Sunday, June 24, 2012

Syaaban dan Nisfu Syaaban

Assalamualikum..

jom hari nie kita berkongsi sedikit mengenai kelebihan bulan syaaban.. bulan yang kita berada sekarang.. yang mana bulan nie juga mempunyai banyak kelebihanannya selain bulan Ramadhan dan Rejab..

Bulan Syaaban muncul lagi. Syaaban menandakan umat Islam semakin menghampiri Ramadhan. Marilah kita sama-sama merenung sejenak apakah pengertian Syaaban dan Malam nisfu Syaaban. Masih ramai umat Islam di luar sana keliru dan musykil tentang amalan-amalan yang sepatutnya dikerjakan pada bulan Syaaban, dan terutamanya pada malam kelima belasnya. Sebelum itu, marilah kita sama-sama mendalami dan mengenali sedikit sebanyak info tentang bulan Syaaban ini.

PENGERTIAN SYAABAN
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab. Bulan Syaaban juga merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, dan pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Syaaban dimengertikan sebagai berpecah-pecah atau berpuak-puak. Dikatakan masyarakat Quraisy pada waktu itu berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. Dan apabila datangnya Rasulullah S.A.W, baginda mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah S.A.W telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah S.A.W bertanya kepada sahabat-sahabatnya;
“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah S.A.W, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama)

MALAM NISFU SYAABAN
Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.
 
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a: Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.” Baginda Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan nisfu syaaban dengan sabdanya :

Ertinya : “ Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar “.
Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”
Hari nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).

FADHILAT BULAN SYAABAN
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :

  • Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah S.A.W lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini. Begitulah tingginya pekerti Nabi Muhammad nabi junjungan kita.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

 
  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.
Kita sebagai umat Islam juga digalakkan untuk memperbanyak doa, zikir, dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)


  • Bertaubat
Kita juga digalakkan untuk melalukan taubat kepada Allah SWT. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu." Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakaratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir Khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah). Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.

Sabda Nabi s.a.w.: Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani). Sabda Nabi s.a.w.: “Bahawa puasa Syaba'an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya” antara lain sabdanya lagi: “Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat”.

 
PERISTIWA PENTING DI BULAN SYAABAN
Mengenali bulan Syaaban tanpa mengetahui peristiwa penting yang berlaku di bulan Syaaban terasa tidak lengkap. Terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku sepanjang bulan Syaaban. Antaranya ialah malam Nisfu Syaaban, penukaran arah kiblat, dan peperangan bani Mustaliq.



Wednesday, June 20, 2012

bahagiakah kalau tak ada peperiksaan...??

assalamualikum..

korang rasa bahagia tak kalau tak ada peperiksaan...?? 
mesti dalam hati korang akan melonjak kegembiraankan kalau lecturer cakap subjek2 tertentu tak ada peperiksaan.. dan hanya ada amali praktikal jew untuk subjek tersebut.. syukur la kalau ada amali praktikal.. kalau sekadar belajar jew.. tak ada apa2.. tak ada praktikal.. tak ada peperiksaan..  korang rasa apa korang dapat dari pembelajaran tersebut.. korang tak rasa rugi kew.. kerana bagi aku.. bila ada peperiksaan 

- mula la sibuk nak hafal note dan apa yang dipelajari
- kita akan cuba mengingatkan kembali apa yang kita belajar..
- kekadang dalam masa kita dok hafal untuk exam tue.. kita cuba praktik juga untuk kita ingat.. ataupun kita cuba cari keadaan aplikasi.. secara tak langsung..
- sibuk juga nak katam semua2 lecturer note yang diberi.. sebab sebelum nie tak fokus dalam kelas dan sebagainya..

dan cuba korang bayangkan kalau tak ada exam...
- agak2 korang baca tak semua note2 yg lecturer bagi.. terutama subjek yang korang tak suka..???
- ada korang nak katam2 note tue.. kalau tak masuk exam...
- ada korang nak praktikkan sesuatu yang korang belajar kalau keadaan tak mendesak..

conform2 semua tue korang tak akan buatkan.. jadi hargailah peperiksaan yang dijalankan.. walaupun kekadang hasilnya kurang memuaskan dalam slip peperiksaan.. tapi korang dapat ilmu yang korang pelajari... so jom kita study... chaiyuk2x...


Sunday, June 17, 2012

butterfly oh butterfly..

assalamualikum..


korang kenal makhluk ini..??
makhluk nie adalah makhluk paling seksi.. haha~~ bukanlah.. nie adalah kupu-kupu.. tipulah kalau korang x kenalkan.. dalam bahasa omputehnya butterfly.. kalau dalam latinnya.. atau saintifiknya.. x payah nak cakap sebab banyak sangat nama dan bergantung kepada  spesies dier.. tapi ordernyar adalah LEPIDOPTERA...
and jangan silap lak.. kupu2 dan rama2 adalah dua serangga yang berbeza.. kupu2 siang.. rama2 malam..

korang nak tahu.. hari nie aku nak melalut berkaitan rama-rama sikit.. sebabnya biasa la sekarang orang tengah sibuk2 study untuk final.. aku pula sibuk2 siapkan perangkap untuk final year projek..  hari nie dah masuk ari kedua aku tengah proses benda nie.. yang mana aku  dah start projek hujung minggu depan.. dah dekat dah weh... minggu depan dah la paper berderet..

oh... aku belum cerita kat korang lagikan berkaitan aku punya projek.. ok.. aku nyer projek nie tajuk dia abundent.. sama tajuk yang aku pernah buat tyme diploma dulu.. bezanya.. kalau dulu aku buat small mammals in Hutan Nirwana  and Planted Forest UPM.. kali nie aku ambil tajuk butterfly in Tanjung Karang pula.. in  oil palm plantation area aroun selangor maybe.. dan kawasan lebih luas dari tyme diploma dulu.. =)

oleh yang demikian, dua hari nie aku asyik sibuk menyiapkan trap aku.. untuk projek aku nie yang akan bermula minggu yang akan datang.. minggu depan dah final exam sederet.. mana sempat aku nak tengok trap lagi dah.. habis final dah mula nak start projek.. nak tak nak.. aku kena siapkan juga.. sambil2 study untuk final exam..  nie lakaran spesifikasi untuk trap aku.. dan macam mana rama2 masuk...



 bahan2 dan langkah kerjanya adalah seperti dibawah..


tudung salji, pelapik pasu, tali tangsi, dawai dan player.. jaring  tali oren tue..
 utk kegunaan korang akan tahu kelak...

KAEDAH..
kaedahnya pula adalah mudah iaitu dengan 
menjahit.. menyulam...
apa2 jew la yang korang rasa selesa dengan istilah
jom mulakan keja...




gaya lilitan, ikatan aku yang comot..

style dan gaya adalah paling penting untuk ada melakukan kerja dengan selesa...
then..  atas meja study pun boleh jadi kerja.. 
sambil layan cerita melalui Usiput..




dan akhirnya...  jeng.. jeng..jeng~~~



pilih2.. sapa nak beli.. murah jew.. murah jew..tapi belum siap sepenuhnya..
nampak tak dimana kegunaan tali oren tue..
kaedah untuk menyimpan.. bila bilik full dengan barang2..



dan ini pula bakal sumber rujukan akan datang... ada dari library ada juga yang aku beli sendiri.. dan box serangga tue.. ihsan fakulti untuk projek jew.. after projek bagi balik.. urmmm~~




Wednesday, June 13, 2012

Tak ada pakwe bukan maksud tak laku..

assalamualikum..

aku tertarik dengan beberapa cerita berkaitan isu wanita.. terutama..  yang  masih belum berpunya.. ataupun tak ada pakwe... terutama sekali di universiti..dimana ketika ini jiwa remaja semakin bergolak dengan pelbagai keadaan.. sambil difikirkan masa depan.. dan kehidupan kadang-kadang menjadikan itu suatu yang serius diminda remaja.. terutama bagi anak gadis yang sedikit pemalu sifatnya.. di tambahkan pula provokasi dari pelbagai media.. dan faktor penyumbang lain seperti kata2 lecturer yang menyatakan.. "di alam universiti nie waktu mencari pasangan hidup masing2.. yang terbaik untuk kamu.. nanti bila masuk alam pekerjaan kebanyakkan lelaki semua dah jadi suami orang, bapak orang.. dah tak ada peluang lagi kamu ketika itu.."

 bila berada dalam situasi ini.. remaja perempuan akan memandang perkara tersebut sesuatu perkara yang serius.. yang mana dalam fikirannya berfikir... perlu cepat mencari jodoh... nanti tak ada pasangan hidup.. dan mulalah proses bertindak untuk  mencari..  tak kurang juga seperti cerita 1,2,3 CINTA (pernah tengok x??).. 

aku sebagai perempuan.. aku sedar.. dan aku merasai perkara yang sama.. dan sering diprovok juga dengan benda2 yang sama.. mana dengan kawan2 perempuan atau lelaki.. dan orang sekeliling.. sometimes boleh tertekan kalau difikirkan.. nak pula umur semakin hari semakin meningkat dan kawan2 seusia dah pun berkahwin.. benda tersebut menjadi mainan di fikiran.. tapi alhamdulillah.. disebabkan oleh kesibukan dalam pelajaran dan banyak perkara lain.. benda tersebut bukan isu yang penting untuk dimainkan dalam mindaku..

bagi aku.. kita sebagai perempuan.. tak perlu terlalu risau tentang perkara ini terutama semasa dalam pengajian.. yang penting fokus pada matlamat utama..   insyaallah kalau ada jodoh.. adalah yang datang kemari.. terperlu susah2 mencari.. hinggakan kekadang maruah tergadai.. dan sebagainya...

 aku tertarik kepada kata2 ini... untuk kita renungkan bersama...

"Lelaki yang baik itu, tidak akan menyentuh kamu. Tidak akan sesekali cuba menyentuh kamu. Bukan sahaja tangan halus kamu, bukan juga 'menyentuh' mata bening kamu, tetapi yang lebih utama, dia tidak akan 'menyentuh' hati lembut kamu. Mereka tidak akan menyentuhnya selagi mana mereka tidak bersedia, dan pada ketika dia sudah bersedia, dia akan menikahi kamu dan pada saat itulah, barulah dia berani 'menyentuh' hati kamu. Lalu bagaimana mungkin lelaki baik tidak 'menyentuh' hati kamu sekiranya dia tidak menjauhkan diri daripada kamu? Sedaya upaya dia akan cuba menghindar, kerana dia tahu, pada ketika dia membuka mulutnya bagi berbicara, pada ketika itulah, bicaranya yang baik-baik akan 'menyentuh' hati kamu, dan 'mencengkam' hatinya pula. Terjadi rindu dan kamu pun tahu maknanya rindu kepada bukan mahram itu sangat halus sempadannya, antara rindu baik dan zina hati. Sangat-sangat halus, dan lelaki baik tidak mungkin mahu mengambil risiko itu."
-petikan dari : drmuslimah.blogspot.com  -

katanya.. lelaki yang tidak menyukai kamu, memang jelas dia akan menjauhi kamu atas alasan, dia tidak suka kamu. Manakala untuk lelaki biasa, yang menyukai kamu, dia akan cuba mendekati kamu, dan ini pasti kamu tahu. Cuma lelaki yang benar-benar baik, apabila dia menyukai kamu dia akan menjauhi diri dari kamu dan

 "Lelaki baik itu, akan mendekatimu dengan niat mahu bernikah. Jadi pada ketika ada lelaki, yang berkata mahu menjadikan kamu isteri, dan pada ketika itu hati kamu terus berasa bahagia tanpa ragu-ragu, ketahuilah itulah lelaki baik, kerana kamu bahagia untuk perkara yang sudah kamu tahu."

jadi kita sebagai perempuan tak perlu risaukan.. kalau kita betul-betul inginkan seorang peneman hidup yang terbaik bagi diri.. walaupun kita bukanlah baik sangat.. tapi bila ada pemimpin yang baik.. tak ke anak buah akan turut mengikuti jejaknya.. sekiranya mahu berubah.. dalam masa yang sama bukan bermaksud kita tidak berusaha langsung.. untuk mencari yang terbaik.. cuma kita mengunakan jalan yang betul untuk tujuan yang baik.. iaitu memohon pertolongan dari allah.. melalui doa.. dan amalan yang kita lakukan..

Jodoh ini adalah suatu gerak hati pada empunya diri yang ditakdirkan. Jodoh itu merupakan suatu takdir. Usaha bagaimanapun, jika tiada jodoh, tiada juga. Jika tiada usaha, jika ada jodoh maka ia tetap ada



Tuesday, June 12, 2012

AWAN DAN AMAL..

assalamualaiukum...

orang selalu cakap.. 
dunia dah tua.. hanya tunggu masa untuk rebah..

ada juga orang cakap..
keadaan sekeliling jadi indicator untuk usia dunia..
bila banyak perkara dah jadi menunjukkan  dunia semakin uzur..

namun dalam al quran menyatakan..
tiba suatu masa segala amalan akan dihisab..
bencana alam  adalah tanda2 kecil kiamat
bila berlakunya kiamat manusia akan dimatikan...
dan dihidupkan semula dialam akirat...

awan hujan ribut di  Centre Point, Marine Point, Sabah 
8.00pagi 12/06/2012

pernahkah kita fikir..
ilmu yang kita cari sekarang..
harta dan kekayaan..
adakah ia seimbang dengan kehidupan kita diakhirat kelak...
apakah amalan kita cukup untuk dijadikan bekalan kelak..
amal ibadah, jariah, pergaulan, percakapan,aurat, persaudaraan dan lain2 adakah kita jaga sebaiknya..
kalau tak banyak.. sikit pun jadilah..
carilah point untuk kita huni syurga allah..
semakin lama kita cari.. insyaallah kita semakin berubah ke jalannya..
jaga ibadah kita, jaga pemakanan kita, jaga pergaulan kita, jaga aurat kita..
supaya kita sentiasa memeliharanya..

aku tahu.. dan korang pun sedar..
susahkan nak jadi yang terbaik.. 
tapi tak salah kalau nak buat baik..
kalau baik di sisi allah.. dan kelihatan hina disisi manusia..
sebab kita manusia.. kita ada salah silap sebelumnya..
tapi baik kalau kita cuba berubah dan semakin baik kalau kita semakin perbaikinya..

:: hanya sekadar renungan bersama~~



teman bertaut..

assalamualikum..

sapa cakap dalam sunyi.. x ada kawan..
sapa cakap dalam sendirian .. x ada teman..
kita tetap ada kawan.. kita tetap ada teman..
yang bertaut selamanya dalam diri kita.. 
iman.. ilmu.. dan amalan..
yang perlu sentiasa kita pegang..

dalam isu aku sekarang.. 
teman aku.. dulu kini dan selamanya..

jeng..jeng..jeng...

 pensel, buku, pemadam, kakulator dan teman baru laptop..
berteman menghampiri dua dekad..

sejak  aku di alam tadika..
aku mula mengenal pensel, pemadam dan kertas..
disitu permulaan segalanya.. yang membawa aku kenali lebih dari itu kini..

masuk ke sekolah menengah..
aku mula tersenyum.. tatkala kemudahan semakin menjengah aku..
pelajaran semakin advance..  kira-kira matematik pakai kakulator..
semakin memudahkan perjalanan hidup..
kali pertama aku mempunyai alat elektronik ketika itu..

sedekad lebih berlalu.. tibanya ke alam universiti..
bermulanya kemudahan di hujung jari..
laptop, komputer riba mula disisi..
ketika ini kegilaan mula menjadi..
dunia tanpa sempadan kini diterokai..
namun pensel pemadan dan kertas tetap di hati..

sekarang dah 17 tahun aku menerima pendidikan..
pendidikan dari pusat yang dinamakan tadika sekolah dan universiti..
dan 17 tahun jugalah aku mencipta pelbagai pengalaman yang turut mengajar aku kini..

kini hanya tinggal setahun saja lagi.. 
bagi aku untuk menamatkan pengajian aku di universiti.. 
sebagai pemegang ijazah..
dalam masa satu tahun yang berbaki ini..
aku harap aku mampu lakukan yang terbaik..
seperti apa yang aku inginkan.. insyallah..
walaupun.. 
pembelajaran itu tidak penah ada penamatnya..
sehingga ke liang lahat..



**tak perlu baca dalam keadaan sajak , pantun , syair dan sebagainya..  tiada kaitan dengan mana.. hanya perlu layan jew.. sebab ayat #$^%&^ .... 
mood :: sasau final exam


Rakan seadanya..


bermula dari beberapa keperitan dalam hidup aku...
kerana RAKAN...
dan kini aku cuba untuk mengubah seadanya..

awal perkenalan.. tak selamanya kekal dengan kita..
kita kena bersedia dengan pelbagai keadaan..
dan tak semua rakan mampu menerima keburukan rakan..
tapi yang mampu menerima adalah baik..
sering memberi nasihat tu adalah rakan yang terbaik..
tetapi adalah lagi terbaik yang memberi teguran dan nasihat dalam keadaan berhemah..
itu sebaik-baiknya rakan..
saling membantu, dan saling menasihati..

kita juga perlu sedar..
Allah juga menegur kita dari rakan2..
jadi setiap pandangan kita perlu nilai dengan positif...
jadi terima rakan seadanya..