Kehidupan. Wang. Kematian

Assalamualikum

Hari ni tajuk aku deep sikit. Tiba-tiba aku teringatkan arwah seorang pensyarah aku disini selepas aku memikirkan duit dan gaji besar.

Tadi aku ada terbaca wassap sorang ex-classmate aku dulu. Story tu menyentuh berkaitan sepasang suami isteri ni, mempunyai kelulusan phd dan master bergaji besar 7k, 8k sebulan dengan tanggungan 3 anak, terkesan bila pkp dilakukan. Mulanya dipotong gaji kemudiannya diberhentikan. Katanya juga bekerja bawa syarikat swasta. Waallah huaalam. Tentang kebenaran kenyataan. Tapi kalau benar, sedih. Biasa bermewah-mewahan tiba-tiba susah memang sakit. Melainkan ada simpanan dan sebagainya. Tambahan ada komitmet tanggungan, lain tu rasanya. Bila diri sendiri seadanya, cukuplah. Tapi bila ada tanggungan, ibarat ada satu balang kaca yang kita kena jaga. Kalau bawa tak betul balang tu akan jatuh dan pecah. Aku dah rasa perasaan tu waktu mak ayah aku pergi mekah. Aku jaga anak buah aku dan adik-adik aku yang masih single ni. Dan perasaan tu aku rasa kembali, bila aku dan adik aku duduk sama-sama di Sabah. Pernah duit tinggal RM20 je hujung bulan untuk makan. Punya la xnak susah mak ayah, bertahan je. Padahal waktu tu bulan-bulan elaun RM2K lebih juga, tapi xtau kenapa masih tak cukup. Sesak selalu kami berdua hujung bulan sebab masing2 kuat makan. Itu la kehidupan duit banyak pun tak semestinya cukup, kalau tidak diuruskan dengan betul.

Berbalik kepada arwah pensyarah aku ni. Aku baru sambung belajar di Sabah dan diperkenalkan dengan pensyarah tersebut. Dia seorang pakar dalam kajian taksonomi semut. Sampai bila aku cakap pada beberapa rakan penyelidik di semenanjung yang aku buat kajian semut di Sabah. Masing-masing cakap, " Oh, buat kajian bawah Dr Bak ah" nampak la terkenalnya dia. Sv aku pun pernah pas aku ikut dia untuk expedisi saintifik belajar tentang semut. Disitu aku start kenal Dr ni. Biasalah dalam hidup ni ada orang suka kita dan ada orang tak suka kita. Tapi disebabkan awal perkenalan aku, aku banyak dengar bad news tentang dia. Aku jadi negetif bila ikut dia sepanjang expedisi tu. Antara yang aku dengar, dia suka buli pelajar dia, bagi banyak kerja, ambil kesempatan (dari segi kerja - ditambahkan kerja yang tak sepatutnya) dan sebagainya. Jadi aku pun terbawa-bawa. Sampai kekadang aku rasa, aku banyak menggelak dari dia sedangkan dia nak kongsi ilmu kot pada aku. Dalam expedisi tu pun, dia ada kongsi cerita dengan aku macam mana dia mulakan langkah dia sebagai pensyarah disitu dan sebagainya. Padahal waktu tu dia dah ada gelaran prof. madya tapi cerita dia, tak pernah meninggi diri. Dia cakap aku lagi pandai pengecaman spesies dari dia. Bila aku buat kerja dengan staf2 Taman-taman Sabah sepanjang expedisi tu, diorang majoriti puji dia sebab banyak bagi sumbangan pada taman-taman sabah dalam pengecaman spesies semut.

Dr ni dalam usia awal atau pertengahan 40-an mungkin. Belum berkahwin sebab menjaga emak dia yang lumpuh. Mak dia sepenuhnya tinggal dengan dia di Sabah. Dia tinggal di rumah flat, pelajar undergrad cakap rumah dia tak ada lift pun. Diorang pernah pergi sebab pernah dia minta tolong jagakan mak dia kejap waktu dia ada urusan. Dia ada 2 biji kereta satu viva, dia selalu pinjamkan pada pelajar dia dan satu lagi aku tak pasti kereta apa, sebab aku tak kenal jenama kereta import yg aku kenal jenama honda sahaja. hah. Sekarang dah kenal sikit-sikit jenama lain,sejak-sejak dah pakai kereta sendiri. Aku tengok gaya dia, low profile. Dengan jawatan dia, aku terfikir mana dia campak duit dia banyak-banyak. Bayangkan, dia dah bergelar prof madya basic gaji pun dah RM6K, rumah flat mesti bulanan murah,kereta..... adik aku cakap mungkin dia ada lagi beli rumah di semenjung sebab dia orang semenenjung. Logik gak la.

Lepas dia meninggal, baru aku tau segala-galanya. Dia meninggal dengan mudah sangat. Aku kerja satu lab dengan dia. Baru aku jumpa dia buat kerja, seminggu kemudian aku dengar berita dia meninggal sebab denggi. Terkejut aku waktu tu. Sebab jumpa agak hari-hari. Sebulan selepas dia meninggal, mak dia pun meninggal. Rupanya nak jadi rezeki dia untuk jaga mak dia yang tengah sakit. Gaji dia yang banyak-banyak sebenarnya dihabiskan untuk menguruskan mak dia. Dia juga menyumbang dalam satu yayasan di bawah penyakit mak dia. Beli kerusi roda, katil dan sebagainya. Penghargaan atas jasa dan sumbang yang dia telah bagi pada yayasan tersebut, mereka telah membukukan cerita berkaitan beliau dan pengorbanannya menjaga mak dia yang sakit. Boleh kunjung ke sini untuk tengok berkaitan naskah buku tersebut. Dia juga sempat membuat satu wordpress dalam proses menjaga mak dia yang tengah sakit. Boleh click sini. Siapa sangka, dia yang sihat pergi dulu sebelum mak dia. Bertuahnya dia, mampu menjaga mak dia sehayatnya dia didunia. Al Fatihah (dengan bacaan) untuk Allahyarham Dr Baktiar Effendi.

Jadi hidup kita, fikirlah. Apa bakti kita didunia yang akan kita bawa ke akhirat kelak. Hidup di dunia bukan selamanya, akhirat yang akan kekal abadi. Selamat sudah dia memilih bidadari syurga dia sana. Wang dan pangkat tak menjamin apa-apa, tapi kalau berbudi jasa itu sentiasa dikenang.

Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..