Posts

Showing posts from December, 2021

Penutup tirai 2021

Assalamualaikum.. Cepatnya masa berjalan. Hari ni dah 22 Disember 2021, beberapa hari lagi nak masuk 2022. Cerita menyedihkan di penghujung tahun 2021, tak habis lagi dengan episod-episod covid-19. Semenanjung Malaysia dilanda banjir besar disebabkan oleh tekanan pergerakan angin yang mana kadar penurunan hujan dalam tempoh 72jam bersamaan dengan hujan kadar hujan sepanjang 8 bulan (ini yang aku tengok berita 2 hari lepas). Hampir beberapa kawasan di Selangor dan Pahang mengalami banjir teruk. Rumah, kereta, motorsikar banyak dihanyutkan dan mengalami kerosakan yang teruk. Sekarang masih lagi ada beberapa kawasan yang masih ditenggelami air. Faktor banjir kali ni berlaku disebabkan oleh air pasang besar dengan luruan monsoon timur laut bergerak serentak tambahan hujan lebat lagi menyebabkan banjir kali ni terjadi di Selangor. Ledakan udara sejuk yang kuat (luruan monsun) ini saling bertindak dengan sistem tekanan rendah dan pusaran siklon yang terbentuk berhampiran Khatulistiwa, meng

Thanks to all reader 2021

Assalamualikum, Tadi aku buka berkaitan pokok, pastu ingat nak tulis berkaitan pokok-pokok memandangkan hasil tanaman aku sekarang pun meriah. Cili, bendi, serai, cili bengala, tomato,pakchoi dan salad pun meriah ja tumbuh sekarang walaupun tak banyak pokok tapi Alhamdulillah cukup makan. Nak juga tulis penutup dan hasrat untuk tahun 2021 dan 2022 akan datang. Pastu terfikir lagi nak setting up sikit aku punya blog supaya cantik sikit ubah mood, walaupun aku selesa dengan yang sekarang. Tapi last-last, ini je la yang keluar dari fikiran aku. Alhamdulillah, bagi aku tahun 2021 walaupun ada banyak cabarannya dalam masa yang sama ada kegembiraannya ada something yang aku rasa hargai dalam tahun 2021. Ada sakit ada penawarnya, gitu. Tadi saja aku scroll semua post-post aku yang lama. Blog ni sebenarnya ibarat dairi aku. Aku tiada dairi khas yang cantik dan kreatif seperti orang lain. Tapi alhamdulillah sikit sebanyak blog ni simpan cerita perjalanan hidup aku walaupun tak secara keselu

Cerita JODOH aku ?

Assalamualikum... Jodoh tu rahsia.. Kita tak pasti siapa jodoh kita. Kadang-kadang kita mampu merancang, tapi perancanganNya lagi hebat. Aku pernah crush pada seseorang. Bak kata kawan aku, aku ni nampak je lembut tapi suka bad boy. Bad boy yang dimaksudkan bukan yang rempat dan bermasalah semua tu, bukan. Tapi ada sikit yang 'bad' nya tu pada seseorang, aku tutup mata dan try untuk terima walaupun tak suka. Walaupun ada yang lebih baik dari tu. Macam tu lah gaya dia cakap. Bila fikir-fikir balik sembang bab jodoh macam tu macam ni. Nak yang begini, begitu. Itu yang kita nak tapi tuhan tetapkan apa yang sesuai dengan kita. Aku pernah crush dengan seseorang dan berkawan dengan dia. Aku suka dia yang 'bad boy' itu. Tapi dia bukan jodoh aku. Aku pernah menangis depan kaabah, suruh tuhan tunjukkan pada aku betul ke dia jodoh aku. Aku suka dia tapi kadang-kadang aku tak dapat terima beberapa perangai dia. Aku tak yakin untuk hidup dengan dia. Banyak benda aku tak yakin d

Review ipad dan iphone

Image
Assalamualaikum.. Hai, ini aku nak cerita dari pendapat aku la sebagai pengguna tegar android dan window. Bagi pengguna apple boleh skip je cerita aku ni sebab dah biasa dan berpengalaman akan rasa, "Hak ala.. itu pun nak cerita.." tapi bagi yang belum biasa dengan apple dan nak cuba-cuba beralih arah. Dia akan nak tahu semua benda secara terperinci bagaimana keadaan sesuatu benda tu. Jadi hari ini cerita aku sangat sesuai bagi sesiapa yang nak cuba pengalaman baru dengan apple. Aku bermula perkenalan dengan apple ini melalui ipad baru iphone. Secara jujurnya, aku susah sikit nak survive dengan ipad sebelum ni sebab tu aku beli iphone. Bagi pengguna iphone dia akan lebih senang untuk survive dengan ipad berbanding pengguna ipad sahaja. Kenapa? Mungkin orang akan ingat sebab tak biasa akan jadi kekok tersebut. Tapi sebenarnya ada beberapa faktor lain yang menjadikan situasi tu. Lebih senang cerita bila ekosistem yang sama lebih memudahkan sebab mempunyai connecting yang