Posts

Showing posts from March, 2022

Nisfu Syaaban - 15 Syaaban 1443H

Assalamualaikum.. Jumaat 18 Mac 2022 bersamaan 15 Syaaban 1443H merupakan hari nisfu syaaban yang mana pada maghrib sebelum telah diangkat buku amalan kita dan digantikan dengan buku amalan baru. Selain menunjukkan kita semakin hampir melangkah kebulan ramadan, hari tersebut juga mempunyai banyak kelebihannya yang tersendiri. 1.40 petang pada hari tersebut. Adik aku jat, mengkhabarkan keadaan ayah yang lain dari hari-hari biasanya. Whatsapp group sentiasa menjadi perbualan aktif kami membincangkan kondisi ayah dan persiapan perkahwinan jat. Sebelumnya ayah dikuarantin selama 10 hari katanya disebabkan covid. Sebelum ayah di masukkan ke wad covid kondisi ayah sudah lemah tidak mahu makan dan asyik mengerang. Ayah sudah pun ambil vaksin kedua-duanya. Selepas kakak call hospital. Ayah di tahan wad 10 hari. Kata Doktor keadaannya ok di wad kuarantin. Namun selepas 10 hari hari ayah dipindahkan ke wad biasa. Dr di wad biasa cakap kondisi ayah tak sama seperti laporan yang diterimanya da

Ayah - 30 Rejab 1443H

Assalamualaikum.. Hari ni aku dapat berita ayah dimasukkan ke wad. Kata Jat beberapa hari ni memang dia lain macam sikit, panggil sana sini. Pernah terjatuh dalam bilik air. Pastu, satu rumah juga demam, tapi bila buat covid test negative walaupun dah buat dua kali. Tapi bila sembang dengan kakak, kakak cakap simpton diorang ni semua macam positive je. Air rasa pahit tak sedap, makan pun rasa terlebih masin apa semua.Batuk berpanjangan. Abang orang last yang kena demam, dia rasa sakit pingang dan sakit belakang. Anak-anak dia awal lagi demam tapi sekarang dah okey, sihat semua. Mak dengan jat masih berterusan batuk. Jat cakap hari ni baru boleh minum air rasa biasa, sebelumnya pahit sangat. Ayah lepas dua hari tak boleh tidur, tak nak makan , minum. Pastu sentiasa mengerang panggil mak..mak.. hari ni mak call kakak balik kampung. Lepas kakak balik, dia terus call ambulan datang ambil ayah dirumah. Abang dan abang Husin pergi ikut ayah ke hospital. Katanya ayah tambah air. Lepas ma