Penutup tirai 2021
Assalamualaikum..
Cepatnya masa berjalan. Hari ni dah 22 Disember 2021, beberapa hari lagi nak masuk 2022. Cerita menyedihkan di penghujung tahun 2021, tak habis lagi dengan episod-episod covid-19. Semenanjung Malaysia dilanda banjir besar disebabkan oleh tekanan pergerakan angin yang mana kadar penurunan hujan dalam tempoh 72jam bersamaan dengan hujan kadar hujan sepanjang 8 bulan (ini yang aku tengok berita 2 hari lepas). Hampir beberapa kawasan di Selangor dan Pahang mengalami banjir teruk. Rumah, kereta, motorsikar banyak dihanyutkan dan mengalami kerosakan yang teruk. Sekarang masih lagi ada beberapa kawasan yang masih ditenggelami air. Faktor banjir kali ni berlaku disebabkan oleh air pasang besar dengan luruan monsoon timur laut bergerak serentak tambahan hujan lebat lagi menyebabkan banjir kali ni terjadi di Selangor. Ledakan udara sejuk yang kuat (luruan monsun) ini saling bertindak dengan sistem tekanan rendah dan pusaran siklon yang terbentuk berhampiran Khatulistiwa, menghasilkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan serta hujan lebat di pantai timur Semenanjung Malaysia dan juga di pantai barat Sarawak. Patut la kami di Sabah sekarang panas je, tak ada hujan, walaupun semenanjung sibuk dengan banjir. Malam siap panas lagi. Ada juga beberapa kawasan terutamanya di Lembah Klang tak hujan pun kena juga banjir sebab air empangan sampai paras maksimum, pun habis juga rumah hanyut. Sekarang aku risau sebab dengar-dengar angin tu macam menuju kearah utara. Kampung dekat dengan empangan, buka air empangan tu selalunya yang menyebabkan air naik. Harap tak ada apa-apa la. Last banjir besar pernah kena di tempat aku iaitu tahun 2005 time tu habis satu pekan tenggelam sekali dengan sekolah.Orang kampung terpaksa ditempatkan di tingkat dua dan tiga kelas.
Kalau nak cerita tentang banjir tak habis. Harapan aku penghujung tahun 2021. Aku harap untuk hari ni dan hari-hari seterusnya...
>> Moga aku terus bersemangat habiskan pengajian aku ni. Perbanyakkan penulisan ilmiah. Rajin menulis, rajin cari ilmu, istiqamah dan jangan berhenti setakat phd sahaja untuk mencari ilmu. Teruskan mencari ilmu, teruskan mengali. Banyak cara untuk tingkatkan ilmu pengetahuan, ilmu akademik dan ilmu akhirat bukan hanya dengan melalui di setiap level pengajian. Tapi bergaul dengan masyarakat join mana-mana aktiviti juga dapat meningkat ilmu juga.
>> Moga tahun 2022 aku disatukan dengan jodoh aku. Aku rasa tiba masanya untuk aku ada keluarga sendiri dan bina kehidupan di level yang baru.
>>Aku mohon sangat, tahun 2022 aku sudah ada kerja yang stabil. Kerja yang tetap. Yang mana aku boleh bagi duit dekat parent aku bulan-bulan, tak payah mak aku nak risau pikir duit lagi. Doakan aku ya kawan-kawan moga aku dapat kerja tetap yang stabil.
>> Dan of course tahun 2022, aku dah habis dah pengajian phd aku. Dah dapat bergraduasi dah..
Lain-lain impian aku, aku harap aku ada rumah sendiri yang aku boleh deko-deko ikut minat sendiri. Ada dapur yang cantik dan ada tanah yang luas yang aku boleh buat mini kebun sayur aku macam yang aku inginkan.
Sekian dulu angan-angan aku kali ini harapnya tercapai.. Aamiin..
Bilik loteng aku
Blok A1, Rumah felo KKTPAR, UMS.
2:46AM 22122021
Key in data, minggu depan kena hantar result analisis untuk objektif 1.

Comments
Post a Comment