang jelas mengenai persekitaran vietnam sebenar.. tunggu la lagi dua tiga hari baru dapat aku ceritakan semua kot..
ok.. cukup setakat nie dahulu untuk hari nie.. nanti kalau aku ada masa lebih aku.. datang kembali ke sini.. sebabnya.. di bilik ktorg n area kolej tak ada kemudahan wifi.. kecuali di fakulti sahaja..  kat cnie jew dapat ambil peluang... ok.. apa2 pun cau dulu.. dan doakan saya terbaik disini.. dengan kawan2 saya sekali.. ok.. see u dear..




Comments

  1. program exchange student eh...? bestnya,, :)

    ReplyDelete
  2. a'a.. exchange student selama sebulan di vietnam... best x best tue.. x pasti la .. tapi setakat nie alhamdulillah semuanya..doakan kami baik2 di sini..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..