Posts

Showing posts from July, 2021

Kualiti atau kuantiti

Sekarang aku tengah buat thesis chapter 2, literature review. Chapter 1 and 3 aku dah hantar.. tinggal chapter 2 lagi belum hantar sebelum aku proceed semula dengan data semut aku. Sebenarnya aku rindu dengan pensyarah-pensyarah UPM. Aku ingat lagi sv-sv aku dulu cakap, menulis kamu jangan fikir nak tulis panjang-panjang je, pastikan penulisan kamu tu ada point, biar ringkas tapi padat. Benda tak perlu, tak payah kamu masukkan. Pening pemeriksa nak baca. Mengadap tulisan panjang-panjang pening dia. Bukan kerja dia mengadap thesis kamu ja. Banyak lagi kerja lain dia kena buat. Tanda kertas periksa pelajar, buat paper kajian dia sendiri dan sebagainya. Pernah juga aku dengar penceramah tips penulisan thesis kot. Dia pun pernah cakap benda yang sama. Katanya dah la dapat thesis kadang-kadang bulan puasa, panas terik. Tengok pula thesis pelajar cerita panjang tapi belum masuk point kajian rasa macam sia-sia je puasa hari tu. Kadang-kadang malam-malam sebelum tidur mengadap thesis pelaj

Kehidupan. Wang. Kematian

Assalamualikum Hari ni tajuk aku deep sikit. Tiba-tiba aku teringatkan arwah seorang pensyarah aku disini selepas aku memikirkan duit dan gaji besar. Tadi aku ada terbaca wassap sorang ex-classmate aku dulu. Story tu menyentuh berkaitan sepasang suami isteri ni, mempunyai kelulusan phd dan master bergaji besar 7k, 8k sebulan dengan tanggungan 3 anak, terkesan bila pkp dilakukan. Mulanya dipotong gaji kemudiannya diberhentikan. Katanya juga bekerja bawa syarikat swasta. Waallah huaalam. Tentang kebenaran kenyataan. Tapi kalau benar, sedih. Biasa bermewah-mewahan tiba-tiba susah memang sakit. Melainkan ada simpanan dan sebagainya. Tambahan ada komitmet tanggungan, lain tu rasanya. Bila diri sendiri seadanya, cukuplah. Tapi bila ada tanggungan, ibarat ada satu balang kaca yang kita kena jaga. Kalau bawa tak betul balang tu akan jatuh dan pecah. Aku dah rasa perasaan tu waktu mak ayah aku pergi mekah. Aku jaga anak buah aku dan adik-adik aku yang masih single ni. Dan perasaan tu aku ras

Makanan sihat

Assalamualaikum Berat badan aku naik mendadak weh. Dari 57kg ke 60 kg dan sekarang 65kg. Tambahan sekarang aku nak fokus pada penulisan, makanan suka hati malam siang pagi petang, siap buat stok kek dalam peti ais lagi. Jogging ke senam ke xde langsung. Dalam almari penuh stok makanan tak sihat, keropok, snek, coklat. Lapar bangun buka almari makan. Kerja pula duduk mengadap laptop, tidur, ulang alik toilet, dapur bilik. Rasa tak sihat gila. Tengok cermin pun perut buncit gila. Berat rasa badan. Lepas vaksin first dose hari tu, tetiba aku terfikir nak ubah mode cara makan dan hidup aku. Ambil makanan sihat, amal gaya hidup sihat. Sebab aku sekarang pun, sejak berat badan naik period je mesti sengugut teruk. Sakit. Krem dia jangan cerita. Nak bangun sakit, terpaksa la minyak angin jadi teman setia. Sampai buka pintu bilik pun bau minyak angin. Jadi aku try amalkan pemakanan sihat. Try la. Cadangan aku nasi nak ambil 2 hari sekali je. Sekali masak setengah pot, yang mana boleh bua