Planning one shot flight to Tawau

 Assalamualaikum..

Ini perancangan agak berani la yang aku cuba buat yang mana aku sendiri tak pasti  macam mana keadaan di depan. Perancangan ni sebenarnya memakan masa hanya separuh hari perjalanan yang mana aku nak tebus juga unlimited pass yang aku beli  time pkp dulu dari Air Asia. Sebenarnya aku ada juga la rancang  nak buat beberapa perjalanan dalam Malaysia ni menggunakan unlimited pass yang Air Asia keluarkan dan bakal lupus 17 Mac 2021 tu. Tapi memandangkan kerja aku masih banyak dan kes covid dan zon merah pun semakin meningkat terpaksa la aku canclekan niat tu. Dan tiket pulang ke kampung aku pun, aku rancang bakal hantar barang je balik ke kampung dan akan di ambil oleh kakak aku di airport nanti sebabnya aku ada beli luggage sampai 20kg dengan set, makanan semua. Tapi aku tak mau risikokan  keluarga aku di kampung dengan penerbangan aku disini dan pada masa yang sama aku belum beli tiket balik Sabah, jadi baik lah aku hantar barang je balik dan aku masih disini. Harapnya pihak Air Asia dapat la terima idea aku tu untuk hantar barang je pulang dan di pick up disana iaitu Penang.

Sebelum aku hantar barang balik Penang, aku ingat nak buat  one shot flight ke Tawau. Itu pun kalau time tu Tawau dah betul-betul selamat untuk masuk dan bukan lagi red zone. Doakan yea. Target aku perjalanan tu bulan Disember. Jadi sempat la covid reda  atau habis dalam masa sebulan dua ni. Agar perjalanan aku selamat bulan 12 tu. One shot flight yang aku maksudkan ni adalah, aku buat perjalanan pagi dan balik semula petangnya ke Kota Kinabalu dan esok paginya hantar barang balik Penang. Hahaha.. Kerja gila sikit. Tujuannya, aku nak pergi Tawau tu untuk cari beberapa periuk. Sebabnya disana murah-murah dan cantik. Jadi kalau ada yang berminat boleh la aku post balik rumah sekali. Lagi pun aku hanya beli guna unlimited pass yang aku katakan tu yang mana pergi balik hanyalah RM 24 sahaja tidak termasuk luggage.  Perancangan aku pergi pagi balik petang yang mana aku tak menginap disana. Perjalanan pergi balik ke airport mengambil masa lebih kurang sejam iaitu setengah jam, setengah jam. Tambah tolak waktu menunggu semuanya aku anggarkan  aku hanya mempunyai lebih kurang 2 jam setengahnya sahaja untuk berjalan dan membeli belah di bandar Tawau dan terus balik semula ke airport dan mengambil flight petangnya.  InsyaAllah harapnya sempat dan kenderaan okey serta lancar. Kalau difikirkan dengan kebiasaan aku disana harapnya okey seperti dirancang. Cumanya  aku tak boleh berlengah atau menunggu dan sebagainya. Dan aku akan balik ke airport sejam awal sebelum pelepasan.

Itulah perancangan aku. Disebabkan oleh kuali dan periuk aku sanggup buat perancangan ini dengan menggunakan unlimited pass yang ada. Harapnya cepat-cepatlah covid habis disana. Dan harapnya perancangan aku berjalanan lancar insyaallah, Aaamiiin. 

Kalau berjaya aku post sini okey..


Comments

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..