Posts

Showing posts from October, 2020

PKPBD ke2 Sabah & PHD

 Assalamualaikum.. Kalau diingatkan sesi lepas PKP aku ada di kampung sempatlah marathon manga, anime, menternak kucing sapa-sapa datang rumah dan siap kemaskan bilik belakang untuk dijadikan bilik beradu aku di kampung. Tapi berbeza untuk PKP fasa dua, kali ini aku berada di rumah sewa aku di Angkasa Apartment, KK, Sabah dan septatutnya awal oktober hari tu aku dah masuk ke rumah felo kampung E. Tapi terpaksa aku tangguhkan disebabkan kereta aku meragam, dan tiada berteman disana sebabnya dapat rumah sebuah untuk aku sorang jadinya aku stay je la dulu di Angkasa memandangkan aku masih menyewa bulan ini. Bercerita berkaitan PKP kali ni apa aktiviti aku. Bagi aku tak banyak beza sangatlah sebabnya aku sememangnya suka berkurung dirumah. Jadi aktiviti aku pun macam biasa. Malam aku try untuk baca paper dan menulis untuk chapter 1 thesis, paper aku masih struggle disebabkan dah lama tinggalkan dan kadang-kadang aku mengadap sampel-sampel semut yang mana dari awal-awal lagi SV aku dah suru

Planning one shot flight to Tawau

 Assalamualaikum.. Ini perancangan agak berani la yang aku cuba buat yang mana aku sendiri tak pasti  macam mana keadaan di depan. Perancangan ni sebenarnya memakan masa hanya separuh hari perjalanan yang mana aku nak tebus juga unlimited pass yang aku beli  time pkp dulu dari Air Asia. Sebenarnya aku ada juga la rancang  nak buat beberapa perjalanan dalam Malaysia ni menggunakan unlimited pass yang Air Asia keluarkan dan bakal lupus 17 Mac 2021 tu. Tapi memandangkan kerja aku masih banyak dan kes covid dan zon merah pun semakin meningkat terpaksa la aku canclekan niat tu. Dan tiket pulang ke kampung aku pun, aku rancang bakal hantar barang je balik ke kampung dan akan di ambil oleh kakak aku di airport nanti sebabnya aku ada beli luggage sampai 20kg dengan set, makanan semua. Tapi aku tak mau risikokan  keluarga aku di kampung dengan penerbangan aku disini dan pada masa yang sama aku belum beli tiket balik Sabah, jadi baik lah aku hantar barang je balik dan aku masih disini. Harapnya

First meeting felo

 Assalamualaikum. Sekarang aku masih menetap di luar, di rumah sewa aku angkasa apartment. Tapi kalau dipanggil untuk aktiviti kolej aku pergi la juga terpaksa kacau geng-geng rumah  ambil hantar aku ke kolej. Aku ingat macam nak pindah cepat-cepat juga ke sana sebab tak nak susahkan diorang angkut ambil aku memandangkan sekarang kereta aku masuk bengkel susah pula nak gerak. Sabtu ni kami (aku dan geng rumah sewa) nak pergi cuci rumah dulu. Sebab rata-rata orang cakap kolej-kolej sana keras juga. Tapi bila fikir keadaan yang aku banyak susahkan geng rumah sewa aku rasa macam nak duduk sana je sorang pun sorang la.. just try dulu..   Tapi rata-rata juga minta cakap tunggu la student masuk dulu baru aku pindah masuk rumah tu.. sorang-sorang tu macam bahaya juga kata diorang. Susah juga aku nak fikir, tak apa la slow-slow apa pn  try juga.. harap boleh manage semua masa aku.

kERETA AKU MERAGAM

 Assalamualikum.. Cuti pkp lepas aku ada hantar kereta aku untuk dibuat overhaul. Dalam RM2000 ++ juga la total semua. Tapi ok nya orang yang buat tu bagi aku bayar ansur-ansur. Semua budak-budak rumah buat dengan dia kalau ada masalah kereta. Masalah hati aku ni, cepat kesan sesuatu kat orang. Kalau hati aku terdetik mesti ada benda akan jadi. Hari tu bab kereta excident. Aku terdetik something je kat seseorang.. zappp kereta aku terlanggar kereta depan. Kali ni pula terdetik mekanik aku tak pandai buat baiki kereta maybe just trying..zapppp kereta aku terus bocor apa ntah sampai dia sendiri pening kepala apa benda lagi masalah kereta aku. Lepas overhaul aku baca kereta memang senang leaking kalau salah pasang something. Tapi sekrang tak tau masalah apa jangan la ditukar lagi benda-benda yang tak berkaitan. Sebab memang ketara tambahan sekarang pula hujan nampak sangat bocornya minyak tu. Tapi setiap kali aku check minyak hitam, minyak brek, minyak stereng semua masih paras-paras ok l