Nisfu Syaaban - 15 Syaaban 1443H
Assalamualaikum..
Jumaat 18 Mac 2022 bersamaan 15 Syaaban 1443H merupakan hari nisfu syaaban yang mana pada maghrib sebelum telah diangkat buku amalan kita dan digantikan dengan buku amalan baru. Selain menunjukkan kita semakin hampir melangkah kebulan ramadan, hari tersebut juga mempunyai banyak kelebihannya yang tersendiri.
1.40 petang pada hari tersebut. Adik aku jat, mengkhabarkan keadaan ayah yang lain dari hari-hari biasanya. Whatsapp group sentiasa menjadi perbualan aktif kami membincangkan kondisi ayah dan persiapan perkahwinan jat. Sebelumnya ayah dikuarantin selama 10 hari katanya disebabkan covid. Sebelum ayah di masukkan ke wad covid kondisi ayah sudah lemah tidak mahu makan dan asyik mengerang. Ayah sudah pun ambil vaksin kedua-duanya. Selepas kakak call hospital. Ayah di tahan wad 10 hari. Kata Doktor keadaannya ok di wad kuarantin. Namun selepas 10 hari hari ayah dipindahkan ke wad biasa. Dr di wad biasa cakap kondisi ayah tak sama seperti laporan yang diterimanya dari wad kuarantin. Kondisi ayah agak kritikal. Dr tak bagi jat jauh dari ayah. Dr suruh maklumkan pada mak untuk datang melawat. Dr suruh kalau ada adik beradik lain ada suruh datang buat penggiliran datang melawat. Tapi dalam situasi aku yang jauh, yang mahu kejar thesis. Aku confius. Tapi aku tangan dah klik butang tiket air asia untuk balik pada puasa nanti. Patutnya malam tu penggiliran kakak jaga ayah.
2.00 petang, jat tak tak tau nak buat apa-apa sebab bunyi nafas ayah lain. Tapi kami masih chat di group. Kami suruh jat panggil Doktor dan nurse, tapi kata jat. Nurse pun dah tak tahu buat apa. Kak suruh jat call mak dengan kondisi ayah. Aku kebetulan awalnya tadi supervisor suruh check email untuk lihat pengesahan thesis yang aku isi sebelum ni. Kebetulan juga aku terpadang tiket yang aku beli balik untuk bulan puasa tiba-tiba rescedule, boleh ubah tarikh atau tebus semula duit tiket.
2.30 petang, kakak call aku cakap " tie, kalau kau tak nak menyesal beli tiket balik segera.." aku tengok tiket dan pada jam waktu tu.. dalam hati kata sempat ke? Tanya diorang cakap sempat je. Aku cuba tukar tarikh perjalanan melalui sistem dan terus ke airport. Alhamdulillah semua di permudahkan untuk balik tengok ayah kali terakhir. Walaupun pada awalnya manager airasia tersebut tidak mahu layan, tetapi setelah memberitahu keadaan sebenarnya mereka bantu aku dan dapat balik dengan pernerbangan kota kinabalu - penang jam 4.40 petang.
Namun, 3.30petang dalam perjalanan ke airport aku dapat panggilan dari kakak dan mak yang ayah sudah tiada. Waktu itu hujan juga turun lebat menemani perjalanan kami ke airport sama seperti air mata aku menggalir. Namun alhamdulillah di airport hujan tiada dan flight pun tidak delay. Dari penang, adik ambil aku di airport. Kami teruskan perjalanan tanpa henti dimana-mana. Sesampai di rumah, ayah tengah disembahyangkan. Kami terus mengiringi ayah ke kubur. Waktu itu jam 9.30 malam setelah ayah selamat dikebumikan. Hujan lebat turun mencurah-curah.
Tamat sudah satu lagi perjalanan ayah. Ayah pergi pada hari yang baik. Rata-rata yang datang semua cakap ayah baik. Ya, ayah memang baik jarang nak cakap-cakap tentang orang dan suka membantu orang. Ramai yang offer untuk buatkan kenduri tahlil untuk ayah. Moga tuhan permudahkan juga ayah di alam sana. Moga ayah dilindungi, dilapangkan kubur ayah, drahmati disana. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik buat ayah disini. Al-fatihah buat ayah.
Muslim bin Tahir (15 September 1953 - 18 Mac 2022)..
Bilikku di kampung
Kampung Bendang
27032022 1439pm
Ambil mood tulis thesis balik

Comments
Post a Comment