Saturday, February 15, 2014

Bila dah start PROJEK...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Start 27 Januari 2014... bermulalah minggu-minggu busy aku sebagai student master..  siap jew proposal defence.. terus start masuk site and collect data.. waktu collect data aku kali nie.. sangat padat.. sebabnya perlu tukar site ke site dalam masa yang singkat dan bilangan site yang bertambah.. sangat bahana banyaknya.. berbanding sebelumnya.. so keadaan waktu yang padat.. collect data pun jadi semakin rushing dan menyesakkan.. and so again jangan mimpi nak happy go lucky waktu collect data macam dulu-dulu kala.. sebab tak sempat nak pergi mana pun.. masa sepenuhnya dihabiskan dengan makan dan monitoring net sampling.. sangat penat hokey.. tapi nasib baik minat.. so penatnya tak terasa sangat....

balik dari site... ok cuti empat hari.. tapi jangan mimpi kau nak cuti sangat.. hari bekerja still kena pergi lab.. kalau tak kena potong gaji.. so as usual.. still pergi lab untuk tumbprint.. duduk kejap lab.. dah kawan ajak merantau.. dua hari aku kerja merantau.. tak ingat nak key in data yang beratus riban tue.. ok.. asak kau lepas nie nak key in data.. dua hari kerja pergi merantau.. masjid india.. then bangi gateway shopping complex.. jalan kau time nie..  last tinggal dua hari untuk aku asak siapkan kerja yang belum siap untuk buat perbandingan between species in mono and polyculture...key in data... check balik net yang rosak.. and jahit net tambah bagi sampling akan datang.. weh bahana.. sempat kew dalam masa dua hari..  sebelum tue time first balik uni. after collect data dah kena advise dengan supervisor dah.. banyak study.. read journal.. tapi apa yang aku buat... hah??!!

so dua hari yang tinggal.. pengharapan untuk aku siapkan senarai data and identify spesies aku.. harap2 dalam dua hari nie.. harap tak ada ganggu supaya aku boleh fokus... please~~!! nasib baik senarai species dari project consultant aku dah siap identify.. kalau tak memang bertambah kerja...  and sekarang fokus pada identify species di study site sendiri..  and jahit net lagi... walaweh.. serabut kepala.. tambahan bila gambar dapat pun sipi-sipi jew.. tak full.. macam mana nak identify.. huh!! then terpaksa juga google2.. untuk kenal cari species.. sebab tak cukupnya kalau setakat refer buku jew...

and dalam google2 nie.. terserempak dengan satu blog.. mat salleh.. mat salleh.. kerja kau memang aku respect la.. detail.. korang patut jengah sini.. www.aprairiehaven.com mat salleh punya kerja memang puas hati.. terasa semangat nak buat kajian tue semakin tinggi bila melawat blog nie..  sanggup dia tunggu 9 tahun untuk tukarkan kawasan ladang  kepada padang rumput dan savana.. dan tengok apa haiwan dan tumbuhan yang hadir di situ.. gigihnya.. tue tak termasuk lagi data-data yang dia buat every years..  sini-sini tengok.. butterfly sightings detail.. data dari tahun 2005 hingga 2013.. kajian dilakukan pada bulan Mac hingga November.. wah.. gigih..  tue data.. terang dengan lengkap dan jelas setiap species.. wah.. aku terasa kagum.. nak ikut juga la.. nak ikut la..   so jom back key in data until finish ok.. baru boleh tiru... hohoh..


picture with consultant team in Jeram Toi, N. Sembilan...

p/s : blog kali nie tahap indie dia sangat tinggi.. so sebagai bahan bacaan ilmian dan karangan terbaik adalah HANCUR.. namun boleh dijadikan tetingkap bagi rujukan lainjew la.. jengah jap kat cnie...

Friday, February 14, 2014

Wanita dan Isteri orang...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Syurga wanita adalah dibawah suami.. melihat daripada tanggungjawab wanita kepada suami.. kekadang membuatkan aku fikir sejenak.. mungkin sebab tue aku juga aku belum bertemu dengan jodoh aku.. banyak perkara yang perlu diperhalusi.. perkara yang remeh pun sebenarnya dah jatuh dosa bagi wanita tersebut kerana derhakai suami.. manakan tidak kebanyakkan wanita terjerumus ke neraka.. semuanya disebabkan oleh tingkah laku wanita terhadap suaminya sendiri.. kalau sebelumnya aurat dan solat perlu dijaga.. tapi lepas berumahtangga.. bertambah lagi satu tanggunjawab besar iaitu menjaga hati suami.. so berumah tangga jangan fikir keseronokan sahaja.. tapi kewajipan juga perlu diperhalusi.. seperti mana juga tanggungjawab lelaki dengan ibubapa...

jom kita lihat perkara yang perlu wanita titik beratkan...

1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).

2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).


3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., “Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.”

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, “Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bukankah kamu dapat melihatnya.”

7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.

10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.

12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.

13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.

14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.

16. “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.” Rasulullah s.a.w. ditanyai, “Mengapa demikian Ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”

17. “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?” Jawab Nabi s.a.w. “Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya.”

18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.

19. “Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api.” Hazrat Aishah bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?” Jawab Rasulullah s.a.w.:

Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.

Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)

Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)

Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)

Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.

20. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:”

• Orang yang gemuk tapi kurus

• Orang yang berpakaian tetapi telanjang

• Orang yang alim tapi jahil

• Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.

• Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.

• Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

21. Asma’ binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, “Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung).

Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

22. Pesanan Luqman kepada anaknya, “Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:”

• Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.

• Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.

• Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.

• Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.

• Ingat kepada Allah SWT

• Lupakan budi baik mu pada orang lain.

• Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.

• Ingat kepada mati.

23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:

• Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.

• Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.

• Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.

• Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.

• Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.

• Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.

• Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.

• Minta talak.

• Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.

• Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.

• Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.

• Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.

24. Wajib bagi wanita:


• Mengekalkan malu pada suaminya.

• Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.

• Mengikut kata-kata dan suruhannya.

• Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.

• Berdiri menyambut kedatangannya.

• Berdiri menghantar pemergiannya.

• Hadir bersamanya ketika masuk tidur.

• Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.

• Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.-Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.

• Tiada khianat ketika tiada suaminya. 

• Memuliakan keluarga suaminya.

• Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.

 
Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.

Besarkan tanggungjawab wanita apabila berumahtangga... errrkk~~!!!